Thursday, February 18, 2016

Mula Tanam 7 Prinsip Ini Dalam Diri Kalau Anda Nak Kaya Cepat



Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.
Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan:
Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan.
Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi.
Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkanmacam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas.
Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama.
Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.
Prinsip #3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan,yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan.
Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji.
Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya.
Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh.
Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi.
Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.
Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan.
Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup.
Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.
Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda.
Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi.
Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.
Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang. 
Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal.
Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit.
Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.
Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza.
Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful.
Contohnya:
  • simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain),
  • simpanan untuk memulakan bisnes,
  • simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya.
Bak kata Zig Ziglar:
“WEALTH ARE ACQUIRED BY 20% HEAD KNOWLEDGE AND 80% BEHAVIOR”
Benar. Kita bergantung 100% kat rezeki yang Allah berikan. Tapi kalau kita sendiri tak mulakan tindakan, tak jadi juga. Kalau tak ada usaha, sampai bila-bila kita tak layak jadi kaya.
Dan ini bermula dengan membenih tabiat menyimpan.
Bila kita dapat kuasai asas ini, kekayaan akan datang tanpa dijemput, dan kita pula “terpaksa” jadi kaya.
Ahmad Hanizam Abdullah
019-7589774
https://hanizamagency.wordpress.com