Friday, September 28, 2012

3 Tabiat kewangan sihat


Oleh: Irfan Khairi

Apa yang membezakan orang kaya dan berjaya dan mereka yang kurang berjaya dalam kewangan? 

Bezanya adalah, mereka yang berjaya dalam kewangan mempunyai tabiat kewangan yang sihat. Berikut adalah 4 tabiat kewangam sihat yang anda mesti miliki!

1. Bayar diri sendiri terlebih dahulu

Untuk berjaya dalam kewangan, tabiat kewangan yang sihat diperlukan. Tabiat yang paling utama dan penting adalah untuk membayar diri sendiri terlebih dahulu. Ertinya tidak kira perbelanjaan bulanan kita, sebahagian daripada pendapatan  kita perlu diketepikan untuk diri sendiri SEBELUM melakuan bayaran bil, kereta, rumah, dan apa sahaja perbelanjaan. Dan pastinya, sebahagian ini bukan juga untuk dibelanjakan!

Buku-buku kewangan menyarankan sekurang-kurangnya, ketepikan 10% daripada pendapatan kita untuk diri sendiri. Namun, angka 10% ini adalah untuk permulaan. Apabila kita berjaya menanam tabiat menyimpan untuk diri sendiri, lama kelamaan, peratusan ini boleh dinaikkan sehingga 20% dan lebih!

Ada juga yang bertanya, apa perlu kita lakukan sekirnaya 10% pun kita tidak dapat menyimpan oleh kerana tanggungan perbelanjaan bulanan adalah tinggi? 

Jawapannya, mulakan bayaran kepada diri sendiri pada 2% dulu. Dan secara beransur-ansur, naikkan nilai ini sehingga 10%.

Kaedah menyimpan sebegini adalah amat penting supaya hingga satu masa, menyimpan tidak menjadi sukar dan ianya menjadi tabiat.

2. Tabiat menjejak wang masuk dan keluar

Kekayaan bukan sekadar berapa banyak kita perolehi, tetapi, ia juga bermaksud, berapa banyak kita belanjakan. Sekiranya kita berpendapatan RM10,000 sebulan, tetapi perbelanjaan Rm15,000 sebulan (jangan terkejut, ramai yang sebegini!), maka, kewangan kita gagal!

Setiap hari, amalkan tabiat mencatit segala perbelanjaan kita. Dengan mencatit perbelanjan, kita tahu secara terperinci di mana kewangan kita pergi. Dulu, mungkin saya menyarankan mencatit dalam buku nota 555 ;) Tetapi, hari ini yang serba canggih dimana ramai antara kita memiliki smart phone, apa kata anda download perisian mengurus wang yang boleh didapati secara percuma. Contohnya, Expense Manager untuk Android.

Tabiat mencatit segala wang keluar setiap hari akan membolehkan kita menjejak wang kita setiap minggu, dan setiap bulan.Dengan mengetahui segala wang keluar, kita boleh melakukan analisa sikap perbelanjaan kita- dan pastinya kita akan tahu di mana perlu kita kurangkan perbelanjaan sekiranya perlu.

3. Tabiat menambahkan aliran pendapatan

Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan. Iaitu, kurangkan perbelanjaan, dan satu lagi adalah, tambahkan pendapatan.
Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca dan belajar, fikirkan cara-cara menambahkan pendapatan kita. 

Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita bersikap berhati-hati  sekirannya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi, dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

Aliran pendapatan boleh terdiri berbagai bentuk, termasuk pelaburan, hartanah, menjalankan perniagaan, royalty, komisyen dan sebagainya.
Kebanyakan orang kaya dan berjaya bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja, tetapi mempunyai banyak aliran pendapatan yang berlainan. Jadikan tabiat ini, sebagai tabiat anda!

Thursday, September 20, 2012

Sistem terbaik biak baka Boer




Kambing dilepas bebas meragut bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada ternakan sekali gus mampu mengurangkan kos pemakanan.

Biarpun pada asasnya ternakan kambing dilihat mudah, pengusaha berdepan dengan cabaran jika mereka tidak arif. Akibatnya peratus menghadapi kegagalan adalah tinggi.
Fenomena itu berlaku di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah sebelum ini apabila projek ternakan kambing tidak menjadi.

Ternakan kambing baka Boer yang diusahakan oleh KPD sebelum itu mengalami kadar kematian yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus dan kadar pembiakan juga agak kurang.

Menyedari keadaan ternakan yang semakin teruk, KPD mengorak langkah bekerjasama dengan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memulihkan projek tersebut.

Menurut Ketua Projek Technofund Kambing UPM-KPD, Profesor Dr. M. Zamri Saad, justeru, pada 2009, UPM bersama KPD menjalankan projek penyelidikan pembiakbakaan, makanan dan kawalan penyakit ternakan kambing Boer secara sistematik dan moden.

"Kerjasama tersebut turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi KPD," ujarnya ketika di temui di pusat di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah baru-baru ini.

Menurut Dr. M. Zamri, projek pembangunan penyelidikan pengkomersialan tersebut turut dikenali sebagai Pembangunan Protokol Kesihatan Ternakan Yang Lestari Untuk Ladang Ternakan Kambing KPD, Sabah.

Projek yang diketuainya serta dua lagi pakar UPM iaitu Profesor Madya Dr. Azhar Kasim dari Fakulti Pertanian dan Profesor Dr. Md. Zuki Abu Bakar dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) turut mendapat peruntukan geran Technofund, sebanyak RM3.17 juta.

Antara objektif projek tersebut adalah untuk menjadi ladang ternakan kambing Boer terbesar di negara ini dan menjadi pembekal utama baka kambing bermutu tinggi kepada penternak.

Seterusnya menjadi ladang contoh dalam kaedah penternakan secara intensif yang moden dan mengamalkan Sistem Penternakan Yang Baik (GAHP) dan menjadi pusat kajian dan Pembangunan (R&D) ternakan kambing dalam sistem pemakanan, program kesihatan dan program pembiakbakaan.

Menurut pengurus projek tersebut, Dr. Mohd. Shahrom Salisi, terdapat tiga buah ladang ternak di bawah seliaan beliau.

Antaranya ialah Ladang Ternakan Kambing Kelatuan dan Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar serta Ladang Ternakan Kambing Bukau di Beaufort.

Jelas Dr. Mohd. Shahrom, penghasilan baka kambing Boer hanya tertumpu di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar. Manakala ladang lain adalah untuk kambing sembelihan.

"Sehingga 21 April lalu pusat pembiakbakaan memiliki baka pejantan sebanyak 72 ekor, keseluruhan induk 874 ekor, 60 ekor dewasa jantan, tiga dewasa betina (anak kelahiran peringkat awal), 114 anak jantan dan 58 anak betina yang mana berjumlah 1181 ekor," katanya.

Ketika menjawab mengapa baka kambing Boer dipilih untuk diternak, Dr. Mohd. Shahrom menjelaskan, kambing jenis itu tidak memerlukan kawasan yang luas (sistem separa-insentif) berbanding dengan lembu.

Malah, ia juga cepat membiak yang mana tempoh bunting hanya lima bulan dan kadar kelahiran sebanyak 1.5 ekor untuk setiap kelahiran (2-3 ekor) dan penggandaan adalah lebih cepat berbanding lembu.

Selain itu, harga pasaran bagi kambing hidup juga lebih menguntungkan di samping kadar muatan kambing setiap ekar (stocking density) lebih tinggi berbanding lembu.
Selain itu, daging kambing mempunyai kandungan kolestrol yang rendah berbanding ternakan lain.

Baka kambing Boer yang dijadikan induk di pusat tersebut diimport terus dari penternak di Australia .

Baka berkenaan kemudiannya dikacukkan dengan baka tempatan bermula daripada varieti F1 hingga F5 dan ke atas sehingga kualiti dan fizikalnya menyerupai baka asal boer.

Untuk menghasilkan baka yang sama seperti kambing Boer seakan-akan yang asal (F5 dan ke atas) ia memerlukan masa yang agak panjang antara setahun setengah sehingga dua tahun.

Pusat tersebut juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Program Pengawalan Penyakit, Program Pemakanan, Program Pembiakbakaan dan Program Pembuatan Baja Organik.

Dalam program pengawalan penyakit, kajian di pusat tersebut berjaya mengawal penyakit berkaitan metabolisma seperti batu karang, pregnancy toxaemiabloatatau tympany.

Terdapat juga jangkitan kuman dan bakteria yang menyerang kambing seperti Meliodosis, Manheimiosis, CLA (caseous lymphadenitis), Bruscellosis dan kecacingan (hemonchosis).

Tuesday, September 11, 2012

8 blogger jutawan jana pendapatan melalui blog


Mahukan pendapatan bulanan mencecah jutaan dollar?

Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!!!

Inilah yang berlaku pada zaman moden, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan. Masih tidak bercaya? Di sini penulis senaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.

 
1. BoingBoing
Pemilik : Mark Frauenfelder
Dilancarkan : January 2000
Pendapatan : 1 Milllion setahun
Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi
Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik
Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran
Sumber pendapatan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion


 
2. ShoeMoney
 Pemilik : Jeremy Schoemaker
Dilancarkan : Oktober 2005
Pendapatan : $12,000 sebulan
Topik : Make Money Online
Trafik : 20,000 pengunjung unik sehari
Sumber pendapatan : Produk sendiri, AuctionAds dan Adsense


 
3. talkingpointsmemo.com
 Pemilik : Josh Marshall.
Dilancarkan : November 2000
Pendapatan : $54,000 sebulan
Topik : Politik
Trafik : 500,000 page views seminggu
Sumber pendapatan : Iklan, affiliate


 
4. perezhilton.com
 Pemilik : Mario Lavandeira
Didirikan : September 2004
Pendapatan : $110,000 per bulan
Topik : Gosip selebriti
Kemaskini : 20 post sehari
Trafik : 4 juta pengunjung unik sehari
Sumber pendapatan :Iklan (1 banner berharga $13,000 per hari)


 
5. Gothamist
 Pemilik : Jake Dobkin
Didirikan : Januari 2003
Pendapatan : $50,000 per bulan
Topik : Tentang New York, seni, makanan, events, dan 7 kota-kota metropolitan dunia
Kemaskini : 20-25 post per hari (lebih dari 5 penulis)
Trafik :7 juta page views sebulan
Sumber pendapatan : Iklan


 
6. TechCrunch
 Pemilik : Michael Arrington
Didirikan : Jun 2005
Pendapatan : $200,000 per bulan
Topik : mobile technology, and sites
Trafik : 5 juta page views per bulan
Sumber pendapatan : Iklan (button kecil $300 dan banner paling kecil $1,000 per minggu)


 
7. Mashable
 Pemilik : Pete Cashmore
Didirikan : Julai 2005
Pendapatan : $166,000 per bulan
Topik : Trend of mashups
Trafik : 4 juta page views per bulan
Sumber pendapatan : Iklan teks ( $100 per minggu) dan banner ( $2,000 per minggu)


 
8. Problogger
 Pemilik : Darren Rowse
Didirikan : November 2004
Pendapatan : $100,000 per tahun
Topik : Make money online dan make money bloggin
Kemaskini : 1-2 post per hari
Trafik : 1.5 juta pengunjung per bulan
Sumber pendapatan : Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates.

Tuesday, September 04, 2012

Pulihara tuntung



DUA ekor tuntung dewasa dilepaskan pada Program Bersama Media NRE di Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

DAHULU, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu.

Malah, melihat pada bahagian luaran sahaja, perbezaan kedua-duanya memang dapat dilihat dengan jelas.

Populasi tuntung di Malaysia sebenarnya banyak terdapat di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut legenda Melayu di Kedah, Sultan telah menerima hadiah beberapa ekor tuntung selepas mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera pada pertengahan kurun ke-17.

Sejak itu, telur tuntung telah dijadikan sebahagian daripada sajian santapan diraja di istana.
Pada penghujung abad ke-19 pula, penduduk-penduduk kampung sekitar Kedah telah menganjurkan Pesta Telur Tuntung yang mana mereka akan membaling telur berkenaan ke arah satu sama lain.

Hari ini, tuntung semakin diancam kepupusan disebabkan telurnya dikutip dan diperdagangkan secara haram tanpa kawalan.

Di samping itu, spesies tersebut turut menerima ancaman pemburuan untuk daging, lemas pada pukat nelayan, kemusnahan habitat dan kekurangan makanan.

Mencari penyelesaian masalah itu, banyak agenda konservasi, pengawalan serta penguatkuasaan dilakukan bagi menyelamatkan hidupan liar berkenaan.

Antara inisiatif tersebut adalah seperti penubuhan Pusat Konservasi Tuntung oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Justeru, bagi melihat sendiri aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tuntung, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) baru-baru ini telah membawa rombongan media melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bukit Pinang di Alor Setar, Kedah.

Asalnya, pusat yang berkeluasan dua ekar itu dilengkapi lima buah kolam peliharaan sebelum pihak Perhilitan menambah empat buah lagi untuk menampung jumlah tuntung yang semakin meningkat.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Kedah, Rahim Ahmad, pusat berkenaan berperanan memastikan telur-telur tuntung yang dikutip menetas dengan selamat. anaknya pula akan dijaga dengan baik sebelum dilepaskan ke habitat asal pada masa yang sesuai.

‘‘Dahulu, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu.

‘‘Kini, semua aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan hidupan liar ini dilaksanakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

‘‘Di bawah Akta tersebut, orang awam yang ingin memungut atau menjual telur tuntung akan dikenakan bayaran tertentu secara tahunan,’’ katanya ketika ditemui pada Program Bersama Media NRE di pusat tersebut baru-baru ini.

Pada program itu juga, sebanyak 32 ekor tuntung terdiri daripada 30 ekor anak tuntung dan dua ekor tuntung dewasa dilepaskan ke Sungai Bukit Pinang.

Selain Bukit Pinang, kerja-kerja pemuliharaan tuntung turut dijalankan di dua lagi pusat konservasi iaitu di Bota Kanan, Perak dan Kuala Berang, Terengganu. -Utusan