Friday, August 29, 2008

Faktor Kegagalan Usahawan

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Berikut adalah disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perniagaan gagal. Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan, elakkan daripada sikap dan faktor-faktor berikut:

.....
1 Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan diapantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

.....
2 Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.

....
3 Strategi pemasarannya tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.

....
4 Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usawahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

....
5 Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!"
Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasinya, tidak ditetapkan. Akhirnya impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

....
6 Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakitanya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

....


7 Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerjadan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
....

8 Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, "Rezeki secupak tidak akan jadi segantang." Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

....
9 Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, computer, perhubungan awam dan sebagainya.

...
10 Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
....

11 Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berkifikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta lamanweb berkaitan keusahawanan.

...
12 Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang diajalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
...

13 Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak akan jadi segantang.

...
14 Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputra tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut keuntungan dan mengelak rugi.
...

15 Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak ‘mengukur baju di badan sendiri’. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
...

16 Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggung jawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannnya. Ada perniagaan yang Berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar-kacir apabila tampuk pemerintahan diambil alih oleh si anak.

...
17 Rakan kongsi berpecah. Perniagaan yang berpotensi juga gagal akibat rakan kongsi yang tidak sehaluan.

Thursday, August 28, 2008

Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Jutawan

Berdasarkan maklumat dan sumber serta melalui usaha-usaha yang dibuat, berikut ciri-ciri yang diharapkan boleh menyumbang usaha menjadikan kita seorang yang lebih baik jika pun tidak semestinya menjadi seorang jutawan.
...
Sekurang-kurangnya kita semakin hampir dengan satu juta berkenaan dan sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk mendapat satu juta yang pertama adalah yang paling sukar.
.....
1 Jadikan wang sebagai sesuatu yang boleh disimpan dan labur. Sebaik sahaja anda menerima gaji anda atau satu durian runtuh (sebagai contoh, harta pusaka atau bonus), fikirkan berapa banyak anda boleh kesampinkan sebagai simpanan.
...
..
2
Andaikan risiko tertentu apabila melabur. Apabila anda bermain selamat semasa melabur, anda akan mendapat selamat (tetapi rendah) juga pulangannya. Jutawan berhabisan meletakkan jiwa dan raga membangunkan bisnes yang mana mereka harap akan mendapat pulangan – tiada yang terjamin. Tetapi mengambil risiko yang dikira yang memberikan mereka ganjaran.

...
3 Hidup dengan ringkas. Sesetengah jutawan telah tinggal di dalam rumah yang sama yang mereka ada bagi tempoh 30-40 tahun lepas. Atau mereka tinggal di dalam rumah yang mereka warisi. Anda juga boleh mengambil tanda daripada cara jutawan-jutawan ini menjalani kehidupan: bukan berparti sepanjang malam, bukan juga sentiasa bertukar kereta baru. Sebaliknya, anda akan dapati para jutawan ini bekerja di mejanya pada jam 8 pagi dan memiliki Cuma dua buah kereta di dalam garaj.

4 Mempunyai satu matlamat. Dengan lebih spesifik, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat anda. Contohnya, katalah matlamat anda ialah untuk mendapat rumah sendiri apabila anda berusia 35 atau 40 tahun. Ia mungkin sebuah unit kondominium ataupun rumah tiga bilik di pinggir Bandar – ia bergantung kepada pendapatan anda dan bagaimana anda menyimpan bagi bertahun lamanya. Mempunyai matlamat akan membantu anda focus kepada usaha anda lebih baik.


5 Pilih hutang baik dan hutang tidak baik. Ambillah pinjaman dengan syarat lebih pendapatan pinjaman tesebut boleh digunakan untuk menghasilakan anda lebih banayak pendapatan. Contohnya, mohon pinjaman bank untuk kembangkan bisnes yang mempunyai potensi dan munasabah.


6 Kongsi rezeki pemberian anda. Terdapat satu formula matematik yang unik namun berkesan: Lebih banyak anda berikan, lebih banyak anda akan mendapat kembali keberkatanNYA.


7 Ajarkan anak anda kendalikan wang dengan baik. Seperti kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Friday, August 22, 2008

Top 10 Ways To Sell Your Products and Services

Author: Diana Barnum
...
Wouldn’t it be great to sell more of your products and services?
...
Here are some quick tips to help increase your sales.
...
1 Turn your ad copy into a story or article. Your visitors won't be as hesitant to read your ad and will become more interested inyour product.
..
2 Give visitors a freebie for filling out your online survey orthey usually won't. Surveys will give your business valuable intelligence for your business.
...
3 Enhance the power of your ad copy benefits by using attention getting words, highlighting keywords, using color, bolding key phrases, underlining, etc.
...
4 Give your visitors tons of choices so they don't get the feeling of being controlled. Offer them a variety of ways toorder, contact you, navigate, etc.
..
5 Put yourself in your visitors’ shoes. Design your site for them, not for yourself. Create your product around your visitors not because you would buy it.
....
6 Get free advice from successful online business owners. Participate in business chat rooms and message boards to chat with them.
....
7 Use your free bonuses to create a sense of urgency for your visitors to buy. Only offer them for a limited time with your main product.
....
8 Offer your customers extra add-on products at the point of purchase. For example, if they are buying an electronic toy, try to sell batteries with it.
....
9 Make your visitors feel good by giving them sincere compliments. If they feel good they will also feel good about buying from your web site.
....
10 Add multiple profit centers to your web site. If you're selling business books try to sell business services, courses and supplies too.
...
About the Author
By Diana Barnum, president of http://movingaheadcommunications.com "> http://movingaheadcommunications.com and CEO ofhttp://ohiohelp.net "> http://ohiohelp.net . For more help with marketing, publicrelations and writing, email mailto: diana@ohiohelp.net or call: (614) 529-9459.

Thursday, August 21, 2008

Asas Saham: Apakah Dia Saham?

Definasi Saham

Secara ringkasnya, saham ialah satu bahagian pemilikan di dalam satu syarikat. Saham mewakili satu tuntutan ke atas aset dan pulangan syarikat. Apabila anda memiliki lebih banyak saham, bahagian pemilikan anda dalam syarikat berkenaan menjadi lebih besar. Tidak kiralah sama ada anda memanggilnya saham, shares, stock atau ekuiti, ia membawa maksud yang sama.

...

Menjadi Seorang Pemilik

Dengan memegang satu saham syarikat bermakna anda merupakan salah seorang daripada ramai pemilik (pemegang saham) syarikat dan dengan itu, anda mempunyai hak tuntutan (walaupun sebenarnya amat kecil) ke atas setiap apa yang dimiliki oleh syarikat.

...

Ya, ini bermakna secara teknikalnya anda memiliki sebahagian kecil pada bahagian perabot, setiap tanda niaga, dan setiap kontrak perolehan syarikat. Sebagai seorang pemilik, anda layak ke atas bahagian anda terhadap pulangan pendapatan syarikat termasuk sebarang hak mengundi yang ada ke atas saham tersebut.

...

...

Satu saham biasanya diwakili oleh satu sijil saham. Ia adalah sekeping kertas yang membuktikan pemilikan anda. Pada zaman komputer kini, anda tidak lagi dapat melihat dokumen ini kerana broker anda menyimpan rekod-rekod berkenaan secara elektronik di mana ia juga dikenali sebagai “in street name.” Ini dibuat bagi menjadikan saham-saham lebih mudah diniagakan.

...

Sebelum ini, apabila seseorang mahu menjual sahamnya, dia perlu membawa sijil saham kepada broker. Sekarang, urusniaga hanya dilakukan dengan tetikus di hujung jari atau satu panggilan telefon menjadikan hidup lebih mudah kepada semua orang.

...

Menjadi seorang pemegang saham kepada sebuah syarikat awam bukannya bermaksud anda mempunyai suara dalam urusan bisnes seharian syarikat berkenaan. Malahan satu undi setiap saham untuk memilih lembaga pengarah di mesyuarat tahunan merupakan lanjutan kepada hakikat yang anda mempunyai suara di dalam syarikat.

..

Sebagai contoh, sebagai pemegang saham Microsoft tidak bermakna anda boleh memanggil Bill Gates dan arahkan beliau bagaimana anda fikirkan tentang syarikat patut dijalankan. Dalam pemikiran yang sama, menjadi seorang pemegang saham syarikat Coca-cola tidak bermaksud anda boleh berjalan masuk ke dalam kilang dan ambil satu kotak Coke!

...

Pihak pengurusan syarikat perlu meningkatkan nilai syarikat untuk para pemegang saham. Jika sebaliknya, para pemegang saham boleh mengundi untuk memecat pihak pengurusan, sekurang-kurangnya secara teori. Realitinya, pelabur individu seperti anda dan saya tidak memiliki saham yang mencukupi untuk mempunyai pengaruh yang kuat ke atas syarikat. Ia sebenarnya ‘big boys’ seperti pelabur institusi yang besar atau usahawan billionaire yang membuat keputusan tersebut.

...

Bagi pemegang saham biasa, tidak boleh menguruskan syarikat bukanlah perkara besar yang menjadi persoalan di sini. Kepentingan menjadi pemegang saham ialah anda layak ke atas sebahagian keuntungan syarikat dan mempunyai hak tuntutan ke atas aset-aset.

...

Keuntungan kadang-kala dalam bentuk dividen. Lebih banyak saham yang anda miliki, lebih banyak bahagian keuntungan yang anda dapat. Tuntutan anda ke atas asset hanya relevan jika syarikat berkenaan mengalami kebankrapan. Di dalam kes pembubaran, anda akan menerima apa sahaja yang tinggal selepas kesemua pemiutang telah dibayar.

...

Fakta terakhir ini patut diulangi: Pentingnya bagi pemilikan saham ialah hak tuntutan ke atas asset dan pulangan pendapatan. Tanpanya sekeping kertas bercetak saham tidak bernilai sama sekali.

...

Satu lagi kepentingan saham ialah sifat liabiliti terhadnya, di mana bermaksud, sebagai seorang pemilik kepada sesuatu saham, anda tidak dipertanggung jawabkan secara peribadi jika syarikat tidak berupaya untuk membayar hutangnya. Bentuk syarikat lain seperti perkongsian ditubuhkan di mana jika perkongsian tersebut mengalami bankrap, para pemiutang boleh menuntut rakan kongsi (pemegang saham) secara peribadi dan perlu menjual harta mereka seperti rumah, kereta, perabot dan sebagainya.

...

Memiliki saham bermaksud, walau apapun yang berlaku, nilai maksimum yang boleh anda hilang ialah nilai pelaburan anda sahaja. Malah jika sesuatu syarikat di mana anda adalah pemegang saham, mengalami bankrap, anda tidak akan sama sekali kehilangan aset peribadi.

..

...

Pinjaman vs Ekuiti

Kenapa syarikat menamakan saham?

...

Kenapa perlu para pengasasnya berkongsi keuntungan dengan beribu-ribu orang lain bila mereka boleh menyimpan keuntungan untuk diri sendiri. Sebabnya ialah pada masa yang sama setiap syarikat perlu menambah modal. Untuk melaksanakannya, syarikat boleh sama ada meminjamnya daripada seseorang atau meningkatkan modalnya dengan menjual sebahagian syarikat yang mana ia dikenali sebagai penawaran saham.

.. ..

Syarikat boleh meminjam dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank atau menawarkan bon. Kedua-dua kaedah sesuai dikategorikan sebagai pembiayaan hutang (debt financing). Dalam pada itu, penawaran saham dipanggil pembiayaan ekuiti (equity financing). Penawaran saham mempunyai kelebihan terhadap syarikat kerana ia tidak menghendaki syarikat membayar semula wang atau membuat bayaran faedah sepanjang tempoh tersebut.

...

Apa yang para pemegang saham dapat sebagai pulangan bagi wang mereka ialah potensi di mana saham tersebut akan mempunyai nilai yang lebih tinggi pada suatu hari nanti daripada apa yang mereka laburkan sekarang. Penjualan pertama saham yang mana ia ditawarkan sendiri oleh syarikat persendirian tersebut dipanggil IPO (Initial Public Offering) atau Saham Terbitan awam.

...

Adalah penting anda memahami perbezaan antara satu syarikat membiayai melalui pinjaman dan membiayai operasinya melalui ekuiti. Apabila anda membeli satu instrumen hutang seperti bon, anda dijamin pulangan ke atas wang anda (pokok) bersama-sama bayaran faedah yang dijanjikan. Ini tidak terjadi dengan pelaburan ekuiti. Dengan menjadi pemilik, anda menjangka risiko syarikat tidak berjaya – seperti juga pemilik bisnes tidak dijamin pulangan, begitu juga pelabur saham.

...

Sebagai pemilik, tuntutan anda ke atas aset lebih kecil berbanding para pemiutang. Ini bermakna jika syarikat mengalami bankrap atau pembubaran, anda sebagai pemilik saham, tidak akan mendapat apa-apa sehinggalah pihak bank dan pemegang bon telah dibayar terlebih dahulu. Situasi ini dipanggil ‘absolute priority.’ Pemegang saham mendapat banyak jika syarikat berjaya tetapi mereka juga menanggung risiko untuk rugi keseluruhan pelaburan jika syarikat mengalami kegagalan.

...

Risiko

Perlu ditekankan bahawa tiada jaminan apabila membicarakan saham individu. Sesetengah syarikat membayar dividen, tetapi banyak yang lain tidak. Dan tiada tanggungan untuk membayar dividen walaupun kepada firma yang secara tradisi melakukannya sebelum ini. Tanpa dividen, pelabur boleh membuat duit ke atas saham hanya melalui peningkatan nilai saham di pasaran terbuka. Di sebaliknya pula, sebarang saham mungkin mengalami bankrap di mana pelaburan anda tidak akan mempunyai nilai lagi.

...

Walaupun risiko mungkin kedengaran semuanya negatif, ada juga bahagian yang menarik. Mengambil risiko yang lebih tinggi menghendaki pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda. Inilah sebabnya kenapa saham melalui rekod sejarahnya mengatasi prestasi pelaburan-pelaburan lain seperti bon dan akaun simpanan. Bagi jangka panjang, satu pelaburan di dalam saham mempunyai sejarah sering memberi purata pulangan sekitar 10-12%.

...

Jenis-Jenis Saham

Terdapat dua jenis saham yang utama iaitu saham biasa (common stock) dan saham keutamaan (preferred stock).

...

Saham Biasa

Saham biasa ialah seperti namanya adalah biasa. Apabila orang ramai bercakap tentang saham, mereka selalunya merujuk kepada saham jenis ini. Buktinya, majoriti saham yang ditawarkan adalah dalam bentuk ini. Kita pada asasnya telah menggunakan sifat-sifat saham biasa di dalam perbincangan sebelum ini.

...

Saham biasa mewakili pemilikan di dalam sesuatu syarikat dan juga tuntutan (dividen) ke atas sebahagian daripada keuntungannya. Para pelabur mendapat satu undi setiap setiap saham untuk memilih ahli lembaga pengarah, siapa yang boleh memantau keputusan penting yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat.

Bagi jangka masa panjang, saham biasa, dari segi perkembangan modal, menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding hampir semua jenis pelaburan lain.

...

Pulangan yang lebih tinggi juga datang bersama dengan kosnya di mana saham biasa dianggap paling berisiko. Jika sebuah syarikat mengalami bankrap ataupun pembubaran, pemegang saham biasa tidak akan memnerima satu sen pun wang mereka sehinggalah para pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan telah dibayar.

...

Saham Keutamaan

Saham keutamaan mewakili satu kedudukan pemilikan tertentu di dalam syarikat tetapi biasanya tidak mempunyai hak mengundi (keadaan mungkin berlainan antara sesebuah syarikat). Dengan saham keutamaan, pelabur biasanya dijamin satu kadar dividen tetap selamanya. Ini adalah perbezaan utama berbanding saham biasa, di mana kadar dividen yang pelbagai dan tidak pernah dijamin. Satu lagi kelebihan ialah di dalam keadaan pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa. (tetapi masih lagi selepas pemiutang).

....

Saham keutamaan mungkin juga boleh menjadi boleh panggil (callable), bermaksud syarikat mempunyai pilihan untuk membeli saham-saham daripada pemegang saham pada bila-bila masa untuk sebarang sebab (biasanya pada kadar premium).

...

Sesetengah orang menganggap saham keutamaan lebih kepada pinjaman berbanding ekuiti. Satu cara yang baik untuk memimikirkan jenis saham ini ialah dengan melihatnya di antara bon dan saham biasa.

.

...

Bagaimana Saham Diniagakan

Sebahagian besar saham diniagakan di bursa saham, satu tempat di mana pembeli dan penjual bertemu dan memutuskan harga. Sesetengah bursa merupakan satu lokasi fizikal di mana urusniaga dijalankan di atas lantai dagangan. Anda mungkin pernah melihat gambar tempat urusniaga di mana para pedagang sibuk menuding tangan, melambai, menjerit dan memberi isyarat sesama sendiri. Jenis bursa yang lain ialah dalam talian terdiri daripada jaringan komputer di mana urusan dibuat secara elektronik.

....

Tujuan sebuah pasaran saham ialah untuk menyediakan tempat pertukaran sekuriti antara pembeli dan penjual mengurangkan risiko pelaburan. Bayangkan betapa sukarnya untuk menjual saham jika anda perlu memanggil sekelian jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya dalam usaha mencari seorang pembeli.

...

Benar, sebuah pasaran saham merupakan tidak lebih daripada satu pasaran peladang yang amat canggih menghubungkan para pembeli dan penjual.

Wednesday, August 13, 2008

Bagaimana Usahawan Mengatasi Masalah Modal

Jika anda sedang merancang untuk melibatkan diri dalam bisnes, adalah mustahak untuk bertanya diri sendiri beberapa soalan untuk semakan sebelum bersedia menjadi bos sendiri.
...
Cuba kita lihat dan tanyakan diri sendiri kepada soalan berikut:
...
Adakah saya sudah bersedia dari segi kewangan dan adakah saya mempunyai keupayaan untuk melakukan apa yang diperlukan sebagai seorang usahawan?
....
Adakah saya bersedia dari segi kewangan (modal)?
..
Situasi di mana ketiadaan wang merupakan merupakan masalah yang sangat serius yang sering dihadapi dan perlu ditangani oleh pemilik bisnes yang baru. Ia boleh menjadi sangat serius sehingga boleh menyebabkan bisnes gagal dan pemiliknya terpaksa melupakan niat menjadi bos sendiri dan akhirnya kembali mendapatkan pekerjaan semula.
...
Jadi, berapa banyak modal yang diperlukan untuk meninggalkan pekerjaan anda sekarang dan memulakan bisnes sendiri?
...

...
Mencari jawapannya bukanlah semudah yang disangka pada peringkat awalnya. Ini kerana selain daripada wang yang anda perlukan untuk memulakan bisnes, anda juga perlu untuk ketepikan sebahagian jumlah tertentu untuk menampung diri sendiri dan tanggungan anda sehingga perniagaan tersebut boleh menjana pendapatan yang mencukupi. Dan anggaran bila ia akan menjadi kenyataan adalah jauh lebih sukar.

...

Para usahawan yang berpotensi, selalunya gagal untuk menceburi bidang ini kerana dalam perkataan mereka sendiri, mereka merungut “tak ada modal lah”. Mereka fikir dan menganggap yang mereka mesti mempunyai sejumlah wang – biasanya banyak sebelum boleh memulakan bisnes.

...
Ini sebenarnya tidak benar. Ya, memang betul, anda memang perlukan modal untuk memulakan perniagaan tetapi berapa yang anda perlukan adalah subjektif dan sangat bergantung kepada jenis perniagaan yang anda inigin ceburi, bagaimana cara yang akan anda kendalikannya dan juga skala operasi bisnes berkenaan.

...
Jika anda telah membuat persediaan untuk memulakan secara kecil-kecilan dan melakukan segalanya sendiri, anda pasti terkejut betapa rendahnya modal yang diperlukan. Jadi, berbanding menunggu untuk mengumpulkan modal yang mencukupi sebelum memulakan bisnes impian anda (yang mungkin mengambil masa selamanya untuk dimulakan), satu langkah alternatif yang lebih sesuai untuk anda ialah dengan memilih perniagaan dan kendalikannya dalam keadaan serta skala yang memerlukan hanya dengan modal yang telah anda miliki sekarang.

... .

Ideanya di sini ialah cuma mulakan sahaja – terjun ke bidang tersebut. Setelah anda telah mulakan bisnes anda, dari situ anda boleh dengan perlahan-lahan membinanya dan kembangkan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat peribadi dan bisnes impian anda.

Haji Samuri Jutawan Sate

130 Ribu cucuk sehari masih belum bersedia ke luar Negara
...
Berkunjung ke Bandar Kajang tidak lengkap jika tidak singgah ke gerai sate. Sate Kajang sudah sinonim bunyinya. Tetapi sate mana satu yang paling sedap?
...
Menurut sejarah, Sate Kajang diasaskan oleh Haji Tasnim Sakiban sehingga mempopularkan peniaga-peniaga sate di kajang sejak tahun 60-an.
...
Kini jenama Sate Haji Samuri popular di seluruh Malaysia. Diusahakan sendiri dengan dibantu anak dan menantunya serta ahli keluara lain. Pemiliknya berbangga kerana Sate Haji Samuri dikenali ramai. Memperkenalkan Sate Kajang Haii Samur bukanlah perkara yang mudah atau menumpang populariti sate Kajang semata-mata.
...
Kenapa dinamakan Sate Kajang Haji Samuri?
Bagi Tuan Haji Samuri Haji Juraimi, pemilik perniagaan Sate Haji Samuri, itu adalah lebih mudah untuk orang kenal kerana umpama menggunakan serta kenalkan jenama sendiri.
...
Menurut Samuri, berniaga sate sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi kerana ingin memiliki gerai sendiri, modal permulaan antara RM18,000 hingga RM30,000 dilaburkan. Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih dari seorang tauke Cina yang menjual air tebu. Bermula dari gerai No.5 itulah Sate Haji Samuri berkembang sehingga berjaya membuka 18 cawangan, yang terbaru di Port Dickson dan akan datang di Kompleks PKNS di Shah Alam.
..

...

Kilang
Di Kajang sahaja terdapat tiga buah termasuk yang terbesar berdiri megah bersebelahan stadium, dahulunya bangunan ini dimiliki PKNS. Dengan hasil keuntungan yang diperolehi, Samuri akhirnya berjaya memiliki dan menempatkan pejabat urusannya.

...
Bertambahnya cawangan yang sedia ada membuktikan permintaan satenya meningkat. Bagaimana Samuri memenuhi permintaan ini?

Menurut Samuri dengan tenaga kerja yang hampir 600 orang, dari proses mencampur ramuan, mencucuk, membakar serta pelayan restoran. Setiap hari sebanyak 100,000 hingga 130,000 cucuk sate dihasilkan terdiri daripada ayam, daging, hati, perut, ikan, kambing, arnab dan rusa.

...
Bagi menampung jumlah sate keluarannya, Samuri memiliki sebuah kilang bernilai RM2 juta yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang bagi menempatkan segala pemprosesan sate serta kuahnya. Malah untuk kemudahan para pekerjanya, Samuri menyediakan asrama, apalagi penghasilan sate ini dilakukan secara manual.

...
Untuk memasarkan produk sate kajang ke luar Negara, syarikatnya memerlukan Hazard Analysis Critical Point (HACCP). Kini syarikatnya hanya ada Good Manufacturing Practice (GMP). Jika berjaya mendapatkan HACCP, jenama sate sate kajangnya akan dieksport ke luar negara untuk memenuhi permintaan yang sedia menanti. Untuk berada pada tahap sekarang, Samuri cekal menghadapi persaingan dan cabaran. Ketika memulakan perniagaan, gerainya di tengah-tengah gerai di antara gerai lain dan bersaing dengan gerai yang telah lama bertapak.

...
Bagi Samuri, jatuh bangunnya dalam membina rangkaan perniagaan sate, adat orang berniaga.

...
Samuri mempunyai pendekatan sendiri sebagai usahawan. Dia membuat kajian untuk mengetahui cita rasa pelanggan, apa yang suka dan sebaliknya. Tengok pasaran, jika kebanyakan gerai sate dibuka pada pukul 12 tengahari, Samuri akan membuka seawal 9.30 pagi.

...

Di samping itu, Samuri akan mempastikan bekalan tidak berkurangan, jadi jika ada pelanggan yang datang sehingga lewat malam pasti tidak akan kecewa.
...

Citarasa
Selama 16 tahun bergelumang dalam perniagaan sate ini, tegas Samuri, dia sentiasa komited terhadap setiap apa yang dilakukan, dengan 18 cawangan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pasti ada yang membandingkan rasa sate-sate ini dengan cawangan yang lain.

...
Bagi mengatasi masalah tersebut pemprosesan di kilang yang sama dapat mengekalkan rasa serta kualiti satenya seperti trademarknya “Sate Kajang Haji Samuri, Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”.

...
Sepanjang perjalanan perniagaan sate ini, Samuri pernah menutup kedainya ekoran kehabisan bekalan kerana permintaan yang tinggi ketika itu terutama musim perayaan. Perkara itu telah membuatkan Samuri sentiasa ambil perhatian mengenai perkara ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana Sate Haji Samuri juga menerima tempahan daripada pihak hotel.

...
Perancangan akan datang, Samuri memang ingin membuka cawangan di seluruh Malaysia dan ke luar negara tetapi memandangkan perniagaan ini dijalankan sendiri, Samuri lebih senang mengusahakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana di sini sahaja permintaannya amat tinggi.

...
Desakan Anak Buka Bisnes Sate
Samuri kini sedang berusaha untuk membuka sebuah kilang lain yang dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk pasaran ke luar Negara. Bagi Samuri kejayaan seseorang usahawan itu sebenarnya sukar diukur tetapi Samuri amat bersyukur sepanjang menjalankan perniagaan ini Samuri dapat pergi sejauh ini.

...

Kaya raya? Samuri lebih senang dan berbangga kerana kaya dengan pelanggan yang datang setiap hari untuk menikmati keenakan satenya.
Samuri belajar membuat sate dari pengasas sate kajang iaitu Haji Tasmin ketika itu menumpang di rumah Haji Tasmin. Samuri membantu Haji Tasmin setiap hari selepas habis waktu sekolah sehingga menamatkan zaman persekolahan pada 1963. Pada waktu itu, mengambil keputusan untuk membantu Haji Tasmin sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan.

