Showing posts with label Kisah Inspirasi Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Inspirasi Jutawan. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Pernah Lingkup RM50,000 Dalam Masa Sebulan?

.
Ramai yang tahu, berniaga adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap ekonomi. Namun, ramai juga yang yakin mereka boleh berniaga tanpa ilmu. Akibatnya, empayar perniagaan yang diidamkan runtuh di pertengahan jalan. Begitulah kisah Amiru Mat Rawi dari Besut, Terengganu.
Beliau merupakan Pengarah Urusan untuk Syarikat Richman Vision Sdn Bhd iaitu pengeluar kepada penawar bagi penyakit kencing manis dan gout di bawah jenama CYPREME. Kepakaran beliau adalah membantu mereka yang langsung tiada ilmu perniagaan, tetapi mempunyai bakat terpendam dalam diri untuk menjadi usahawan beriman yang berdaya saing melalui platform pemasaran online. Ikuti temuramah perjalanan hidup Amiru dalam membina perniagaannya.
Soalan: Boleh ceritakan bagaimana saudara mengembangkan perniagaan dan apakah pencapaian peribadi saudara sehingga hari ini?
Alhamdulillah, saya telah capai apa yang saya mahu dalam hidup. Perniagaan yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu sudah berjalan dengan sendiri tanpa perlu saya menguruskannya 24 jam.
Kini saya juga dapat bercuti ke mana-mana yang saya mahu, saya dapat menambah nilai kepada hidup orang lain. Saya mempunyai pasukan yang sangat positif dan mempunyai disiplin yang tinggi setaraf dengan syarikat-syarikat besar di Malaysia. Hasil jualan syarikat saya pada bulan Julai mencecah RM660,000 dan majoriti hanya melalui online. Sasaran jualan kami adalah menghasilkan jualan mencecah RM1 juta sebulan sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah.
Apapun, perkara yang paling saya sangat bersyukur adalah kerana saya dapat membanggakan ibu dan ayah walaupun saya berkelulusan bidang syariah. Saya mampu berjaya menjadi seorang usahawan dan satu sebab terbesar mengapa saya perlu berjaya adalah untuk menggembirakan mereka.
Soalan: Boleh saudara kongsikan pengalaman memulakan perniagaan?
Saya berasal dari keluarga yang biasa. Ibu seorang guru dan ayah pula seorang pesara. Semasa musim raya, saya masih ingat lagi, ayah pernah berniaga kuih raya untuk mencari duit lebih, tapi selalunya rugi. Apabila saya lebih dewasa, saya pun menceburi perniagaan pertama saya dengan menyertai satu skim cepat kaya. Malangnya, duit tersebut tidak tahu ke mana. Saya juga pernah melabur dalam pelaburan emas tapi rugi berpuluh ribu ringgit. Semuanya hangus begitu sahaja.
Akhirnya, saya dapat memulakan satu perniagaan yang mengaut keuntungan. Tapi sebelum ini, banyak masalah dalam perniagaan kami. Kakitangan tidak berdisiplin dan tiada hala tuju dalam hidup. Banyak yang kami rancang berakhir dengan tidak berjaya. Ketika itu hasil jualan tidak sampai RM50,000 sebulan.
Soalan: Apakah tindakan saudara seterusnya dalam menangani masalah dan cabaran perniagaan?
Saya mula hadir ke program Dr Azizan Osman. Saya sebenarnya dah lama kenal Dr Azizan, cuma belum ada rasa mahu pergi sebab terlalu banyak mendengar cerita negatif tentang beliau. Kalau pergi program dia, mesti kena menari, itu yang banyak saya dengar. Sehinggalah seorang sahabat saya memberitahu bahawa hidupnya telah berubah 360? selepas menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) hasil daripada ilmu yang dipelajarinya.
Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli 20 tiket dan membawa seluruh pasukan saya ke sana. Umpama baju yang kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh dengan sabun yang berkualiti tinggi. Maka begitulah yang terjadi kepada kami. Selepas seminar itu, pasukan saya berubah 500% daripada seorang yang berfikiran negatif kepada positif.
Semangat bekerja meningkat berkali-kali ganda. Mereka mula nampak apa yang mereka mahu capai dalam hidup. Saya sendiri, kalau dahulunya saya takut bercakap di hadapan orang ramai dan tiada disiplin, kini saya sudah berubah dan mampu membesarkan pasukan saya dan membantu mereka berjaya.
Soalan: Apa hasilnya selepas kembali daripada Program Dr Azizan Osman?
Alhamdulillah, hasil jualan meningkat dari RM50,000 ke RM100,000 dengan pantas. Enam bulan selepas menghadiri program, hasil jualan kami naik 13 kali ganda mencecah RM660,000.
Soalan: Apa saranan saudara kepada pembaca?
Nasihat saya, bagi sesiapa yang mahu ubah hidup dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa, jangan berfikir panjang dan hadirlah seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan. Tak perlu pergi sampai ke luar negara, yang ada di hadapan mata pun sudah terlampau cukup untuk bantu anda capai segala impian dan matlamat anda. Makin cepat anda bertindak, makin cepat anda rasai hasilnya.
Bagi anda yang inginkan peningkatan tahap hidup dan kewangan anda, hadir dan gegarkan Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Magnet Kejayaan hujung minggu ini di Hotel Starcity, Alor Setar pada 28 Ogos dan Hotel The Syuen, Ipoh pada 29 Ogos 2015. Untuk 4 lokasi lain, layari www.magnet2015.com.
Anda ingin SIHAT bersama CYPREME?
Whatsapp segera ke 019-7589774 (Nizam)

Saturday, August 15, 2015

Mindset


Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”
.
5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.
Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses menjalankan bperniagaannya.
Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..
Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.
Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeda.
Mereka MELAKUKAN cara yang berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda pula.
Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif .....
The choice is yours..!

Thursday, June 18, 2015

Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula


Di sini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. 
Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.
Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank. Di samping itu juga bagaimana seorangn jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.
Seorang jutawan, kini bergelar penjual sanwich di jalanan
Walaupun sudah diistihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja bergitu.
Pada hari pertama pernigaan sanwich berpeolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.
Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich.
Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sanwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.
Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sanwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka. Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun KINI !!!!
Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.
Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.
Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,
‘ Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong"

"KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” 
Jawab beliau
kredit blog http://bit.ly/1dJCkLk

Wednesday, July 24, 2013

Alkisah 2 biji benih



2 biji benih di bawah tanah subur…

Benih 1: “Saya nak tumbuh. Saya nak tumbuh akar saya dalam ke dalam tanah mencari air, dan pucuk saya membesar membuka tanah di atas supaya mendapat sinar matahari dan memberitahu dunia musim bunga sudah tiba… Saya nak merasai kehangatan pancaran matahari dan embun pagi…”

Dengan azam demikian, benih 1 tumbuh dan berbuah…

Benih 2: “Kalau saya tumbuh akar ke dalam tanah, saya tak pasti apa yang saya akan temui dalam kegelapan. Jika saya tumbuh ke atas membuka tanah, ia mungkin merosakkan pucuk saya jika tanah keras… apa kata bila daun saya buka dan ada siput nak makan, apa yang saya boleh buat? Jika saya mula berbunga, ada budak kecil datang memetik bunga, apa saya nak buat… jadi elok, saya tunggu line clear dulu sebelum berbuat apa-apa.”

Benih 2 menunggu dan tidak tumbuh.

Tetiba satu hari, ada seekor ayam datang mencari makan, mengorek tanah yang di mana Benih 2 ditanam, dan terus menelan Benih 2 yang masih tertunggu-tunggu bila nak tumbuh.

Wahai anakku,


Kuatkan azammu dan mindamu ketika engkau sudah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Bisikan syaitan akan cuba melemahkan semangatmu dan meniup api malasmu untuk menangguhkan kerjamu sekiranya engkau habiskan masa memikirkan perkara-perkara yang kamu tidak tahu.

Mulakan kerja yang diniatkan dahulu. Dapatkan momentum dahulu. Dengan adanya momentum wahai anakku, masalah yang datang mengunjung tidak lagi dilihat sebagai masalah. Sebaliknya mindamu akan menafsirnya sebagai cabaran yang seronok untuk diatasi. Itu lumrah kehidupan di dunia sementara ini.

Wahai anakku,


Jangan sesekalimu menjadi seperti Benih 2 yang aku ceritakan di atas. Jangan, kerana ia hanya membazir masa kamu. Percayalah pada Allah dan tumbuhlah seperti Benih 1, Allah akan tunjukkan jalannya selagi kamu tidak membiarkan jiwamu jauh daripada Tuhanmu.

Senyum

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Tuesday, February 01, 2011

Nenek 74-Tahun Jadi Jutawan Senyap Dibongkar!


Salam,

Saya ingin bertanya satu soalan penting..

'Sudahkah anda buat duit di internet?'

Jika belum, mengapa tidak??

Ramai yang keliru bagaimana cara termudah untuk buat duit diinternet, dan disini saya akan ringkaskan 3 teknik penting yang mesti anda tahu untuk buat duit cara senang.

Tetapi sebelum itu, biar saya jelaskan bahawa wang yang anda perolehi daripada internet adalah dengan menjual produk samada dalam bentuk fizikal atau yang boleh didownload.

Produk fizikal seperti tudung, pakaian kanak-kanak, buku, makanan kesihatan adalah biasa dijual diinternet. Jangan terkejut jika saya dedahkan bahawa ada orang malaysia sudah jadi jutawan dengan menjual tudung bawal sahaja! Pehh...

Manakala produk yang boleh didownload pula adalah seperti ebooks, audio, video dan software. Biasanya produk-produk ini berkaitan dengan bisnes internet juga.

Jadi sekarang anda tahu dari mana duit itu datang, kemudian saya akan dedahkan sistem yang saya gunakan iaitu 3 rahsia penting:

* Cari orang yang mempunyai masalah besar atau keperluan penting

* Cari produk hebat yang boleh menyelesaikan masalah tersebut

* Cari jalan untuk menyediakan produk kepada mereka pada setiap masa

3 rahsia di atas jika anda sudah mahir, anda boleh goyang kaki dan buat duit 24 jam lebih daripada orang lain. Contohnya...

** Nenek 74-Tahun Yang Jadi Jutawan **

Seorang nenek Margie Garrison memang hebat. Beliau berumur 74 tahun dan tinggal di Florida, USA dan menghidap penyakit arthritis (sakit sendi tulang) selama 43 tahun. Selepas doktor beritahu beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak, Margie mula gelabah dan mencari formula untuk menyembuhkan penyakitnya.

Dengan menggunakan teknik semulajadi seperti pemakanan beliau berjaya mengurangkan penyakit tersebut. Dan orang hebat tahu apa yang perlu dilakukan. Beliau menulis pengalamannya dan teknik semulajadi tersebut dalam sebuah ebook dan menjualnya dengan harga $40 melalui satu laman web.

Hasilnya tentu mengejutkan anda! Sehingga hari ini beliau sudah menjual lebih 210,000 ebook dan menjana lebih $2,800,000! (Peh.. lebih RM8.4 juta--daripada sebuah ebook!!)

Jika anda lihat nenek Margie telah menggunakan 3 teknik diatas untuk menjadi jutawan cara senyap dan bukti hebat bagaimana orang biasa juga boleh jadi kaya.

Saya harap kisah nenek Margie ini akan memberikan anda sedikit inspirasi untuk terus maju!

Wednesday, April 21, 2010

Kisah jutawan-jutawan dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Saya ingin mengajak anda baca dan renungkan kisah jutawan-jutawan di bawah:
.
  • Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software
  • Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden
  • Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham
  • Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah
  • Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah
  • Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula
  • Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland
  • Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan
  • Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet
.
Saya pasti nama-nama jutawan di atas sudah biasa anda dengar sama ada di akhbar, mahupun di internet. Mengapa saya sebutkan nama-nama mereka?Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan ialah.. tidak kira apa jua bidang yang anda ceburi, anda boleh jadi kaya.. boleh jadi jutawan.
.
"Ahh... bohonglah En Nizam!''
.
Mungkin ada yang akan kata sedemikian, tetapi hakikatnya memang betul, anda boleh jadi jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa 'financial freedom' atau dalam bahasa Melayunya 'Kebebasan Kewangan!'
.
Tapi En Nizam... apa yang saya perlu buat?
.
Jawapannya adalah seperti berikut :
.
1. Menuntut ilmu
.
Jika kita mempunyai minat, belajarlah dan kuasainya. Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai tinggi berbanding yang lain. Peruntukkan sejumlah wang untuk belajar bidang yang anda minati.
.
2. Tindakan
.
Apabila kita sudah mempunyai ilmu, maka buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan yang telah kita sediakan.
.
3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
.
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang dengan sendirinya kelak.
.
4. Kegagalan
.
Jika kita gagal, jangan sesekali mudah menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.
.
5. Fokus
.
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus. Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih kepada matlamat yang lain.
.
6. Belajar dan terus belajar
.
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar walaupun anda seorang jutawan kelak!
.
Itulah jawapan yang saya dapat berikan kepada anda. Ianya mudah jika kita benar-benar mahu mencapai 'Kebebasan Kewangan'.
.
FAKTA : Michale Yeoh pelakon terkenal pernah mengalami komplikasi tulang belakang semasa kecil, namun beliau berjaya menjadi pelakon antarabangsa pada hari ini!
.
FAKTA : Robert T.Kiyosaki pula pernah kerugian besar dalam perniagaannya tetapi hari ini beliau telah menjadi jutawan dalam bidang hartanah!

Saturday, December 12, 2009

Idea Jutawan #3: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun
.
Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau memanggil game tersebut ‘Math Magic”
.
Modal mula : Tidak diketahui
.
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic dan terus mereka cipta beberapa komputer games.
.
Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos.
.
Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.
.
Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya disumbatkan ke penjara kerana merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.
.
Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Belia berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun segala-galanya berubah.
.
David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan di sekolah tetapi cikgunya berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan beliau satu idea.
.
Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang menggandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?
.
Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang menyeronokkan?
.
Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu makhluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya. Ianya berjaya!
.
Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya 3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong kanak-kanak yang lain. Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!
.
Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan.
.
Jumpa lagi dengan idea jutawan yang lain





Thursday, December 10, 2009

Idea Jutawan #2: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?






Hari ini saya akan sambung lagi kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi jutawan bermula dengan idea sahaja. Saya harap ini akan memberikan anda sumber inspirasi jutawan!
.
Nama : Jonathan Elvidge
.
Warganegara : England
.
Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.
.
Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.
.
Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.
.
Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah di Hull.
.
Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan AndrewHobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama, mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk menjadi kegilaan ialah lampu lava.
.
Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.
.
Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya di sebuah syarikat telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri. Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin, memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad untuk membuka kedai gadgetnya sendiri.
.
Beliau membuat kajian produk dan setelahberjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasarayaHull. Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding, beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak mahal $30,000 setahun.
.
Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya tidak cukup. Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin kerjasama.
.
Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membukadua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

Nama : Joanne Rowling
.
Warganegara : England
.
Umur : 34 tahun
.
Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan menjadi seorang hero.
.
Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)
.
Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.
.
Jualan : Seluruh dunia.
.
Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih 38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.
.
Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.
.
Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.
.
Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.
.
Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.
.
Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai!
.
Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.
.
Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!
.
Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari. Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.
.
Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.
.
Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah,beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.
Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!
.
Beliau mencari dua agen di telefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.
.
Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.
.
Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya.
.
Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

Wednesday, December 09, 2009

Mulakan Perniagaan Kerusi Di Internet

.
Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang remaja menjual kerusi secara online dari bilik tidur dan kini syarikat beliau telah bernilai RM84 juta ringgit.
.
Remaja yang dimaksudkan tadi ialah Sean Belnick. Beliau telah mula menjual kerusi di Internet ketika berusia 14 tahun dengan hanya bermodalkan $500 (RM1750). Paling menarik, beliau hanya menjalankan perniagaan ini dari bilik tidur sahaja!
.
Kisahnya bermula ketika beliau melawat kedai ayah tirinya yang menjual perabot. Ketika bersiar-siar melihat gelagat pembeli yang membanjiri kedai ayah tirinya tersebut, Belnick mendapat satu idea yang menarik.
.
Beliau mula berfikir, kenapa tak bina sahaja satu kedai online yang dapat menjimatkan masa dan tanpa perlu sakit kepala para pelanggan untuk berurusan dengan salesman semata-mata untuk mendapatkan sebuah kerusi?
.
Sejak detik itu, beliau bertekad untuk membina sebuah kedai online menjual kerusi di Internet dan terhasil lah sebuah kedai online bernama http://www.bizchair.com/
.
Ketika itu beliau telah mengambil gambar sekitar 50-100 jenis kerusi untuk dimasukkan ke dalam laman web tersebut dan beliau menggunakan sedikit modal untuk melakukan pemasaran.
.
6 tahun berlalu, BizChair.com mempunyai 75 orang pekerja dengan 25 ribu jenis kerusi yang diambil daripada 200 pengilang. Pelaburan bernilai RM1750 itu kini bertukar menjadi RM84 juta! Google dan American Idol antara yang menjadi pelanggan syarikat beliau.
.
Anda sendiri boleh melihat bagaimana idea yang simple begitu boleh menjadi satu perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Sunday, December 06, 2009

Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun.

