Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang Tahun 2009


Tup-tup tahun baru dah menjengah. Rasanya baru lagi masa tunggu detik 12 malam tahun 2008 yang lepas. Seperti biasa sambutan bunga api, konsert di tv dengan tempat biasa di bandar-bandar besar menganjurkan majlis tertentu dengan cara masing-masing. Boleh dikatakan cara sambutan yang sama je.
...
Apa pun, saya di Usahawan bistari mengambl kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Walaupun tahun Masehi dan kita pun baru sahaja menyambut Maal Hijrah. Namun, pada pendapat saya, jadikan tahun baru ini sebagai satu permulaan untuk merancang dan menetapkan satu azam dan matlamat untuk meningkatkan kedudukan diri samada dari segi kewangan, keluarga, kesihatan dan sebagainya.
...
Saya sendiri belum ada azam yang spesifik tetapi masih lagi tetap dengan rancangan tahun 2012. Semoga tahun 2009 akan memberi lebih sinar dan kejayaan walaupun pada masa kini kita dihimpit masalah ekonomi yang merudum dan juga banyak ketidak pastian terutamanya tahun 2009 ini.
...
Yang paling penting ialah azam kita untuk mempertingkatkan diri dan menjadi insan yang lebih baik dari segi ilmu, usaha dan kebijaksanaan daripada semalam dan semoga matlamat yang ditetapkan boleh tercapai dengan jayanya.

Sunday, December 21, 2008

10 Cara Untuk Menjadi Jutawan

Anda mahu menjadi seorang jutawan?
..
Apa yang diperlukan ialah sedikit disiplin dan kesabaran. Berikut adalah beberapa tip untuk memulakannya hari ini.

..
1. Kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pelaburan.


2. Sediakan bajet dan ikutinya.


3. Tingkatkan IQ kewangan anda.

4. Lakukan sumbangan ke dalam alat pelaburan anda pada kadar yang tetap.

5. Mulakan satu perniagaan secara sambilan untuk meningkatkkan pendapatan dan ambil kesempatan ke atas pengurangan cukai.

6. Kelilingi diri anda sendiri dengan orang yang mempunyai pemikiran yang sama yang percaya dan menyokong matlamat anda.

7. Dapat akauntan bertauliah seperti CPA dan juga beberapa penasihat yang boleh dipercayai.

8. Tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.

9. Buatkan satu komitmen untuk menjadi seorang jutawan.

10. Mulakan sekarang. Masa adalah rakan baik anda apabila ia berkaitan dengan pelaburan.

Friday, December 19, 2008

Adakah Saya Mempunyai Kebolehan Tersebut?

Tanyakan diri sendiri soalan berikut:
..
Adakah saya mempunyai kebolehan untuk melakukan apa yang perlu saya lakukan?
..
Adakah anda mempunyai pengetahuan dan skil yang diperlukan untuk menjalankan bisnes anda dengan jayanya?
..
Apakah pengetahuan dan skil yang anda miliki?
..
Ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama;
..
1. Skil dan Pengetahuan Teknikal
2. Skil dan Pengetahuan Bisnes.
..
Skil dan pengetahuan teknikal adalah apa yang anda perlukan untuk keluarkan dan hasilkan apa yang anda jual. Jika anda ingin jual jem buah buatan sendiri dari rumah, contohnya, adalah jelas sekali yang anda mesti tahu bagaimana untuk membuat jem sebelum anda boleh menjualnya.
..
Begitu juga, jika anda terfikir untuk menubuhkan sebuah tadika, maka anda perlu tahu sesuatu tentang penjagaan kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak. Skil dan pengetahuan teknikal adalah spesifik kepada bisnes yang anda ingin mulakan.
..
Skil dan pengetahuan bisnes adalah apa yang anda perlu untuk menguruskan satu bisnes dengan baik. Ia diperlukan tidak kira apa sahaja bisnes yang anda jalankan. Contohnya, walaupun anda boleh hasilkan jem yang hebat, ia tidak bermakna jika anda tidak tahu bagaimana untuk memasarkan dan menjualnya kepada seramai mungkin pelanggan dan memperolehi wang yang banyak.
..
Ingat, seorang tukang masak yang hebat tidak semestinya satu jaminan bahawa restoran yang beliau tubuhkan akan mencapai kejayaan. Mengusahakan sebuah restoran memerlukan beliau melakukan lebih banayak perkara lagi dan bukan hanya sekadar memasak makanan yang enak.
..
Memang pun, seseorang yang boleh memasak lebih rendah kualiti daripada beliau tetapi beliau mempunyai lebih banyak lagi pengetahuan bisnes adalah lebih berpeluang besar untuk berjaya dalam usaha niaga tersebut.
..
Adalah mustahak ditekankan di sini bahawa anda perlu mempunyai sebanyak mungkin skil dalam perancangan, pemasaran dan menjual, kewangan, bersosial dan membentuk jaringan. Sudah tentu, sebanyak mana bagi setiap skil-skil ini anda perlukan akan bergantung kepada bisnes yang anda rancang untuk jalankan.
..
Sebagai contoh, seorang konsultan mestilah mempunyai lebih banyak lagi skil networking berbanding seseorang yang ingin memulakan sebuah kedai membaiki kereta.
..
Bagaimana anda boleh perolehi pengetahuan teknikal dan bisnes yang anda perlukan?
..
Banyakkan membaca, hadiri kelas atau kursus latihan, hadiri ekspo dan pameran perdagangan, belajar daripada orang lain dan banyakkan praktis. Jika anda mahu meningkatkan peluang anda untuk berjaya di dalam bisnes anda, anda tiada pilihan lain selain lakukannya.
..
Akhir sekali, saya ingin tekankan untuk anda melihat kepada satu lagi perkara yang sangat penting tetapi sering kali diabaikan oleh kita semua – sokongan daripada ahli keluarga anda.
..
Anda boleh dapatkan kesemua sokongan yang anda perlukan. Perkara akhir yang anda mahukan hadapi dan jika boleh dielakkan ialah menjadi tertekan dek kerana adanya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan isteri anda mulalah berleter dan beritahu anda yang anda masih lagi berdegil dengan “idea bodoh untuk mahu menjadi bos sendiri.”

Thursday, December 18, 2008

Bagaimana hendak tahu passion / minat kita?

Oleh Irfan Khairi
..
Selalu saya sebut bahawa kita patut buat apa yang kita suka... apa yang kita minat... apa yang kita passionate in. Infact, baru-baru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:
..
"84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of thepeople hate their jobs!"
..
Menakutkan juga angka ni... tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh... menunggu hari Jumaat untuk cuti :)
..
Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?
..
So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist... what is your true passion!
..
* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?
(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)
..
So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakahanda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalahpassion anda?
"Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada merekayang hate their jobs!"
..
Satu pilihan untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita.

Thursday, December 11, 2008

Pengusaha herba berjaya

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
..
MELAKA 10 Dis. - Bermula dengan aktiviti berkebun pada masa lapang, seorang pesara guru kini mampu berbangga kerana menjadi antara pengusaha tanaman herba yang berjaya dan terkenal di Melaka.
..
Guru terbabit, Ya'acob Sharif, 62, dan isterinya, Hairani Mat Taib, 62, juga menjadi satu-satunya pengusaha tanaman herba di Melaka yang menghasilkan produk minuman teh herba hasil daripada kegiatannya itu.
..
Berpegang pada kepercayaan kitab suci al-Quran bahawa setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut, membuatkan Ya'acob semakin serius menceburi tanaman herba dan memasarkan produk itu melalui syarikatnya, Ya'acob Berkat Enterprise.
..
''Alhamdulillah, dengan izin Allah, perniagaan tanaman herba saya semakin maju dan telah berjaya menyembuhkan banyak penyakit terutamanya kencing manis, darah tinggi dan kanser.
..
''Semuanya dilakukan sendiri bermula daripada menanam benih pokok herba sehinggalah memprosesnya menjadi serbuk teh, minuman dan kordial teh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di taman herba di rumahnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru, di sini baru-baru ini.
..
Mengusahakan tanaman kira-kira 75 jenis herba di tanah seluas 1.3 hektar di rumahnya sejak lima tahun lalu, Ya'acob mengakui, kejayaan itu tidak dicapai dalam sekelip mata.
..
''Mula-mula dulu, sekitar tahun 1974, saya berhasrat untuk membuka kebun buah-buahan di tanah ini. Entah mengapa, tiba-tiba minat beralih pula kepada tanaman herba kerana lebih mudah dijaga dan jarang diceburi ketika itu," katanya.
..
Tambahnya, sejak itu minatnya dalam bidang herba semakin mendalam dan mula memikirkan bagaimana hendak menjadikannya sebagai satu perniagaan.
..
''Banyak kali juga jatuh bangun dalam bidang ini kerana sambutannya yang agak sukar ketika itu.
..
''Pada tahun 2006, saya mula menumpukan sepenuh perhatian dan mula mengkomersialkan tiga jenis herba teh yang popular di Indonesia iaitu misai kucing, mas cotek dan kaca beling.
..
Katanya, tidak terhad kepada penghasilan produk teh herba, rumah saya sentiasa dikunjungi para pesakit dalam dan luar negara yang mencari produk herba untuk menyembuhkan penyakit serius.
..
Tambahnya, mungkin kerana minat dan pengalamannya yang mendalam dalam bidang tersebut membuatkan dia terus dipercayai untuk mendapatkan nasihat berkaitan herba yang sesuai untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
..
Antara jenis herba lain yang ditanam di kawasan rumahnya yang sering mendapat permintaan ialah buah mahkota dewa yang berkesan untuk merawat semua jenis kanser, daun dewa (jantung), hempedu bumi (kencing manis dan darah tinggi tahap serius) dan mempahit (buasir).
..
Menurut Ya'acob, selain menghadiri hampir 15 jenis kursus berkaitan herba anjuran universiti dan agensi berkaitan, dia juga telah mengikuti Kursus Pensijilan Perubatan Herba anjuran Yayasan Pengembangan Tanaman Ubat Karyasari di Jakarta, Indonesia.
..
''Di Indonesia, perubatan cara tradisional telah lama berkembang dan terbukti memberi kesan yang baik merawat penyakit selain perubatan cara moden.
..
''Selain itu, saya juga telah menerima banyak jemputan daripada universiti dan agensi kerajaan untuk memberi ceramah berkaitan herba," katanya.
..
Tambahnya, walaupun terpaksa bersaing dengan pengeluar makanan herba lain, produk herba keluaran syarikatnya mempunyai tarikan kerana ditawarkan pada harga yang murah dan tidak mencampurkannya dengan sebarang bahan pengawet.
..
Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi Ya'acob di talian 012-3586770 atau syarikatnya di 06-2830864.
..

Wednesday, December 10, 2008

5 Langkah Menawan Pasaran Pelanggan Anda

Oleh Irfan Khairi
..
Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan.
..
Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
..
1 Tawani melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian mereka.
..
Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati. Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
..
2 Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginkan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna.
..
Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari. Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu faktor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!
..
3 Tawani melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
..
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.
..
4 Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangkakan menggembirakan mereka!
..
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.
..
5 Tawani melalui menjadi ketua pasaran
Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
..
Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi. Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada.
..
Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut. Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.

Friday, December 05, 2008

Procrastinate - The Silent Killer

Oleh Irfan Khairi
.. .
Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate - "the Silent Killer" atau melewatkan-lewatkan masa kerja.
..
Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda - tidak kira dari email saya, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)
..
Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:
..
*******
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.
..
Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?
Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

*******
Nota tersebut saya tulis lebih 700 hari lepas. Sekiranya anda mengimplimentasikannya, anda telah meluangkan 700 hari membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 100 buah buku berkaitan dengan bidang anda.
..
Berapa ramai agaknya yang telah membaca 100 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 100 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.
..
Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu?
Dalam kes ini, membaca 100 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda telah mencapai sasaran 100 buku tersebut.
Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!
..
Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara parttime melalui perniagaan Internet (side income)?
..
Saya rasa tidak. Dan adakah extra income RM3,000-RM4,000 akan membantu dalam keadaan ekonomi kini? Sudah pastinya.
..
Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".
Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau tahun ini.
Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda ke arah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan apa-apa?
..
Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja di mana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.
..
Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan?
Atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang? atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je) :)
..
Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it ;)
..
ps: Jangan lewat-lewatkan dari memulakan perniagaan Internet tahun 2009 ini :)

Thursday, December 04, 2008

5 Elemen Utama Usahawan Internet

Written by code7
Sunday, 27 April 2008
..
1 Desire & Passion
Salah satu elemen utama iaitu keinginan, kemahuan dan keghairahan terhadap dunia perniagaan Internet. Jika anda betul-betul mahu berjaya, maka hendaklah tetapkan 100% jiwa dan raga kepada hal ehwal perniagaan internet sepenuhnya. Tidak ada perasaan berbelah bahagi, atau rasa tidak yakin dan takut sebagainya..
..
Apa yang penting anda berani, ada keinginan dan sanggup melakukan apa saja untuk berjaya dalam arena Ebiz ini. Then tetapkan objective atau matlamat passion anda itu misalnya saya 'ingin' cipta keuntungan RM1juta dengan menjual produk/servis A dalam masa 3 tahun melalui usaha sepenuh hati.. Its a passion... dan objektif anda SMART dengan sistematik..
..
2 Strategy & Technique
Ini elemen kedua yang penting selain daripada point pertama tadi. Anda kenalah 'mengaji' pelbagai strategi dan teknik daripada mentor, sifoo dan mereka yang 'TERBUKTI' berjaya. Ini kerana anda dapat meminimumkan risiko kegagalan dan memaksimumkan kadar kejayaan lebih pantas.
..
Sentiasa rapat dengan mentor, sifoo dan mereka yang berjaya kerana kita pasti akan belajar sesuatu daripada mereka. Saya sehingga hari ini tidak segan silu mengacau sifoo/mentor di luar negara untuk dapatkan maklumat, taktik dan teknik terbaru mereka...
..
Jika anda bernasib baik sure akan dapat 'golden nugget' yang cukup berharga dalam hidup anda. Antara teknik atau strategi yang biasa kita temui dalam arena ebiz ini adalah e-marketing seperti PPC, SEO Technique, social marketing, manakala web development seperti blog, portal, forum, membership site, list building technique, affiliate programme, web traffic generation dan pelbagai lagi yang mesti diketahui.
..
3 Produk atau Servis
Ini part penting. Anda wajib mengkaji kesesuaian diri anda sama ada memilih produk atau servis. Tidak cukup hanya ada web sendiri tapi takde produk atau servis yang diceburi. Jika anda baca ebookjutawan sure akan buat SWOT Analysis terlebih dahulu sebelum melihat segmen mana yang lebih menguntungkan anda.
..
Saya sarankan anda mengambil peluang dalam segmen infoproduk kerana ia adalah produk terunggul di Internet terutamanya bagi perseorangan. Ini terbukti dengan beberapa jutawan Malaysia yang berjaya dengan menulis ebook. Saya akan hurai lanjut ttg hal ini di http://www.ebookjutawan.com/
..

4 Payment System & Financial Management

Ini juga penting.. Anda dah buat Ebiz sure menguruskan hal ehwal pembayaran customer anda. Anda guna internet banking atau lain-lain method payment processor spt Paypal, Google Checkout, Egold, Worldpay etc.. Selain itu cara anda menguruskan kewangan dengan sistematik.

Bagaimana anda allocate dana untuk savings, investment dan juga spend untuk asset yang berharga. Berniaga mesti ada untung dan keuntungan itu perlulah diuruskan dengan bijaksana.

..

5 Kaizen

Inilah topik terakhir terpenting yang saya sentuh dalam Ebookjutawan untuk meneruskan usaha penambahbaikan dari masa ke semasa. Kita taknak Ebiz berkubur akibat kegagalan memahami usaha untuk membuat pembaharuan. Kaizen dari bahasa Jepun bermaksud membuat penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dari masa ke semasa bagi meningkatkan conversion rate (visitor to customer) serta meningkatkan tahap customer satisfaction dengan tools/technique yang betul..

..

Elemen ini yang memastikan kita terus berusaha meningkatkan kualiti perniagaan untuk jangka masa panjang.. Ada orang buat Ebiz secara sprinters (pecut laju) ada juga yang marathoners (steady and long run)... Anda sendirilah pilih di mana kategori yang anda mahukan...

Wednesday, December 03, 2008

The Law of Investing


......
The Law of Investing - investigate before you invest. This is one of the most important of all the laws of money. You should spend at least as much time studying a particular investment as you do earning the money to put into that particular investment.
..
Check Every Detail
Never let yourself be rushed into parting with money. You have worked too hard to earn it and taken too long to accumulate it. Investigate every aspect of the investment well before you make any commitment. Ask for full and complete disclosure of every detail.
...
Demand honest, accurate and adequate information on any investment of any kind. If you have any doubt or misgivings at all, you will probably be better off keeping your money in the bank or in a money market investment account than you would be speculating or taking the risk of losing it.
..
Money is Easy to Lose
The first corollary of the Law of Investing is:
..
"The only thing easy about money is losing it."
..
It is hard to make money in a competitive market but losing it is one of the easiest things you can ever do. A Japanese proverb says, "Making money is like digging with a nail, while losing money is like pouring water on the sand."
..
The Best Rule of All
The second corollary of this law comes from the self-made billionaire, Marvin Davis, who was asked about his rules for making money in an interview in Forbes Magazine.
..
He said that he has one simple rule and it is, "Don't lose money." He said that if there is a possibility that you will lose your money, don't part with it in the first place. This principal is so important that you should write it down and put it where you can see it. Read it and reread it over and over.

Thursday, November 27, 2008

Pendapatan Aktif Atau Pasif: Yang Mana Pilihan Anda

Kebanyakan daripada kita hanya mendengar tentang istilah ini tetapi mungkin kurang mengetahui maksudnya yang sebenar. Para jutawan yang berjaya selalu menekankan serta begitu berminat bercakap tentang jenis pendapatan ini.
..
Berikut adalah penerangan ringkas mengenainya.
..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
..
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
..
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
..
Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
..
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
..
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka!
..
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya dikategorikan sebagai aktif.
..
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
..
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?
..
Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
..
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
..
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
..

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
..
Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?
..
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
..
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti.

Tuesday, November 25, 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Oleh: Irfan Khairi
....
Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi.
..
Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.
....
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!
..
1 Tiada matlamat..
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang?
Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang?
Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.
..
2 Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
..
3 Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!
..
4 Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.
..
5 Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.
..
6 Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.
..
7 Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
..
8 Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
..
9 Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
..
10 Gagal mengenal pasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenal pasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.
..
11 Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.
..
12 Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.
..
13 Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.
..
14 Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.
..
15 Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.
..
16 Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
..
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya.
..
Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Sunday, November 23, 2008

Talking About Business and Investments

Here's another most common words used in business and investments. In order to be rich, you must know the vocabulary of the rich people, right?

..
Investment banks have a role in the provision of finance for businesses and advice on takeovers. Retail banks provide overdraft facilities for individuals.
...
The underlying cash for a large spot transaction is usually not available until two business days have elapsed.
..
Share ownership brings certain benefits including voting rights, dividends and capital growth. Ordinary shareholders do not have priority in the assets of the company if it is wound up.
...
The primary market is where companies raise money by issuing shares or bonds to investors for the first time. The secondary market provides the trading environment for shares, bonds and gilts.
..
The main advantages of listing are generally seen as:
..
capital - the IPO provides the possibility of raising capital, and once listed further offers of shares are much easier to make;
..
takeovers - a listed company could use its shares as payment to acquire the shares of other companies. For example, J. Smith plc (a listed company) could issue new shares in itself to provide payment in a takeover of R. Brown plc. Shareholders in R. Brown could either keep the new J. Smith shares or sell them in the market;
..
status - being a listed company should help the business in marketing themselves, to customers, suppliers and potential employees;
....
employees - stock options to key staff are a way of providing incentives and retaining employees, and when they are options to buy listed company shares that are easily sold in the market they are even more attractive.
..
Liquidity risk
is the risk that shares may be difficult to trade at a reasonable price. Price risk is the risk that share prices in general may fall and issuer risk is the risk that the issuing company collapses and the shares become worthless.
..
A put option
is where the buyer or holder has the right to sell the underlying asset at the exercise price. Upon exercise by the buyer, the seller or writer is obliged to take delivery and pay the exercise price.
..
Traditional hedge funds seek to eliminate or reduce market risk and attempt to profit regardless of the general movements of the market by carefully selecting a combination of asset classes.


Wednesday, November 19, 2008

Formula Menjadi Kaya Yang Terhebat Di Dunia

Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya...kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. Percayalah formula ini benar-benar berkesan.
.....
Ia berkesan dengan amat baik sekali seihnggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggaalh taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett. Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.

Formula
..
Ia ringkasnya : FV = PV * (1+r)^n

Di mana
..
FV = Future Value (nilai masa hadapan)
..
PV = Present Value (nilai masa sekarang)
..
r = rate of return (kadar pulangan)
..
n= time (number of years) - tempoh masa


Keajaiban Kompaun
Sekarang, mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini 'bukan' satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana "future value of money" (FVM) diajarkan di universiti.
..
Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah: jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).
..
Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.

Langkah 1: Tingkatkan PV
..
Ia memerlukan wang untuk mendaoatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebagahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.
..
Jika semua faktor adalajh sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).

Langkah 2: Tingkatkan r
..
Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut. Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
...
Langkah 3: Tingkatkan n
..
Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time(masa) di dalam pasaran.
..
Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa n merupakan fungsi penggandaan. Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan. Angkubah terakhir
..
Jadi jangan bazirkan lebih banyak "n" lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.






Tuesday, November 18, 2008

Berubah Daripada Miskin Kepada Kaya

Sepanjang pemerhatian dan pergaulan saya terhadap orang yang kaya dan berjaya, jumlah mereka yang keluar daripada kemiskinan dan mencapai kekayaan amatlah ramai. Apa yang lebih menakjubkan ialah kisah peribadi mereka, apa yang telah mereka lalui dan bagaimana mereka boleh menjadi seperti hari ini.
..
Ada sesetengah mereka masih mengekalkan keadaan yang sangat sederhana dan dengan hanya melihat kepada mereka, anda tidak akan percaya dan bayangkan betapa kaya mereka sebenarnya. Mereka hanya memakai pakaian lama mereka, kasut yang biasa, seluar jeans yang lusuh dan memandu kereta yang sedia ada.
..
Yang lain, sebaliknya, menzahirkan kekayaan mereka dan anda jangan terkejut apabila mendengar hanya beberapa tahun sebelum ini, kehidupan mereka hanyalah amat sederhana sekali malahan tiada apa pun tetapi sekarang penuh dengan kemewahan dan kebebasan kewangan.
..
Apa yang lebih menakjubkan ialah nampaknya mereka yang berhijrah daripada miskin kepada kaya berkongsi beberapa kualiti yang hampir sama iaitu:
..
  1. Mereka mempunyai keinginan yang amat kuat untuk berjaya
  2. Mereka tidak menganggap kegagalan itu sebagai kegagalan dan mencuba lagi.
  3. Mereka tidak boleh menerima hakikat “Ia tidak boleh dilakukan”
  4. Mereka mengambil risiko terancang.

...
Bunyinya pelik tetapi mereka yang mempunyai anggapan mereka tidak akan rugi apa-apa mempunyai kelebihannya. Golongan kelas pertengahan dengan pendapatan yang menampung kehidupan mereka tidak sanggup mengambil risiko besar di dalam hidupnya seperti berhenti kerja dan memulakan perniagaan mereka sendiri. Manakala mereka yang tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan berjaya, bagaimanapun mempunyai satu tahap keazaman yang tidak dapat diukur.

....
Bukan secara kebetulan juga, saya pernah berjumpa mereka yang mengambil langkah besar, berhenti kerja dan meletakkan sepenuh hati mereka dalam bisnes membina kekayaan akhirnya mencapai kejayaan gemilang. Ia mencipta satu keadaan mentliti “buat atau mati” yang memerlukan untuk seseorang itu belajar dengan cepat dan memperolehi pendapatan dengan lebih cepat.

.. .
Ini menjadikan satu dilema yang menarik. Mana-mana guru bisnes kecil dan keusahawanan selalunya amat menyarankan agar anda tidak berhenti kerja terlebih dahulu dah fokuskan kepada membina perniagaan anda perlahan-lahan. Apabila bisnes anda berupaya menghasilkan pendapatan yang mencukupi dan stabil yang mana ia boleh menampung gaya hidup dan barulah, hanya barulah anda patut pertimbangkan untuk menjalankannya secara “sepenuh masa.” ..

..
Namun, jelas di sini, nampaknya kepada mereka yang mempunyai keyakinan yang teguh yang mereka akan berjaya, mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak dapat melihat hasil yang lain dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya.




Sunday, November 16, 2008

Kenapa Tidak Anda Mulakan Syarikat Sendiri Hari Ini?

Pernahkah anda terfikir tentang cara bagaimana majikan anda menjalankan bisnes dan terfikir anda juga patut memulakan syarikat sendiri?
..
Sesetengah orang bekerja niatnya untuk membangunkan kemahiran dan membina rangkaian mereka sendiri, malahan lebih ramai yang telah meninggalkan pekerjaan mereka kerana mereka telah temui cara yang lebih baik.
..
Sudah tentu, hampir setiap orang yang kaya dan para jutawan memiliki syarikat mereka sendiri atau membina kekayaan mereka melalui satu bisnes kecil pada awalnya, jadi sememangnya ada banyak kelebihan daripada usaha tersebut. Tetapi jika anda ingin mencuba, jangan lakukannya hanya semata-mata untuk wang.
..
Ia boleh mengambil bertahun-tahun pengorbanan yang bukan sedikit bersama keringat dan air mata sebelum keuntungan daripada bisnes diperolehi. Juga terdapat banyak jatuh dan bangun sepanjang tempoh tersebut yang perlu dilalui. Hanya dorongan dan keinginan anda sahaja yang membuatkan anda teruskan dan maju ke hadapan apabila banyak perkara yang tidak menjadi seperti yang diharapkan.
..
Namun, bak kata pepatah "Tiada masa yang lebih baik daripada hari ini.”
...
Jika anda mempunyai idea untuk memulakan syarikat anda sendiri yang mana ia diterima oleh pasaran maka lakukan sahaja. Yang lebih ideal dan situasi yang terbaik ialah dengan membina bisnes anda secara perlahan-lahan semasa waktu malam atau hujung minggu sementara anda kekalkan dahulu kerja yang sedia ada untuk membantu menampung kos sara hidup keluarga anda.
..
Jika bisnes anda hanya memerlukan sedikit atau langsung tiada kos overhead seperti khidmat nasihat, freelance atau syarikat pemasaran, anda mempunyai peluang yang bukan sahaja membina satu bisnes untuk masa hadapan tetapi juga anda mungkin berupaya menampung pendapatan yang diperolehi sekarang.
..
Anda mungkin memilih untulk melaburkan semula sebarang keuntungan kembali ke dalam bisnes anda, tetapi jika tidak pun, fikirkan tentang apa yang beberapa ratus ringgit sebulan boleh buat untuk simpanan dana persaraan anda.
....
Apabila anda mulakan syarikat sendiri, berhati-hati dengan apa yang anda libatkan diri dengan sesuatu yang masih baru dan kabur bagi sesetengah orang. Sebelum anda mulakan langkah, berjumpalah dengan seseorang yang pernah libatkan diri dengannya. Tanyakan mereka bagaimana situasi sebenarnya nanti, apa yang mereka gemari, apa yang tidak disukai, dan sebagainya. Cuba sebaiknya membayangkan adakah ia merupakan sesuatu yang anda ingin lakukan dan nikmatinya.
....
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat untuk menjalankan bisnes anda, yang mana anda akan sedari sehinggalah anda benar-nbenar terlibat secara langsung tetapi lakukan sedikit sebanyak kajian dan penyelidikan akan lebih membantu di kemudian hari.
....
Memandangkan kita dah bincangkan kenapa anda perlu pertimbangkan untuk memilki syarikat dan memulakan bisnes sendiri, mari kita lihat beberapa faedahnya:
  • Satu alat bagi meringankan cukai individu
  • Potensi pendapatan yang tiada had
  • Kebebasan untuk menjalankan bisnes dengan cara sendiri
  • Kepuasan untuk melihat bisnes anda berkembang dan rasa dihargai
  • Lebih banyak peluang terbuka untuk diri anda
  • Mencipta peluang kerja dan membantu pekembangan ekonomi
..
Senarainya boleh berterusan lagi dan lagi tetapi mesejnya di sini ialah terdapat banyak sebab untuk membina bisnes anda sendiri yang sebenarnya anda sendiri yang tahu. Memang ia bukan untuk semua orang (sama juga bekerja untuk orang lain bukan sesuai untuk semua orang, kan?). Terdapat banyak faedah untuk anda menjalankan pertunjukan anda sendiri dan mulalah berfikir lebih kepada seorang usahawan.
...
Atas sebab itulah saya sendiri baru sahaja mendaftarkan satu syarikat yang dinamakan BIGFISH ENTERPRISE yang bisnes utamanya ialah menjalankan e-dagang dalam internet serta pembekal produk berasaskan pertanian terutama sekali cendawan. Buat masa ini produk yang ditawarkan ialah ebook, VCD, kursus cendawan serta perfumes.
...
Potensi yang ada untuk berkembang pada masa hadapan amat baik dan terdapat banyaknya peluang di luar sana menanti. Selaraskan kemahiran anda, minat dan keadaan diri sekarang dengan model bisnes yang betul dan anda mungkin terlibat di dalam satu usaha dan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup.
..
Mulakan syarikat anda sendiri hari ini!


Daripada Kerja RM500 Kepada Pendapatan RM200 Juta

Cerita tentang Lalitha Kaleedhass, pengasas bersama Multimedia Glory Sdn Bhd (MMG) boleh diibaratkan sebagai anda cuma hanya mendengar tetapi jarang untuk melihatnya sendiri.
..
Seorang bekas suri rumah dari Coimbatore, Tamil Nadu, India, beliau tiba di Malaysia pada tahun 1997 dengan hanya sehelai sepinggang. Bersama-sama dengan anaknya dan sepupunya yang telah menetap di Malaysia semenjak 1987, beliau memulakan sebuah syarikat perisian kecil pada tahun 1999 dari sebuah apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur.
...
Kerja pertama syarikatnya ialah menjana laporan untuk Affin Bank, menyalin dan menguruskan data daripada system lama yang ingin digantikan. Beliau perlu bekerja pada hujung minggu apabila bank tutup dan untuk setiap laporan, beliau dibayar RM500. Berpuas hati dengan kualiti kerja, bank berkenaan memberi lebih banyak projek kepada MMG.
..
Syarikat berkenaan kemudiannya berjaya masuk ke sektor kejaraaan, melaksanakan system untuk Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi yang lain. Hari ini, MMG menikmati pendapatan berjumlah RM200 juta dan keuntungan di antara RM10 juta ke RM20 juta.

..
“Kami tidak mempunyai sebarang modal permulaan”, kata Lalitha.
..
“Syarikat ini dimulakan oleh saya, anak saya dan juga sepupu saya - ia di asaskan untuk anak saya kerana beliau enggan menyambung pelajarannya. Anak saya memainkan peranan sebagai pencipta dalam syarikat dan sepupu saya sekarang adalah Pengarah Eksekutif."
....
Beliau mengimbas kembali pada peringkat awal apabila pelanggan pernah bertanya, “Jika kamu lari, apa akan jadi?”
..
Memandangkan MMG tidak mempunyai rekod latar berlakang sebelum ini, para pelanggan mengambil mereka dengan syarat mereka hanya akan membuat bayaran selepas kerja siap sepenuhnya dan berpuas hati.
..
“Kami mengambil syarat ini sebagai cabaran untuk melakukan kerja sesempurna mungkin,” kata Lalitha.
..


“Motto kami ialah "Ya, kami boleh.” Dan kami selalu mencuba untuk melakukan pelbagai perkara dengan cara berbeza daripada orang lain. Selain daripada wang, kami mahukan cabaran. Sebab itu kami melibatkan diri dalam pengeluaran kad polikarbonat.”
..
Kad polikarbonat merupakan salah satu ciptaan Lalitha, yang mana beliau telah diberikan kewarganegaraan Malaysia yang paling beliau banggakan. Kad tersebut mempunyai cip pintar yang mengandungi cap jari dan gambar berwarna dan digunakan untuk pekerja asing.
..
Satu kelebihan berbanding Mykad ialah ia mengandungi tujuh lapisan dan maklumat yang dicetak terletak di lapisan keempat. Jadi ia tidak boleh tercalar mahupun tertanggal. Banyak produk MMG, katanya adalah yang pertama di dunia.
..

“Inovasi amat penting. Jika anda tidak inovatif, anda akan ketinggalan. Kita perlu selalu mencuba menjadi lain daripada yang lain.”

..
Nasihat beliau kepada usahawan ialah: “Anda boleh memulakan bisnes tanpa sebarang wang - ia bukan mustahil. Hanya mohon kemudahan bank jika anda telah mengesahkan pesanan daripada pelanggan. Jangan pohon pinjaman jika anda memulakan satu bisnes dan berharap untuk mendapatkan sesuatu.”

Saturday, November 15, 2008

Menjadi Jutawan Melalui Penuasan Kewangan

Kunci kepada mencipta kekayaan yang besar dan menjadi jutawan ialah dengan menggunakan penuasan kewangan, kan?..

Anda mungkin telah mendengarnya beratus kali sebelum ini. Untuk mendapatkan sejumlah wang yang lebih besar pada kadar yang lebih cepat, anda perlu menggunakan “wang orang lain.”..

Dengan menggunakan penuasan kewangan, anda mencipta keupayaan untuk mempunyai lebih banyak kuasa membeli dan mendapatkan semula wang daripada pelaburan anda dengan lebih cepat dan dengan itu anda boleh mengambil kesempatan terhadap peluang lain yang mendatang...

Definasi Penuasan Kewangan paling ringkasnya ialah menggunakan wang yang dipinjamkan untuk membeli aset. Kepada orang yang telah berada dalam ‘laluan pantas’ dalam membina kekayaan memahami sebaiknya bahawa dengan menggunakan produk dan alat pinjaman yang diperolehi oleh mereka, mereka boleh gunakan hutang berkenaan dengan cara yang boleh memberikan mereka banyak kelebihan berbanding orang biasa...

Ia mungkin dalam bentuk sama ada meminjam wang daripada bank atau daripada peminjam individu bagi memperolehi situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

...

..

Begini caranya:

  • Anda temui satu hartanah komersil bernilai RM1,000,000 yang diuruskan dengan baik, dalam keadaan yang amat hebat dan dipenuhi dengan penyewa yang mempunyai 5-10 tahun lagi tempoh baki pajakan mereka.
  • Anda boleh membeli hartanah tersebut dengan tunai tetapi semua wang anda akan terikat dengan pelaburan ini sahaja.
  • Sebaliknya, anda boleh mendapatkan pinjaman hartanah tersebut yang hanya menghendaki RM200,000 sebagai bayaran pendahuluan.
  • Hasilnya, bank akan dapat 6% faedah daripada pinjaman, anda perolehi RM2,0000 aliran tunai daripada pendapatan sewa.
  • Anda sekarang mempunyai RM80,000 tunai untuk digunakan bagi peluang pelaburan lain.
  • Dalam masa dua tahun, anda mampu membuat pembiayaan semula ke atas hartanah yang anda beli ini, di mana membenarkan anda keluarkan RM20,000 yang asal keluar daripada pelaburan dan masih memperolehi RM2,000 aliran tunai bulanan. Sekarang anda memiliki keseluruhan hartanah dengan Wang Orang Lain / Other People’s Money (OPM) dan boleh pula mengulangi proses untuk membeli lebih banyak pelaburan yang berpotensi memberi pulangan.

..

Ambil senario yang sama dengan seseorang yang tidak mempunyai wang di tangan tetapi telah menemui peluang pelaburan yang hebat ini. Anda, sebagai pelabur boleh mendekati peminjam individu dan membuat satu perjanjian untuk berkongsi pelaburan tersebut. Mereka menjadi ‘orang ringgit’ untuk membantu urusniaga hartanah berjaya dan berjalan lancar manakala anda uruskan hal-hal yang lebih terperinci...

Memandangkan anda mengendalikan semua kerja dan mereka hanya sediakan wang, anda bahagikan pendapatan sebanyak 50/50. Sebagai hasilnya, anda menjadi sebahagian pemilik ke atas hartanah hebat yang menghasilkan pulangan yang tinggi dengan langsung tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket sendiri, dan peminjam individu memperolehi pulangan yang hebat daripada pelaburan tanpa perlu menguruskan secara aktif urusniaga dan pelaburan tersebut...

Menggunakan penuasan kewangan merupakan bahagian penting untuk mempercepatkan jumlah kekayaan yang anda boleh hasilkan. Ia memberi anda kemampuan untuk membeli lebih dengan kurang dan gunakan wang anda dengan lebih banyak cara dan bukan hanya satu sahaja. Apabila anda temui satu potensi menang-menang yang membenarkan anda mengambil kesempatan daripada OPM, anda sebenarnya terlibat di dalam salah satu alat pengeluaran kekayaan terbesar yang pernah wujud.