Wednesday, July 23, 2014

Bisnes rock melon


SETIAP rumah hijau mampu memuatkan sehingga tiga ribu pokok rock melon.

PENANAMAN rock melon menggunakan kaedah fertigasi bukanlah perkara baru dalam kalangan petani ketika ini.

Malah, teknologi tersebut sudah menjadi aplikasi yang lazim dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan berikutan kelebihannya yang mudah dilaksanakan berbanding kaedah konvensional lain.

Selain mudah dan cepat, kaedah tersebut juga tidak memerlukan ruang yang luas kerana medium tanaman fertigasi hanya memerlukan sebuah beg plastik berisi tanah dengan baja diagihkan melalui sistem pengairan atau proses pendebungaan.

Yakin konsep tersebut dapat memberi keuntungan kepada pendapatan keluarga, Muhammad Sidek Osman, 36, bertekad melepaskan jawatan dalam syarikat telekomunikasi swasta dan berhijrah kepada bidang penanaman fertigasi rock melon.

Menceritakan pengalaman pertama mengusahakan fertigasi rock melon, anak jati negeri Selangor itu memulakan projek tersebut awal Januari lalu.

“Saya bersama dua orang rakan kongsi mengeluarkan modal kira-kira RM300,000 untuk menyediakan tiga buah rumah hijau, kemudahan berkaitan teknologi fertigasi bagi melancarkan operasi rumah tersebut.

“Kami mengusahakannya di atas tanah seluas 1.5 ekar yang terletak di kawasan Jenjarom. Setiap satu rumah hijau mampu memuatkan sehingga tiga ribu pokok rock melon," katanya ketika ditemui di ladang fertigasi rock melon di Banting baru-baru ini.

Ditanya mengapa memilih rock melon sebagai sumber pendapatan, Muhammad Sidek memberitahu, minatnya terhadap buah tersebut timbul selepas menyertai program usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tahun lalu.

Bermula daripada program tersebut, dia bersama Saiful Asyraf Md. Ihsan dan Mohd. Muniff Norulazmi menubuhkan syarikat bagi menggerakkan projek tersebut.

Syarikat berkenaan, KMS Agronomi Sdn.Bhd akan berfungsi sebagai` jentera’ bagi memastikan tanaman rock melon yang diusahakan mampu memberi pulangan selain menjadi tulang belakang kepada pengurusan jual beli hasil dan sebagainya.

Tambah Muhammad Sidek, buah di setiap rumah hijau akan dituai sekali sebulan secara berperingkat sekali gus memberikan hasil berterusan setiap tiga bulan berturut-turut.

Membangunkan tanaman rock melon varieti Glamour pada setiap rumah hijau, buah tersebut mampu mengeluarkan hasil purata sehingga 1.6 tan pada setiap kali tuaian.

“Daripada jumlah tersebut, ia mampu menghasilkan pendapatan hasil kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sekali tuai dan jumlah tersebut sudah cukup membanggakan kami.

“Oleh itu, komitmen yang tinggi perlu dipupuk pada peringkat permulaan ketika baru memulakan bidang pertanian kerana dengan kesungguhan, petani dapat menilai sendiri hasil yang akan diperoleh.

“Asas prinsip seperti itu penting dan paling utama, kita tidak perlu cemas atau bimbang untuk menjual hasil tanaman jika ia benar-benar berkualiti dan menepati ciri-ciri terbaik," ujarnya.

Berkongsi mengenai cara pendebungaan benih Glamour, bapa kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu mereka menyerahkan ‘tugas’ tersebut kepada lebah madu berikutan kapasiti pokok yang banyak pasti melambatkan proses pendebungaan jika dilakukan secara manual.

Lebah yang ditempatkan di dalam rumah hijau dijadikan sebagai agen pendebungaan kerana haiwan tersebut mampu menyebarkan benih pokok serta mengahwinkan bunga jantan dan betina.

Selain lebah madu, kelulut juga boleh dijadikan sebagai agen pendebungaan benih namun kos yang harus ditanggung oleh petani mungkin berlainan dan sedikit mahal kerana kelulut telah sedia maklum agak sukar untuk diperoleh.
Menurut Muhammad Sidek, ‘perkhidmatan’ lebah madu lebih berkesan berbanding kelulut kerana serangga tersebut terbang lebih pantas namun masih tetap merbahaya dengan sengatannya jika dibandingkan dengan kelulut yang tidak menyengat.

Melihat alternatif berkenaan mampu memudahkan proses pendebungaan, Muhammad Sidek turut merancang untuk menjadi penternak lebah madu dalam usaha membantu dan menggalakkan petani rock melon lain menggunakan kaedah pendebungaan yang sama.

“Saya ada berbincang dan memberi cadangan kepada pihak MARDI untuk turut sama menjadi penternak lebah supaya petani lain boleh memanfaatkan cara ini.

“Dalam masa sama cara tersebut boleh dimanfaatkan sebagai pendapatan tambahan para petani dalam menyokong projek fertigasi rock melon yang diusahakan," katanya. - NOOR DIANA AZIS


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140714/ag_01/Bisnes-rock-melon#ixzz38HBCPn83
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, July 17, 2014

3 Layer Plastic Water Dispenser

 




Puan bakal menerima kunjungan tetamu raya ini?
Mahu hidangkan air minuman pelbagai jenis?

