Thursday, October 31, 2013

Biak tiram asuhan


TIRAM perlu disterilkan untuk mengelakkan pencemaran.

Demikian luahan pengusaha ternakan benih tiram Allan Wong, 51, yang di temui di kolam asuhan tiram di Balik Pulau,Pulau Pinang baru-baru ini.

Memiliki pengalaman 22 tahun dalam penternakan tiram, uniknya, syarikat mereka dikatakan satu-satunya yang memasarkan tiram menggunakan teknik pembenihan asuhan.

Jelasnya, ternakan tiram dilihat berpotensi untuk dikembangkan memandangkan negara seperti Australia, New Zealand dan negara Eropah mempunyai suatu industri yang besar berbanding Malaysia yang baru berada di peringkat permulaan.

"Kami melihat pembenihan tiram secara asuhan ini dapat membantu pengusaha yang berminat untuk mendapatkan benih tiram berkualiti.

"Kenapa kita tidak boleh bersaing dengan pasaran luar sedangkan kita boleh mengeluarkan hasil tiram hanya dalam masa setahun berbanding mereka empat tahun sekali.

"Lebih-lebih lagi kita mempunyai cuaca yang lebih baik untuk mendapatkan hasil tiram yang cepat dan berkualiti," katanya.

Kolam asuhan tiram yang dikendalikan oleh syarikat SeaHarvest Aquamarine Malaysia itu turut mempunyai keluasan kolam sebanyak lima ekar yang mampu mengeluarkan lima juta benih tiram setahun.

Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar

"Sebelum ini tiram yang hidup berkelompok perlu dikorek isinya untuk dijual secara dalam kiraan berat (isi sahaja) hanya kerana struktur cangkerang yang tidak menarik,"katanya.

Pembenihan secara asuhan berbeza dengan pembenihan semulajadi kerana tiram semulajadi hanya membiak dua kali setahun pada pertengahan dan akhir tahun.

Jelasnya, bagi mengembangkan industri ternakan tiram, proses pembenihan secara asuhan diperlukan bagi mendapatkan pembekalan benih yang lebih teratur dan kualiti yang terjamin.

Selain itu, proses kacukan benih juga perlu dilakukan bagi mendapatkan benih yang tahan lasak di samping proses tumbesaran tiram yang lebih cepat dengan kualiti yang lebih bagus.

Menurutnya lagi, kaedah pembenihan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang pertanian dimana pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 1989 lagi.

Mengenai rasa tiram, katanya, rasa tiram Malaysia mempunyai rasa yang lebih lemak dan sedap berbeza berbanding tiram di import dari pasaran luar kerana ia lebih lembut dan nipis.

"Rasanya yang lebih lemak dan tebal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya chef daripada restoran mewah sekitar kawasan Pulau pinang," katanya.

Wong turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan itu juga telah memperoleh status BioNexus daripada Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) sebagai syarikat bioteknologi yang berpotensi di samping mendapat bantuan mesin-mesin berteknologi tinggi.

Ditanya mengenai perancangannya, kita mula mencari syarikat yang mahu bekerjasama di dalam memperkembangkan lagi indutri tiram di Malaysia di samping mahu mencari pasaran untuk menjual hasil ini.

"Setakat ini salah satu syarikat yang akan bekerjasama dengan kami ialah Kejora dan Jcorp.

"Jcorp yang berpangkalan di Johor mempunyai keluasan kawasan sebanyak 1,000 ekar untuk projek pembenihan tiram ini," katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya juga mengharapkan kerajaan dapat memberikan lebih banyak lagi benih kepada orang kampung supaya dapat membuka peluang untuk menambah pendapatan mereka.

"Tiram hanya tidak mengunakan kos yang tinggi malah kurang risiko tetapi dapat hasilkan hasil yang lumayan.

