Sunday, September 29, 2013

Budak nakal jadi tauke otak-otak


USAHAWAN muda ini memperoleh bekalan bahan mentah dari pembekal otak-otak di Batu Pahat, Johor kerana rasanya yang cukup istimewa selain menepati cita rasa pelanggan.


PERTEMUAN dengan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan otak-otak di Asia Cafe yang terletak di SS15, Subang Jaya, Selangor membuatkan kru Jurnal berasa kagum apabila melihat dia berjaya pada usia muda.
Jika rakan-rakanya memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian sebelum berfikir mengenai pekerjaan, Muhammad Fikri Mohd. Yunus, 22, mempunyai pandangan yang berbeza.
Dia sanggup melakukan dua perkara secara serentak iaitu berniaga dan belajar pada masa yang sama.
“Walaupun berasal dari keluarga berada, saya lebih selesa berdikari kerana berniaga merupakan pilihan saya.
“Sebenarnya, saya seorang yang agak nakal dahulu. Tetapi, saya bertekad untuk berubah kerana tidak mahu terus dilabel nakal oleh masyarakat.
“Sejak itu, saya mula berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan.
“Seawal usia 17 tahun, saya sudah memulakan perniagaan sendiri iaitu menjual shisha,” jelasnya yang mempunyai tiga orang adik-beradik.
Muhammad Fikri yang menubuhkan syarikat Kcik Resources pada tahun 2009 memberitahu, idea untuk menjalankan perniagaan itu diperoleh ketika membantu seorang rakannya berniaga otak-otak di Petaling Jaya.
Justeru, pemuda itu melihat potensi perniagaan otak-otak yang boleh menjamin masa depannya jika dia mempunyai kesungguhan yang tinggi ditambah lagi dengan modalnya yang kecil.
“Menjalankan perniagaan menjual shisha menyasarkan pelanggan dalam kalangan remaja.
“Namun, berbeza pula dengan perniagaan otak-otak kerana sasaran pelanggannya adalah lebih meluas.
“Sebenarnya, saya memang tercari-cari cabang perniagaan yang melibatkan semua peringkat umur. Apabila bercakap mengenai otak-otak, boleh dikatakan semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pun menyukainya,” ujar pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Pengurusan Sains di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pengorbanan
Usahanya untuk mendapatkan tapak gerai yang didominasi oleh peniaga-peniaga Cina di Asia Cafe itu sebenarnya mengagumkan apatah lagi dia menjadi peniaga Bumiputera pertama yang menjalankan perniagaan di situ.
“Hampir empat bulan saya cuba meyakinkan pihak pengurusan kafe itu.
“Rezeki akhirnya berpihak kepada saya apabila pemilik kafe tersebut membenarkan saya berniaga.
“Saya diberi masa untuk memulakan perniagaan dalam tempoh seminggu.
“Alhamdulillah, saya berjaya membuka gerai otak-otak ini pada hari kelima,” katanya yang menggunakan slogan Mr. Small's Otak-Otak, The Best Taste In Town.
Katanya, pengorbanan besar diperlukan apabila memilih untuk belajar sambil bekerja kerana dia perlu bijak untuk membahagikan masa.
“Saya terpaksa berkorban kerana berniaga sudah menjadi pilihan saya. Kereta menjadi rumah kedua saya ketika saya mula menjalankan perniagaan ini.
“Ada ketikanya, saya tidak tidur kerana perlu menghadiri kuliah selepas menjalankan perniagaan yang memulakan operasi sekitar pukul 5 dan berakhir pada pukul 5 pagi ini,” jelasnya yang pernah bekerja sebagai penarik kereta.
MUHAMMAD Fikri turut menjual pulut panggang dan satar pedas.


Usahawan muda itu mula menjalankan perniagaan berbekalkan modal permulaan yang diperoleh sebagai penarik kereta sebanyak RM1,000.
“Alhamdulillah, pendapatan bulanan saya kini mencecah lima angka dengan pembukaan 26 cawangan di sekitar Lembah Klang.
“Saya memperoleh bahan mentah daripada pembekal otak-otak dari Kampung Parit Kuda di Batu Pahat, Johor kerana rasanya yang cukup istimewa selain menepati cita rasa pelanggan.
“Sebenarnya, warna asal otak-otak itu berwarna putih.
“Namun, penggunaan pewarna merah ketika otak-otak pertama kali diperkenalkan menyebabkan masyarakat sudah biasa dengan warna itu,” tambahnya sambil memberitahu, dia kini mampu menjual sebanyak 15,000 keping otak-otak sehari.
Promosi
Memilih perniagaan otak-otak sebagai sumber pendapatan, kesungguhan dan kerajinan amat diperlukan untuk mempromosikan produknya itu.
“Para-peniaga otak-otak mencari pelanggan dengan meletakkan makanan ini dari meja ke meja makan,” katanya.
Dia juga bercerita tentang ketahanan makanan itu.
“Otak-otak boleh bertahan selama lapan bulan sekiranya berada di dalam peti sejuk.
“Ia juga masih baik selepas 16 jam dikeluarkan (dari peti sejuk dan belum dibakar).
“Otak-otak yang sudah siap dibakar boleh bertahan selama dua hari,” katanya yang mempunyai seramai 34 orang kakitangan di semua cawangannya.
Bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan yang dimilikinya, Muhammad Fikri merancang untuk mengeksport produknya itu ke luar negara seperti Indonesia dan Thailand.
Malah, dia juga meletakkan sasaran untuk membuka 50 buah lagi cawangan sebagai perancangan untuk masa depannya.
“Saya juga bercadang mahu membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dengan modal serendah RM1,000.
Syarikatnya juga ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis seperti parti hari jadi dan rumah terbuka dengan tempahan minimum sebanyak 300 keping ke atas.
Selain otak-otak, syarikatnya turut menjual pulut panggang resipi Kelantan dan satar pedas dari Terengganu.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2gIChJhqn 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, September 28, 2013

Apa itu Website Flipping?

hartanah maya 2
Website Flipping adalah salah satu cabang dalam perniagaan internet yang melibatkan aktiviti menjual semula, melelong  atau menukar milik website yang dimiliki anda kepada pemilik baru. Website yang hendak dilelong ini mestilah lengkap dan ianya berfungsi 100%.
Sesuatu website itu juga mempunyai nilai yang tinggi bergantung kepada rekabentuk, niche, jenis website, umur website, traffic, bilangan pelanggan (subscribers) dan pendapatan yang telah dihasilkan dari website tersebut!
Situasi ini sama dengan jual beli hartanah cuma bezanya ia melibatkan website atau lebih sesuai dilabelkan sebagai hartanah maya!
hartanah maya 1

hartanah maya 2
Kenapa Flip/ Lelong Website?
Ada banyak sebab kenapa anda boleh jadikan website flipping suatu perninagaan; antaranya:
1) Di negara barat, kebanyakkan pembeli website memburu website yang telah menghasilkan pendapatan secara konsisten! Ianya boleh mencapai nilai sehingga jutaan $USD!
2) Tahukah anda bahawa ramai pembeli website seperti ini biasanya berlatar belakang ahli perniagaan atau pelabur yang memandang website ini sebagai asset. Ini kerana dengan memiliki website yang telah menghasilkan pendapatan, pemilik seterusnya hanya perlu mengendalikan sahaja website tersebut dan menikmati hasil pendapatan dari website tersebut.
3) Pendapatan dalam masa yang singkat. Ya anda boleh hasilkan pendapatan dalam masa 3-5 hari dari website flipping. Cuma proses untuk membina website sahaja akan mengambil masa.
4) Website sebagai asset. Kenapa saya katakan sedemikian? Andaikan anda berdepan dengan situasi berikut:
  • Perlu dapat rawatan hospital
  • Hendak sambung belajar
  • Ingin pergi melancong
  • Mahu membeli kereta
Bayangkan ketika ini, anda memerlukan sejumlah wang tunai untuk selesaikan situasi di atas, maka anda mungkin bercadang untuk menjual  asset yang anda miliki untuk ditukarkan kepada wang tunai! Oleh itu, di sinilah pentingnya anda mempunyai website untuk dilelong dan ditukarkan kepada tunai secepat mungkin.
Perniagaan Bina Website VS Website Flipping
Perniagaan bina website dan website flipping adalah dua benda yang berbeza dimana perniagaan bina website anda perlu terima tempahan dari pelanggan yang meminta anda merekacipta website mereka. Anda perlu mahir bahagian teknikal dan rekagrafik kalau anda betul-betul ingin berjaya dalam perniagaan membina website!
TETAPI untuk website flipping, anda hanya perlu bangunkan website yang anda rasakan berpermintaan tinggi dan melelongnya. Anda tidak perlu ikut kehendak rekaletak, rekagrafik yang diminta pelanggan. Sebaliknya anda siapkan dahulu website dan terus jual.
Hartanah Fizikal VS  Hartanah Maya
hartanah maya 3
Untuk pengetahuan anda, saya bukannya seorang agen hartanah fizikal dan saya kurang arif mengenainya tetapi berikut adalah perbandingan yang dapat saya bantu anda untuk membuat perbandingan antara hartanah fizikal dan hartanah maya.
1)      Pembinaan Hartanah
Bila melibatkan hartanah fizikal, saya rasa banyak perkara yang perlu diketahui seperti keadaan tanah, bangunan dan macam-macam lagi. Oleh itu, bagi pandangan orang baru yang ingin mencuba hartanah fizikal, ianya nampak rumit!
Tetapi hartanah maya sebaliknya! Anda bina sahaja blog baru, maka dah siap hartanah anda. Budak kecil umur 12 tahun pun dah ada banyak hartanah maya.
2)      Kos
Kos untuk hartanah fizikal sangat tinggi!!! Mana taknya beli tanah, upah pekerja buat rumah, tanam rumput dan banyak lagi kos tersembunyi yang lain!!! Boleh mencecah ratusan ribu ke jutaan ringgit!!!
Kos untuk hartanah maya? Beli nama domain website  .com = RM30, langganan hosting bulanan =  RM30, rekabentuk = RM150 dan mungkin melibatkan sedkit kos-kos lain yang tidak menelan belanja yang besar sehingga RIBUAN RM. Boleh saya katakan di sini, anda boleh mula website flipping dengan kos kurang dari RM200 sahaja!!! 
3)      Risiko
Hartanah Fizikal sangat berisiko tinggi. Apa jadi kalau sesuatu berlaku pada hartanah anda? ditimpa bencana, tanah runtuh dan sebagainya; sudah tentu ini tidak baik bagi perniagaan anda. Belum lagi kalau tiada pembeli  dan sebagainya.
Hartanah maya boleh dikatakan tiada risiko!!! Kalau ada pun mungkin website kena hack kot? Tapi ianya tak pernah berlaku lagi pada sebarang hartanah saya!!! 
4)      Proses dan Polisi
Hartanah fizikal melibatkan banyak polisi dan undang–undang untuk anda patuhi sebelum tanah itu dapat dijual. Banyak kertas kerja dan rundingan yang perlu dibuat.
Hartanah maya? Hanya tulis sedikit tentang kenapa anda nak jual web anda, nyatakan nilai  harga website anda dan saya pasti jika ianya mempunyai perminataan,  dalam masa 3 -  5 hari sahaja anda dah boleh dapat duit dari jualan hartanah anda tersebut! Proses untuk anda tukar milik pun senang sahaja, tak perlu kertas kerja yang banyak, cuma tukarmilik domain dan pindah hosting sahaja!  Keseluruhan proses pindah milik ini boleh anda lakukan dalam masa 30minit sahaja.

Thursday, September 26, 2013

Apple Learning Holy Quran Machine


Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

26 DOA HARIAN :
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA MASUK TANDAS
[♥]DOA KELUAR TANDAS
[♥]DOA SEBELUM WUDHU
[♥]DOA PAGI HARI
[♥]DOA SEBELUM MAKAN
[♥]DOA SOLAT JENAZAH
[♥] DOA MEMAKAI BAJU
[♥]DOA KELUAR RUMAH
[♥] DOA MASUK MASJID
[♥] DOA KELUAR MASJID
[♥]DOA NAIK KENDERAAN
[♥] DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥]DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥]DOA KETIKA BERSIN
[♥]DOA KETIKA HUJAN
[♥]DOA MELIHAT CERMIN
[♥]DOA ZIARAH KUBUR
[♥]DOA BERBUAKA PUASA
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA PETANG HARI
[♥]DOA MASUK RUMAH
[♥]DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥]DLL

16 SURAH PENDEK :

[♥] Al- Fatihah
[♥] Al-'Adiyat
[♥] Al -Qori'ah
[♥] Al -Takathur
[♥] Al-'asr
[♥] Al - Humazah
[♥] Al - Fill
[♥] Quraish
[♥] Al- Maun
[♥] Al - Kauthar
[♥] Al -Kafirun
[♥] An -Nasr
[♥] Al - Massad
[♥] Al- Ikhlas
[♥] Al- Falaq
[♥] An-Nas

DOA SOLAT:


[♥] Kalimat Tauhid [♥]Syahadat [♥]Adzan [♥]Doa Sholat [♥]Takbir awal sampai salam .

NASYID ANAK2


[♥]Thanks The parents
[♥] Love Allah and Love messanger
[♥] Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Mon Rose
[♥] The Ceed of the oneness Allah
[♥]Alphabet A-Z

Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang


**Menggunakan Bateri AAA X 3
** Ada button On-Off


Harga: RM34
Poslaju: RM8

Berminat?

Boleh hubungi saya di WhatsApp / sms : 019-758 9774 (Nizam)

Wednesday, September 25, 2013

Usahawan burung baji



KATANYA, pada peringkat awal dia hanya memiliki 30 pasang sahaja burung baji yang dibeli di Kuala Terengganu, Terengganu.

Namun kini Mohd. Nasir memiliki hampir 200 pasang.

Burung baji yang lebih dikenali sebagai love bird memiliki rupa yang menarik, comel di samping warna yang pelbagai menjadikan ia amat menarik untuk dipelihara.

Selain kelihatan jinak, burung baji juga tidak sukar dipelihara kerana tidak memerlukan kawasan sangkar yang luas, diet yang ringkas dan mudah membiak.

Menurut Mohd. Nasir, burung baji juga agak tahan lasak dalam keadaan cuaca yang sederhana negara ini.

Namun, jika musim tengkujuh, burung itu mudah mati kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk.

Memiliki ciri seakan-akan burung nuri atau kakak tua, burung baji dengan nama saintifiknya Melopsittacus undulates adalah lebih kecil dan comel.

Jelas Mohd. Nasir, dia turut mengunjungi rakan-rakan yang berminat dengan burung tersebut hingga ke daerah Dungun malah ke Kelantan untuk mempelajari cara-cara memeliharanya.

"Apa yang saya dapati memelihara serta menternak burung baji adalah lebih mudah berbanding burung-burung tempatan yang lain seperti tekukur.

"Malah, harga burung ini juga agak baik serta permintaannya sentiasa ada," kata Mohd. Nasir ketika ditemui di kediamannya sempena program lawatam media anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Seberang Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Tambah Mohd. Nasir, usahanya menternak burung tersebut mendapat perhatian pihak MARDI sekali gus tampil membantunya.

Hampir RM10,000 diperuntukkan oleh MARDI serta khidmat nasihat kepada Mohd. Nasir bagi menguruskan perusahaan tersebut.

Menerusi bantuan tersebut, Mohd. Nasir mampu membina lebih 100 buah sangkar segi empat sama berukuran dua meter bagi menempatkan 100 pasang burung baji yang memiliki hampir 50 warna yang berbeza.

Dalam pada itu, pasaran burung baji di sekitar Terengganu sahaja tidak mencukupi kerana permintaan terhadap haiwan peliharaan yang comel tersebut amat tinggi.

Malah, Mohd. Nasir mengakui ada sesetengah pembeli sanggup menempah burung baji daripadanya seawal induk burung tersebut baru bertelur.

"Kebiasaannya, pembeli akan mengambil burung biarpun seawal peringkat anak kerana mudah untuk diasuh.

"Ini kerana anak-anak burung baji amat mudah untuk dipelihara selain harganya lebih murah daripada dewasa," katanya.

Sepasang burung baji dijual pada kadar harga antara RM50 dan RM450 berdasarkan jenis dan gred burung tersebut.

"Paling mahal adalah burung baji gred A dan burung gred ini memiliki saiz yang agak besar berbanding saiz lain.

"Terbaru, pembeli amat meminati burung baji yang memiliki warna mata seakan kemerah-merahan menjadikan harganya melonjak naik," katanya.

Sepasang burung baji gred A memerlukan masa satu hingga empat tahun untuk matang seterusnya bertelur.

Setelah bertelur, induk burung akan mengeram telur selama 18 hari dan mampu menghasilkan anak sehingga tujuh ekor dalam satu-satu masa.

Tambah Mohd. Nasir lagi, setelah hampir sebulan di bawah jagaan induk, anak-anak burung akan diasingkan sehingga mampu makan sendiri sebelum dijual kepada peraih.

Burung baji mampu membiak sebanyak lima kali setahun dan purata telur yang dihasilkan adalah lima biji.

Mohd. Nasir turut menggunakan tulang sotong diletakkan di dalam sangkar agar dimakan oleh induk yang dikatakan mampu menjadikan kulit telur lebih keras.

Petua tersebut adalah bagi mengelakkan telur yang dihasilkan mudah pecah sekali gus mengelakkan kerugian.

Biarpun memiliki pekerjaan hakiki sebagai nelayan pantai, ia tidak sedikit pun menyukarkan beliau untuk mengusahakan ternakan burung tersebut.

Malah, katanya, kadang-kala tugas memantau serta menjaga burung-burung peliharaannya diambil alih oleh ahli keluarga terutamanya anak-anak Mohd. Nasir yang mula menunjukkan minat.

Mohd. Nasir yang juga ahli Persatuan Peminat Burung Budgie dan Cocktail Terengganu (PPBCT) pernah dianugerahkan dengan sijil Master Breeder yang juga merupakan anugerah peringkat tertinggi persatuan tersebut.

Bagaimanapun, setiap perusahaan pasti memiliki cabaran yang tertentu dan terkini burung tersebut bakal dilesenkan untuk tujuan pengawalan.

Biarpun usaha melesenkan burung baji masih di peringkat cadangan namun ia sedikit sebanyak membimbangkan beliau kerana prosedur perlesenan pasti akan merumitkan perusahaannya.

Namun, bergerak di bawah persatuan PPBCT memudahkannya untuk menangani sebarang isu yang berbangkit.

Kini, Mohd. Nasir mampu meraih pendapatan tambah sebanyak RM1,500 sebulan hasil penjualan burung baji tersebut.

Katanya angka tersebut masih dianggap kecil berbanding pengusaha burung baji yang lebih berpengalaman di mana mereka mampu meraih hasil jualan sekitar RM5,000 hingga RM8,000 sebulan.

Ketika ditanya adakah beliau ingin membesarkan perusahaannya, katanya ia bergantung kepada modal dan pendapatan yang diperolehi.

Namun, ujarnya, hasrat untuk meningkatkan perusahaan di masa-masa akan datang sentiasa menyala.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130527/ag_02/Usahawan-burung-baji#ixzz2UVof1GBX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Nota Usahawan Bistari: Saya sendiri pun ingin mengikut jejak rakan di atas di mana saya sekarang baru membela sepasang burung baji berwarna hijau dan biru diberi nama Zack dan Yaya. Boleh layari blog http://budgiecottage.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut. :)

Deqwan Burger penuhi selera penggemar daging

MOHD. Razuan Abd. Rashid menunjukkan antara hidangan burger bakar yang dijual di premisnya di Jalan Seri Pagi 7, Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban.

APABILA menyebut mengenai burger bakar sudah pastinya ramai di antara kita yang sudah terbayang keenakkan rasanya ketika masih panas.

Bagi penulis pula yang dikategorikan sebagai penggemar daging tegar pula melihat kehadiran menu ini sebagai satu ‘hadiah’ terbaik apatah lagi kedai seumpamanya kini mula menawarkan menu ini kepada orang ramai.

Begitupun bagi pengamatan penulis yang mempunyai cita rasa yang cukup tinggi untuk makanan berasaskan daging ini, aspek wajib ada dalam sesuatu hidangan adalah dari segi tekstur kerana gah mana nama menu tetapi tanpa elemen berkenaan, ianya tidak mempunyai sebarang makna.

Bagaimanapun selera penulis dicuit dengan hidangan burger bakar di Deqwan Burger, bukan sahaja menepati cita rasa malah ia agak unik dengan menawarkan pelbagai jenis burger bakar.

Bertepatan dengan tagline “Makan, Minum, Lepak, Surfing, Gelak dan Sembang" premis terbuka ini terletak di No. 244 Jalan Seri Pagi 7, Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban.

 
PENGUNJUNG boleh menikmati burger bakar Deqwan sama ada dengan rendaman sup cendawan ataupun sos lada hitam.
Dengan menawarkan lebih 49 hidangan pelbagai saiz dan lebih 40 minuman, pengunjung boleh menikmatinya dengan harga yang berpatutan.

Pemiliknya, Mohd. Razuan Abd. Rashid, memberitahu, restoran itu dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga 2 pagi.

Jelasnya, antara hidangan burger bakar yang ditawarkan termasuklah, ayam, daging lembu, kambing dan juga rusa pelbagai saiz dari pati 100 gram sehinggalah 1 kilogram dengan harga antara RM 5 hinggalah RM 200.

‘‘Antara saiz yang ditawarkan saiz biasa seberat 100 gram, king 200 gram, kingkong 500 gram dan gergasi seberat 1 kilogram yang mana mereka boleh memilih sama ada mereka mahukan rendaman sup cendawan ataupun sos lada hitam bagi mereka yang mahukan kepedasan.

‘‘Malah kita juga menawarkan roti arang (charcoal bread) yang berwarna hitam bagi mereka yang merasai kelainan kerana kita mahu memberi sedikit kelainan dari roti konvensional," katanya ketika di temui di sini baru-baru ini.

Kata Mohd. Razuan lagi, saiz yang ditawarkan membolehkan pengunjung merasai kepelbagaian saiz mengikut kemampuan selera mereka.

Malah Mohd. Razuan memberitahu, kedainya juga turut menawarkan kemudahan tempahan.

Ditanya mengenai maklum balas, Mohd. Razuan menjelaskan sambutan yang diterima cukup menggalakkan.

‘‘Sebelum ini juga kami telah menganjurkan pertandingan Man VS 2 Kilogram Burger pada Jun lalu yang mana menarik perhatian ramai pelanggan yang mencuba nasib dengan burger gergasi kami.

‘‘Malah kita juga telah membuka beberapa cawangan di beberapa lokasi anatarnya di Bahau selain cawangan yang akan dibuka di Port Dickson tidak lama lagi," katanya.

Bagi pelanggan yang berminat untuk menempah atau mencuba kelainan boleh menghubungi Deqwan Burger di talian 0192467059 dan 0136861660 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Monday, September 23, 2013

Teh terpilih keluaran Mardi

WAN Abdullah wan Yusoff mahu memberi imej baharu kepada Stesen Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dengan mempromosikan minuman teh.
BENIH asalnya dikatakan dibawa dari India semasa pemerintahan penjajah Inggeris (British) di Tanah Melayu.

"Ketika itu Cameron Highlands dipilih kerana iklimnya yang sejuk serta nyaman. Justeru, penanaman teh dimulakan di sini," ujar Pengurus Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands, Dr. Wan Abdullah Wan Yusoff.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.

Terletak di barat daya Pahang, tanah tinggi tersebut boleh di jejaki melalui simpang laluan dari Tapah, atau menerusi laluan dari Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Kedudukannya setinggi 1,829 meter (m) dari aras laut dan suhu antara 10 hingga 20 darjah Celsius menjanjikan suatu pemandangan flora yang indah.
Cameron Highlands mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemui kawasan tersebut pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Namun, apa yang lebih menarik di atas kawasan tanah tinggi itu adalah kehijauan hamparan ladang teh yang terkenal di seluruh negara.
Sejarah penanaman teh bermula daripada sebuah stesen penyelidikan yang dikenali FES (Federal Experimental Station) yang ditubuhkan oleh Inggeris seluas 50 ekar.

Jelas Dr. Wan Abdullah, ladang teh serta kawasan penyelidikan tersebut telah diperluaskan kepada 100 ekar dan telah diambil alih oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1969 sebelum diserahkan kepada MARDI pada tahun 1971. Kini ia lebih dikenali sebagai Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata.

Bermula tahun tersebut, stesen berkenaan telah digunakan sepenuhnya oleh penyelidik MARDI untuk mengkaji variasi buah-buahan serta pelbagai spesies bunga-bungaan untuk tujuan komersial.

Teh merupakan antara satu tanaman penting dalam kajian di stesen tersebut sehingga sebuah kilang pemprosesan serbuk teh yang mula beroperasi pada tahun 1935 masih dikekalkan sebagai bahan sejarah.

Bahkan, kilang tersebut telah dibaik pulih pada tahun 2011 dengan dana sebanyak RM1.5 juta oleh kerajaan sebagai tarikan pelancongan di stesen tersebut.

Menurut Dr. Wan Abdullah, kilang teh di stesen itu masih beroperasi namun jumlah teh yang dikeluarkan agak terhad kerana tujuan asal membaik pulih kilang tersebut adalah sebagai tarikan pelancongan.

"Bagaimanapun untuk tidak menghampakan peminat teh, MARDI tetap mengeluarkan teh tersendiri iaitu teh Nutrima," katanya.

Ketika ditanya sama ada teh MARDI tersebut memiliki keistimewaannya tersendiri, Dr. Wan Abdullah menyatakan teh Nutrima dihasilkan daripada daun teh muda yang terpilih menjadikan teh tersebut diminati ramai namun terhad dalam kuantiti tertentu.

Sehingga kini teh Nutrima dijadikan hadiah bagi pengunjung istimewa yang hadir ke stesen tersebut.

Bagaimana pun, bagi peminat teh, mereka boleh mendapatkannya di kiosk stesen tersebut.

Ladang teh yang terdapat di stesen tersebut mampu menghasilkan hampir 500 kilogram (kg) daun teh untuk sekali tuai dan hanya 25 peratus serbuk teh dapat dihasilkan daripada berat keseluruhannya.

Terdapat dua jenis teh yang ditanam di stesen tersebut iaitu Camellia sinensis (China) berdaun kecil dan Camellia assamica (India) berdaun besar.
Ujar Dr. Wan Abdullah lagi, empat jenis teh boleh dihasilkan menerusi daun teh yang dipetik dari pokok yang sama.

Antaranya adalah teh putih, teh hijau, teh hitam dan juga teh Oolong yang terkenal di kalangan penggemar teh berbangsa Cina.

Penghasilan teh tersebut adalah bergantung kepada cara pemprosesan. contohnya teh putih atau white tea merupakan daun teh yang baharu dipetik setelah layu terus dijadikan teh.

Teh hitam pula merupakan teh yang telah mengalami proses fermentasi lengkap.

Terdapat 48 jenis teh daripada dua genus dan sesetengahnya dicampur bagi menghasilkan teh yang lebih baik.

Di Cameron Highlands antara teh yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah teh berperisa seperti strawberi, oren dan juga anggur.

Industri teh di tanah tinggi tersebut kini telah di kembangkan oleh pihak swasta seperti The Bharat Group, Boh dan sebagainya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130916/ag_01/Teh-terpilih-keluaran-Mardi#ixzz2fgZhXGnj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, September 15, 2013

Kenapa Kodak dan Nokia gagal?



Ketinggalan dengan trend semasa dan lambat menghidu perubahan permintaan (selera) pengguna akan menyebabkan anda kerugian besar dan bakal dimenangi pesaing anda.

Kisah iktibar : 

Syarikat Kodak sudah tidak didengari namanya ketika kini walaupun dulu gah sebagai syarikat kamera terhebat dunia. Gagalnya mereka kini kerana lambat menghidu trend dan permintaan dunia terhadap kamera digital.




Begitu juga Syarikat Nokia yang dulunya syarikat no. 1 dunia dalam handphone, akhirnya ketinggalan dan menanggung kerugian saban hari lantaran lambat 'mengikuti' trend smartphone yang semakin didahagai pelanggan untuk fungsi mesra internet dan facebook. Pengeluaran Lumia sudah jauh ketinggalan walaupun baru cuba menapak. Puncanya lambat memahami selera pengguna.

Dulu Samsung hanyalah terkenal sebagai pengeluar peralatan elektrik, kini sudah menjadi gergasi sama hebat dengan Apple dalam industri smartphone. Kerana pantasnya mereka menghidu market (pasaran dan permintaan), maka mereka mudahnya menyusup masuk ke pasaran telefon pintar sedikit demi sedikit.

Kini Samsung boleh bermegah kerana dalam tempoh suku tahun (3 bulan) sahaja, jualan mereka dengan mudahnya mencapai keseluruhan semua unit sebanyak 70 juta unit telefon pintar!

Sekarang mereka mengkaji teknologi skrin pintar pada smartphone. Iaitu skrin yang boleh dilipat dan digulung.

*Untuk memahami pasaran terkini dan akan datang, kekuatan bahagian research and development (R&D) amatlah penting bagi memastikan kejayaan anda mendahului pesaing.

Saturday, September 14, 2013

Uji produk


Banyak orang terjun ke dalam dunia bisnes dengan tidak tahu apa-apa tentang apa yang laku dan apa yang tidak laku.

Mereka terjun dengan angan-angan semata-mata, bukan dengan maklumat.

Mereka mendengar orang bercakap bisnes begini, begini, lalu mereka main percaya sahaja cakap orang itu, lalu mengeluarkan duit modal.

Mereka terjun ke dalam bisnes dengan menggunakan sangka-sangkaan. Mereka sangka produk mereka akan laku keras, akan mudah dijual, dan dia akan jadi kaya.

Mereka terus membayangkan kepada siapa produk itu akan dijualnya.

Ini silap besar! Belum apa-apa kita sudah memikirkan kepada siapa produk kita mahu dijual.

Pertanyaan yang betul adalah, siapalah agaknya yang mahu produk macam ini, dengan harga macam ini?

Uji dahulu sangkaan kita itu. Test dahulu. Betulkah ada orang mahu membeli produk kita itu, dengan harga itu?

Tunjukkan produk kita, tanya orang itu, mahukah dia membelinya?

Jangan tanya 1 ataupun 2 orang sahaja. Tanya banyak orang.


sumber: Usahawan dan bisnes

Kaedah baru keluarkan sarang burung walet

ANTARA rumah walet di salah sebuah pulau di sekitar Sandakan, Sabah. 

Gua Gomantong, Sabah merupakan antara pusat pengeluaran sarang burung walet terbesar negara sejak dari dahulu lagi.

Aktiviti memungut sarang burung walet diperturunkan generasi demi generasi. Sarang burung yang dituai daripada gua tersebut dieksport ke China untuk dijadikan makanan kesihatan yang bernilai tinggi.

Sarang burung walet begitu terkenal suatu ketika dulu kerana makanan tersebut hanya dimakan oleh maharaja China serta pembesarnya sahaja.

Pada ketika itu, masyarakat China mempercayai dengan memakan sup sarang burung mampu memanjangkan usia di samping melambatkan proses penuaan.

Ditambah dengan sarang burung walet itu sendiri sukar untuk diperoleh, produk tersebut menjadi begitu eksklusif dan harganya amat tinggi.

Menurut pengusaha sarang burung walet terbesar Sabah, Datu Mohd. Faisal Datu Bachtiyal, usaha memungut sarang burung di Gua Gomantong dikatakan telah bermula sejak tahun 1881.

"Dahulu sarang burung walet dikumpul oleh penduduk pribumi hanya sebagai pendapatan tambahan dan kadang-kala tidak dihiraukan.

"Pada waktu itu, sarang burung walet hanya menjadi santapan golongan bangsawan di China dan permintaannya sedikit. Namun setelah makanan tersebut dikenali ramai permintaan terhadapnya semakin tinggi," katanya ketika ditemui di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Jelas Datu Faisal, sejak turun temurun keluarganya mengusahakan sarang burung walet gua sebagai pendapatan utama.

"Sarang burung walet gua amat terkenal dan harganya juga tinggi. Namun sejak kerajaan negeri mewartakan undang-undang baharu iaitu untuk mengeluarkan hasil sarang burung walet di gua tersebut perlu melalui proses tender dan peraturan yang ketat, ramai di kalangan pemungut sarang burung tradisional meninggalkan pekerjaan tersebut," katanya.

Peraturan baharu memerlukan setiap pemungut membida tender serta membayar premium yang tinggi kepada kerajaan negeri.

Bertitik tolak daripada itu, pengusaha sarang burung walet yang telah lama berkecimpung dalam perusahaan tersebut bertukar daripada pemungut sarang burung walet di dalam gua kepada pengusaha rumah burung walet

Bagaimanapun, mengusahakan rumah burung walet bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Tanpa teknik yang betul, pelaburan yang dilakukan hanya sia-sia.

Faisal yang memiliki syarikat mengeksport sarang burung walet utama di Sabah iaitu Gerak Borneo Sdn. Bhd. berkata, kebiasaannya rumah burung walet dibina daripada konkrit.

"Rekaan rumah burung walet di Sabah pada asalnya adalah serupa seperti mana yang boleh kita lihat di Semenanjung.

"Oleh kerana binaan rumah burung diperbuat daripada konkrit kos tinggi, rekaan rumah tersebut kurang menarik minat burung walet untuk masuk dan membuat sarang," katanya.

Masalah yang sama turut dihadapi pengusaha yang membina sarang burung walet di atas bangunan apabila burung mengambil masa yang lama untuk mendiami rumah tersebut.

Datu Faisal yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Industri Sarang Burung Walit Sabah (SABA) menyatakan kajian telah dilakukan oleh pihaknya dan mendapati burung walet lebih selesa dan tertarik dengan rumah burung yang dibina daripada kayu.

Selain lebih selesa untuk didiami oleh burung walet, kos pembinaan rumah menggunakan bahan daripada kayu dan papan tersebut mampu mengurangkan kos pembinaan.

Bagi sebuah rumah burung walet yang diperbuat daripada kayu hanya RM30,000 berbanding rumah burung yang diperbuat daripada konkrit yang mencecah ratusan ribu.

"Berdasarkan pengalaman, burung walet lebih gemarkan rumah yang memiliki ruang yang lebih luas dan panjang kerana memudahkannya terbang berlegar-legar sebelum hinggap pada sarang.

"Oleh yang demikian, kami cuba bina sebuah rumah kayu dengan ukuran yang agak luas berbanding rumah konkrit. Rumah tersebut berjaya menarik perhatian burung walet sekali gus bersarang dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja," katanya.

Kejayaan rumah burung walet yang dibina daripada kayu itu turut diakui oleh pengusaha sarang burung walet, Sarimin Senin yang kini memiliki beberapa buah rumah burung.

Ujarnya, pada peringkat awal dia tidak pernah mengambil peduli akan perusahaan burung walet kerana merasakan kos untuk mengusahakannya amat mahal.

"Jika peringkat awalnya memang saya tidak tahu langsung tentang perusahaan ini (sarang burung walet), namun setelah bertemu dengan Datu Faisal saya berani kan diri untuk menceburinya.

"Datu Faizal telah banyak membantu dan menyedarkan saya tentang potensi sarang burung walet untuk diketengahkan sebagai sumber pendapatan tambahan," katanya.

Sebelum ini Sarimin hanya mengusahakan tanaman tembikai dan juga penternakan lembu. Kini pendapatannya bertambah dengan kewujudan rumah burung tersebut.

Bagi bekas guru, Baung Titing dari kampung Bakung-Bakung di daerah Beluran pula, pelaburan yang dilakukan telah membuahkan hasil.

Biarpun di peringkat awal pembabitannya untuk melabur dalam perusahaan burung walet menerima kecaman yang hebat daripada sahabat handai serta keluarga sekitar kampung, dia tidak mengendahkannya dan tetap dengan keputusannya.

"Pada peringkat awal orang kampung telah menasihatkan saya agar berfikir panjang untuk melaburkan sejumlah wang bagi perusahaan burung walet kerana agak sukar selain mahal.

"Lagi pula pada waktu itu saya tidak tahu apa-apa tentang perusahaan burung walet. Malah sarang burung itu juga saya tidak pernah pegang dan lihat apatah lagi memakannya," ujarnya.

Namun, kerana mempercayai kepakaran yang dimiliki oleh Gerak Borneo Sdn. Bhd. yang telah lama berkecimpung di dalam dunia perusahaan burung walet Baung tetap meneruskan hasratnya.

Kini, setelah hampir setahun mengusahakan sarang burung walet, Baung mampu tersenyum lebar dengan hasil yang diperolehi.

"Hasil daripada penjualan sarang burung ini bukanlah banyak kerana masih di peringkat awal, namun penggunaan rumah kayu telah mempercepatkan burung untuk masuk dan membina sarang berbanding struktur binaan rumah lain," katanya.

Thursday, September 12, 2013

Pemanggang Ajaib


Jika anda pertama kali datang ke laman ini, mungkin anda tertanya-tanya apa itu Pemanggang Ajaib? Dan ramai juga yang bertanya apa yang ajaibnya?

Pemanggang Ajaib adalah kuali ‘double sided pan’ yang mempunyai dua permukaan atas dan bawah dan mempunyai magnet pada tangkainya untuk melekatkan kedua-dua bahagian atas dan bawah kuali. Permukaan dalam Pemanggang Ajaib tidak melekat dan memudahkan masakan dipanggang, digoreng dan dikukus dengan lebih sedap dan cepat.

Pemanggang Ajaib adalah kuali leper berbentuk double-pan yang mempunyai penutup dibahagian atas.

Sesuai dengan namanya iaitu Pemanggang Ajaib, kerana Pemanggang Ajaib bukan sekadar boleh memanggang, tetapi juga boleh menggoreng, mengukus, membakar dan sebagai. 

kotak cynthia




Bahagian dalam. Kertas saiz A4

" Waahhh.. Ajaibnya alat ini… !!
" Mahukah anda jika kami perkenalkan 1 alat ajaib yang dapat membantu anda di dapur? "

Memperkenalkan…
-----------------------------------
Pemanggang Pelbagai Guna Di Dapur ANDA !
-----------------------------------
Apa kelebihan alat ini?
Ianya boleh:
  • Menumis
  • Memanggang
  • Menggoreng
  • Membakar
  • Merebus 
Banyak kan kelebihan alat ini..? Dari menggoreng hingga memanggang, ia mampu melakukannya! 

Berikut adalah antara contoh sajian yang boleh disediakan oleh pemanggang ini:

● Ayam panggang / goreng
● Pizza
● Lamb chop
● Steak
● Makanan laut
● Kek
● Sayur-sayuran

☛ Ciri-ciri alat ini:
✔ Diperbuat daripada ALUMINIUM 
✔ Jenama - Cynthia Cooker 
✔ Ukuran saiz (32 x 24 x 6-7cm)
✔ Tidak melekat apabila digunakan untuk memasak
✔ Mempunyai pemegang tahan panas
✔ Mudah dibasuh selepas digunakan
✔ Tahan karat

☛ Kelebihannya:
✔Boleh Memanggang/grill ikan/daging/ayam/seafood.
✔Boleh masak sayur, goreng, tumis dan rendang
✔Boleh masak kek pisang, kek cokelat, oren dan kuih bakar pun!
✔Jimat masa memasak kek 20 minit je
✔Lebih sihat sebab kurang minyak. Ada lapisan non stick!
✔Material casting aluminium lebih tebal, makanan tidak mudah hangus!
✔Boleh masak pan kek, apam balik, lempeng, burger
✔Dapur menjadi lebih kemas dan tak bersepah

======
Testimoni
======

" Eh… Bestnya guna pemanggang ajaib ni.. 
Nak masak kek.. 20 minit je dah siap.. Tak perlu tunggu lama-lama"

" Isteri saya suka guna pemanggang ini.. Hari-hari kami makan lauk percik"
- Zashidi Wahab, Ampang

---
Berapa harganya?
---

Harga asal RM150
Harga PROMOSI Ramadhan Raya RM130 + Penghantaran PERCUMA!

Jimat RM20 jika anda membeli sekarang! 

Untuk membeli, sila sms ke 019-7589774 (Nizam)
Arahan mudah selanjutnya akan diberikan dalam sms.

Atau anda juga boleh PM inbox kami untuk belian secara borong.

Jaminan kami, anda pasti akan berpuas hati !