Wednesday, December 30, 2015

Cerita Akaun Kecil dan Akaun Besar


Apakah perbezaan terbesar takaful dan simpanan biasa?
Katakan Ali menyimpan RM50 setiap bulan, bermula umur 20 tahun, dengan harapan 30 tahun lagi dia akan dapat jumlah yang besar. Maka setiap bulan dia tidak pernah gagal menyimpan wang ke dalam akaun simpanan untuk mencapai hasrat murni beliau.
.
Abu, pada usia yang sama, menyimpan jumlah yang sama, tetapi beliau telah menetapkan untuk memperolehi RM50,000 apabila matang kelak. Abu yakin akan mencapai jumlah tersebut, walaupun hayatnya mungkin tidak lama? Mampukah beliau berbuat demikian?
.
Suatu hari, Ali dan Abu bertolak ke Kuala Lumpur dari kampung mereka dengan menaiki bas ekspres. Malang tidak berbau, pemandu bas gagal mengawal bas dengan baik sewaktu melalui selekoh tajam, menyebabkan bas terbabas dan terhumban ke dalam gaung, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia, ketika usia mereka baru 25 tahun!
.
Keluarga masing-masing menuntut duit mereka, yang mana keluarga Allahyarham Ali mendapat lebih kurang RM2500, manakala keluarga Allahyarham Abu mendapat RM50,000.
.
Satu perbezaan yang besar bukan?
.
Di sinilah takaful berperanan membuka akaun besar untuk anda, sebaik sahaja polisi anda diluluskan. Keluarga Ali mendapat sekadar jumlah yang sempat di simpan daripada usia 20 hingga 25 tahun, sedangkan keluarga Abu mendapat RM50,000, termasuk sebahagian daripada jumlah caruman dalam tempoh tersebut.
.
Anda sudah mempunyai akaun besar?
.
Tahniah jika anda telah mengambil perlindungan takaful, namun jika anda hanya mempunyai akaun kecil, hubungi saya segera sebelum terlambat untuk mendapatkan polisi akaun besar anda!
.
Ahmad Hanizam bin Abdullah
Ammetlife Takaful
019-7589774
www.hanizamagency.wordpress.com

Saturday, December 19, 2015

Konsep Takaful


Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Ini adalah contoh mudah untuk menerangkan konsep takaful. Anda pernah dengar tentang khairat kematian?

Program ini selalu dianjurkan oleh jawatankuasa surau/masjid. Jika anda menyertai program ini, anda dikehendaki membayar ‘bayaran tetap’ bulanan sebanyak RM5 (contoh). Jika ada ahli keluarga anda meninggal dunia, duit dari dana khairat kematian ini akan digunakan untuk belanja pengurusan kematian.

Apa akan terjadi jika anda tidak menyertai program khairat kematian ini?

Anda tidak akan dapat dana khairat kematian ini. Ini tidak adil bagi orang lain yang menyertai program tersebut jika anda tetap menerima sumbangan dari khairat kematian. Takaful adalah seperti begitu. Cuma konsepnya lebih luas lagi.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang hampir sama. Bezanya takaful patuh syariah. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama.

Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Hari ini, mereka mendapat musibah. Maka mereka akan terlebih dahulu mendapat pampasan dari tabung ini. Mana tahu hari lain hari kita?