"Ramai orang yang berminat tetapi hanya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan benih sebab itulah kami menjadi pengeluar benih kepada mereka.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131028/ag_01/Biak-tiram-asuhan#ixzz2jHpIwRBw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 24, 2013

Inovasi tempe



TEMPE merupakan antara makanan popular di kalangan orang Melayu terutamanya etnik Jawa.

Rata-rata tempe yang terdapat dipasaran dihasilkan daripada kacang soya yang diperam (fermentasi) sehingga terbentuknya produk makanan tersebut.
Di Indonesia, tempe boleh dikatakan antara makanan wajib bagi penduduknya, malah dijadikan sebagai makanan ruji.

Produk makanan tersebut diambil oleh sebahagian besar penduduk Indonesia sebagai pengganti kepada sumber protein yang diperolehi daripada daging dan ikan.

Oleh kerana tempe mudah untuk dihasilkan selain boleh dimasak dengan pelbagai resipi, makanan tradisi tersebut terus menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat Melayu.

Menurut penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Kamariah Long, tempe kacang soya memiliki pelbagai kelebihan serta khasiat buat penggemar makanan tersebut, namun untuk mempelbagaikan produk berasaskan tempe agak sukar dilakukan.

Beliau menyedari jika tempe tidak dipelbagaikan menerusi penghasilan produk sampingan dan hiliran, makanan tersebut tidak akan ke mana dan tidak dapat dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Sebagai penggemar tempe, saya merasakan sudah sampai masanya makanan tersebut dipelbagaikan selain hanya dimakan begitu sahaja.

"Jika tempe boleh dipelbagaikan penggunaannya, bukan sahaja penguna malah sepanjang rantaian bermula daripada pengeluar, penjual dan pengguna akan menikmati manfaatnya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Kamariah yang juga Penolong Pengarah Program Bio-pemperosesan, Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI, menyedari potensi tempe untuk diketengahkan sebagai produk makanan amat luas beliau telah membangunkan teknologi baharu untuk tujuan tersebut.

Lebih menarik, Dr. Kamariah tidak menggunakan kacang soya sebagai bahan utama pembuatan tempe baharu tersebut sebaliknya menggunakan kacang hijau.

Antara alasan Dr. Kamariah tempe kacang soya sudah dikenali ramai selain sukar untuk mempatenkan produk-produk sampingan baharu daripada tempe kacang soya sedia ada.

"Oleh yang demikian, saya menukar daripada menggunakan kacang soya kepada kacang hijau agar tiada siapa yang akan mengatakan saya 'ciplak' idea orang lain.

"Kita semua tahu, tempe kacang soya sinonim dengan Indonesia, malah menjadi sebahagian daripada kebudayaan mereka, jadi sebarang pembangunan serta penyelidikan ke atas produk ini akan menyebabkan kita menghadapi kesukaran untuk mempatenkannya," katanya.

Pemilihan kacang hijau dilakukan selepas beberapa ujian dan penyelidikan dilakukan mendapati kacang tersebut sesuai untuk dijadikan tempe.

Selain itu, penggunaan kacang hijau sebagai pengganti kacang soya juga mampu meningkatkan khasiat selain menjadikan tempe tersebut lebih sedap serta berbau wangi.

Generasi baru tempe yang dikenali sebagai MyG-Mung Bean dikatakan mengandungi asid GAMA (Gamma Aminobutyric Acid) yang tinggi di samping memiliki pelbagai kelebihan untuk kesihatan.

Pemeraman atau fermentasi tempe MyG-Mung Bean dilakukan menerusi proses inokulasi strain terpilih iaitu Rhizopus 5351 sebagai pengganti agen pemeraman sedia ada.

Penggunaan 'strain' khas bagi menggantikan agen pemeraman biasa itu dilakukan setelah kajian mendapati penggunaannya mampu meningkatkan kandungan antioksidan, memiliki ciri-ciri anti-diabetik, anti-pigmentasi, anti-stress dan juga bahan yang boleh melindungi hati.

Sebagai inovasi baharu, kajian menyeluruh turut dijalankan meliputi ujian kesihatan dan in-vitro terhadap tikus makmal terhadap produk-produk sampingan yang dihasilkan daripada tempe kacang hijau.

Malah, menerusi kajian in-vitro yang dijalanakan mendapati komposisi tempe kacang hijau yang terhasil mampu merangsang sistem penambahan sel imunisasi dan kesan sitotoksik terhadap sel kanser manusia.

Kajian selama tiga tahun tersebut dijalankan olehnya bersama beberapa lagi ahli kumpulan iaitu Dr. Koh Soo Peng, Anisah Jamaluddin, Ainaa Abdul Kahar, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Noorjahan Banu Alitheen, Dr. Yeap Swee Keong (UPM), Norlalily Mohd. Ali (pelajar master), Hamidah Mohd. Yusof (pelajar master) dan juga kakitangan beliau Beh Boon Kee turut mendapat kerjasama daripada pihak UPM.

Tambah Dr. Kamariah, kajian terhadap tempe versi baharu itu juga mendapati produk makanan tersebut mengandungi kandungan asid protocathechuic, asid vanilik, asid syringic yang mana lebih tinggi berbanding tempe kacang soya.

Penemuan tersebut menunjukkan produk daripada MyG-Mung Bean memiliki potensi untuk digunakan sebagai makanan tambahan bagi melindungi hati dan sebagai pencegahan awal kepada penyakit kanser.

Selain dimakan begitu sahaja, penyelidikan terhadap tempe itu juga membolehkan MARDI meneroka pelbagai potensi pembangunan produk berasaskan tempe kacang hijau kepada beberapa produk sampingan bagi menggantikan tempe kacang soya.

Dalam pada itu, tempe kacang hijau juga boleh diekstrak secara bioaktif kepada bentuk kapsul, serbuk untuk bancuhan minuman, agen anti-pigmentasi serta bahan berfungsi yang boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis makanan.

Akses terhadap produk makanan yang kaya dengan nutrisi menjadi satu keperluan bagi manusia masa kini bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.

Ujar Dr. Kamariah, makanan tambahan untuk kesihatan yang terdapat di pasaran masa kini amat mahal dan hanya mampu dibeli oleh mereka yang berkemampuan.

Namun, menerusi produk sampingan yang diekstrak daripada tempe kacang hijau dapat dimanfaatkan oleh hampir segenap lapisan masyarakat kerana produk tersebut dapat dihasilkan dengan kos yang rendah.

"Sebagai contoh warga emas yang kekurangan protein akibat kawalan pengambilan makanan seperti daging dan ikan bagi mengelakkan peningkatan kadar kolestrol dalam darah boleh mendapatkan ekstrak protein tempe kacang hijau.

"Ekstrak protein daripada tempe kacang hijau adalah lebih murah kosnya berbanding ekstrak protein yang dihasilkan menerusi kacang soya," katanya.
Selain ekstrak, pengguna juga boleh menggantikan pengambilan daging dan ikan dengan menjadikan tempe kacang hijau sebagai hidangan utama setiap hari.

Pengambilan kacang hijau atau produk kekacang semata-mata di dalam kuantiti yang banyak bagi menggantikan sumber protein juga tidak digalakkan kerana amalan tersebut akan mengakibatkan kesan negatif seperti kembung perut (gluten) atau lebih mudah dikenali sebagai angin.

Untuk mengelakkannya, produk kekacang perlu diperam (contoh dijadikan tempe) terlebih dahulu sebelum dijadikan hidangan.

MyG-Mung Bean bukan sahaja merupakan makanan bernutrisi tinggi dan mudah untuk dibeli oleh rakyat biasa, malah kewujudan satu produk baharu tersebut boleh diketengahkan oleh pihak-pihak yang berminat di sektor pembuatan makanan.

Antaranya adalah seperti usahawan industri kecil sederhana (IKS) bagi menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan peningkatan dari segi ekonomi.

Penghasilan tempe kacang hijau tidak melibatkan sebarang pembaziran kerana keseluruhan kacang (kecuali kulit) akan digunakan sepenuhnya menjadikannya lebih mesra alam dan berteraskan teknologi hijau kerana tiada bahan buangan industri.

Buat masa ini, produk MyG-Mung Bean masih belum dikomersialkan kerana masih tiada syarikat mahupun individu yang berminat untuk berbuat demikian.

Bagi mereka yang berminat untuk mengkomersialkan produk tersebut anda boleh menghubungi Dr. Kamariah di alamat email amai@mardi.gov.my.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131021/ag_01/Inovasi-tempe#ixzz2idBvMtCP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 23, 2013

DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd


Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami http://dkilslogistics.wordpress.com/
Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk kami berkongsi maklumat dan juga mengemas kini segala aktiviti bisnes dan juga kepakaran yang ditawarkan bagi memudahkan segala urusan logistik anda. Berikut adalah maklumat syarikat:
DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd
Nama Syarikat : DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd
No Pendaftaran Syarikat : 543512-M
Tarikh Syarikat Ditubuhkan : 31hb Mac 2001
No Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia :357-01002931
Alamat Syarikat : No 12A, Jalan Tembikai 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Nama Pengurus : Zakiyah Md Taib
No Tel Syarikat : 019-7063417
Alamat Email Syarikat : dkils_jb01@yahoo.com
Jenis Perniagaan
Pengangkutan/Sewaan Lori,Perpindahan Pejabat atau persendirian dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan contohnya membekalkan tenaga kerja dan material pembungkusan.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kami di DK Integrated Logistics & Supply Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan seperti:
• Menyediakan pelbagai pengangkutan lori untuk disewa sama ada 3 tan, 5 tan, 8 tan, 10 tan, trailer 20 kaki 40 kaki dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. (lori terdiri dari jenis kanvas dan box)
• Berpengalaman dalam menguruskan kerja-kerja perpindahan sama ada dalam sektor kerajaan@swasta iaitu membekalkan tenaga kerja mahir untuk melakukan kerja-kerja membungkus peralatan pejabat/kilang/stor/ isirumah termasuk kerja mengangkat, membuka bungkusan dan menyusun semula di lokasi baru.
• Merupakan syarikat yang berdaftar dengan MOF di bawah kod bidang – Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan, Mengangkat Sampah dan mempunyai pengalaman yang luas dalan bidang yang berkaitan.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Zakiyah Md Taib (019-7063417) :)

Saturday, October 12, 2013

Bakeri di rumah


Kreativiti kek yang dihasilkan Noor Beattey amat mengagumkan.

ORANGNYA memang berbakat. Bayangkan dia tidak pernah menghadiri sebarang kelas pembuatan kek, semuanya dipelajari sendiri daripada pemerhatian dan Internet namun hasilnya mantap, sehebat graduan akademi bakeri terkemuka. Itulah kebolehan yang ada pada Noor Beattey Buang, 33.

Dahulunya Noor Beattey merupakan seorang wanita bekerjaya yang kerjanya menuntut dirinya sering balik lewat dan menghadiri persidangan di luar negara.

Namun naluri keibuan serta minatnya melebihi segalanya lalu mendorong Noor Beattey berhenti kerja 'makan gaji' dan mengusahakan Beattey's Bakery yang beroperasi dari rumahnya yang terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur sahaja.

Ditanya mengapa bidang pastri dan bakeri yang menjadi pilihan, Noor Beattey berkata, sejak usianya sembilan tahun dia sudah mula menghasilkan biskutnya sendiri dan dijual kepada kawan-kawan.

"Berbekal ilmu dan pengalaman, saya menghasilkan kek dan menjual secara kecil-kecilan kepada sanak- saudara dan kenalan. Mula-mula saya hanya jual nasi lemak di pejabat. saya begitu terharu apabila air tangan saya mendapat sambutan menggalakkan.