Tetapi tiada bekas mahupun ruang mencukupi?
Kini masalah anda selesai !!

Dapatkan 3 Layer Plastic Water Dispenser ini dengan harga PROMOSI cuma RM160.

Dan POS juga PERCUMA seluruh SEMENANJUNG!!

Tetapi terhad untuk 30 pelanggan pertama sahaja dan untuk tempoh yang terhad.

Anda boleh isi sehingga 3 jenis minuman berbeza dan setiap tingkat / layer boleh muat 1 gallon ( 2.5 Liter ) dan setiap layer boleh diasingkan.

Nak buat 2 layer boleh, nak buat satu layer sahaja pun boleh.

Meterial : Plastik

Berminat?

SMS >3LPWD< ke >019-7589774 < untuk dapatkan harga promosi ini.

Ya, harga biasa Rm219, tetapi PROMOSI TERHAD cuma RM160.
SMS sekarang!!

SMS >3LPWD< ke >019-7589774<
Terhad pada 30 pelanggan pertama sahaja.

Thursday, July 10, 2014

Inovasi dalam pertanian



Petani perlu mempunyai semangat yang kuat, cekal serta komited dalam mengusahakan pertanian di samping mempunyai sumber modal yang mencukupi’.

Berbekalkan prinsip inilah, hari ini Ramli Edrus yang merupakan usahawan tani berasal dari Kuantan, Pahang mampu tersenyum bangga dan telah berjaya meraih purata pendapatan lumayan.

Sebelum menceburi bidang pertanian, Ramli pernah bekerja sebagai pemandu traktor di Jabatan Pertanian Negeri Pahang selama hampir 10 tahun.

Pada masa itu, dia telah mula mengusahakan projek pertanian secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.

Hasil usaha yang berterusan dan keinginan untuk terus berjaya dalam bidang ini, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan projek pertanian secara sepenuh masa.

Sehingga hari ini, Ramli telah berjaya mengusahakan tanaman secara fertigasi gantung di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Manis, Kuantan dengan keluasan sebanyak 13 hektar (ha).

Ramli telah menyertai projek di TKPM ini sejak tahun 2011 dan mendapat bimbingan sepenuhnya daripada Jabatan Pertanian.

Dia juga telah berjaya memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) iaitu pensijilan yang merupakan pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik dan mesra alam bagi memastikan pengeluaran hasil berkualiti dan selamat dimakan.

Fertigasi gantung merupakan satu kaedah menanam dengan menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para.

Para yang dibina dengan menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani.

Timbulnya idea untuk melaksanakan kaedah fertigasi gantung ini didorong oleh kenaikan harga baja berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.

Selain itu, kesukaran mendapatkan tenaga buruh juga merupakan faktor yang menyumbang kepada tercetusnya idea tersebut.

Melalui kaedah fertigasi gantung, kebanyakan kerja-kerja operasi di ladang yang sebelumnya memerlukan tenaga kerja yang ramai dapat diminimumkan melalui penggunaan jentera ladang.

Pada kebiasaannya, bagi setiap hektar tanaman sayuran secara konvensional memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang tenaga buruh,

Bagaimanapun melalui kaedah fertigasi, hanya dua orang pekerja sudah memadai bagi menguruskan kawasan tanaman sehingga empat hektar keluasan.

Menurut Ramli, dengan menggunakan kaedah fertigasi gantung ini, dia telah berjaya mengurangkan pembaziran bahan input pertanian kerana penggunaan baja yang tidak efisien.

Ini adalah kerana pemberian larutan baja pada kadar yang ditetapkan akan diserap terus oleh pokok dan ini menggalakkan penyerapan baja oleh pokok secara optimum.

Sistem fertigasi gantung didapati amat bersesuaian diusahakan di atas tanah bermasalah seperti berasid, bekas lombong, bris dan kawasan yang berisiko ditenggelami banjir kilat.

Kaedah ini juga tidak memerlukan proses penyediaan tanah seperti pengapuran dan penggunaan baja organik dilaksanakan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos bahan input dan kos tenaga kerja.

Oleh itu, petani akan dapat melaksanakan projek tanaman sepanjang tahun tanpa mengira musim dan tidak perlu risau berlakunya banjir atau masalah ketidaksuburan tanah.

Melalui kaedah ini juga, Ramli berjaya memperoleh pendapatan yang lebih baik disebabkan oleh peningkatan hasil pengeluaran melalui penggunaan baja yang lebih efisien.

Selain itu, ia memanjangkan jangka hayat ekonomik tanaman, mengurangkan risiko kerosakan tanaman akibat banjir, serangan perosak serta penyakit soil borne.

Kos kawalan rumpai juga dapat dikurangkan sehingga 50 peratus apabila sepanjang hayat tanaman kawalan rumpai perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sahaja.

Kerja-kerja penjarangan tanaman dan kutipan hasil juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan efisien.

Menurut Ramli, sehingga kini dia telah mengeluarkan kos kira-kira RM200,000 bagi membangunkan kawasan seluas 13 ha untuk memulakan projek fertigasi gantung tersebut.

Walau bagaimanapun, kos pengeluaran pusingan seterusnya adalah lebih rendah kerana hanya melibatkan kos operasi dan bahan input sahaja.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140616/ag_01/Inovasi-dalam-pertanian#ixzz371eFJufE
© Utusan Melayu (M) Bhd