...
Bekerja dengan Telekom pada tahun 1965, Samuri masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga. Sehingga tahun 1987, Samuri mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan, untuk menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan sate ini.

...
Pada 1992, atas idea serta desakan anaknya dan pengalaman yang ada, Samuri membuat keputusan untuk membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.

...
Keluaran Sate Haji Samuri, 60 peratus terdiri daripada ayam, daging 30 peratus dan selebihnya adalah lain-lain. Lebih suka mendengar atau menerima komen terus daripada para pelanggan. Samuri pelopor peniaga sate yang memperkenalkan hidangan kuah sate di dalam mangkuk besar.

...

Sumber: Mingguan Editor

Monday, August 11, 2008

5 Langkah Ke Arah Kreativiti

Kreativiti ialah keupayaan mewujudkan hubung kait yang sebelumnya tidak pernah wujud. Mengembangkan idea menjadi sesuatu yang berguna dengan aplikasi yang praktikal...
...
Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang bagus adalah dengan mencari banyak idea. Kreativiti merupakan kebolehan mencari hubung kait.
....
Keupayaan mencari hubung kait bergantung kepada keluasan pengetahuan. Sebahagian besar daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pembelajaran.
...
5 Langkah Ke Arah Kreativiti

1 Pengetahuan
Dapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan melalui pancaindera

2 Pemikiran
Berfikir dengan mendalam

3 Pengeraman
Berehat dan lakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan masalah yang dihadapi

4 Eureka!
Saya telah menjumpainya! Detik inspirasi

5 Perkembangan

Sunday, August 10, 2008

Takrif Pemasaran dan Penjenamaan

Memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan mestilah mempunyai satu jenama. Identiti jenama pula adalah kombinasi beberapa factor seperti nama, logo, symbol, reka bentuk, pembungkusan, produk, perkhidmatan, prestasi, imej ataupun persepsi pengguna terhadap produk atau perkhidmatan tersebut.

...

Promosi dan pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam proses menngkatkan imej jenama. Mengeluarkan peruntukan untuk promosi amat penting dalam memasarkan sesuatu produk itu.

....

Seperti beberapa jenama terkenal dunia, mereka mengeluarkan peruntukan yang besar untuk mengekalkan jenama popular mereka. Kenapa perlunya promosi jualan?


Ia adalah untuk memperkenalkan produk baru, mendapat jualan lebih, menarik pelanggan baru, mempertahankan jualan semasa, menambah inventori runcit, gabungan pengiklanan dan jualan, meningkatkan jualan bersemulka dan menentang saingan.

...

...

Kaedah pemasaran yang sering digunakan dalam iklan media adalah promosi jualan, pembungkusan, direct response, pemasaran interaktif, pemasaran langsung, perhubungan, majlis khas, point of purchase dan publisiti.

...

Pemasaran adalah satu fungsi dan proses untuk menyampaikan nilai kepada pengguna dengan tujuan mendatangkan keuntungan bagi syarkat pengeluar produk.

...

Nilai tersebut untuk mendapatkan pemasaran hubungan, memenuhi citarasa pengguna dan pengurusan hubungan pelanggan. Berikut senarai beberapa syarikat besar dunia yang mengeluarkan peruntukan untuk promosi dan pengiklanan pada tahun 2005.

...

...

Coca-cola – RM216.06 billion

Microsoft – RM191.81 billion

IBM – RM170.82 billion

GE - RM150.37 billion

Intel - RM113.89 billion

Nokia - RM84.64 billion

Friday, August 08, 2008

Jutawan Jual Kehidupan

LONDON - Seorang jutawan Britain, David Piper, menjual segala kehidupan beliau di internet termasuk gelaran bangsawan, Lord of the Manor of Warleigh, dengan harapan dapat menukar segala aset miliknya dengan wang tunai, lapor sebuah akhbar semalam.
...
Piper, seorang pengusaha yang menjadi tajuk berita hangat enam tahun lalu selepas beliau mencari seorang isteri menerusi iklan, mahu menjual kewujudannya menerusi laman web bidaan, eBay.
..
Menurutnya, penjualan itu dilakukan kerana beliau mahu berpindah ke London untuk berada lebih dekat dengan anak-anaknya. Piper menjual dua buah hotel, dua kereta mewah Bentley, satu koleksi lukisan dan gelaran tersebut yang dibelinya bersama sebuah estet pada harga £1 juta (RM6.5 juta).
..
"Jualan ini dilakukan kerana pemilik gelaran tersebut didapati menghidap barah prostat," kata keterangan dalam iklan berhubung jualan itu.
..
"Untuk jualan semua atau sebahagian termasuk Piper, pemilik gelaran Lord of the Manor, adalah secara fizikal kepada pembeli yang sesuai," tambah iklan tersebut.
Piper berharap dapat menjana kutipan sehingga £4 juta (RM25 juta) walaupun beliau menganggarkan estet itu berharga mencecah £6 juta (37.9 juta) sebelum kejatuhan harga hartanah.
..
Beliau menerima lebih 100 bidaan setakat ini dengan tawaran paling tinggi berjumlah £1.3 juta (RM8.2 juta) manakala bidaan ditutup pada Isnin ini. - Agensi

