MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (dua dari kanan) mengisi buah nanas MD 2 di dalam mesin pengumpulan bersama Presiden & Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (tiga dari kanan) pada lawatan ke Ladang dan Pusat Pembungkusan Nanas MD 2 milik Kulim(Malaysia) Bhd. di Ulu Tiram di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE / BAAZLAN IBRAHIM
.
JOHOR BAHRU 23 Sept. - Usahawan yang berminat dalam bidang pertanian digalakkan untuk memilih tanaman nanas premium MD2 kerana negara memerlukan kira-kira 3,000 hektar lagi tanah bagi memenuhi keperluan eksport.
JOHOR BAHRU 23 Sept. - Usahawan yang berminat dalam bidang pertanian digalakkan untuk memilih tanaman nanas premium MD2 kerana negara memerlukan kira-kira 3,000 hektar lagi tanah bagi memenuhi keperluan eksport.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pada masa ini, penanaman nanas MD2 di negara ini melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar dan kebanyakannya ditanam di negeri ini.
“Potensi nanas MD2 ini sangat besar dan selain bagi memenuhi permintaan negara antaranya Jepun, Korea Selatan, negara-negara Arab, Singapura dan China, kita turut merancang untuk memasuki pasaran Eropah.
“Dan usaha bagi tujuan itu sedang giat dijalankan oleh pihak terlibat,” katanya selepas melawat ladang dan Pusat Pembungkusan Nanas MD2 milik Kulim (Malaysia) Bhd., di Ulu Tiram, dekat sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Mohd. Anim Hosnan.
Sementara itu, beliau berkata, negara menyasarkan sebanyak 100 kontena, iaitu 1,800 tan metrik pengeluaran nanas MD2 sebulan termasuk 50 kontena, iaitu 900 tan metrik sebulan bagi memenuhi permintaan pasaran dari China. - UTUSAN ONLINE