Saturday, March 29, 2008

Lima Tip Psikologi Untuk Kejayaan Bisnes Anda

Berpandukan kepada Prinsip 'Law of Attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. Jika anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.
..
#1. Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..". Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
..
#2. Untuk mengubah cara berfikir anda, ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari, perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
..
#3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu (elakkan sama sekali)
..
#4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda. Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."
..
#5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya. Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

No comments: