Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur". Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba.
Dalam BM, usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut.
Pembaharuan Oleh Individu Usahawan
- Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru
- Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru
- Meneroka pasaran baru
- Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru
- Menyusun semula industtri yang diceburinya
Dapat dirumuskan di sini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.
Definisi Keusahawanan Keusahawanan ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.
Motif Seseorang Menjadi Usahawan
Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor).
Faktor Tertarik (Pulling Factors)
- Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang
- Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan
- Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
- Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat
Faktor Tertolak (Pushing Factors)
- Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas
- Kemelesetan ekonomi
- Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran :)
No comments:
Post a Comment