Saturday, July 09, 2011

Memaksimumkan Simpanan KWSP Anda


Inflasi berganda boleh memberi beberapa implikasi terhadap gaya hidup jika dibiarkan. Justeru itu, ia adalah penting bagi anda melabur dana persaraan anda untuk menghasilkan kadar pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi untuk mengelakkan pengurangan yang ketara dalam kuasa pembelian anda pada masa hadapan.
Sila baca untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana anda boleh memaksimumkan dana persaraan anda dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Apakah Skim Pelaburan KWSP?
Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi  Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Manfaat melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP:
Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai
  • Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.
Kepelbagaian
  • Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.
Pendedahan Pelaburan Luar Negara
  • Melabur ke luar negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai asset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar Negara.
Pertumbuhan Nilai Modal
  • Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.
Bagaimana melabur?
  • Jumlah yang boleh dilabur adalah sebanyak 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1
  • Pelaburan minimum sebanyak RM1,000
  • Pelaburan boleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan
  • Caj Perkhidmatan seunit – sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit
Contoh:
Ahmad berumur 33 tahun. Berdasarkan penyata KWSP yang terkini, jumlah simpanannya dalam akaun 1 ialah RM70,000. Dengan merujuk kepada jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukannya dalam Akaun 1 ialah RM24,000. Ini bermakna dia layak mengeluarkan jumlah minimum RM1,000 dan maksimum RM9,200 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.
Pengiraan = (RM70,000 – RM24,000) x 20%
= RM9,200
Untuk Mengetahui  Sama Ada Anda Layak:
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart-Kiosk KWSP di seluruh Negara dengan menggunakan Mykad anda ; atau
  • Semak Penyata akaun KWSP anda yang terkini; atau
  • Layari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun :)
 
 

No comments: