INDUSTRI
sarang burung walet (SBW) kini mengalami peningkatan mendadak apabila bilangan
pengusaha bertambah dari semasa ke semasa.
Jika
dahulu perusahaan produk SBW tidak begitu dikenali, kini makanan berkhasiat
yang popular sejak zaman berzaman lamanya itu menjadi tumpuan negara.
SBW
asalnya hanya terkenal di kalangan kaum Cina dan di negara ini penuaiannya
dilakukan di gua-gua sahaja.
Antara
kawasan gua yang terkenal dan terlibat dengan pengeluaran SBW pada peringkat
awal ialah Gua Niah di Sarawak iaitu bermula pada tahun 1978.
Berikutan
perkembangan tersebut, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan dan
pihak-pihak tertentu untuk menarik minat lebih ramai golongan usahawan
menceburinya.
Menurut
Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama) Muda Malaysia,
Datuk Sohaimi Shahadan, sebanyak 4,286 usahawan terlibat dalam industri
pengeluaran SBW.
"Daripada
jumlah tersebut dianggarkan hampir 20 peratus terdiri daripada pengusaha
bumiputera.
"Namun
penglibatan bumiputera dalam industri SBW ini masih sedikit jika dibandingkan
dengan potensi produk SBW yang cerah," katanya.
Beliau
berkata demikian pada satu majlis taklimat Peluang Niaga Dalam Industri Sarang
Burung Walet yang dianjurkan bersama Perdasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), baru-baru ini.
Menerusi
forum tersebut, pelbagai isu dibincangkan antaranya peluang perniagaan, proses
pinjaman untuk memulakan perusahaan SBW, serta pengenalan terhadap burung walet
itu sendiri.
Apa
itu SBW yang sebenarnya?
Apakah yang dikatakan dengan burung walet dan adakah
ia berbeza dengan spesies burung layang-layang?
Walet
seringkali disalah ertikan sebagai burung layang-layang tetapi hakikat
sebenarnya ia adalah dua spesies yang berbeza.
Burung
walet berasal daripada famili Apodidae dan memiliki tabiat tidak suka
bertenggek. Sarangnya boleh dimakan dan terdapat tujuh spesies semuanya.
Burung
layang-layang berasal daripada famili Hirudininae, gemar bertenggek, sarangnya
tidak boleh dimakan kerana ia diperbuat daripada rumput dan batu dan terdapat
74 spesies.
Terdapat
hanya dua spesies burung walet yang sarangnya boleh dimakan iaitu Aerodramus
fuciphagus (edible nest-swiflet) dan Aerodramus maximus (black
nest-swiflet).
Kedua-dua
spesies tersebut banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia
dan Indonesia.
burung
walet biasanya akan berada pada ketinggian 1,500 kaki dari paras laut dan
kehidupan asalnya adalah di dalam gua-gua yang mempunyai kelembapan antara 80
hingga 90 peratus.
Untuk
bersarang, burung walet juga memerlukan suhu sekitar 26 hingga 31 darjah
Selsius dan ia kebiasaannya hidup berpasang-pasangan.
Anak
burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari. Apabila berusia tujuh
hingga sembilan hari ia akan mula makan bolus serangga dan mula minum pada usia
10 hari.
Anak
burung akan diasuh oleh ibu burung selama lima minggu di dalam sarang
(peringkat tersebut dipanggil sebagai nestling) sebelum meninggalkan
sarang pada usia tiga bulan (peringkat tersebut dipanggil fledgling).
Pemakanan
burung walet adalah serangga dan segala aktiviti dilakukan semasa terbang
kerana spesies ini tidak dapat bertenggek.
Aktiviti
tersebut termasuklah aktiviti makan, minum, dan mengawan semuanya dilakukan di
udara dan ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja untuk berehat dan
bertelur.
Sementara
itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abdul Aziz
Jamaluddin berkata, kehadiran burung walet di satu-satu lokasi itu boleh
dikenal pasti melalui ujian bunyian.
Jelasnya,
ujian panggilan burung walet adalah satu bentuk ujian yang boleh menentukur
kesesuaian sesuatu lokasi sebelum sesebuah rumah burung walet didirikan.
"JPV
berperanan untuk memberikan khidmat nasihat berserta kepakaran termasuk
perkhidmatan ujian bunyi panggilan burung walet kepada bakal pengusaha.
"Apabila
lokasi yang tepat telah dikenal pasti, pembinaan premis boleh dilaksanakan
bergantung kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh JPV,"
katanya.
Ujian
bunyi panggilan burung walet memerlukan lokasi yang strategik dan sesuai iaitu
tempat yang dikenal pasti mempunyai kehadiran burung walet.
Lokasi
yang mempunyai banyak sumber makanan burung walet merupakan antara kawasan yang
sesuai untuk didirikan premis untuk kediaman burung walet.
Dalam
pada itu, Dr. Abdul Aziz menambah kini pengusaha SBW mampu menghasilkan
sehingga 30 kilogram (kg) SBW yang mana harga bagi satu kilogram produk
tersebut mencecah RM4,000 hingga RM6,000.
Katanya,
permintaan terbesar bagi pasaran SBW kini tentulah negara China yang
mempercayai khasiat SBW sejak ratusan tahun dahulu.
"Purata
permintaan bagi seluruh dunia untuk produk SBW adalah 12,000 tan metrik
setahun, namun jika dicampur pengeluaran dari semua negara-negara sekitar Asia
Tenggara, kita hanya mampu menghasilkan sehingga 500 tan metrik sahaja.
"Oleh
itu, peluang dalam industri SBW ini masih terbuka luas dan permintaan
terhadapnya masih tinggi terutamanya dari negara China," katanya.
Beliau
turut menjelaskan bahawa Malaysia di bawah MOA telah berjaya menyelesaikan isu
yang berbangkit berkenaan produk SBW dengan negara China.
"Kedua-dua
negara telah bersetuju dengan segala syarat dan protokol yang telah dikenakan
dan kerajaan menerusi MOA akan menandatangani protokol yang mana China akan
membuka semula pintu untuk menerima SBW dari Malaysia," katanya.
1 comment:
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.
Post a Comment