"Sejak itu, saya tekad mengembangkan bisnes. Walaupun ada kalanya berasa penat selepas seharian bekerja, saya kuatkan semangat bersengkang mata menyiapkan tempahan sehingga lewat malam. Saya puas apabila pelanggan berpuas hati dengan kek yang saya hasilkan," ceritanya.


KEk daripada watak-watak kartun menjadi kegemaran kanak-kanak.

Berniaga dari rumah

Sudah beroperasi dari rumah sejak tahun 2010 lagi dan kini Noor Beattey semakin hampir dengan impiannya untuk membuka premisnya sendiri. Sambutan hangat membuatkan Noor Beattey tekad untuk mewujudkan kedai keknya sendiri.

"Memang sukar untuk membuat keputusan ketika itu, suami agak keberatan kerana bisnes mempunyai risiko yang tinggi.

"Begitu juga dengan majikan yang berat hati melepaskan saya, maklumlah saya mempunyai banyak pengalaman. Ramai yang nasihatkan saya agar berfikir semasak-masaknya.

"Selepas pertimbangkan segalanya, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Selepas berhenti kerja, saya gigih mengembangkan bisnes dan promosi yang paling berkesan hanyalah menerusi Facebook," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Bohonglah jika seseorang yang menjalankan perniagaan tidak pernah melalui kesukaran dan cabaran. Noor Beattey juga pernah mengalami pelbagai cabaran sebelum ini.

Bagaimanapun, setiap kesusahan dan cabaran yang dialami mestilah dijadikan pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak berulang.

Noor Beattey juga bertuah kerana mendapat promosi dari mulut ke mulut pelanggan yang berpuas hati dengan hasil jualannya.

Kesimpulannya, seseorang pastinya boleh berjaya dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi jika mempunyai wawasan dan objektif yang nyata, disiplin serta sikap sabar yang tinggi haruslah disemat dalam diri.

Noor Beattey kini sudah boleh berpuas hati dengan pendapatan perniagaan kek kukus dari rumah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Noor Beattey boleh dihubungi di talian 019-2776623, Facebook Noor Beattey Buang untuk tempahan kek dan biskut.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Produk/20130920/pr_02/Bakeri-di-rumah#ixzz2hUZB4QC5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, October 08, 2013

Strategi conversion


Strategi conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.

Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.

Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:

1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.

2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.

Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.


Conversion bermaksud:

1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?

2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?

Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.

Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:

Logo Sosial

Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.

Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli jadi lebih cepat.

Bahkan, pelanggan akan rasa selamat.

Contoh logo sosial adalah:

1) Jika kita menjual produk kesihatan atau kecantikan, kita boleh tampal logo KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

2) Jika kita menjual produk tudung, baju dan sebagainya, kita boleh tampal logo Poslaju.

3) Jika kita menjual servis fotografi, kita boleh gunakan logo jenama kamera yang kita guna (Nikon, Canon dan sebagainya).

Logo-logo sosial ini yang akan menambah keyakinan pelanggan dari sudut visual.

Logo Syarikat Penerbitan

Sekiranya produk kita pernah muncul dalam media-media atau penerbitan seperti:

1) Rancangan televisyen.

2) Majalah.

3) Akhbar.

… Maka kita boleh gunakan logo-logo mereka untuk ditampalkan dalam kedai online.

Berdasarkan kajian daripada pakar-pakar bisnes, logo-logo penerbitan ini sesuai diletakkan pada butang tindakan (Call-to-action).

Iaitu pada bahagian sebelum pelanggan klik "Beli Sekarang."

Letakkan logo syarikat penerbitan sebelum butang ini.

=============
Iklan Tingkatkan Jualan - Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
=============

Bagaimana seorang penulis iklan (copywriter) yang duduk di Malaysia, membantu ratusan anak-anak muridnya menghasilkan nilai jualan 7 angka.

… Hanya menerusi strategi pemasaran SMS.

Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.

"Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit."

