Ini saja yang masih simpan dalam koleksi. Bestnya jika berkesempatan melawat lagi. :)
Wednesday, November 21, 2018
Memori semasa di London tahun 2009
Sambil belek-belek facebook dan terlihat album lama tahun 2009, rasanya gambar yang semasa saya hadiri kursus di London selama 6 minggu tu sesuai dijadikan kenangan dan pembakar semangat untuk matlamat bisnes berikutnya.
Ini saja yang masih simpan dalam koleksi. Bestnya jika berkesempatan melawat lagi. :)
Ini saja yang masih simpan dalam koleksi. Bestnya jika berkesempatan melawat lagi. :)
Monday, July 16, 2018
Friday, June 08, 2018
Jual produk IKS melalui Internet
AMALAN membeli belah dalam talian bukan lagi sesuatu yang asing. Boleh dikatakan aplikasi atau laman sesawang inovasi teknologi maya itu telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan masyarakat umum hari ini.
Kepercayaan komuniti pembeli terhadap inovasi itu bertambah kuat apabila wujudnya jaminan perlindungan undang-undang bukan hanya daripada pihak berkuasa, bahkan peniaga dalam talian itu sendiri.
Situasi itu telah mewujudkan beratus-ratus aplikasi atau laman sesawang membeli belah dalam talian. Masing-masing tampil dengan kelebihan dan tawaran yang tersendiri.
Antara yang terkini dalam pasaran adalah cmasa.my yang dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Tarikan utama cmasa.my atau Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM adalah lebih memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
IKS tempatan
“Platform membeli belah alam maya itu diwujudkan pada Februari lalu dan sehingga kini ada lebih 1,200 produk dan perkhidmatan yang dihasilkan kira-kira 300 usahawan IKS tempatan.
“Antaranya adalah plastik sampah serai wangi, asam pedas, pes masakan, kosmetik, barangan kesihatan, tudung, peralatan rumah, perkhidmatan dan lain-lain lagi,” kata Pengarah Kanan Kewangan Korporat, Pelaburan dan Koordinasi Perniagaan YaPEIM, Parihah Hasan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pertemuan itu turut disertai Ketua Bahagian cmasa.my, Umi Kalthom Ahmad.
Mengulas lanjut, Parihah berkata, selain jaminan kualiti dan kepatuhan syariah, aspek kepatuhan kepada tempoh penghantaran dan pemulangan wang antara isu utama untuk membina kepercayaan masyarakat pembeli.
Ini kerana, tambahnya, urusan jual beli sedemikian memerlukan pembeli menyelesaikan bayaran tanpa memiliki produk yang dibelinya, sebaliknya pengesahan pemilikan tersebut hanya pada sehelai kertas sahaja.
Sejajar itu, pihaknya mewujudkan satu unit khas untuk memantau secara teliti pergerakan produk yang telah disahkan pembayarannya.
“Unit itu akan pantau secara teliti setiap pesanan itu supaya ia sampai ke tangan pembeli dalam tempoh ditetapkan.
“Jika ada masalah atau aduan, unit berkenaan akan menghubungi peniaga berkenaan dan jika ia melepasi tempoh masa tersebut, mereka akan pastikan pembayaran balik dilakukan secepat mungkin,” katanya.
Ketegasan sedemikian bagi Parihah tidak hanya untuk kebaikan komuniti pembeli sahaja tetapi ia turut memberi kesan positif jangka panjang kepada peniaga IKS itu sendiri.
Selain dapat membina kepercayaan masyarakat pembeli, beliau berkata, para peniaga IKS juga dapat mempelbagaikan saluran pemasaran barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan mereka.
“Perniagaan dalam talian kini menunjukkan peningkatan cukup ketara berikutan meningkatnya penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat umum.
“Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu adalah komuniti usahawan diperkenal oleh YaPEIM yang menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu YaPEIM untuk mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/jual-produk-iks-melalui-internet-1.685761#ixzz5HpKNgnPg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, January 14, 2018
Teknik rancang kewangan guna kompas kewangan
Teknik rancang kewangan guna kompas kewangan.
Anda patut cuba ini
Merancang kewangan dengan baik boleh buatkan
kehidupan kita lebih teratur.
Perkara ni sangat penting supaya kita tak sesak
di tengah-tengah bulan. Kalau tak, silap hari bulan, tengah bulan dah pening.
Mestilah korang tak nak berdepan dengan situasi ni kan?
.
Kami ada baca perkongsian yang boleh membantu
korang untuk rancang kewangan dengan baik. Pada pandangan kami, ia sangat
efektif untuk di aplikasi.
.
Perkongsian ni kami dapat dari Cik Nur Aliah
Mohd Nor . Jom baca sampai habis.
.
Lia yakin ramai usahawan yang hebat hebat pakar
dalam bab kewangan. Bab nak belanja masih boleh kawal lagi , tapi bila masuk
bab nak buat simpanan masih teramat lemah lagi. Malah ada usahawan yang tak
pernah langsung nak simpan duit ni!
.
Bab simpanan ni yang Lia paling takutkan
sangat. Ramai yang suka bagi alasan nak buat simpanan susah sebab selalu
terguna duit untuk bayar itu bayar ini, sehingga tak dijadikan menyimpan itu
sebagai satu hobi atau tidak meletakkan diri menjadi seorang yang suka
menyimpan duit. Betul betul?
.
Jadi, jangan risau dah. Dengan membaca
penulisan Lia ini, InshaaAllah Lia nak bantu semua usahawan di luar sana
menjadi seorang yang suka saving, suka buat investment dan rasa macam nak
berlumba-lumba menyimpan duit sambil tu boleh pergi shopping dengan relax. Tak
perlu dah fikir sangat pasal duit untuk berbelanja. Jom!
.
Mulai dari bulan 12 2017, Lia nak anda semua
terus apply ilmu ¡°Kompas Kewangan¡± ini. Apa maksud kompas kewangan? Maksudnya
ialah anda akan menguruskan duit pendapatan dengan bahagikan kepada 4 perkara
ini iaitu Untung (30%), Terpaksa (60%), Bocor (5%) dan Sampah (5%). Lia bagi
contoh terus ya, katakanlah gaji kita setiap bulan lepas dah tolak KWSP, SOCSO
dan Zakat ialah RM2,500. Macam mana nak bahagikan RM2,500 ini dalam bentuk
Kompas Kewangan? Teruskan baca di bawah ini untuk lebih faham ya.
.
#Untung (30%) = RM750
.
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan
ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan itu. Simpanan ini termasuklah
dengan simpanan pendek, simpanan panjang, simpanan emergency, simpanan
pelajaran, simpanan pencen, simpanan pelancongan, simpanan wakaf, simpanan
sedekah dan juga lain-lain.
.
Mengikut contoh di atas, bahagian untung anda
perlu asingkan iaitu RM750 khusus untuk menyimpan saja ya. Kat mana tempat yang
terbaik untuk anda menyimpan? Mesti la nak menyimpan di tempat yang selamat dan
boleh biakkan lagi duit tu kalau dibiarkan saja dalam tu. Kan.
.
Ini suggestion Lia,
.
- · Tabung Haji
- · Unit Trust
- Saham
- · Takaful (Islamic Insurance)
- · EPF
- · ASB (boleh belajar dengan mentor Khairul Ezuwan)
- · Hartanah (boleh belajar dengan mentor Tn Ahyat)
- · Emas (boleh belajar dengan Aliah /LiaOmey)
.
#Terpaksa (60%) = RM1,500
.
Maksud terpaksa ni ialah semua jenis belanja
komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan. Contohnya loan
rumah, loan kereta, loan ASB (ASB Financing), personal loan dan PTPTN. Contoh
untuk sara diri dan keluarga pula ialah minyak kereta, bil telefon , bil api
air dan apa apa sahaja keperluan keluarga. Jadi, dari gaji contoh di atas tadi,
60% akan dapat RM1,500.
.
Lia faham setengah orang loan itu amat penting
untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain
kegunaannya. Namun, kalau rasa rasa macam susah atau tak cukupkan, kena
pandai-pandai kawal di bahagian loan itu.
.
Nasihat Lia kepada anak muda yang tak pernah
ambil loan lagi tu kan, atau yang baru je officially jadi ¡®fresh graduate
gituh, tolong! Tolong jangan sesekali ambil satu loan pon. Once anda dah ambil,
anda akan sentiasa dihantui untuk membayar hutang piutang tersebut sepanjang
hidup anda. Fuh! Jangan main-main dengan bab ini ya, Lia serious.
.
#Bocor (5%) = RM125
.
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita
boleh kawal lagi di bahagian bocor ni. Contoh bocor yang kita perlu elakkan dari
membayarnya ialah membayar astro (bayar setiap bulan, tv biar je terbuka, tapi
mata dan tangan kita tertumpu di gadget).
.
Selain itu kredit kad, kita suka sangat nak
swipe kredit kad, sikit sikit ¡°swipe¡± kan, bukan tak boleh, boleh je, kalau
pandai kawal boleh jadi cantik di mata bank, boleh cantikkan profile kewangan
kita, namun pada pendapat Lia sendiri sangat tidak digalakkan untuk mengambil
kredit kad ni. Tanya balik pada diri sendiri tu, ¡°aku ni boleh kawal diri ke
tak boleh?
.
Kita tengok contoh dari gaji kita dapat tu,
RM2,500 kalau di bahagian bocor cuma boleh guna RM125 je. JANGAN lebih dari
RM125. Kalau lebih, habis akan kacau di bahagian kompas kewangan yang lain
pulak. Jadi, bolehkan potong apa apa perkara yang tak penting contohnya potong
unifi, potong astro dan apa apa saja yang tak penting lagi.
.
#Sampah (5%) = RM125
.
Tengok nama pon agak agak boleh tahu tak sampah
ini apa kategori dalamnya? Untuk sampah 5% juga boleh belanja untuk setiap
bulan. Jadi RM125 saja yang anda boleh belanja di bahagian sampah ini.
.
Contohnya beli makanan fast food seperti
McDonald, KFC, Tea Live, Starbucks, beli rokok atau vape, beli makanan di mamak
dan tengok wayang. Dekat sini Lia tak cakap tak boleh ya, BOLEH cuma
berpada-pada bila berbelanja tu. RM125 mesti cukup punya nak layan movie dekat
TGV GSC yang tak sampai 5 minit je dah sampai dari rumah. Kan.
.
Jadi macam mana, faham ke faham ni Lia
terangkan di atas? Bagi Lia, ini adalah method yang paling simple untuk anda
apply terus selepas ini. Kepada anda yang mungkin tertanya-tanya, kenapa
pentingnya kompas kewangan ini?
.
Pentingnya kerana kita ingin wujudkan 5 tiang
impian kewangan kita. Siapa taknak kan wujudkan impian kewangan?
.
Betul ke
betul?
.
5 tiang kewangan ni ialah kita cipta pendapatan kita (melalui business
atau makan gaji), kita uruskan pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas
kewangan, kita lindungi harta kita dengan baik, kita dapat laburkan harta kita
untuk masa depan, dan kita juga dapat agihkan harta kita dalam keadaan yang
baik setelah kita meninggal dunia. Bila kita dapat lakukan 5 proses ini dengan
baik, InshaaAllah hidup kita senang, mati pon senang. Hehe!
.
Lia harap dengan perkongsian ¡°Kompas
Kewangan¡± ini dapat membantu anda untuk menguruskan duit dengan baik.
Alhamdulillah ilmu ini Lia dapat di seminar Power Kewangan dan Pengurusan
Syarikat.
.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi baca
sehingga habis. Apa apa pon, paling penting sekali jangan lupa untuk sentiasa
bersedekah dan berzakat. Berbalik kepada niat utama kita semula nak banyak duit
sebab kita nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Kan.
.
Tolong sampai-sampaikan ilmu ini pada keluarga
dan rakan rakan bisnes anda yang lain ya. #SHARE je post Lia ini dengan
bahagia. Lia doakan semoga anda semua terus dilimpahkan rezeki yang sangat banyak.
InshaaAllah. Amiin Ya Mujib.
.
Sumber: http://www.halalmoney.my/teknik-rancang-kewangan-guna-kompas-kewangan-anda-patut-cuba-ini/
..
Ahmad Hanizam Abdullah
Takaful Consultant
011-56598769
Subscribe to:
Posts (Atom)