.
Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com
.
Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.
.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.
.
Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?
.
Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta.
.
Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.
.
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
.
1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri

Tuesday, November 17, 2009

Kawal kelemahan diri rahsia kejayaan Aziz

KEHIDUPAN harian yang disulami dengan ketakwaan dan amalan yang memenuhi fitrah manusia akan mendapat keberkatan dan merupakan asas yang kukuh untuk menikmati kesihatan diri dan kerjaya yang berterusan."
.
Inilah pegangan hidup pasangan suami isteri, Aziz Sarif dan Norliza Idris, dalam mengemudi hidup seharian di samping mengembangkan kerjaya bersama syarikat jualan langsung terkenal, CNI, sehingga berjaya menyandang pangkat Pengurus Agensi Intan Jutawan.
.
"Untuk bertahan dalam kerjaya CNI, kita perlu kekalkan prestasi diri, berdikari dan dapatkan sokongan organisasi. Rahsia kejayaan saya ringkas. Kita perlu kembali kepada fitrah, kenang jasa upline, kawal kelemahan diri dan insaf dengan keperitan hidup lampau," ujar Aziz memulakan bicara.
.
Anak jati Kedah yang berusia 37 tahun ini mula berjinak dengan kerjaya CNI ketika isteri beliau kerap diserang migrain dan mengamalkan minum CNI Café bagi mengurangkan kesakitannya.
.
Pada mulanya Aziz agak kekok memasarkan produk CNI tetapi lambat laun jiwanya mula sebati dengan skim jualan langsung sehingga memenangi Tabung Kereta Pertama berupa sebuah Toyota Camry 2.0 pada 2006.
.
"Zaman silam saya serba kekurangan dan penuh pengorbanan. Ibu saya seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras untuk menampung hidup saya dan adik-beradik. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya bertekad untuk membantu ibu dan terus berhijrah ke Johor untuk mencari kerja.
.
"Akhirnya saya diterima untuk bekerja di limbungan kapal di Singapura. Pengalaman hidup telah mengajar saya untuk mengusahakan kerjaya CNI dengan bersungguh-sungguh agar keluarga saya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
.
"Saya percaya sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat dan tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan hakiki.
.
"Kami layan setiap ahli organisasi seperti ahli keluarga sendiri, namun ketegasan dan saling menghormati diamalkan dalam setiap perjumpaan dan mesyuarat rasmi," katanya.
.
Beliau juga bersyukur kerana berjaya memupuk sebuah organisasi yang positif dan memberi sokongan padu kepada saya dan isteri.
.
"Bagi memastikan motivasi setiap ahli tetap tinggi, saya memberi bimbingan peribadi secara rutin kepada ahli baru setiap minggu dan bagi ahli yang lebih berpengalaman, saya adakan mesyuarat rutin yang berasingan bersama mereka.
.
"Selain itu, kami juga mengambil inisiatif untuk kerap mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan ahli-ahli organisasi yang mencapai kejayaan.
.
"Kami lakukan ini semua kerana kami yakin musyawarah penting walau setinggi mana pangkat seseorang dan sebuah pasukan yang bermuafakat dapat memberi impak yang berkesan," katanya.
.
Aziz dan isterinya masih mengadakan jualan dan penajaan hingga ke hari ini bersama-sama downline mereka.
.
Ini kerana bagi pasangan ini, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
.
"Saya dan isteri bercita-cita untuk membimbing lebih ramai ahli-ahli organisasi kami untuk layak memenangi Insentif Umrah dan insentif-insentif lain di samping memupuk pemimpin-pemimpin berpotensi menjadi Intan Jutawan di kalangan organisasi kami," kata Aziz menamatkan wawancara dengan penuh bersemangat. -Utusan Online

Wednesday, November 11, 2009

Berubah Untuk Mengubah Nasib

Al kisah satu pertandingan lumba lari anjing diadakan di tengah padang pasir Sahara. Semua anjing yng menyertai pertandingan itu tidak mampu sampai ke garisan penamat justeru selain daripada jarak yang sangat jauh, cuacanya pula terlalu panas.
.
Bagaimanapun terdapat seekor daripadanya tidak kelihatan kelibatnya. Puas dicari, akhirnya anjing itu ditemui mati. Sayangnya anjing itu mati hanya tinggal baki 20 meter sahaja dari garisan penamat.
.
Sampai di sini mungkin anda beranggapan anjing itu mati kerana keletihan melampau atau kehausan. Untuk penjelasan anda, di tepi bangkai anjing itu terdapat tompok air yang bersih dan boleh diminum?
.
kebanyakan orang yang diceritakan kisah ini akan mengagak punca anjing itu mati kerana minum terlalu banyak. Persoalannya, adakah terlebih minum boleh menyebabkan anjing itu mati?
.
Selalunya berapa banyak pun air yang diminum biasanya akan dikeluarkan semula melalui pembuangan air kencing.
.
Setelah dibuat 'post mortem' didapati anjing tersebut mati justeru menghadapi komplikasi pundi kencing yang serius. Anjing tersebut yang sepatutnya membuang air kencing setelah meminum air dengan banyaknya, namun menahan daripada kencing.
.
Tahukah anda kenapa?
.
Ya, sebagaimana yang anda sedia maklum, lazimnya anjing akan kencing pada objek-objek seperti pangkal pokok atau batu besar. Sedangkan di padang pasir itu tiada batu besar dan sebatang pokok pun. Oleh itu, anjing berkenaan tidak mahu kencing, bahkan sanggup menahan sakit dan akhirnya menemui ajal.
.
Saudara fikirkan!
.
Adakah anjingi tu tidak boleh kencing di tanah yang rata?
.
Tentu boleh. Namun, anjing tersebut tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu mengubah cara lama yang, menjadi "amalan nenek moyang nya" itu sahaja sebabbya.
.
Allah berfirman dalam kalamNya. surah Ar-Raad ayat 11 : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, dan sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya."
.
Saudara, ini adalah hukum yang ditetapkan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Maka itu, janganlah bergantung hidup kepada nasib. Nasib tidak boleh mengubah kita, sebaliknya kita boleh mengubah nasib.

Thursday, September 24, 2009

Dari seorang buruh kepada jutawan keropok

MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.
.
Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.
..
Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.
.
Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
.
“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.
.
Selepas berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib, 40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan lekor secara kecil-kecilan.
.
Walaupun pernah ada kata-kata sinis dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.
.
Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.
.
Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung dan bandar Kuala Terengganu.
.
Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal untuk membuka kedai menjual makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor Bharu, Johor pada 2001.
.
Bagaimanapun, perniagaan berkenaan diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori.
.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.
.
Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.
.
Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan awal Januari lalu.
.
Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.
.
Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan.
.
Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.
.
Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropoknya selain turun ke padang bertemu pelanggan.
.
Selain itu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan keropok, beliau membuka pusat memproses yang berkemampuan menghasilkan satu tan keropok lekor dan kering setiap hari.
.
Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok.
.
Malah, beliau sanggup menggunakan beberapa kereta mewah miliknya seperti Mitsubishi Evolution, BMW dan pacuan empat roda mengangkut isi ikan yang siap diproses dari pusat memproses sebelum dihantar ke kedainya.
.
Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan.
.
“Semuanya ini hasil daripada hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih saya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
.
“ Walaupun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepada saya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” katanya.
.
Ternyata, pelawat yang datang ke Terengganu menjadikan kedai Pak Embong sebagai destinasi persinggahan yang pasti untuk membeli keropok kering dan lekor.
.
“Kebiasaannya bas rombongan menjadikan kedai kami ini sebagai pelengkap lawatan mereka bagi mendapatkan keropok yang enak sebagai santapan pulang ke negeri mereka.
.
“Dengan harga munasabah dan dengan slogan 'Rasa Dulu Baru Beli' membuatkan pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli,” katanya.
.
BIODATA
Nama: Taib Muda
Umur: 53 Tahun
Asal: Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
Jawatan: Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri: Suri@Ngah Taib

Saturday, April 04, 2009

Kisah jutawan - Tan Sri Syed mokhtar Albukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukansahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.
.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.
.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliaubermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.
.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
.
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
.
Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.
.
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
.
Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

Friday, April 03, 2009

Kisah Inspirasi Jutawan - Datuk Loh Boon Siew

Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.
.
Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.
.
Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.
.
Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
.
Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
.
Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
.
Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

Thursday, April 02, 2009

Kisah Inspirasi Jutawan - J. Paul Getty

J.PAUL GETTYJ. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik.
.
Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.
.
Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan kadang kala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu.
.
Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.
.
Nasib baik?
.
Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak?
.
Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data.
.
"Semua perkara mempunyai unsur nasibnya.", dia berkata, dan "Anda harus berani hidup bersama nasib anda.".
.
Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini:
.
Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba.
.
Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

Sunday, November 16, 2008

Daripada Kerja RM500 Kepada Pendapatan RM200 Juta

Cerita tentang Lalitha Kaleedhass, pengasas bersama Multimedia Glory Sdn Bhd (MMG) boleh diibaratkan sebagai anda cuma hanya mendengar tetapi jarang untuk melihatnya sendiri.
..
Seorang bekas suri rumah dari Coimbatore, Tamil Nadu, India, beliau tiba di Malaysia pada tahun 1997 dengan hanya sehelai sepinggang. Bersama-sama dengan anaknya dan sepupunya yang telah menetap di Malaysia semenjak 1987, beliau memulakan sebuah syarikat perisian kecil pada tahun 1999 dari sebuah apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur.
...
Kerja pertama syarikatnya ialah menjana laporan untuk Affin Bank, menyalin dan menguruskan data daripada system lama yang ingin digantikan. Beliau perlu bekerja pada hujung minggu apabila bank tutup dan untuk setiap laporan, beliau dibayar RM500. Berpuas hati dengan kualiti kerja, bank berkenaan memberi lebih banyak projek kepada MMG.
..
Syarikat berkenaan kemudiannya berjaya masuk ke sektor kejaraaan, melaksanakan system untuk Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi yang lain. Hari ini, MMG menikmati pendapatan berjumlah RM200 juta dan keuntungan di antara RM10 juta ke RM20 juta.

..
“Kami tidak mempunyai sebarang modal permulaan”, kata Lalitha.
..
“Syarikat ini dimulakan oleh saya, anak saya dan juga sepupu saya - ia di asaskan untuk anak saya kerana beliau enggan menyambung pelajarannya. Anak saya memainkan peranan sebagai pencipta dalam syarikat dan sepupu saya sekarang adalah Pengarah Eksekutif."
....
Beliau mengimbas kembali pada peringkat awal apabila pelanggan pernah bertanya, “Jika kamu lari, apa akan jadi?”
..
Memandangkan MMG tidak mempunyai rekod latar berlakang sebelum ini, para pelanggan mengambil mereka dengan syarat mereka hanya akan membuat bayaran selepas kerja siap sepenuhnya dan berpuas hati.
..
“Kami mengambil syarat ini sebagai cabaran untuk melakukan kerja sesempurna mungkin,” kata Lalitha.
..


“Motto kami ialah "Ya, kami boleh.” Dan kami selalu mencuba untuk melakukan pelbagai perkara dengan cara berbeza daripada orang lain. Selain daripada wang, kami mahukan cabaran. Sebab itu kami melibatkan diri dalam pengeluaran kad polikarbonat.”
..
Kad polikarbonat merupakan salah satu ciptaan Lalitha, yang mana beliau telah diberikan kewarganegaraan Malaysia yang paling beliau banggakan. Kad tersebut mempunyai cip pintar yang mengandungi cap jari dan gambar berwarna dan digunakan untuk pekerja asing.
..
Satu kelebihan berbanding Mykad ialah ia mengandungi tujuh lapisan dan maklumat yang dicetak terletak di lapisan keempat. Jadi ia tidak boleh tercalar mahupun tertanggal. Banyak produk MMG, katanya adalah yang pertama di dunia.
..

“Inovasi amat penting. Jika anda tidak inovatif, anda akan ketinggalan. Kita perlu selalu mencuba menjadi lain daripada yang lain.”

..
Nasihat beliau kepada usahawan ialah: “Anda boleh memulakan bisnes tanpa sebarang wang - ia bukan mustahil. Hanya mohon kemudahan bank jika anda telah mengesahkan pesanan daripada pelanggan. Jangan pohon pinjaman jika anda memulakan satu bisnes dan berharap untuk mendapatkan sesuatu.”