Jawapan strategi pemasaran SMS yang berkesan ada pada laman web di bawah:

========
Klik sini --->> http://www.writetowealth.my/strategi-sms
========

PS: Audio ini khas untuk usahawan dan bakal usahawan yang percaya pada kuasa pemasaran SMS sahaja.

Monday, October 07, 2013

Ayam kampung organik



WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung.

"Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya.

Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.

Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang.
Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari.

Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit.
Tambahan pula, ayam merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuhan.

Ayam memakan apa sahaja, daripada bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein.

"Pada kebiasaannya, kami akan memberi makanan rumput jenis azola dan kiambang itik, sekali gus tidak memerlukan bahan kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa was-was," jelasnya.

Ishamuddin ditemui semasa menerima kunjungan wartawan MEGA diladangnya di Bentong, Pahang baru-baru in. Yang turut hadir ialah rakan kongsinya, Mohd Khairul Redza Kamaruzaman.

Kaedah penternakan yang diperkenalkan Ishamuddin menjelaskan ayam akan dibiarkan secara bebas di kawasan ladang yang luas bagi memastikan ayam bebas berkeliaran.

Di samping itu, tumbuhan liar dibiarkan tumbuh dan hidup secara semula jadi bagi membolehkan ayam kampung organik ini mendapat makanan organik di mana-mana sahaja kawasan persekitaran ladang.

Sumber seperti protein, karbohidrat, dan mineral yang diperlukan oleh ayam-ayam tersebut boleh didapati secara semula jadi di kawasan ternakan yang luas.

Dalam pada itu, ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.

Malah, bagi memastikan pembesaran ayam kampung organik ini mencapai tahap maksimum, pihaknya menghasilkan antibiotik secara semula jadi melalui penggunaan tumbuhan herba yang ditanam sendiri.

Hakikatnya, Ishamuddin tidak perlu merunsingkan kepala untuk mempercepatkan pembesaran ayam kampung dengan suntikan seperti yang biasa dilakukan ke atas ayam daging kerana kosnya tidak terlalu tinggi.

Campuran herba hempedu bumi, daun patawali, daun betik, kunyit dan halia digunakan sebagai antibodi untuk melawan penyakit.

Ia bertujuan memastikan ayam tersebut melalui proses pembesaran secara semula jadi.

Katanya, makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit.

Oleh itu, pemantauan terperinci perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan proses pembesaran berjalan lancar.

Penternakan secara semula jadi itu membolehkan ayam-ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna.

Dalam pada itu, Ishamuddin juga menyifatkan ayam kampung organik asli kerana ia diternak di kawasan hijau selain air yang dibekalkan tidak tercemar.
Air untuk penternakan ayam daging diletakkan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu reban.

Ishamuddin mendakwa, cara tersebut menjadikan ayam daging hidup dalam persekitaran yang kotor dan kekurangan zat makanan.

Menurutnya lagi, kaedah penternakan itu diperkenalkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang penternakan dari dalam dan luar negara selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tambahan pula, ladangnya turut mengunakan penggunaan mikroorganisme efektif (EM) untuk memberi kesan yang baik untuk menyerap bau dan menghindarkan lalat.

Menyentuh mengenai rasa daging ayam, katanya , ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya juga lembut.

"Rasanya yang lebih manis dan lembut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelanggan terutamanya pelanggan berbangsa Cina," katanya.

Ishamuddin turut memberitahu, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

"Saya menggunakan modal sendiri yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam kampung organik ini, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.

Ditanya mengenai perancangannya, Ishammudin menyasarkan untuk menambah empat buah kedai menjual ayam kampung organik ini di samping mempunyai kemudahan tempat penyembelihan sendiri.

"Saya sudah pun mempunyai beberapa cawangan yang dibuka di Ampang, Damansara serta Bangi untuk membekalkan ayam kampung organik ini terus kepada pembeli.

"Dengan permintaan yang memberansangkan, saya yakin untuk membuka lebih lagi kedai-kedai membekal ayam kampung organik ini tidak menjadi masalah lagi," katanya. - MASZUREEN HADZMAN (agro@utusan.com.my)

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20131007/ag_02/Ayam-kampung-organik#ixzz2h1Z2pArH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 03, 2013

Tauke lembu fidlot

K.R. Thiagu memeriksa lembu seberat 220kg yang sedia untuk dipasarkan di ladangnya di Semenyih, Selangor.

Berlatar belakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta sumber manusia tidak menghalang minatnya untuk memelihara lembu biarpun pada peringkat awalnya hanya untuk suka-suka.

Kini Thiagu mampu mengimport hampir 1,000 ekor lembu dalam satu-satu masa yang mana kosnya mencecah jutaan ringgit.

Jelasnya, apa jua jenis perusahaan pasti ada cabarannya namun bagi Thiagu mengusahakan ternakan lembu memberinya satu kepuasan yang berlainan.

"Saya susah untuk terangkan namun bidang ini (penternakan lembu) memang merupakan minat saya, malah saya juga ada menjalankan perniagaan lain tetapi selepas mengusahakan bidang ini perniagaan saya yang lain turut semakin maju," katanya.

Selain membekalkan lembu, Thiagu turut memiliki perniagaan dalam bidang perfileman, industri keluli tahan karat dan juga farmasi.

Apa yang menarik, Thiagu hanya membekalkan lembu jantan sahaja kerana menurutnya lembu tersebut lebih mudah untuk dijual selain mendapat permintaan yang tinggi di kalangan umat Islam di negara ini untuk tujuan ibadah korban.

"Di sini saya hanya menjual lembu hidup dengan tahap kesihatan yang terbaik.

"Malah, prosedur untuk mengimport lembu yang ditetapkan oleh kerajaan juga mengkehendaki lembu yang sihat sahaja dibawa masuk," katanya.

Thiagu mengimport lembu dari negara Kemboja, Thailand dan Myanmar dan akan dikuarantin di pusat kuarantin di cawangannya di Kelantan dan Kedah sebelum dibawa masuk ke Selangor.

Tambah Thiagu, dia hanya mengimport lembu jantan muda yang telah cukup umur sahaja dan disimpan dalam kandang menggunakan sistem fidlot.

"Di kandang kita tidak dapat simpan lama kerana permintaan yang tinggi. Kita akan simpan minimum dua minggu dan maksimum selama sebulan.

"Tetapi selalunya stok akan cepat habis kerana kita juga membekalkan lembu kepada hampir 60 buah pengusaha lembu sekitar Selangor," katanya.

Selain Selangor, Kedah dan Kelantan, dia juga turut memiliki cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan bagi memudahkan kos penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri tersebut.
Antara resipi kejayaannya mudah. jika benar-benar meminati sesuatu bidang itu, laksanakan dengan bersungguh-sungguh Thiagu membuktikan dia berjaya biarpun tanpa bantuan mana-mana agensi swasta mahupun kerajaan.

Bagaimanapun Thiagu hanya menjual stok lembu yang diimport dan tidak menjual lembu tempatan kerana lembu yang diimport telah diperiksa tahap kesihatannya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan selamat berbanding lembu tempatan yang rata-rata jarang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Memiliki kapasiti mengimport sehingga 1,000 ekor lembu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan sasaran tersebut merupakan antara motivasinya bagi tahun ini.

Jika tahun lepas, Thiagu berjaya menjual hampir 500 ekor lembu kini sasarannya semakin tinggi dan dia bercita-cita untuk membekalkan lembu hingga ke tahap 3,000 ekor pada tahun 2014 akan datang.

''Bukan mudah untuk mengimport lembu dalam jumlah yang banyak kerana lebih banyak lembu yang dibawa masuk lebih tinggi kos yang perlu ditanggung.

''Bayangkan untuk mengimport lembu berjumlah 3,000 ekor saya perlu menyediakan kos sebanyak RM12 juta."

"(Namun) JP Farm terus berjaya atas sokongan pelanggan-pelanggan khususnya di kalangan orang Melayu yang sentiasa menyokong terutama semasa musim perayaan,'' kata Thiagu.

Sebagai contoh, kos pengangkutan bagi 45 ekor lembu sahaja mampu mencecah sehingga RM145,000 bagi menyewa sebuah lori treler.

Sehingga kini stok yang sedia ada di cawangan Bangi, Selangor sebanyak 350 ekor telah habis ditempah oleh pelanggan. namun Thiagu tetap menyediakan sejumlah 300 ekor lagi di cawangannya di Banting juga di Selangor.

Tambahan pula kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha menyebabkan stok lembu laris.

Ditanya adakah dia berminat untuk mengusahakan ternakan lembu secara tradisional, katanya amalan ternakan lembu secara fidlot membolehkan pusingan modal diperoleh dengan lebih pantas.

"Menternak lembu cara biasa iaitu dari kecil perlu menunggu dalam jangka masa yang agak lama, mencecah bertahun-tahun dan kaedah tersebut kurang sesuai dilakukan masa kini.

"Sistem fidlot lebih mudah kerana lembu yang dibawa masuk telah sedia untuk dijual kepada pelanggan dalam masa yang singkat," kata Thiagu.

Biar pun tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta namun beliau pernah menerima tawaran JPV namun ditolak dengan cara yang baik dengan alasan dia mahu berdikari.

"Saya bukan sombong tapi mahu mengajar diri sahaja agar sentiasa gigih berusaha tanpa perlu mengharapkan bantuan," katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lembu daripadanya, anda boleh menghubungi Thiagu di talian 017-3221551 atau datang terus ke ladangnya di Kampung Sungai Purun, Bangi, Selangor. - ASHRIQ FAHMY AHMAD



Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130930/ag_01/Tauke-lembu-fidlot#ixzz2gYO9kJvx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 02, 2013

Apakah Itu Permission Marketing?



Apakah perlunya strategi PM digunakan apabila kita menggunakan internet bagi menjual produk dan perkhidmatan kita?

Biar saya terangkan dengan cara mudah....

Dulu-dulu pemilik kedai runcit, pemilik kedai gunting rambut, pemilik kedai kopi di kampung kenal semua pelanggannya. Mereka tahu banyak maklumat pelanggan.

Mereka tahu nama-nama setiap pelanggan, berapa umurnya, di mana rumah setiap pelanggan, dia anak siapa, apa pekerjaannya, siapa isterinya, berapa anaknya, apa hobinya, siapa sahabat baiknya, siapa yang mereka benci, apa citarasanya dll.

Towkay kedai runcit, kedai gunting rambut dan kedai kopi itu juga mengambil masa bercakap-cakap dengan setiap pelanggannya apabila mereka datang membeli.

Ini berbeza dengan pemilik hipermarket yang tidak kenal pembeli yang datang membeli di hipermarketnya.

Hipermarket mempunyai bajet periklanan yang sangat besar, sehingga berjuta-juta ringgit setahun. Bisnes kecil tidak mampu meniru cara hipermarket mempromosi bisnesnya.

Permission Marketing adalah strategi berniaga ala-ala si pekedai runcit di kampung.

Dengan menggunakan strategi PM, kita membina hubungan yang rapat dengan pelanggan dan klien kita. Caranya adalah dengan mendapatkan banyak info berkenaan diri pelanggan kita melalui website bisnes kita.

Info berkenaan pelanggan dan klien kita membolehkan kita menambat hati mereka dengan lebih efektif!

Website yang menggunakan strategi PM tidak boleh serupa macam website biasa-biasa yang tidak menggunakan strategi PM.

ABS mempunyai seorang pakar membangunkan website PM. Beliau adalah Tuan Bukhari Ramli.

sumber: Usahawan dan Bisnes