Sunday, August 03, 2008

Definisi Usahawan dan Takrif Keusahawanan

Definisi USAHAWAN
.....
Istilah usahawan dalam bahasa Inggeris ialah "entrepreneur".
Istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” - Richard Cantillon (1755).
  • Memikul sesuatu tugas
  • Berperanan seperti seorang Jeneral Perang
  • "Business is like going to war". A similar concept to Tsun Sze’s “Art of War”
  • Usahawan perlukan strategi untuk menang sama seperti dalam peperangan
    ....

Di Idonesia, usahawan digelar sebagai "WIRA NIAGA"
..

Kamus Dewan


  • Pedagang
  • Peniaga/Penjaja
  • Pengusaha/Petani

Usahawan (DEB 1970)
..

Di Terengganu, istilah usahawan disebut dengan lebih tepat iaitu "USAHAWANG"
..

Usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyaratkat dan negara.

..
Takrif KEUSAHAWANAN

..... .
Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan adalah satu bidang kerjaya yang profesyenal.

...
Teori KEUSAHAWANAN

..
Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-disciplinary). Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada empat kategori:

  • Ekonomi
  • Sosiologi
  • Psikologi
  • Pengurusan

..
Pertama: Perspektif Ekonomi
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.

..
Kedua: Perspektif Sosial
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesia dsbnya.

.. .
Ketiga: Perspektif Psikologi
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya.

...
Keempat: Perspektif Pengurusan
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.




Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya

...
Berikut disenaraikan ciri-ciri yang ada dan perlu dimiliki oleh seseorang yang bergelar usahawan:
  • Berkemahiran dalam menyusun atur
  • Inisiatif dan bertanggung jawab
  • Komitmen yang tinggi
  • Berorientasikan peluang
  • Pengambil risiko sederhana
  • Yakin dan optimistik
  • Kreatif dan inovatif
  • Mencari maklum balas
  • Dorongan pencapaian
  • Berwawasan
  • Kerja berpasukan
  • Bebas
  • Fleksibel
  • Kawalan diri
  • Sabar menangani kegagalan
  • Tahap tenaga yang tinggi

Saturday, August 02, 2008

Tip Menarik Minat Pelanggan

...
Musim durian datang lagi. Sana-sini ramai penjual menawarkan raja buah ini dengan pelbagai cara dan harga semata-mata untuk menarik perhatian peminat buah ini. Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual ini. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti.
...
Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
...
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
...
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
...
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.

Friday, August 01, 2008

The 10 D's Entrepreneur

1 Dream. Entrepreneurs have a vision of what the future could be like for themselves and their businesses. And, more importantly, they have the ability to implement their dreams.
...
2 Decisiveness. Entrepreneurs don’t procrastinate. They make decisions swiftly. Their swiftness is a key factor in their success.
...
3 Doers. Once they decide on a course of action. They implement it as quickly as possible.
..
4 Determination. Entrepreneurs implement their ventures with total commitment. They seldom give up, even when confronted by obstacles that seem insurmountable.
...

...
5 Destiny. Entrepreneurs want to be in charge of their destiny rather than dependent on circumstances and luck.

..

6 Dedication. Entrepreneurs are totally dedicated to their business. They work tirelessly and long days and hard work are not uncommon when an entrepreneur is striving to get a business of the ground.
..

7 Devotion. Entrepreneurs love what they do. It is that love that sustains them when the going gets tough. And it is love of their product or service that makes them so effective at selling it.

..
8 Details. It is said that the devil resides in the details. That is never more true than in starting and growing a business. The entrepreneur must be on top of all critical details.

..
9 Dollars. Getting rich is not the prime motivator of entrepreneurs. Money is more a measure of their success. They assume that if they are successful they will be rewarded.

..
10 Distribute. Entrepreneurs distribute the ownership and/or rewards of their business with key individuals who are critical to the success of the business.