Wednesday, January 27, 2010

Rezeki si ikan kelisa






BAGAN SERAI 16 Dis. - Ikan kelisa atau nama saintifiknya arowana merupakan ikan hiasan yang menjadi kegilaan ramai orang.
.
Walaupun harganya mencecah ribuan ringgit seekor namun penggemar kelisa tidak kisah. Mereka akan tetap membelinya demi kepuasan diri.
.
Ramai yang akan garu kepala jika dimaklumkan bahawa harga anak ikan kelisa bersaiz antara tujuh hingga sepuluh sentimeter (cm) mencecah RM2,000. Paling murah harga anak ikan kelisa ialah RM12 seekor.
.
Salah seorang pengusaha ialah Ahmad Don, 55. Hasil usahanya, dia mempunyai sebanyak 1,400 ekor pelbagai jenis induk ikan kelisa.
.
Apa yang membanggakan, usaha gigihnya yang bermula sejak 2001 itu kini dalam proses untuk membina 680 buah kolam lagi di Kuala Kangsar dan sekitar Bukit Merah, dekat sini.
.
''Sebenarnya saya mula terlibat dalam penjualan ikan kelisa ini pada 1975. Masa itu harga seekor cuma RM12 tetapi kini harganya sangat memberangsangkan.
.
''Pada 2001 barulah saya serius menternak dan menjual ikan kelisa dengan membina sebanyak lima buah kolam. Malangnya, oleh kerana tiada pengalaman saya rugi bila banyak induk ikan kelisa mati waktu itu," katanya di sini baru-baru ini.
.
Pada penghujung 2002, katanya, barulah dia dan rakan kongsinya mengetahui punca kematian ikan tersebut.
.
''Rupa-rupanya ikan induk itu mati disebabkan air kolam bercampur dengan air dari luar kolam. Jadi, selepas dua tahun rugi barulah kami merasa hasilnya sampailah sekarang," katanya.
.
Bagi menternak ikan kelisa, kata Ahmad, seseorang itu perlu membeli lima induk jantan dan sepuluh induk betina bagi setiap kolam supaya menghasilkan anak ikan kelisa yang banyak dan berkualiti.
.
''Harga induk ikan kelisa bergantung kepada jenisnya, kalau kelisa Malaysian Gold, harganya ialah RM14,000.
.
''Tetapi hasilnya memang cukup lumayan. Setiap dua bulan sekali kita akan tuai anak ikan. Jadi kiralah sendiri kalau dalam tempoh itu kita boleh dapat sehingga 200 anak ikan kelisa Malaysia Gold yang setiap ekor bernilai RM2,000," katanya.
.
Selain ikan kelisa Malaysian Gold, Ahmad turut menternak kelisa Green Base, Chilli Red, Super Red, Banjar Red serta High Back yang jumlah jualan secara keseluruhannya kini adalah 20,000 ekor setahun.
.
''Syarikat saya mensasarkan untuk menjual sehingga 30,000 ekor setahun pada tahun depan. Buat masa ini, kita sudah menembusi pasaran antarabangsa iaitu Singapura, China, Jepun, Vietnam dan Thailand.
.
Sementara itu, seorang lagi penternak, Zailani Osman berkata, hasil ternakan ikan kelisa memang cukup lumayan dan menguntungkan.
.
''Berdasarkan pengalaman saya, hasil bagi separuh kolam ikan kelisa adalah sama dengan hasil kelapa sawit seluas 24 hektar.
.
''Pasaran memang cukup bagus, kadang kala kita sudah dapat tempahan awal bernilai ratusan ribu ringgit. Jika penternak bernasib baik, mereka sudah boleh untung dalam tempoh tidak sampai setahun," katanya.
.
Rakannya, Mat Latip Mohd. Amin pula memberitahu, walaupun hasil ternakan ikan kelisa amat lumayan, ia tetap memerlukan komitmen tinggi untuk menjayakannya.
.
''Kita mesti tahu cara-cara membela ikan kelisa dengan betul termasuk pemakanan serta pengambilan benih anak ikan bagi mengelak kerugian.
.
''Apa yang menarik, ikan kelisa yang diternak di sini mempunyai kualiti lebih baik berbanding kawasan lain kerana ikan kelisa khususnya Malaysian Gold berasal dari Tasik Bukit Merah," katanya.
.
sumber: Utusan online

Sunday, January 24, 2010

Industri tani penjana kekayaan

Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu.
.
Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan..

Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi..

"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori," katanya ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor..

Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd pada tahun 1996.

Ahmat Termizi, Pengarah Urusan syarikat itu, berkata, hari ini beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn Bhd dan Gemba Marketing Sdn. Bhd..

Pada tahun 2004 syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang (GAP) dari Jabatan Pertanian sekali gus membuka lembaran baru untuk terus berkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.

.

PENGALAMAN 20 TAHUN

"Selepas 20 tahun saya bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusi pasaran luar dan hari ini hampir 20 peratus daripada keluaran kilang saya seperti kerepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Dubai dan Vietnam," katanya..

Ketika ini kilangnya, yang mempunyai kira-kira 20 pekerja tetap, mampu menghasilkan tiga tan kerepek ubi kayu sehari. Menurut Ahmat, buat masa ini jualan kerepek ubi kayunya dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun iaitu 80 peratus untuk pasaran tempatan manakala selebihnya untuk pasaran luar negara.

.

TERNAK KAMBING

Sementara itu seorang lagi pengusaha, Mahathir Talib, 35, yang terbabit dalam bidang ternakan kambing secara komersil di Kampung Ulu Melaka, Alor Gajah, Melaka berkata beliau yakin sektor pertanian boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan jika bijak menggunakan peluang yang disediakan kerajaan..

Katanya potensi sektor penternakan sememangnya amat luas dan masih banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sektor itu..

"Melihat kepada potensi ini saya nekad menubuhkan syarikat MP Livestock di Kampung Ulu Melaka Pindah yang mengusahakan penternakan kambing, bebiri, lembu dan kerbau," katanya ketika ditemui di ladangnya..

Beliau berkata pada permulaan operasi beliau mempunyai 60 ekor baka betina dan lima ekor baka jantan daripada pelbagai jenis baka kambing seperti Jamnapari, Boer, Rubian, kampung (katjang), Sanean serta bebiri Barbados, Lonte dan Malin..

Menurutnya ketika ini syarikatnya menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat pembekal baka kambing di Malaysia selain membekalkan daging kambing segar..

Mahathir berkata hari ini kambing yang diternaknya berjumlah 400 ekor dan syarikatnya mampu membekalkan 800kg daging kambing segar setiap minggu..

"Harga kambing ketika ini memang baik dan saya mampu menjual pada harga sekitar RM450 hingga RM1,800 seekor bergantung dengan berat dan baka kambing," katanya..

Beliau kini mempunyai kandang bersaiz kira-kira 93 meter panjang and 10 meter lebar di Kampung Ulu Melaka Pindah.

.

TIDAK PUTUS ASA

Bagi Othman Abu Hassan, 50, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal Melaka walaupun bidang penternakan merupakan satu kerja yang mencabar, beliau tidak pernah berputus asa kerana yakin bidang ini boleh menjadi sumber rezeki utama jika diusahakan dengan cara yang betul..

Bermula awal tahun 2004 dengan modal RM1,000 Othman membeli empat ekor kambing kampung dan pada pertengahan tahun, beliau membeli lagi 15 ekor kambing kampung berharga RM3,000..

Setahun kemudian beliau mula membeli lembu pula. Bermula dengan empat ekor dengan modal RM3,200, beliau menambahnya kepada 51 ekor dengan modal RM75,000..

Kata Othman, cabaran utama dalam penternakan ialah masalah penyakit dan jika ia berlaku pastinya kerugian besar yang terpaksa ditanggung bila ternakan mati dalam jumlah yang besar..

"Setakat ini saya mempunyai 140 ekor lembu manakala kambing berjumlah 170 ekor," katanya.Kebanyakan binatang ternakannya diberi makanan dedak yang dicampur dengan daun kelapa sawit, rumput, gula merah dan sagu rumbia, katanya..

Sumber : Utusan Online

Saturday, January 23, 2010

Kenapa dah susah-susah berbisnes kemudian berhenti sekerat jalan!?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat..

Tiada gunanya kalau kita hanya mampu merancang, tapi tak disertakan dengan usaha yg jitu. Kadang-kadang tu terlalu berusaha tetapi akhirnya buntu sampai takde minat lagi dah nak teruskan usaha.. Sekerat jalan je..

Antara faktornya adalah kurangnye ilmu dalam Internet Marketing. Biar ada minat nak belajar dari minat pada keuntungan semata-mata.

"Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya"

Beberapa tips untuk mengelakkan kegagalan:

1. Tanya diri anda.. Adakah anda sudah betul2 bersedia untuk mulakan langkah pertama anda dalam Perniagaan Internet? dah cukup ke ilmu di dada?

2. kenalpasti peluang yg ada. mungkin ianya betul2 boleh bawa kejayaan pada anda, mungkin 50%, dan mungkin tak kan berjaya.

3. Kaji kehendak/permintaan bakal pelanggan anda. Atau lebih tepat, kenal pasti sesuatu "Niche". Pilih yg terbaik.

4. Berniaga biarlah iklas.. jangan memaksa atau menipu. Ianya lebih kepada cara anda membina kredibiliti diri anda. sekali anda menipu, sampai bila2 pun anda akan di cop penipu.. =)

5. 'Jangan pernah toleh kebelakang lagi". Sekali anda sudah bermula, tekad pada diri anda untuk trus maju dan jgn mudah putus asa.

6. Iklas bantu membantu satu sama lain.. berikan tunjuk ajar dan panduan berguna. bukan memaksa untuk berniaga.

7. Tak usah janjikan dgn ayat2 manis tinggi menggunung. padahal diri sndiri pn belum berjaya lagi.

8. Jadilah seorang Internet Marketer yg SMART. smart dari segi strategi dan perancangan perniagaan, jangan terlalu gelojoh smpaikan semua org pn tak faham dgn dir anda yg sebenarnye..

9. Cuba Fokus. berikan tumpuan pada perniagaan anda. jangan smpai sekerat jalan je.

10. Belajarlah ilmu marketing (IM) selagi anda mampu. Rujuk pada otai2 yg mungkin sedia membantu anda untuk berjaya. tapi pastikan anda seorang yg betul2 ingin belajar dan kuat berusaha. Sia-sia je kalau ilmu yg diturunkan itu tak dipraktikkan...

Friday, January 22, 2010

Bekas graduan kini tauke tempe

Rencana dan gambar NORZAINURA ABDUL MAJID
.
TEMPE merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa. Setiap kali majlis keraian atau kenduri, pasti tempe tidak ketinggalan dijadikan sebagai salah satu hidangan wajib yang dihidangkan bersama pelbagai juadah lain.
.
Tempe juga begitu sinonim dengan masyarakat Johor terutama apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Ia merupakan salah satu ramuan untuk memasak juadah hari raya yang dipanggil sayur lodeh di samping menu lain termasuk rendang serta ketupat.
.
Permintaan terhadap tempe pastinya akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan. Tanpa tempe juadah yang terhidang bagaikan tidak lengkap justeru di negeri Johor khususnya di Batu Pahat, menyebabkan pengusaha tempe sering tidak menang tangan.
.
Kini, zaman telah berubah. Namun tempe tetap menjadi pilihan. Selain menjadi makanan tradisi masyarakat Jawa, tempe kini telah mula dikomersialkan sebagai kerepek tempe yang mudah dan senang didapati meskipun bukan pada musim perayaan.
.
Menyedari tempe berpotensi besar untuk dikembangkan Norhedayah Mesiran, 34, mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi perusahaan tempe warisan keluarga turun temurun yang dahulunya diusahakan oleh ibunya Mariam Sarkam dan ayahnya Mesiran Rosman.
.
Sebagai seorang graduan dalam bisnes dari salah sebuah universiti swasta, Norhedayah melihat jauh ke hadapan terhadap potensi produk berasaskan tempe ini. Dengan bantuan seluruh ahli keluarga mereka kini telah selangkah ke hadapan bagi meningkatkan lagi mutu produk.
.
Bersama adiknya Riduan Mesiran, 29, yang bertindak sebagai Pengurus Operasi mereka telah menubuhkan syarikat Perniagaan D'Sinar yang bertindak sebagai pengeluar dan pengedar kerepek tempe pelbagai perisa.
.
Jika dahulu ibunya mengusahakan kerepek tempe dengan berbekalkan kudrat empat kerat tanpa bantuan mesin canggih, kini mereka tidak lagi menggunakan ramai pekerja terutama untuk menggoreng tetapi mereka telah mempunyai mesin menggoreng dengan teknologi terkini.
.
Menurut Nurhedayah, dahulu ibunya hanya membuat tempe biasa yang dibungkus menggunakan daun. Ia sering digunakan dalam pelbagai masakan sejak turun temurun lagi yang merupakan warisan keluarga mereka serta dijual hanya sekitar tempat tinggalnya sahaja.
.
Bagaiamanapun, sejak lima tahun lalu beliau mula membantu ibunya menguruskan pelbagai hal bagi menjadikan tempe sebagai kerepek dengan pelbagai perisa iaitu ketumbar, kari, lada hitam dan lada serta berusaha untuk dipasarkan lebih jauh.
.
''Walaupun perusahaan ini sudah lama diusahakan tetapi masih belum dikomersialkan secara besar- besaran. Hanya setelah saya mengambil alih tugas daripada ibu saya barulah saya cuba membuka ruang untuk meluaskan pasaran," jelasnya.
.
Bermula dengan RM500 sebagai modal pusingan, beliau kini memiliki modal pusingan mencecah RM30,000 sebulan. Bermula dari situ mereka mengembangkan perusahaan tempe dengan menghasilkan kerepek tempe pelbagai perisa.
.
Paling menarik, kerepek tempe syarikat mereka lengkap dengan sambal kicap tradisi masyarakat Johor manakala perisa tempe pedas ia dicampur kacang tanah dan ikan bilis goreng.
.
Dahulu, mereka terpaksa menggunakan tenaga pekerja yang ramai untuk melakukan pelbagai kerja seperti memotong dan menggoreng. Kini mereka telah mempunyai dua mesin pemecah kacang soya, satu mesin pemotong, satu mesin untuk mencampurkan adunan (mixer), satu mesin pengisar kering dan satu kuali keluli tahan karat.
.
Menurut Norhedayah, dia telah mengikuti kursus teknologi makanan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor Bahru untuk menimba ilmu dan meminta khidmat nasihat dalam perusahaan tempe. Ia tidak sia- sia apabila semakin hari perusahaan tempe warisan keluarga ini semakin berkembang.
.
Ketika memulakan perniagaan ini dahulu mereka hanya mengusahakannya di rumah sahaja dan dibantu oleh dua orang pembantu serta menggunakan tenaga kerja manusia tanpa mesin. Tetapi kini mereka mempunyai bangunan sendiri yang bernilai kira-kira RM40,000.
.
''Kenangan yang paling menarik ketika mula mengusahakan kerepek tempe ini ialah kami memecahkan kacang soya yang telah siap direbus untuk dibuat tempe menggunakan mesin memproses getah keping dan memotong tempe dengan menggunakan mesin khas," jelasnya.
.
Meskipun pada awal pembabitannya dia agak gementar, kini dia mampu tersenyum bangga kerana segala usahanya mula membuahkan hasil dan dilengkapi dengan anggota keluarga yang sentiasa memberi sokongan.
.
Menurut Norhedayah, dia berharap dapat menepis persepsi masyarakat terhadap tempe yang dikaitkan hanya untuk masyarakat Jawa.
.
Justeru, dia bercita-cita mengetengahkan makanan yang berasaskan soya ini supaya menjadi lebih komersial dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.
Memandangkan tempe biasa yang bersaiz kecil, dia dan kedua orang tuanya mula membuat kajian sendiri bagaimana untuk menghasilkan tempe dalam bentuk bulat agar senang dipotong dan cantik bila digoreng.
.
Nurhedayah serta kedua-dua orang tuanya berjaya menemui satu teknik menghasilkan tempe berbentuk bulat iaitu seperti bentuk lemang dan ternyata idea mereka berjaya.
.
Alat pencetak bulat yang dibuat oleh mereka sekeluarga mampu menjadikan kerepek tempe itu nampak lebih komersial.
.
''Dengan kerepek tempe tiga perisa ini produk tempe warisan ini berjaya dikembangkan hingga memasuki pasaran Singapura, Brunei dan juga Iran," jelasnya.
.
Bagaimanapun katanya, jumlah permintaan yang semakin tinggi memungkinkan beliau mengambil lebih ramai pekerja kerana pekerja yang ada sekarang tidak mencukupi untuk membuat tempahan yang lebih tinggi.
.
Setiap paket kerepek berisi setengah kilogram kerepek tempe dijual sekitar RM6. Kerepek itu akan dihantar kepada tujuh pemborong tetap di seluruh negeri Johor juga kepada sebuah koperasi di sekitar daerah ini secara tetap.
.
Tambahnya, kerepek-kerepek berkenaan boleh tahan lebih tiga bulan. Selama ini mereka tidak pernah mendapat maklum balas negatif daripada mana-mana pihak tentang produk keluarannya.
.
Nurhedayah yang mengusahakan perusahaan tempe ini bersama keluarganya di No. 148 Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, Batu Pahat berharap agar satu hari nanti kerepek tempe keluaran syarikatnya mampu dinikmati oleh semua masyarakat di dalam dan luar negara.
.
Untuk itu beliau bercita-cita untuk menambah baik lagi teknologi pembuatan agar ia dapat menambah lagi pengeluaran produk. Di samping itu berusaha untuk membuat pembungkusan yang terbaik serta pelabelan dan penjenamaan agar lebih menarik untuk pasaran global.
.
Selain kerepek tempe, beliau juga mengusahakan kerepek pisang, keledek, keladi yang mana bahan mentah tidak menjadi masalah kerana ia mudah didapati di sekitar kawasan kampungnya dan secara tidak langsung dapat membantu penduduk kampung menjual hasil pertanian mereka.
.
Kegigihan dan kesungguhan Nurhedayah serta ahli keluarga lainnya mengetengahkan produk berasaskan kayang soya dengan menghasilkan kerepek tempe pelbagai perisa telah menarik minat Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad untuk meninjau perusahaan yang mereka jalankan baru-baru ini.
.
Dalam lawatan itu Noraini berasa kagum dengan idea anak-beranak ini menghasilkan tempe berbentuk bulat yang mana ia adalah teknologi yang mereka cipta sendiri dan belum pernah terfikir oleh orang lain.
.
''Jika sebelum ini saya hanya lihat tempe dibungkus dengan daun dan surat khabar lama. Tetapi kini saya lihat tempe dibuat dalam bentuk bulat seperti lemang yang pertama kali saya lihat, memang menarik dan sesuai untuk dibuat kerepek secara komersial," jelasnya.
.
Tambah Noraini, perusahaan tempe warisan keluarga ini merupakan salah satu produk yang mampu menaikkan nama Parlimen Parit Sulong khususnya dan negeri Johor amnya dalam Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang merupakan satu kelainan.
.
Melihat kelainan dan cita-cita keluarga ini untuk memasarkan produk mereka ke seluruh negara dan luar negara, beliau yakin produk ini boleh pergi jauh kerana ia menepati ciri-ciri kebersihan dan amalan pengilangan yang baik.
.
''Saya yakin produk ini mampu di eksport ke luar negara kerana ia lain dari yang lain dan pihak pengusaha harus cuba untuk membuat pelabelan dan penjenamaan yang sesuai untuk pasaran antarabangsa," jelasnya.
.
Tambahnya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong sedia memberi khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu Perniagaan D'Sinar mengetengahkan kerepek tempe pelbagai perisa untuk meningkatkan pasaran mereka.
.
sumber : Utusan Online

Wednesday, January 20, 2010

Tip Pemasaran Produk Informasi

Adakah anda rasa pemasaran produk informasi anda berjaya?
.

Tahukah anda untuk berjaya melakukan pemasaran produk informasi terdapat 3 perkara asas utama yang perlu anda kuasai iaitu :

  • Penghasilan produk informasi yang baik
  • Teknik menyampaikan mesej jualan terus kepada emosi
  • Amalan pemasaran yang mampu menarik seberapa ramai prospek yang berkualiti

... .
Walaupun anda sedang mengamalkan sistem penjanaan wang di internet melalui sistem affiliate yang memasar serta menjual produk-produk informasi orang lain dan sememangnya anda tidak menghasilkan serta memasarkan produk anda sendiri, penguasaan anda dalam penghasilan produk-produk informasi tidak patut anda ketepikan.
..
Kenapa saya kata begitu?
.
Satu perkara yang perlu anda ingat produk informasi bukanlah tertakluk kepada penghasilan produk-produk untuk dijual sahaja, bukanlah setakat ebook, audio atau video sahaja.

.
Artikel pendek yang mungkin pernah anda tuliskan juga dikategorikan sebagai produk informasi.
..
Produk informasi mampu dijadikan sebagai senjata bagi pemasaran anda. Katakan anda sedang mempromosi satu produk dari sistem affiliate yang telah anda sertai.
.
Untuk melakukan promosi sekurang-kurangnya anda perlu menulis artikel pendek, laporan dsb dan harus diletakkan di blog-blog serta forum-forum malah melalui pemasaran email anda juga anda harus menulis artikel bagi tujuan promosi. Oleh itu penguasaan anda dalam penghasilan produk informasi melalui penulisan merupakan sesuatu yang wajib bagi pemasaran informasi anda.
..
Penghasilan produk informasi anda sendiri juga mampu menjadikan anda unik dalam pemasaran infrmasi anda. Anda hasilkan satu ebook, laporan atau artikel dan berikan secara percuma bagi pembeli-pembeli produk yang anda pasarkan melalui link affiliate anda. Hanya anda seorang sahaja yang menawarkan produk informasi tersebut maka kadar saingan dapat anda kurangkan.
..
" Tak payahlah... saya guna Twitter tak perlu tahu macam mana nak hasilkan produk informasi..."
..
Walaupun anda mengamalkan pemasaran Twitter, keperluan dalam penguasaan menghasilkan produk informasi tetap sama. Untuk memiliki limpahan Trafik, sistem pemasaran Twitter anda harus juga diintegrasikan dengan sistem 'Autoresponder' dan sistem pemasaran email. Ini memerlukan anda untuk menggunakan laman 'Squeeze' anda supaya Trafik anda menjadi 'Subscriber' dan dalam masa sama anda bina 'list' prospek anda.

Salah satu cara untuk menguatkan Trafik supaya 'subscribe' dan menjadi salah seorang 'list' prospek anda sebaiknya anda berikan produk informasi seperti ebook contohnya secara percuma melalui laman 'Squeeze' anda tersebut. Ebook percuma yang terbaik adalah ebook yang anda hasilkan sendiri bagi menjadikan anda UNIK dan menjadi pilihan para prospek.

Dilema usahawan bumiputera

Oleh ROHANA MAN
.
LEBIH sembilan bulan yang lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dibubarkan apabila Kabinet baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibentuk.
.
Sepanjang tempoh itu, banyak isu berbangkit termasuk desakan pihak tertentu agar MeCD diwujudkan semula. Ia diperkatakan dari semasa ke semasa sehingga hari ini.
.
Antara yang memohon agar kerajaan mengkaji semula pembubaran itu adalah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
.
Dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2009, DPMM mendakwa menerima banyak rungutan yang berbaur kebimbangan terutama daripada kalangan usahawan kecil mengenai nasib 11 agensi yang berada di bawah kementerian yang dibubarkan itu.
.
Meneliti kebimbangan itu, ternyata ia ada benarnya memandangkan banyak usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) seolah-olah tiada tempat mengadu kerana 'robohnya' tempat mereka bernaung selama ini.
.
Walaupun kerajaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa pembubaran MeCD tidak akan menjejaskan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini dan golongan usahawan bumiputera tidak akan diabaikan, namun apa yang berlaku tidak seperti yang digambarkan.
.
Usahawan bumiputera kini dikatakan berada dalam dilema memandangkan segala penstrukturan semula dan strategi penyerapan agensi MeCD ke dalam kementerian lain seolah- olah belum dilaksanakan.
.
Dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu kini, apatah lagi kesan kejatuhan ekonomi yang masih berbahang, sudah tentu ada segelintir usahawan bumiputera yang 'kepanasan' dek kerana tiada pihak yang tepat boleh ditemui untuk meredakan bahang tersebut.
.
Bayangkan ada usahawan kecil di bandar Jerantut yang terkenal sebagai pintu masuk ke Taman Negara Pahang masih bergelut untuk memajukan bisnes pelancongan yang dibukanya di situ.
.
Pinjaman untuk mengubah suai premis sedia ada sebanyak RM500,000 yang dipohon daripada bank SME pada Mac tahun lalu masih 'tergantung' sehingga hari ini.
.
Pengusaha terbabit, Marodzuan Abd. Ghani, 45, berkata, pihaknya telah hampir setahun menghantar kertas cadangan untuk membesarkan kafe dan motel yang dibukanya di Jerantut, Pahang.
.
Menurutnya, kertas cadangan yang dihantar pada bulan Mac tahun lalu sehingga kini masih terperap di pejabat bank SME cawangan Kuantan.
.
"Proposal dah bagi tetapi bila saya semak, pegawai terbabit beritahu proposal itu belum dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Bayangkan, sudah hampir setahun, proposal itu masih disimpan di pejabat Kuantan.
.
"Bila ditanya kenapa ambil masa yang terlalu lama untuk menghantar proposal itu ke Kuala Lumpur, banyak alasan yang diberi," ujarnya yang kecewa dengan keadaan tersebut.
.
Beliau mengakui tanpa dana daripada pinjaman yang dipohon, pihaknya menerusi syarikat Middle Earth terpaksa mengehadkan aktiviti bisnes yang dilakukan sekarang.
.
"Kalau ada duit, tentulah syarikat akan menambah pakej sedia ada. Ini kerana sebarang penambahan pakej memerlukan pengubahsuaian dilakukan terhadap jumlah bilik motel yang ada sekarang," ujarnya.
.
Beliau turut kesal kerana katanya, untuk meminta pegawai dari bank SME cawangan Kuantan datang melihat premisnya di Jerantut, beliau terpaksa membuat beberapa panggilan termasuk ke Kuala Lumpur.
.
''Setelah didesak, barulah seorang pegawai datang melihat motel dan kafe saya. Tetapi selepas itu, sehingga sekarang, status pinjaman yang dibuat masih tidak jelas sama ada dapat atau tidak," ujarnya kesal.
.
Beliau juga berkata, kesukaran memperoleh pinjaman untuk memajukan bisnes yang sedia ada mengundang risiko gulung tikar kepada sesetengah usahawan bumiputera yang mudah putus asa.
.
Sementara itu, seorang rakan penulis yang merupakan usahawan restoran di Subang Jaya, Selangor pula berkata, beliau pernah dimaklumkan tentang bank SME dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) kekurangan dana untuk meluluskan pinjaman baru.
.
"Sebab itulah, saya malas nak mohon. Sebab saya difahamkan institusi kewangan tersebut tidak ada aliran tunai untuk meluluskan pinjaman. Jadi, daripada membuang masa membuat permohonan pinjaman yang tidak pasti statusnya, lebih baik saya beralih ke institusi kewangan lain," katanya yang enggan dikenali.
.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa membuat permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM120,000 dari Bank Rakyat untuk memulakan dan membesarkan bisnes itu.
.
Utusan Malaysia difahamkan, ketika berlakunya 'peralihan' kuasa antara MeCD itu, dilaporkan banyak pengusaha bumiputera kecil mengalami masalah apabila status permohonan pinjaman mereka daripada institusi kewangan yang dahulunya terletak di bawah MeCD tersangkut.
.
Seorang pembaca Utusan Malaysia dalam ruangan Forum bertarikh 23 April 2009, Nor Hoda Tarseh dari Puchong, Selangor meluahkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku.
.
Di dalam surat itu, beliau menyatakan telah mengemukakan permohonan lengkap ke pejabat TEKUN Sri Serdang pada 5 Mac 2009 tetapi setelah lebih sebulan berlalu, permohonan beliau masih belum diluluskan, sedangkan beliau telah mula membayar sewa untuk bulan kedua di sebuah premis perniagaan.
.
"Alasan yang diberi adalah TEKUN telah berpindah kementerian dan tunggu sahaja pengumuman daripada menteri baru," katanya di dalam surat tersebut.
Saya percaya Nor Hoda tidak keseorangan dalam hal ini. Banyak lagi peniaga kecil bumiputera lain yang senasib dengannya.
.
Sebagai orang biasa, tentulah beliau 'tidak tahu' apa sebenarnya yang berlaku di dalam kementerian tersebut.
.
Kekurangan dana untuk menyalurkan pinjaman kepada peniaga IKS bumiputera memang benar. TEKUN yang sebelum ini menjadi 'nadi' kepada 'nyawa' kelangsungan hidup peniaga kecil bumiputera turut kekurangan dana.
.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN , Datuk Abdul Rahim Hassan pernah mendedahkan 'dilema' yang sedang dihadapi oleh TEKUN.
.
Menurutnya dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 13 Disember 2009, kekurangan dana tersebut disebabkan peruntukan kerajaan terhad, di samping masalah peminjam yang liat melunaskan hutang.
.
Beliau memberitahu, faktor tersebut menjadi punca kenapa TEKUN gagal memberikan pinjaman kepada 16,000 permohonan yang tertangguh membabitkan pembiayaan RM350 juta.
.
"Dua faktor utama itu telah menjejaskan peluang permohonan baru untuk mendapat bantuan dengan kadar segera," katanya sambil mengakui dana agensi itu kini cuma berbaki RM100 juta sahaja.
.
Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan keseluruhan peminjam TEKUN sejak 1999 sehingga kini adalah seramai 153,102 orang dengan nilai pinjaman RM1.41 bilion.
.
Jika itulah alasan yang diberi, apa yang diharapkan dalam meniti tahun 2010 ini adalah pihak kerajaan menambah dana sedia ada, manakala peminjam yang liat boleh 'dipaksa' untuk melunaskan hutang.
.
Namun, sebelum sebarang paksaan dilakukan, para pegawai TEKUN perlu menyiasat terlebih dahulu status kewangan sebenar pengusaha terbabit.
.
Mungkin benar pengusaha terbabit tidak mampu untuk membayarnya dan dalam kes ini, pembayaran ansuran yang rendah boleh difikirkan. Namun, jika pengusaha terbabit mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman tetapi 'liat' kerana penguatkuasaan yang lemah, maka tindakan untuk memaksa mereka membayar balik perlu dilakukan seperti menyita harta mereka dan membekukan wang mereka di bank-bank komersial.
.
Melihat senario yang berlaku ini, maka adalah jelas bahawa pembubaran MeCD perlu dikaji semula. Alangkah lebih baik jika segala aspek berkaitan pembangunan ekonomi orang Melayu disatukan di bawah satu bumbung bagi melicinkan pergerakan ke arah melahirkan lebih banyak pengusaha bumiputera yang berjaya.
.
sumber : utusan Online

Tuesday, January 19, 2010

Tip Daripada 4 Mentor Jutawan

Oleh: Irfan Khairi
.
Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio 24, Bernama.Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 4 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.
.
Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
.
Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!
.
Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.
.
Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.
.
Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
.
Cara yang lebih bijak menjadi jutawan.
.
Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.
.
Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya.
.
Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.
.
Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching
.
Mengenai matlamat.
.
Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.
.
Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa.
.
Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.
.
Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
.
Mengenai perlunya idola/mentor.
.
Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif.
.
Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.
.
Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'.
.
Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

Thursday, January 14, 2010

Berjenama tulen tetapi murah

Oleh ZAINI RABAN
utusanperak@utusan.com.my
.
IPOH 13 Jan. - Semua orang mahu memakai pakaian berjenama tetapi ramai juga yang hanya mampu melihatnya dari jauh kerana tidak berkemampuan.
.
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu sanggup berhabis duit demi mendapatkan pakaian berjenama walaupun harganya tidak masuk akal.
.
Selain itu, pakaian berjenama dianggap melambangkan status pemakai dan akan menyerlahkan lagi penampilan diri individu terbabit.
.
Bagi yang mementingkan kualiti pula, mereka sememangnya tidak kisah untuk mengempiskan poket kerana berpegang kepada prinsip 'alah membeli, menang memakai'.
.
Kadangkala, demi bergaya, seseorang itu sanggup membeli 'pakaian Siam' kerana harganya jauh lebih murah. Namun, kebiasaannya yang rugi adalah pembeli juga kerana barangan ciplak memang tidak tahan lama.
.
Bagi menyelesaikan masalah itu, orang ramai boleh mengunjungi kedai pakaian berjenama terus dari kilang iaitu Factory Overrun yang beroperasi di Green Town di sini.
.
Ini kerana, pakaian berjenama yang dijual di kedai tersebut dijamin tulen dan mendapat lesen atau kebenaran di sisi undang-undang oleh syarikat pengeluar barangan berkaitan.
.
Apa yang menarik, pakaian tersebut dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada harga sebenar di pasaran.
.
Antara pakaian berjenama yang dijual ialah Oskosh, Carter's, Marks and Spencer, Burberry, Tommy Hilfigger, GAP, Quicksilver, Versace dan pelbagai pilihan lagi yang membuatkan pelanggan rambang mata.
.
Secara purata, harga baju, seluar dan kasut berjenama bagi golongan dewasa dan kanak-kanak itu diberi potongan harga antara 70 hingga 95 peratus.
.
Bagi yang meminati fesyen, mereka tahu sesetengah kemeja lengan panjang itu dijual pada harga kira-kira RM1,000 sehelai tetapi di Factory Overrun, harganya sekitar RM100 sahaja.
.
Pemilik, kedai berkenaan, Azmi Abdul Malik, 35, berkata, walaupun perniagaannya itu mendapat pelbagai pandangan negatif banyak pihak tetapi dia langsung tidak kisah kerana yakin dengan kebenaran dan ketulenan perniagaannya.
.
''Berkat kesabaran dan penerangan kepada pelanggan, perniagaan saya kini sudah mula mendapat kepercayaan malah sudah berkembang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
.
Azmi memberitahu, usaha menjual barangan berjenama terus dari kilang itu muncul daripada minatnya sendiri untuk memakai pakaian berjenama sejak menuntut di universiti lagi.
.
Katanya, memandangkan tidak mampu maka dia sering mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan pakaian diinginkan pada harga lebih murah.
.
''Akhirnya, berbekalkan semangat dan keberanian berhubung terus dengan pihak kilang saya akhirnya berjaya mendapatkan pelbagai barangan berjenama yang diinginkan.
.
''Selepas menyedari ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan, maka saya mula membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan hinggalah mampu membuka kedai di sini," katanya yang turut membuka cawangan baru di Lumut.
.
Menurut Azmi, pakaian di kedainya itu merupakan produk yang tidak dapat dijual pihak syarikat atas pelbagai sebab seperti belum sedia masuk ke pasaran atau keluaran yang terlalu berlebihan di kilang.
.
''Jadi pakaian yang saya jual ini merupakan pakaian baru dan tulen. Inilah rahsia kejayaan perniagaan yang saya ceburi sejak lapan tahun lalu," katanya yang mampu memperoleh hasil jualan sehingga RM500,000 setahun.
.
Menurut Azmi lagi, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaannya itu boleh melayari Internet di alamat
www.factoryoverrun.com.
.
Sumber : Utusan online

Wednesday, January 13, 2010

Kerja Makan Gaji VS Buat Bisnes

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.
.
Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
  • Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
  • Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
.
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai.
.
(Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)
.
Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit.
.
Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.
.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
  • Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
  • Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang untuk menjadi Jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.
.
Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat
bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat.
Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji
lagi bagus…
.
Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut.
.
“Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula…

Friday, January 08, 2010

Ladang kontrak lahirkan usahawan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar HAYAT SUEET
.
Mohd. Mokhtar Ismail (kanan) meninjau tanaman cili semasa lawatan ke ladang kontrak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor.
.
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberikan perhatian, khidmat nasihat dan bantuan bagi meningkatkan lagi tahap dan mutu pertanian di negara ini.
.
Salah satu cara adalah dengan mengubah pertanian tradisional kepada pertanian yang lebih moden dan mendatangkan hasil berlipat kali ganda.
.
Antaranya menerusi High Impact Project (HIP) atau Projek Berimpak Tinggi bagi membantu meningkatkan pertanian negara.
.
Buat masa ini terdapat lima Projek Berimpak Tinggi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional (NFC), Industri Asas Tani (IAT) dan Ladang Kontrak.
.
Di Selangor saja terdapat 250 petani yang terlibat dengan ladang kontrak di mana 25 peserta atau 10 peratus terletak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor.
.
Bermula hanya dua orang peserta ladang kontrak pada penghujung 2004 yang menanam tembikai tanpa biji, jagung manis dan timun susu pada tanah seluas lima ekar dan kini terdapat 25 pengusaha ladang kontrak berdaftar dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di atas tanah seluas 40 hektar (100 ekar).
.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Mokhtar Ismail berkata, matlamat ladang kontrak adalah bagi memastikan pasaran, meningkatkan pendapatan, meningkatkan pemasaran, menghasilkan produk berkualiti serta meningkatkan teknologi rantaian berkekalan.
.
"Ladang kontrak merupakan hasil perjanjian dengan pengusaha dengan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan (MoA Inc).
.
"Ini termasuk Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), FAMA dan Agro Bank," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke lima buah ladang kontrak di Pulau Indah baru-baru ini.
.
Beliau menegaskan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggembleng tenaga membantu petani dengan MARDI terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), Jabatan Pertanian memberikan bimbingan, pembiayaan dari Agrobank manakala FAMA pula terlibat dalam pemasaran.
.
"Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai permintaan yang tinggi dan dengan adanya kontrak dengan FAMA dapat memastikan pendapatan petani yang berterusan," katanya.
.
Mohd. Mokhtar berkata, ladang kontrak telah mencapai sasaran yang ditetapkan dengan petani menanam 17 jenis sayur-sayuran dan 13 jenis buah-buahan berdasarkan permintaan dan keserasian tanah.
.
Kawasan Klang mempunyai peserta ladang kontrak paling ramai kerana jawatankuasa kerja yang aktif dalam membantu peserta.
.
Malah selepas Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) ditubuhkan melibatkan jentera kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan ketua masyarakat menjadikan program ladang kontrak menjadi lebih mudah.
.
Sementara ini Pengarah FAMA Negeri Selangor, Rohizad Ridzwan berkata, MPPP melibatkan 22 kawasan Parlimen di Selangor dengan kerjasama jentera kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat.
.
"Pulau Indah mencatatkan bilangan peserta ladang kontrak sehingga 10 peratus daripada seluruh Selangor kerana penglibatan ketua masyarakat serta golongan belia yang aktif dalam pertanian," katanya.
.
Manakala Pengarah Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM), Selangor Rosmizam Md. Yusof berkata, walaupun masih tidak terdapat penanam nanas berdaftar dengan pihaknya tetapi ini merupakan peluang memperkenalkan tanaman nanas di Pulau Indah.
.
"Buat masa ini pihak LPNM menjalankan promosi besar-besaran bagi menanam nanas dengan memberikan subsidi tanaman dalam bentuk input pertanian," katanya.

Wednesday, January 06, 2010

Mengapa usaha membebaskan diri dari masalah hutang sentiasa gagal?


1. Anda sebenarnya tidak faham bagaimana hutang tersebut terjadi dan semakin bertambah dari sehari ke sehari!
.
2. Tidak mempunyai tujuan dan sebab berhutang serta cara untuk menyelesaikan hutang tersebut.
.
3. Anda buat hutang baru setiap kali selesai hutang yang lama.
.
4. Tidak tahu teknik dan strategi untuk menghapuskan hutang dengan cara yang betul.
.
5. Mendengar nasihat daripada penasihat kewangan yang salah iaitu bertemu dengan pegawai kredit, bukan perancang kewangan.
.
6. Gagal mendisiplinkan diri!
.
Keenam-enam masalah yang saya ceritakan di atas adalah penyebab utama mengapa anda gagal menguruskan hutang dengan baik.

Tuesday, January 05, 2010

Industri tani jadi 'mesin wang'

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu.
.
Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan.
Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi.
.
"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori," katanya ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.
.
Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996.
.
Ahmat Termizi, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn. Bhd. dan Gemba Marketing Sdn. Bhd.
.
Pada tahun 2004 syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang dari Jabatan Pertanian sekali gus membuka lembaran baru untuk terus berkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.
.
''Selepas 20 tahun saya bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusi pasaran luar dan hari ini hampir 20 peratus daripada keluaran kilang saya seperti kerepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Dubai dan Vietnam," katanya.
.
Ketika ini kilangnya, yang mempunyai kira-kira 20 pekerja tetap, mampu menghasilkan 3.0 tan kerepek ubi kayu sehari.
.
Menurut Ahmat, buat masa ini jualan kerepek ubi kayunya dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun iaitu 80 peratus untuk pasaran tempatan manakala selebihnya untuk pasaran luar negara.
.
Sementara itu seorang lagi pengusaha, Mahathir Talib, 35, yang terbabit dalam bidang ternakan kambing secara komersial di Kampung Ulu Melaka, Alor Gajah, Melaka yakin sektor pertanian boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan jika bijak menggunakan peluang yang disediakan kerajaan.
.
Katanya, potensi sektor penternakan sememangnya amat luas dan masih banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sektor itu.
.
"Melihat kepada potensi ini saya nekad menubuhkan syarikat MP Livestock di Kampung Ulu Melaka Pindah yang mengusahakan penternakan kambing, bebiri, lembu dan kerbau," katanya ketika ditemui di ladangnya.
.
Beliau berkata, pada permulaan operasi beliau mempunyai 60 ekor baka betina dan lima ekor baka jantan daripada pelbagai jenis baka kambing seperti Jamnapari, Boer, Rubian, kampung (katjang), Sanean serta bebiri Barbados, Lonte dan Malin.
.
Menurutnya, ketika ini syarikatnya menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat pembekal baka kambing di Malaysia selain membekalkan daging kambing segar.
.
Mahathir hari ini berkata, kambing yang diternaknya berjumlah 400 ekor dan syarikatnya mampu membekalkan 800kg daging kambing segar setiap minggu.
"Harga kambing ketika ini memang baik dan saya mampu menjual pada harga sekitar RM450 hingga RM1,800 seekor bergantung dengan berat dan baka kambing," katanya.
.
Beliau kini mempunyai kandang bersaiz kira-kira 93 meter panjang and 10 meter lebar di Kampung Ulu Melaka Pindah.
.
Bagi Othman Abu Hassan, 50, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka walaupun bidang penternakan merupakan satu kerja yang mencabar, beliau tidak pernah berputus asa kerana yakin bidang ini boleh menjadi sumber rezeki utama jika diusahakan dengan cara yang betul.
.
Bermula awal tahun 2004 dengan modal RM1,000 Othman membeli empat ekor kambing kampung dan pada pertengahan tahun, beliau membeli lagi 15 ekor kambing kampung berharga RM3,000.
.
Setahun kemudian beliau mula membeli lembu pula. Bermula dengan empat ekor dengan modal RM3,200, beliau menambahnya kepada 51 ekor dengan modal RM75,000.
.
Kata Othman, cabaran utama dalam penternakan ialah masalah penyakit dan jika ia berlaku pastinya kerugian besar yang terpaksa ditanggung bila ternakan mati dalam jumlah yang besar.
.
"Setakat ini saya mempunyai 140 ekor lembu manakala kambing berjumlah 170 ekor," katanya.
.
Kebanyakan binatang ternakannya diberi makanan dedak yang dicampur dengan daun kelapa sawit, rumput, gula merah dan sagu rumbia, katanya.
.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Karim berkata, pada 2008 Malaysia terpaksa mengimport daging lembu sebanyak 103 ribu tan berjumlah RM883.9 juta sementara daging kambing pula 18 ribu tan bernilai RM188 juta.
.
Menurut beliau Sarawak dan Sabah berpotensi untuk dijadikan pusat ternakan lembu dan kambing secara komersial kerana Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia mengiktiraf Pulau Borneo sebagai pulau bebas penyakit kuku dan mulut haiwan. - Bernama

Monday, January 04, 2010

Bangunan tertinggi dunia dikawal ketat

DUBAI - Bangunan pencakar langit Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikawal ketat pada hari perasmiannya hari ini..

Bangunan itu akan dirasmikan pemerintah Dubai manakala beberapa akhbar tempatan melaporkan lebih 1,000 anggota keselamatan termasuk polis berpakaian awam dan pasukan penembak tepat dikerah mengawal majlis perasmian..

Ketinggian tepat Burj Dubai masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pemajunya, syarikat Emaar menyatakan ia memiliki ketinggian lebih 800 meter manakala beberapa laman web melaporkan tinggi bangunan tersebut ialah 818 meter tetapi beberapa arkitek di UAE pula memberitahu, ia mungkin lebih tinggi daripada itu..

Bangunan pencakar langit yang mula dibina pada 2004 itu merupakan sebahagian daripada projek urbanisasi mega yang menelan belanja AS$20 bilion (RM68.4 bilion)..

Projek itu turut melibatkan pembinaan pusat beli-belah antara terbesar di dunia, Dubai Mall..

Ketinggian Burj Dubai mengatasi bangunan pencakar langit tertinggi dunia sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter manakala bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China berada di tempat ketiga dengan ketinggian 492 meter..

Menara Sears yang siap dibina pada tahun 1974 di Chicago, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat keempat dengan ketinggian 442 meter. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur berada di tempat kelima dengan ketinggian 410 meter. - Agensi