Industri 4.0 menurut Forbes, adalah “kilang pintar,” di mana sebuah sistem gabungan siber dan fizikal berkemampuan memantau proses fizikal kilang serta membuat keputusan sendiri (bersifat autonomi). Sistem fizikal ini mampu berkomunikasi dan bekerjasama antara semua sistem dan manusia secara ‘live’ melalui laman web.
Revolusi industri pertama hingga kini
Revolusi industri pertama adalah ketika terciptanya enjin wap dan mesin-mesin terawal yang memudahkan kerja-kerja nenek moyang kita (sebagai contoh pemprosesan kapas dan laluan kereta api). Industri 2.0 pula adalah ketika wujudnya kemudahan elektrik, barisan pemasangan (assembly line) serta bermulanya proses pengeluaran secara besar-besaran. Seterusnya, Industri 3.0 muncul bersama kewujudan komputer dan automasi, ketika robot dan mesin mula menggantikan pekerja manusia di barisan pemasangan tersebut.
Kini kita memasuki Revolusi Industri Keempat, di mana komputer dan sistem automatik bekerja bersama-sama dalam sebuah cara yang baru. Di mana robot dihubungkan secara wireless ke sistem komputer yang boleh belajar sendiri serta mampu mengawal robot-robot dengan campur tangan yang sangat sedikit dari pihak manusia.
Ciri-ciri kilang atau sistem tergolong di bawah Industri 4.0
- Interoperability – Hal ini bermaksud mesin, peranti, sensor dan individu yang boleh berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
- Ketelusan maklumat – Sistem-sistem ini mampu mencipta satu salinan maya dunia fizikal melalui data yang dikesan menerusi sensor untuk pemprosesan maklumat.
- Bantuan teknikal – Sistem tersebut boleh menyokong manusia dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta ia berupaya untuk membantu individu dalam tugas yang terlalu sukar atau tidak selamat bagi seorang manusia.
- Membuat keputusan sendiri- Sistem siber-fizikal ini mampu membuat keputusan –keputusan mudah dengan sendiri dan boleh bertindak secara autonomi yang mungkin.
Industri 4.0 dalam sektor komoditi
Industri 4.0 mempunyai peranan yang penting dalam sektor komoditi. Sebagai contoh komoditi kelapa sawit. Sistem pengesan yang dihubungkan dengan sistem pengkomputeran menerusi rangkaian komunikasi membolehkan kita menjejaki produktiviti sebatang pokok kelapa sawit dan bukannya menjejaki produktiviti plot atau ladang lapor akhbar The Star.
Kita dapat mengetahui tahap tekanan setiap pokok yang disebabkan oleh cuaca kering dan basah yang berpanjangan serta campur tangan yang diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan penggunaan racun perosak. Ini memberi impak langsung kepada, penghasilan kumpulan buah segar (fresh fruit bunch yield, FFB).
Berkenaan penuaian dan pemindahan, adalah ideal untuk mempunyai mesin bersepadu yang dapat mengenal pasti dengan tepat FFB yang telah masak dengan sempurna, memotong mereka dari pokok, mengumpul keseluruhan tandan tanpa buah-buahan yang longgar jatuh ke tanah dan menghantarnya terus ke kilang, secara autonomi.
Hasil minyak akan meningkat secara dramatik melalui gabungan FFB yang masak secara sempurna dan tidak lebam disebabkan pengendalian yang sedikit dan kehilangan buah yang minimum. Malah, anda boleh membayangkan pengurusan ladang yang dijalankan dari pusat kawalan dengan penglibatan manusia yang paling sedikit.
Dengan permintaan yang semakin meningkat dalam teknologi penjejakan, aplikasi Industri 4.0 boleh membantu pengguna menentukan asal-usul minyak sawit yang terkandung di dalam sebuah produk, menggunakan sistem pengenalan frekuensi radio atau kod visual, untuk mengetahui sama ada ramuan itu dihasilkan secara lestari.
Industri 4.0 juga boleh diaplikasi dalam proses pengilangan, penapisan dan pemprosesan oleokimia serta pengangkutan seterusnya meningkatkan produktiviti, keselamatan dan kualiti minyak kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment