Website Flipping adalah salah satu cabang dalam perniagaan internet yang melibatkan aktiviti menjual semula, melelong atau menukar milik website yang dimiliki anda kepada pemilik baru. Website yang hendak dilelong ini mestilah lengkap dan ianya berfungsi 100%.
Sesuatu website itu juga mempunyai nilai yang tinggi bergantung kepada rekabentuk, niche, jenis website, umur website, traffic, bilangan pelanggan (subscribers) dan pendapatan yang telah dihasilkan dari website tersebut!
Situasi ini sama dengan jual beli hartanah cuma bezanya ia melibatkan website atau lebih sesuai dilabelkan sebagai hartanah maya!
Kenapa Flip/ Lelong Website?
Ada banyak sebab kenapa anda boleh jadikan website flipping suatu perninagaan; antaranya:
1) Di negara barat, kebanyakkan pembeli website memburu website yang telah menghasilkan pendapatan secara konsisten! Ianya boleh mencapai nilai sehingga jutaan $USD!
2) Tahukah anda bahawa ramai pembeli website seperti ini biasanya berlatar belakang ahli perniagaan atau pelabur yang memandang website ini sebagai asset. Ini kerana dengan memiliki website yang telah menghasilkan pendapatan, pemilik seterusnya hanya perlu mengendalikan sahaja website tersebut dan menikmati hasil pendapatan dari website tersebut.
3) Pendapatan dalam masa yang singkat. Ya anda boleh hasilkan pendapatan dalam masa 3-5 hari dari website flipping. Cuma proses untuk membina website sahaja akan mengambil masa.
4) Website sebagai asset. Kenapa saya katakan sedemikian? Andaikan anda berdepan dengan situasi berikut:
- Perlu dapat rawatan hospital
- Hendak sambung belajar
- Ingin pergi melancong
- Mahu membeli kereta
Bayangkan ketika ini, anda memerlukan sejumlah wang tunai untuk selesaikan situasi di atas, maka anda mungkin bercadang untuk menjual asset yang anda miliki untuk ditukarkan kepada wang tunai! Oleh itu, di sinilah pentingnya anda mempunyai website untuk dilelong dan ditukarkan kepada tunai secepat mungkin.
Perniagaan Bina Website VS Website Flipping
Perniagaan bina website dan website flipping adalah dua benda yang berbeza dimana perniagaan bina website anda perlu terima tempahan dari pelanggan yang meminta anda merekacipta website mereka. Anda perlu mahir bahagian teknikal dan rekagrafik kalau anda betul-betul ingin berjaya dalam perniagaan membina website!
TETAPI untuk website flipping, anda hanya perlu bangunkan website yang anda rasakan berpermintaan tinggi dan melelongnya. Anda tidak perlu ikut kehendak rekaletak, rekagrafik yang diminta pelanggan. Sebaliknya anda siapkan dahulu website dan terus jual.
Hartanah Fizikal VS Hartanah Maya
Untuk pengetahuan anda, saya bukannya seorang agen hartanah fizikal dan saya kurang arif mengenainya tetapi berikut adalah perbandingan yang dapat saya bantu anda untuk membuat perbandingan antara hartanah fizikal dan hartanah maya.
1) Pembinaan Hartanah
Bila melibatkan hartanah fizikal, saya rasa banyak perkara yang perlu diketahui seperti keadaan tanah, bangunan dan macam-macam lagi. Oleh itu, bagi pandangan orang baru yang ingin mencuba hartanah fizikal, ianya nampak rumit!
Tetapi hartanah maya sebaliknya! Anda bina sahaja blog baru, maka dah siap hartanah anda. Budak kecil umur 12 tahun pun dah ada banyak hartanah maya.
2) Kos
Kos untuk hartanah fizikal sangat tinggi!!! Mana taknya beli tanah, upah pekerja buat rumah, tanam rumput dan banyak lagi kos tersembunyi yang lain!!! Boleh mencecah ratusan ribu ke jutaan ringgit!!!
Kos untuk hartanah maya? Beli nama domain website .com = RM30, langganan hosting bulanan = RM30, rekabentuk = RM150 dan mungkin melibatkan sedkit kos-kos lain yang tidak menelan belanja yang besar sehingga RIBUAN RM. Boleh saya katakan di sini, anda boleh mula website flipping dengan kos kurang dari RM200 sahaja!!!
3) Risiko
Hartanah Fizikal sangat berisiko tinggi. Apa jadi kalau sesuatu berlaku pada hartanah anda? ditimpa bencana, tanah runtuh dan sebagainya; sudah tentu ini tidak baik bagi perniagaan anda. Belum lagi kalau tiada pembeli dan sebagainya.
Hartanah maya boleh dikatakan tiada risiko!!! Kalau ada pun mungkin website kena hack kot? Tapi ianya tak pernah berlaku lagi pada sebarang hartanah saya!!!
4) Proses dan Polisi
Hartanah fizikal melibatkan banyak polisi dan undang–undang untuk anda patuhi sebelum tanah itu dapat dijual. Banyak kertas kerja dan rundingan yang perlu dibuat.
Hartanah maya? Hanya tulis sedikit tentang kenapa anda nak jual web anda, nyatakan nilai harga website anda dan saya pasti jika ianya mempunyai perminataan, dalam masa 3 - 5 hari sahaja anda dah boleh dapat duit dari jualan hartanah anda tersebut! Proses untuk anda tukar milik pun senang sahaja, tak perlu kertas kerja yang banyak, cuma tukarmilik domain dan pindah hosting sahaja! Keseluruhan proses pindah milik ini boleh anda lakukan dalam masa 30minit sahaja.
oleh Hafis Anwar
No comments:
Post a Comment