Saturday, December 19, 2015

Konsep Takaful


Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.

Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Ini adalah contoh mudah untuk menerangkan konsep takaful. Anda pernah dengar tentang khairat kematian?

Program ini selalu dianjurkan oleh jawatankuasa surau/masjid. Jika anda menyertai program ini, anda dikehendaki membayar ‘bayaran tetap’ bulanan sebanyak RM5 (contoh). Jika ada ahli keluarga anda meninggal dunia, duit dari dana khairat kematian ini akan digunakan untuk belanja pengurusan kematian.

Apa akan terjadi jika anda tidak menyertai program khairat kematian ini?

Anda tidak akan dapat dana khairat kematian ini. Ini tidak adil bagi orang lain yang menyertai program tersebut jika anda tetap menerima sumbangan dari khairat kematian. Takaful adalah seperti begitu. Cuma konsepnya lebih luas lagi.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang hampir sama. Bezanya takaful patuh syariah. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan.

Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama.

Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Hari ini, mereka mendapat musibah. Maka mereka akan terlebih dahulu mendapat pampasan dari tabung ini. Mana tahu hari lain hari kita?


No comments: