Friday, June 28, 2013

Gambar Produk Boleh Mempengaruhi Jualan


Gambar merupakan satu elemen yang cukup penting di dalam perniagaan internet. Berdasarkan kajian pengiklanan, jelas menunjukkan gambar memainkan peranan tersendiri dalam mempengaruhi minat prospek. Pengiklanan yang menggunakan gambar yang menarik akan mendapat lebih banyak klik berbanding gambar yang tidak menarik.
Begitu juga apabila kita menjual produk secara online maka gambar produk akan memainkan peranannya yang tersendiri mempengaruhi jualan. Berdasarkan kajian di eBay, produk yang sama tetapi menggunakan gambar yang berbeza menghasilkan jumlah jualan yang berbeza.
Jualan produk yang mempunyai gambar lebih jelas dan professional mendapat jualan lebih tinggi berbanding menggunakan gambar yang kabur dan resolusi rendah.
Cuba bayangkan anda ingin membeli sebuah kaca mata untuk digunakan ketika memandu. Anda survey kaca mata tersebut di internet dan anda temui dua jenis spec untuk di beli yang mana harga dan fungsinya sama.

(Gambar A yang professional dan jelas)
Gambar Ray Ban
(Gambar B yang kabur dan kecil)
Agak-agak anda akan beli kaca mata yang mana? Saya pasti anda akan memilih untuk membeli kaca mata dari Gambar A!
Majoriti prospek di internet akan menganggap produk tersebut berkualiti tinggi apabila gambar produk itu sendiri berkualiti tinggi. Nampaknya, pepatah Inggeris ‘don’t judge a book by it’s cover‘ di wujudkan bagi menafikan situasi ini.
Konklusinya, pastikan gambar produk yang anda ingin jual secara online cukup bagus dan menarik untuk mempengaruhi prospek.

No comments: