Monday, September 30, 2019

Definisi usahawan dan keusahawanan


Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba.

Dalam BM, usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. 

McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi. 

Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut. 

Pembaharuan Oleh Individu Usahawan 

  • Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru
  • Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru
  • Meneroka pasaran baru
  • Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru
  • Menyusun semula industtri yang diceburinya 

Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.

Definisi Keusahawanan Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. 

Motif Seseorang Menjadi Usahawan 

Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor). 

Faktor Tertarik (Pulling Factors) 

  • Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang
  • Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan
  • Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
  • Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat


Faktor Tertolak (Pushing Factors) 

  • Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas
  • Kemelesetan ekonomi
  • Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran :)


Kelebihan menjadi Perunding Unit Amanah


Dengan menjadi seorang perunding unit amanah:
1. Anda Sebagai Pemilik Perniagaan (Business Owner)
  • Tiada siapa yang boleh menghalang anda membina kumpulan dan membangunkan perniagaan anda dengan strategi perniagaan anda sendiri.
2. Anda Menentukan Gaji Anda Sendiri
  • Anda mempunyai kebebasan untuk menentukan pendapatan anda sendiri. Dengan potensi pasaran begitu luas yang masih belum diterokai, anda mampu memperolehi pendapatan sehingga 6 angka sebulan.
3. Anda Mempunyai Waktu Kerja Yang Anjal (Flexible)
  • Anda tidak terikat dengan waktu kerja dari pukul 8.00 pagi – 5 petang. Anda boleh menentukan waktu perniagaan anda sendiri dan bila anda nak bercuti/rehat. Anda tidak perlu risau tentang ‘punch card’, permohonan cuti, cuti sakit dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menjadikan perniagaan ini separuh masa mahupun sepenuh masa.
4. Anda Boleh Mula dengan Modal Permulaan Rendah
  • Anda hanya perlu modal di antara RM200 – RM250 sahaja untuk menjadi konsultan unit amanah, dengan potensi pendapatan tiada had bergantung kepada usaha anda.
5. Anda Boleh Memperolehi Pendapatan Lumayan
  • Pendapatan lumayan termasuk pendapatan pasif & bonus tahunan, percutian keluar negara percuma dan ditanggung sepenuhnya, insentif insurans percuma, subsidi pinjaman rumah/kereta/komputer, subsidi yuran pelajaran, dsb.

Kelayakan sebagai Perunding Unit Amanah (UTC)
Setiap calon yang memenuhi syarat-syarat berikut ini berhak untuk mendaftar sebagai Perunding Unit Trust (UTC):
  • Berumur 21 tahun atau lebih;
  • Memiliki kelayakan minimum Pangkat 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau yang setara, seperti yang ditetapkan oleh FIMM;
  • Harus jujur, berkelakuan baik dan bereputasi baik. Selain itu, calon tersebut juga harus menunjukkan kecekapan, kehandalan dan tahap integriti yang tinggi serta tidak terlibat dalam kes mahkamah dan
Setelah memenuhi syarat-syarat, calon hendaklah lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah (CUTE) sebelum dibenarkan untuk memasarkan dan mengedarkan unit amanah.
Seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat asas tidak akan didaftarkan untuk mengikuti CUTE. :)
Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peluang kerjaya ini, boleh hubungi saya di 011 5659 8769 (Nizam) atau emailkan ke nizamsky@gmail.com