Bisnes yang baik adalah bisnes yang mempunyai ‘exit plan’. Kita tidak selama-lamanya boleh jaga bisnes kita.
Ramai pemilik bisnes tidak merangka ‘exit plan’ untuk bisnes mereka.
Idea bahawa bisnes kita boleh berikan duit setelah ketiadaan kita sukar dijadikan realiti.
Baca konsep 4D oleh Brent Dees (Presiden Brent Dees Financial Planning) di bawah ini dan mula rangka ‘exit plan’ sekarang untuk bisnes kita.
#1 – D untuk ‘Death’.
Isu kematian adalah sebab utama kita rangka ‘exit plan’. Digalakkan buat perkara ini semasa proses memulakan bisnes.
Kita tidak boleh jangka perkara ini. Ia bakal terjadi pada bila-bila masa sahaja.
#2 – D untuk ‘Disability’.
Rakan kongsi kita juga ada kemungkinan untuk jatuh dan tidak berdaya tolong kita jalankan bisnes.
Masalah kewangan merupakan masalah utama bagi perkara ini. Jika terjadi, ‘exit plan’ boleh bantu dengan berkesan.
#3 – D untuk ‘Divorce’.
‘Exit plan’ juga boleh bantu jika kita tidak sehaluan lagi dengan rakan kongsi kita.
Bagaimana selesaikan perkara ini tanpa beri kesan kepada bisnes? Ini adalah antara soalan yang boleh dijawab bagi menyelesaikan masalah ini.
#4 – D untuk ‘Departure’.
Mungkin kita tidak pernah bermasalah dengan rakan kongsi kita.
Tiba-tiba, beliau tukar angin dan mahu keluar daripada bisnes, sebab ada peluang bisnes baru.
Ambil nota segala informasi dan rangka ‘exit plan’ bagi menyelesaikan perkara ini.
sumber: write to wealth
No comments:
Post a Comment