Wednesday, February 25, 2009

Takrif Usahawan dan Definasi Keusahawanan

Apakah Yang Dikatakan Bisnes Keusahawanan?
..
Terdapat banyak penafsiran dan definisi keusahawanan. Menurut para intelektual dan pakar-pakar perniagaan, definisi keusahawanan merupakan kombinasi pelbagai idea, kerja keras dan penyelarasan terhadap perubahanan pasaran bisnes. Ia juga menggambarkan memenuhi permintaan pasaran dan pengurusan.
..
Paling penting, ia menerangkan tentang arah tuju utama bagi sebarang bisnes iaitu inovasi. Inovasi setakat ini adalah faktor utama yang mendorong munculnya satu perniagaan kecil ataupun keusahawanan. Inovasi boleh dalam bentuk proses ataupun produk.
..
Satu contoh kepada proses boleh dalam bentuk penciptaan pelbagai idea melalui penulisan. Produk boleh merujuk kepada apa sahaja yang direka / cipta yang mana boleh dijual, sama ada ia adalah sejenis gam yang baru ataupun malahan satu servis yang memberikan perkhidmatan, contohnya, pembersihan rumah.
..
Bagaimanapun, inovasi juga boleh dalam bentuk apa sahaja yang memperkenalkan penciptaan produk baru di mana dapat mengubah suasana pasaran atau mencipta pasaran baru. Sesetengah inovasi ini malahan menggantikan inovasi semasa untuk menjadi produk atau proses yang dipilih ramai.
..
Apabila seseorang memilih untuk menjadi seorang usahawan bermakna mereka memilih menjadi seorang penyelaras. Walau bagaimanapun, tidak semua orang sesuai untuk menjadi seorang usahawan – dan tidak semua orang mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjadikannya Berjaya.
..
Takrif Usahawan
Secara ringkasnya, seorang usahawan adalah individu – lelaki atau wanita – yang boleh mengambil idea kepada inovasi dan sebagai produk deripada latar belakang social dan ekonomi mereka, dan juga berupaya mengeluarkannya terhadap permintaan daripada umum, kerajaan atau malahan pihak ketenteraan.
..
Mereka memiliki kebolehan untuk mengatur ramai orang dan banayak tugas pada satu masa yang diberikan. Mereka seorang yang suka mencipta, boleh mengatur sumber-sumber, boleh mengatur orang lain, boleh menguruskan masa, keperluan, kehendak, wang orang lain dan lain-lain lagi, boleh mengambil peluang yang ada sedangkan orang lain tidak, boleh menerima tahap risiko tertentu, pengambil risiko dan kurang mengalah disebabkan penentangan pendapat daripada orang lain terhadap idea inovatif mereka.
..
Paling ketara, mereka tidak gentar oleh penolakan terhadap idea mereka, inovasi, rekaan, atau penciptaan kerana mereka secara peribadinya percaya terhadap apa yang mereka keluarkan.
..
Bagaimana pun, kategori usahawan yang paling berjaya boleh mengambil kritikan membina terhadap bisnesnya dan mengadaptasikannya bagi mencapai produk terbaik seboleh mungkin dengan kos yang paling rendah dan kualiti yang paling tinggi. Mereka tidak akan sama sekali berhenti sehingga idea-idea mereka berjaya.
..
Usahawan adalah sememangnya golongan minoriti kerana adalah pemimpin di dalam komunitinya. Paling menarik, kajian psikologi menunjukkan bahawa usahawan yang berjaya membina satu sikap tebal muka pada usia yang muda – senang cakap – kerana kesukaran pada zaman kanak-kanak, penolakan dan kadang-kala malahan kerana kemiskinan.
..
Sebab itu, seorang usahawan yang berjaya amat tidak dapat tidak pastinya telah menghadapi halangan dan cabaran yang besar di zaman kanak-kanak yang memberikan mereka dorongan untuk mencipta masa depan mereka sendiri - dan menyusun kehidupan mereka sendiri kepada tahap memperolehi pendapatan sendiri secara berdikari sebagai pemilik satu bisnes kecil.
...
Adakah Anda Miliki Ciri Yang Diperlukan?
Bisnes keusahawanan merupakan satu ciri unik dan istimewa dalam masyarakat di mana ia didominasikan oleh pemimpin, bukannya seorang pembuli, tetapi orang yang memiliki kemahiran untuk berkongsi pengetahuan mereka, kreativiti, kemahiran mencipta dan kepimpinan dengan orang lain dengan mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang memberi manfaat kepada pasaran bisnes yang tertentu.
..
Kehidupan seorang usahawan adalah terdiri daripada kerja keras, waktu kerja yang panjang dan sumbangan berterusan terhadap impian mereka. Ia tidak sesuai kepada orang yang lemah dalamannya. Adakah anda?
..
Walaupun ia datang dengan harga yang perlu dibayar, ramai yang dapati ia berbaloi dengan pengorbanan yang diberikan dan mendapati banyak keseronokan dalam memiliki syarikat mereka sendiri.

No comments: