Saturday, June 18, 2016

Rahsia Iklan Tarik Prospek


SECRET Iklan Tarik Prospek...
.
Dalam post hari ini saya nak share dengan anda 1 SECRET tentang iklan tarik prospek.
.
Ianya strategi yang sahabat saya selalu guna waktu nak hasilkan iklan FB Ads tarik trafik/prospek berduyun duyun ke laman web beliau.
.
Iaitu anda perlu pastikan 1 advert set untuk 1 placement.
.
Saya ulang lagi sekali,1 advert set untuk 1 placement.
.
Placement bermaksud kat mana anda nak prospek nampak iklan anda.
.
Samada di Desktop News Feed, Desktop Right Column atau Mobile News Feed.
.
Bila prospek dah ramai masuk laman web anda, mereka akan tertangkap di FB Pixel yang anda pasang sebelum ni.
.
Lepas tu mudah lah untuk anda buat iklan retargeting FOLLOW RAPAT prospek anda ke mana sahaja di dalam Facebook! 
.
Teknik ni MEMANG POWERFUL!
.
Apa yang saya share dengan anda tadi adalah salah satu perkara yang sahabat saya terangkan secara detail step by step di dalam Video Teknik Facebook Retargeting.
.
Jika anda SERIUS nak belajar teknik ini, anda boleh dapatkan full akses DI SINI --> 

Harap perkongsian ini beri manfaat kepada anda

Wednesday, June 08, 2016

Video Teknik FB Retargeting


‘Benda Licik’ Ini Bantu Saya Follow Prospek Ke Mana-mana Sahaja Dalam Facebook!

Saya Bongkar Habis!
Strategi SECRETPROVEN Bagaimana Saya...
Buat Iklan Terpapar Betul-betul Depan Mata Prospek & Ikut Mereka Ke Seluruh Pelusuk Facebook & Hasilkan KEUNTUNGAN RM3,310 Kurang Dari 15 Hari!

Ini yang terjadi pada bisnes saya:

Maklumat lanjut di sini.


Monday, June 06, 2016

PODOM Fashion Men's Stylish Slim Fit Short Sleeve Casual Polo Shirts

image
  • Brand:podom
  • Style:Casual Shirt
  • Size Type:Regular
  • Size (Men's):US S-XL
  • Material:Cotton+Polyester
  • Color:Multi-Color
  • Sleeve Length:Short Sleeve
  • Pattern:Solid

RM 27.45
Before RM 54.90,
You save 50%

Maklumat lanjut di sini

Friday, June 03, 2016

Bisnes Air Balang



Nak Buat Bisnes & Nak Cari Duit Lebih!
Tapi Masih Tak Tahu Nak Buat Bisnes Apa?

Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Saya Menjana RM7k Sebulan Dengan Hanya Menjual Air Sahaja!

Assalammualaikum  & salam hormat buat anda... seorang usahawan atau  bakal usahawan!
Izinkan saya menceritakan seba sedikit pengalaman serta latar belakang saya!

Nama saya Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, saya juga turut menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000.
Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Ya! 3 balang air sahaja!

Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual!
Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Kos Rendah & Untung Lebih Dari 1000%

 Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)
Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh... Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitarRM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!
Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!
Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi MODAL!
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.. 
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?
Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!
Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!
Sila klik di banner di bawah.

Universalnya Takaful

Takaful telah menjadi pilihan perlindungan kewangan yang sesuai untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama, terutama kepada mereka yang cenderung terhadap pengamalan shariah.
Takaful yang bersifat universal ini dapat dilihat melalui aspek bagaimana Islam memberikan kemudahan kepada umatnya untuk bertransaksi sesame manusia walaupun berlainan agama.
Jika kita selusuri sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah melakukan transaksi dengan orang Yahudi seperti membeli makanan secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda.
Dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada larangan untuk bertransaksi dengan orang bukan Islam asalkan perkara yang ditransaksikan tersebut tidak mempunyai elemen yang diharamkan seperti pemipuan, judi, riba dan sebagainya.
Aspek universal dapat dilihat daripada konsep takaful itu sendiri.
Takaful direka berdasarkan konsep Ta’awun iaitu peserta akan membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan. Konsep ini merentas agama dan bangsa dengan fitrah manusia untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain.
Maka tidak timbul persoalan bolehkah orang bukan Islam menyertai takaful walaupun ia adalah satu produk patuh syariah.
Melalui knsep ini juga, semangat harmoni dapat dilahirkan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam kerana mereka telah berjanji untuk menyumbang sejumlah wang bagi meringankan beban sesama mereka.
Perkara seperti ini merupakan salah satu tuntutan agama dalam menjaga hak sesame manusia seperti firman  Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 2, Allah telah berfirman kepada orang yang berfirman yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa.”
Bolehkah orang bukan Islam memasarkan produk takaful?
Aspek universal ini juga menggalakkan takaful dipasarkan oleh ejen takaful dari kalangan mereka yang bukan Islam. Kita mungkin berasa pelik dan berfikir dan berfikir, mampukah ejen-ejen ini menjelaskan segala istilah-istilah dan aplikasi syariah dalam produk takaful tersebut?
Hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana seseorang tidak mengira agama akan menjalani proses yang sama untuk bergelar ejen takaful iaitu lulus ujian dan keperluan menghadiri latihan yang ditetapkan.
Dari sudut syariah pula, orang bukan Islam juga dibenarkan untuk memasarkan takaful, asalkan mengikut lunas-lunas syarak. Dalam satu riwayat yang masyhur, Umar al-khatab r.a. pernah berkata, “Janganlah seseorang berdagang di pasar kami kecuali mereka yang faham selok-belok riba.”
Maka, selagi mana seseorang itu mampu memahami perbezaan antara insurans konvensional dan takaful, terma-terma yang wujud dan konsep istilah-istilah yang diguna pakai, dia sudah dikira layak untuk memasarkan produk takaful. Ini dibantu pula dengan takaful yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
Dari sudut manfaat takaful itu sendiri, aspek universal juga amat jelas. Manfaat takaful akan dibahagikan mengikut penama yang telah dilantik oleh peserta. Jika penamaan tidak dibuat, maka bagi peserta Muslim, manfaat takaful akan dibahagikan mengikut faraid manakala peserta bukan Islam, manfaat tersebut dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Takaful merupakan satu mekanisma dakwah yang boleh digunakan untuk mempromosikan pengurusan kewangan Islam. Keterlibatan orang bukan Islam dalam takaful sedikit sebanyak memberikan lebih pemahaman terhadap ajaran Islam yang sentiasa memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap transaksi yang dilakukan,
Ini memperlihatkan kelebihan system kewangan Islam dan takaful itu sendiri. Wallahu’alam.
Sumber: Sinar Harian