DAHULU, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu.
Malah, melihat pada bahagian luaran sahaja, perbezaan kedua-duanya memang dapat dilihat dengan jelas.
Populasi tuntung di Malaysia sebenarnya banyak terdapat di negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.
Menurut legenda Melayu di Kedah, Sultan telah menerima hadiah beberapa ekor tuntung selepas mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera pada pertengahan kurun ke-17.
Sejak itu, telur tuntung telah dijadikan sebahagian daripada sajian santapan diraja di istana.
Pada penghujung abad ke-19 pula, penduduk-penduduk kampung sekitar Kedah telah menganjurkan Pesta Telur Tuntung yang mana mereka akan membaling telur berkenaan ke arah satu sama lain.
Hari ini, tuntung semakin diancam kepupusan disebabkan telurnya dikutip dan diperdagangkan secara haram tanpa kawalan.
Di samping itu, spesies tersebut turut menerima ancaman pemburuan untuk daging, lemas pada pukat nelayan, kemusnahan habitat dan kekurangan makanan.
Mencari penyelesaian masalah itu, banyak agenda konservasi, pengawalan serta penguatkuasaan dilakukan bagi menyelamatkan hidupan liar berkenaan.
Antara inisiatif tersebut adalah seperti penubuhan Pusat Konservasi Tuntung oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Justeru, bagi melihat sendiri aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tuntung, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) baru-baru ini telah membawa rombongan media melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) Bukit Pinang di Alor Setar, Kedah.
Asalnya, pusat yang berkeluasan dua ekar itu dilengkapi lima buah kolam peliharaan sebelum pihak Perhilitan menambah empat buah lagi untuk menampung jumlah tuntung yang semakin meningkat.
Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Kedah, Rahim Ahmad, pusat berkenaan berperanan memastikan telur-telur tuntung yang dikutip menetas dengan selamat. anaknya pula akan dijaga dengan baik sebelum dilepaskan ke habitat asal pada masa yang sesuai.
Dahulu, tuntung dilindungi di bawah Enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Negeri Kedah, Enakmen Negeri Perak dan Enakmen Negeri Terengganu.
Kini, semua aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan hidupan liar ini dilaksanakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
Di bawah Akta tersebut, orang awam yang ingin memungut atau menjual telur tuntung akan dikenakan bayaran tertentu secara tahunan, katanya ketika ditemui pada Program Bersama Media NRE di pusat tersebut baru-baru ini.
Pada program itu juga, sebanyak 32 ekor tuntung terdiri daripada 30 ekor anak tuntung dan dua ekor tuntung dewasa dilepaskan ke Sungai Bukit Pinang.
Selain Bukit Pinang, kerja-kerja pemuliharaan tuntung turut dijalankan di dua lagi pusat konservasi iaitu di Bota Kanan, Perak dan Kuala Berang, Terengganu. -Utusan
No comments:
Post a Comment