Sunday, August 23, 2015

Level usahawan yang perlu kita tahu



Terdapat 3 level usahawan.

Level 1 : Usahawan perlu pandai cari duit.

Ramai di tahap ini. Ramai usahawan pandai mencari duit dan mengumpul duit.

Mereka adalah orang yang pandai menggunakan peluang yang ada.

Mereka pantas membau peluang yang datang. Golongan ini sangat ramai.

Walaubagaimanapun mereka masih belum bebas.

Mereka masih berkerja untuk mendapatkan duit. Mereka masih berkerja dalam
bisnes mereka.
.
Level 2 : Level kedua adalah mereka yang pandai mencari projek atau mewujudkan projek untuk buat duit.

Level ini kurang dari level yang pertama. Mereka lebih banyak duit berbanding level pertama.

Mereka pandai mencari atau mewujudkan peluang untuk buat duit.

Mereka kreatif. Mereka pencipta pattern. Mereka mengetuai pasaran.

Mereka jaga menjadi pengikut. Mereka masih berkerja dalam bisnes mereka.

Level 3 : Level ketiga adalah mereka yang pandai mencari orang lain untuk membuat duit untuk mereka.

Golongan ini lebih sedikit dibanding yang lain.

Mereka cuba membuatkan diri mereka kurang penting dalam bisnes mereka. Jika mereka tak ada, bisnes mereka tetap berjalan.

Mereka tidak lagi berkerja untuk mendapat duit tetapi mereka ada sekumpulan duit yang berkerja untuk mereka.

Semua peniaga atau usahawan perlu
mencapai tahap ini.

Tahap ini adalah tahap maksimum untuk mereka bergelar usahawan.

Mereka free time, mereka boleh buat apa yang mereka suka. Mereka banyak duit. Orang lain buat duit untuk mereka.

---
Apa rahsia berada di level 3?
---

Golongan di lebel 3 tidak lagi membuat bisnes yang mereka minat.

Mereka lebih suka mencari orang pandai untuk menjadi mesin ATM mereka bagi mencetak duit mereka setiap hari.

Inilah rahsia terbesar kebanyakan business owner!

Amacam?


Anda nak duduk di level bisnes yang mana?

No comments: