Tuesday, April 01, 2008

Anda Bertanggung Jawab Menentukan Arah Hidup

Tip 4 Daripada 9 : Bagaimana untuk Menjadi Jutawan
..
#4 : Anda Bertanggung Jawab Menentukan Arah Hidup
....
Beberapa tahun lalu, seorang rakan beritahu saya yang dia tidak mahu melabur dalam saham kerana dia tidak mahu menunggu sehingga sepuluh tahun untuk menjadi kaya…Dia lebih suka menikmati wangnya sekarang. Kurang matangnya dari segi kewangan dengan aliran pemikiran ini yang ganjilnya ialah, anda tetap akan hidup dalam masa sepuluh tahun yang akan datang (jika dipanjang umur, insyaallah).
..
Persoalan di sini ialah samada ia atau tidak anda akan lebih baik dari segi kedudukan kewangan apabila tiba masanya kelak. Di mana anda sekarang adalah jumlah keseluruhan keputusan-keputusan yang anda telah buat pada masa lepas dan sekrarang. Kenapa tidak menetapkan satu pentas indah dengan kebebasan kewangan untuk hidup anda di masa depan pada masa sekarang?
..
Masa depan anda bermula dengan perancangan dan tindakan anda pada masa kini, hiduplah dan manfaatkan sebaiknya.

Saturday, March 29, 2008

Lima Tip Psikologi Untuk Kejayaan Bisnes Anda

Berpandukan kepada Prinsip 'Law of Attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. Jika anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.
..
#1. Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..". Jika minda anda sentiasa negatif, anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
..
#2. Untuk mengubah cara berfikir anda, ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri perkataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari, perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
..
#3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu (elakkan sama sekali)
..
#4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda. Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."
..
#5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya. Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

Ciri-ciri Seorang Jutawan

Ramai yang ingin mengetahui rahsia dan formula tentang apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan. Berikut saya kongsikan tiga rahsia tersebut.
..
Pertama - Mengawal kepuasan / keinginan. Bermaksud melengahkan kepuasan dan kehendak peribadi dengan tidak membelanjakan perkara yang tidak sepatutnya sehinggalah benar-benar berjaya.
....
Kedua - Berpandangan jauh. Mempunyai satu visi jangka panjang tentang apa yang ingin dicapai dalam masa 5 hingga 10 tahun dari sekarang dengan matlamat yang jelas.
....
Ketiga - Menggunakan compounding interest untuk kebaikan diri sendiri. Biasanya melabur dalam pelaburan yang memberikan aliran tunai yang positif bagi jangka masa panjang.

Wednesday, March 26, 2008

Matlamat Dan Pelan Tindakan Anda

Langkah pertama yang perlu diambil apabila seseorang ingin mencapai sesuatu ialah dengan menetapkan satu matlamat dan juga mempunyai impian!

Unjurkan diri anda berada 12 bulan ke hadapan. Di mana anda tinggal sekarang? Apa yang anda pakai? Berapa banyak pendapatan yang diperolehi? Berapa banyak wang yang anda ada di dalam bank?

Tuliskan di atas sehelai kertas “Saya perolehi, Saya ada....Tuliskan pelan tindakan dengan perkara-perkara yang perlu anda buat untuk menjadikan matlamat anda menjadi realiti. Putuskan apakah pelan yang paling penting untuk dilaksanakan sekarang dan usahakan kepada perkara tersebut setiap hari sehinggalah berjaya.

Sebagai contoh, matlamat anda memperolehi dan berjaya mengumpulkan RM1,000,000 dan kemudiannya mencapai kebebasan kewangan pada satu masa yang ditetapkan, contohnya lagi 5 tahun (sebenarnya matlamat saya ni).

Begini, kalau saya nak buat rumah banglo dua tingkat dengan kos satu juta, kemudian saya pergi jumpa kontraktor, perkara pertama yang akan ditanya ialah "Boleh saya tengok pelan anda?”

Begitulah perumpamaan pentingnya matlamat dan juga pelan rancangan untuk merealisasikan apa sahaja impian anda dalam hidup. Apabila anda mempunyai rancangan, anda mempunyai arah tuju yang jelas!

Anda tahu ke mana anda tuju dan apa yang yang perlu dibuat untuk mencapainya. Tetapi berhati-hati, ia memerlukan kerja keras dan usaha berterusan serta anda perlu mempunyai keazaman dan keyakinan yang ia berbaloi!

Memahami Sebaiknya Tentang Kuasa Jumlah Kecil

Tip yang ke-2 daripada 9 : Bagaimana Untuk Menjadi Jutawan.
..
#2: Memahami Sebaiknya Tentang Kuasa Jumlah Kecil
....
Kesilapan terbesar kebanyakan orang ramai ialah mereka fikir mereka perlu mulakan sesuatu yang hebat dengan satu unit pasukan tentera yang lengkap seperti Napoleon. Mereka ini sebenarnya menderita satu sindrom yang dipanggil mentaliti “tidak cukup.” Ia dinamakan sedemikian kerana jika mereka tidak dapat memperolehi pelaburan RM1,000 atau RM5,000 pada satu masa, mereka tidak akan menjadi kaya. Apa yang tidak anda sedari ialah keseluruhan batalion askar adalah dibina oleh seorang askar setiap masa; begitu juga dengan gudang senjata mereka.
....
Seorang kawan saya pernah kenal dengan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang basuh pinggan dan beliau menyara kehidupan hasil daripada botol sabun cecair. Wanita ini telah melabur dan menyimpan setiap wang yang diperolehi walaupun ia tidak pernah lebih daripada beberapa ringgit pada satu masa. Sekarang, portfolio pelaburannya bernilai jutaan ringgit, semuanya dibina daripada jumlah pelaburan yang kecil sahaja.
....
Saya bukanlah mencadangkan anda menjadi begitu berjimat tetapi pengajarannya ialah masih amat bernilai untuk direnungkan. Jangan merendahkan hari anda yang bermula dengan jumlah yang kecil!