Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts

Wednesday, November 19, 2008

Formula Menjadi Kaya Yang Terhebat Di Dunia

Anda patut syak dan berwaspada terhadap sebarang tawaran atau apa sahaja skim untuk menjadi kaya...kecuali formula yang akan saya ceritakan yang amat ringkas dan mudah serta boleh dipraktikkan oleh semua orang. Percayalah formula ini benar-benar berkesan.
.....
Ia berkesan dengan amat baik sekali seihnggakan ia telah digunakan oleh billionaire termasyhur dunia daripada tokoh hebat zaman terdahulu seperti Rockefeller dan Ford hinggaalh taikon hari ini seperti Carlos Slim dan Warren Buffett. Cukuplah setakat ini pembukaan. Jom kita tengok formulanya.

Formula
..
Ia ringkasnya : FV = PV * (1+r)^n

Di mana
..
FV = Future Value (nilai masa hadapan)
..
PV = Present Value (nilai masa sekarang)
..
r = rate of return (kadar pulangan)
..
n= time (number of years) - tempoh masa


Keajaiban Kompaun
Sekarang, mereka yang pakar dan biasa tentang kewangan akan tahu persamaan ini 'bukan' satu misteri tetapi sering dipaparkan sebagaimana "future value of money" (FVM) diajarkan di universiti.
..
Formula FVM secara ringkas menyatakan bahawa kekayaan masa hadapan (FV) adalah fungsi dengan adanya tiga angkubah: jumlah wang yang dilaburkan hari ini (PV), kadar pulangan yang dijanakan (r) dan tempoh masa di mana wang itu diletakkan untuk bekerja (n).
..
Jadi, memaksimumkan kekayaan masa hadapan memerlukan tiga langkah.

Langkah 1: Tingkatkan PV
..
Ia memerlukan wang untuk mendaoatkan wang. Tetapi dengan secara aktif dan berterusan memperuntukkan sebagahagian pendapatan anda setiap bulan untuk pelaburan, anda akan mempunyai lebih banyak lagi dan lagi wang yang boleh bekerja untuk anda.
..
Jika semua faktor adalajh sama, lebih besar jumlah yang anda laburkan hari ini (PV), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan (FV).

Langkah 2: Tingkatkan r
..
Seterusnya anda perlukan satu jalan untuk mengembangkan modal tersebut. Sejarahnya, pasaran saham menjadi alat membina kekayaan yang paling efektif sepanjang zaman. Meletakkan wang anda ke dalam dana indeks kos rendah mungkin satu idea yang bijak.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih besar kadar pulangan anda (r), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan.
...
Langkah 3: Tingkatkan n
..
Ramuan terakhir di dalam resipi membina kekayaan kita yang paling mudah ialah: maksimumkan time(masa) di dalam pasaran.
..
Lihat balik kepada persamaan tersebut. Anda akan lihat bahawa n merupakan fungsi penggandaan. Bermaksud bagi setiap tahun yang anda tidak laburkan, anda melepaskan satu jumlah yang besar (hampir satu magik) kepada faedah kompaun.
..
Semua perkara dianggap sama, lebih awal anda laburkan (n), lebih besar kekayaan yang akan anda bina untuk masa hadapan. Angkubah terakhir
..
Jadi jangan bazirkan lebih banyak "n" lagi. Mula masukkan pulangan dan lebihan pendapatan ke dalam persamaan kekayaan kehidupan sebenar anda hari ini.






Thursday, November 06, 2008

Tip Dan Strategi Langsaikan Hutang

Hari ini saya akan berkongsi beberapa tips dan strategi yang anda boleh gunakan untuk langsaikan hutang.

..
Tips-tips ini saya dapati ketika menyemak kembali inbox emel saya.
.
Maklumlah, ketika Malaysia sedang diasak kegawatan ekonomi ini, timbul khabar khabar yang mengatakan bahawa bank akan meningkatkan kadar faedah (BLR)!
.
Jika sebelum ini anda membayar pinjaman RM 500 sebulan, bersedialah untuk bayar RM 700 ketika kegawatan kelak. Jika sedang bayar RM 1000, bersedialah dengan RM 1300.
.
Oleh itu jika anda ada mempunyai duit lebih sekarang, bayarlah hutang anda secepat mungkin. Ini termasuklah hutang bank, kad kredit dan juga perabot untuk menjamin hidup yang lebih baik dan tidak stress.
.
Untuk membayar hutang ini, ada 2 cara. Cara pasif dan cara aktif.

.

.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG PASIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah pasif berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
.
1 PERIKSA rekod perbelanjaan anda sepanjang 6 bulan lepas. Lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat strok! :)
.
2 KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
.
3 TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
.
4 BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
.
5 TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
.
6 SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda.

Contohnya:
.
1) Hutang perabot RM2000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000
.
7 Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.
.
8 Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
.
9 Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
.
10 Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua.

Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
.
Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG AKTIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Berbeza dengan cara pasif, strategi aktif lebih ringkas dan mudah.
.
Anda perlu melipatgandakan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% dan gunakan kesemua wang lebihan ini untuk membayar hutang anda mengikut turutan.
.
Antara sumber pendapatan tambahan ini adalah, royalti dari penulisan atau lagu yang digubah, buat kerja freelance ataupun pendapatan dari perniagaan internet anda sendiri.
.
Yup! Perniagaan internet tidak semestinya dilakukan full-time. Saya telah beberapa tahun melakukannya secara part time di samping tugasan seharian sebagai mahasiswa. Jika saya boleh, anda pasti lagi boleh! :)
.
Selamat Membasmi Hutang!
.

Sabri SaifulSham,
SaifulSham Consultants,
www.SaifulSham.com
.
p/s: Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham berkemungkinan besar yang terakhir tahun ini, akan diadakan pada Sabtu ini 8 Nov. Masih ada 8 tempat kosong lagi. Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, ini seminar yang mempunyai "track record" sebagai mempunyai peratusan peserta berjaya tertinggi!

Tuesday, November 04, 2008

Krisis Sub-Prima Sebenarnya Merupakan Kejayaan Kapitalisme

Wan Saiful Wan Jan
...
Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat.
...
Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi.
...
Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme.
...
Mereka sebenarnya tersilap.
..
Sosialisme merupakan satu fahaman yang membawa kepada campurtangan kerajaan dalam pelbagai hal termasuklah dalam urusan ekonomi.
...
Golongan sosialis dan mereka yang berhaluan Kiri beranggapan bahawa tidak salah untuk kerajaan menubuhkan dan menjalankan syarikat perniagaan, ataupun menjadikan syarikat korporat sebagai hak milik negara. Mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat-syarikat tertentu.
...
Mereka menafikan keberkesanan sistem pasaran dalam menghukum dan membuang syarikat yang melakukan kesalahan.
...
Leon Louw, pengarah Yayasan Pasaran Bebas Afrika Selatan telah menulis satu artikel mengenai hal ini dan beliau menghuraikan dengan cermat latarbelakang Freddie Mac dan Fannie Mae.
...
Tulisan Louw boleh membantu kita memahami situasi yang sedang berlaku. Maka saya akan memetik beberapa fakta yang beliau nyatakan.
...
Fannie Mae dan Freddie Mac, dua syarikat gergasi di Amerika yang menjadi penyebab masalah yang kita hadapi sekarang, sebenarnya ditubuhkan atas dokongan kerajaan Amerika, atau dikenali sebagai 'Government Sponsored Enterprises' (GSE).
...
Mereka ditubuhkan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mendapat pinjaman perumahan. Matlamat utama kerajaan Amerika pada waktu itu ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika membeli rumah, termasuklah golongan berpendapatan rendah.
..
Dalam rangka mencapai matlamat mereka, syarikat-syarikat ini telah mendokong kredit dan pinjaman subprima yang jauh melangkaui tahap pinjaman yang munasabah. Tetapi mereka terus disokong oleh pelabur kerana kedua-dua syarikat ini dianggap sebagai dilindungi oleh kerajaan.
..
Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) ditubuhkan pada tahun 1938 oleh kerajaan Presiden Roosevelt di bawah agenda New Deal yang amat banyak dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme.
..
Fannie Mae mencipta satu 'pasaran pinjaman peringkat kedua' dengan cara membeli pakej pinjaman daripada bank secara pukal, lantas menyatukan pakej-pakej itu sebelum dijual semula kepada pelabur domestik dan antarabangsa.
....
Federal Home Loan Mortgage Association (Freddie Mac) pula ditubuhkan oleh kerajaan Amerika pada tahun 1970 kononnya untuk menjadi persaingan kepada Fannie Mae. Jika digabungkan, aset kedua-dua GSE ini amat besar, iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada aset Citicorp, bank terbesar di Amerika.
...
Jumlah pinjaman yang mereka biayai melebihi USD$5 trilion. Fannie Mae sendiri sahaja membiayai pembelian 55 juta rumah, satu jumlah yang amat banyak. Kedua-dua GSE ini mendapat subsidi kerajaan bernilai USD$6.5 bilion setahun.
...
Kedua-dua syarikat ini terus menikmati dokongan kerajaan. Bekas Gabernor Federal Reserve Alan Greenspan pernah menyebut bahawa "Pasaran menganggap bahawa kerajaan menjamin operasi syarikat itu".
...
Vernon Smith, pemenang anugerah Nobel, pula pernah menyatakan bahawa syarikat-syarikat GSE sebenarnya merupakan syarikat yang ditanggung oleh semua pembayar cukai.
...
Maka, walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi dalam 'sistem kapitalis' Amerika Syarikat, mereka sebenarnya menikmati faedah daripada polisi sosialis seperti subsidi dan perlindungan kerajaan.
...
Malahan, mereka ditubuhkan pun atas prinsip sosialisme! Ini membolehkan mereka terus mendokong penawaran produk yang mungkin tidak dapat bertahan lama dalam sistem pasaran terbuka sebenar ? iaitu pinjaman subprima. Mereka berani mengambil risiko yang terlalu besar, dan pelabur pula terus melabur, kerana mereka dilihat sebagai dilindungi kerajaan.
...
Kegagalan Freddie Mac dan Fannie Mae sebenarnya mendedahkan betapa bahayanya jika kerajaan masuk campur dalam urusan ekonomi dan perdagangan secara berlebihan.
... ...
Apabila kerajaan menubuhkan atau mempertahankan syarikat-syarikat tertentu yang beroperasi dalam pasaran, kerajaan mencipta satu persepsi bahawa walau apa sekalipun yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan, ia tetap selamat.
...
Pelabur akan berfikiran bahawa kerajaan pasti akan menyelamatkan syarikat itu dan risiko pelaburan mereka rendah walaupun aktiviti syarikat itu berisiko tinggi.
...
Maka tidak ada apa-apa yang menghalang pelabur, dan ekekutif syarikat tersebut daripada meneruskan strategi tidak bertanggungjawab termasuklah memberi pinjaman kepada mereka yang sebenarnya tidak mampu.
...
Dalam pada itu, syarikat-syarikat ini memastikan agenda politik kerajaan tercapai, iaitu membolehkan rakyat membeli rumah walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan untuk membayar balik pinjaman.
....
Gerald Driscoll, pakar ekonomi daripada Cato Institute, mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika sekarang adalah akibat daripada sistem 'kapitalisme kroni'.
...
Driscoll berpandangan bahawa ahli perniagaan dan ahli politik bersekongkol dalam hal ini. Ahli-ahli politik telah mencipta syarikat gergasi menggunakan wang rakyat dan dengan jaminan perlindungan kerajaan.
...
Lantas syarikat itu pula kadang kala memberi sumbangan kepada agenda politik tertentu. Jika kita mahu membandingkan dengan Malaysia, ini boleh berlaku apabila syarikat-syarikat yang didokong kerajaan membiayai atau memberi subsidi kepada agenda politik tertentu.
....
Kita bernasib baik kerana sistem pasaran bebas dan kapitalisme akhirnya mendedahkan salah laku dan ketamakan syarikat-syarikat ini.
....
Sistem pasaran bebas dan kapitalisme telah menghukum syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan seperti Freddie Mac, Fannie Mae dan lain-lain lagi.
....
Jika diturut sistem kapitalisme, maka syarikat-syarikat ini akan terpaksa gulung tikar. Malangnya, elemen-elemen sosialis dan ahli-ahli politik pragmatik dalam pentadbiran Amerika masih mahu melindungi Freddie Mac dan Fannie Mae, mungkin untuk mencapai faedah politik jangka pendek (pilihanraya Amerika akan berlangsung tidak lama lagi).
...
Keruntuhan Fannie Mae dan Freddie Mac sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme dan pasaran bebas dalam mendedahkan salah laku dua syarikat bantuan kerajaan tersebut.
....
Ia bukan kegagalan kapitalisme. Sebaliknya ia membuktikan keampuhan kapitalisme dan pasaran bebas dalam menghukum salah laku dan ketamakan yang keterlaluan. Jangan pula kita dikelirukan oleh puak sosialis yang cuba menangguk di air keruh.
...
(Wan Saiful Wan Jan ialah Editor WauBebas.org dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank). - mr_

...

Dipetik dari: Harakahdaily.net





Thursday, June 26, 2008

Keajaiban Kompaun Interest (Faedah Terkumpul)

Albert Enstein pernah mengatakan FAEDAH TERKUMPUL atau COMPOUND INTEREST adalah "The eigth wonder of the world" atau "Keajaiban kelapan dunia". Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah faedah terkumpul ini?
..
Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara deposit tetap atau "fixed deposit" di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun.
..
Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.
..
M = Modal
f = Kadar faedah setahun
t= Tempoh dalam tahun
^ = Simbol gandaan
..
Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun.
Kadar Faedah ===> Wang terkumpul 4% ===> RM32435% ===> RM43228% ===> RM10,06310% ===> RM17,44912% ===> RM29,96015% ===> RM66,21818% ===> RM143,37122% ===> RM389,75827% ===> RM1,300,504

Friday, June 06, 2008

Mabuk Berbelanja!

Pelabur yang baik bukan sahaja bermaklumat dan membuat keputusan pelaburan yang betul berdasarkan maklumat, tetapi juga bijak menguruskan perbelanjaan.
..
Tiada guna mempunyai portfolio pelaburan yang baik jika anda merosakkannya dengan perbelanjaan yang tidak perlu. Jika anda mengalami mana-mana senario yang dipaparkan di sini, kemungkinan besar anda termasuk dalam kategori “mabuk berbelanja”.

8 Terlalu banyak jualan MEGA
Sepanjang bulan jualan “MEGA” Malaysia, seluruh negara sakan berbelanja dan anda boleh turut terikut-ikut dengan angin membeli-belah. Lagipun, diskaun sehingga 60 atau 70 peratus hanya datang sekali-sekala dan anda berbelanja tanpa terkawal walaupun ke atas barangan yang tidak perlu.
..
7 Gila Kad Kredit
Kini terlalu mudah memperoleh kad kredit dan keinginan berbelanja menggunakan kad sentiasa ada. Berbelanja menggunakan kad kredit selalu membuat anda berasa mempunyai lebih banyak wang daripada yang sebenarnya dan ini mendorong anda berbelanja lebih.
..
6 Musim perayaan sudah tiba!
Antara keseronokan berada dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ialah perayaan sepanjang tahun. Sejak beberapa minggu sebelum musim perayaan, orang Malaysia sentiasa memikirkan yang BARU! Anda juga tidak terkecuali. Ini bermakna membeli barangan baru seperti sofa baru, langsir baru atau baju baru, walaupun yang ada masih elok lagi.
..
5 Menjadi pengikut setia iklan
..
Anda menyelak helaian halaman sebuah majalah dan terbaca iklan mengenai telefon bimbit atau fesyen terbaru. Anda tidak dapat menahan diri daripada memiliki barangan terbaru itu dan akhirnya menjadi iklan bergerak bagi barangan tersebut.
..
4 Perkataan "merancang perbelanjaan" tiada dalam perbendaharaan kata anda
Anda tidak merancang perbelanjaan atau anda mempunyai perancangan tetapi tidak menghiraukannya. Berbelanja atas barang-barang yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada anda mampu membelinya menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Kebanyakan orang mengalami masalah kewangan bukan kerana mereka merancang untuk gagal tetapi kerana gagal merancang. Apakah anda salah seorang daripadanya?
..
3 Meneruskan gaya hidup
Jika anda biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut trend, anda berasa perlu mengekalkannya walaupun ketika menghadapi masalah kewangan. Jadi, anda terus berbelanja.
..
2 Tidak pernah menerima "didikan awal mengenai kewangan"
Tiada siapa yang mengajar anda menguruskan kewangan anda dan anda pula tidak mengambil berat untuk belajar atau meminta bantuan. Moto anda dalam hidup ini mudah sahaja iaitu kerja keras dan berbelanja besar.
..
1 Akan dapat bonus yang BANYAK tak lama lagi
Anda mendengar khabar angin mengatakan syarikat tempat anda bekerja akan memberikan bonus yang banyak. Jadi, anda mula berbelanja besar, biasanya dengan menggunakan kad kredit. Akhirnya anda mengalami masalah kewangan kerana bonus yang diperoleh jauh lebih sedikit daripada yang dijangkakan, atau lebih buruk lagi, tiada bonus langsung!
..
Jika anda seorang yang mabuk berbelanja, anda tidak keseorangan. Banyak orang yang bersusah payah cuba mengawal tabiat berbelanja mereka dan tidak tahu bagaimana hendak membatasinya. Membeli-belah dan berbelanja merupakan petunjuk zaman moden mengenai tabiat lama manusia yang gemar berburu dan berkumpul. Bezanya, kini “perburuan” kita bukan untuk mendapatkan haiwan besar zaman purba, sebaliknya kita ke kompleks membeli-belah untuk “memburu” barangan. Ini merupakan satu masalah tetapi kita boleh mengatasinya.
..
Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya.
Untuk mereka yang “mabuk berbelanja”, masih belum terlambat untuk kita membuat resolusi untuk merancang perbelanjaan dan menguruskan hutang dengan lebih baik.

Thursday, June 05, 2008

10 Tabiat Mudah Menabung

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung?
Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah!
..
Nizamsurf telah menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.
..
Tabiat #1: Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.” --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28
..
Nizamsurf: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

Tabiat #2: Bawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36
..
Nizamsurf: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!
..
Tabiat #3: Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu?
Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.” --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26
..
Nizamsurf: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.
..
Tabiat #4: Beriadah di rumah
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25
..
Nizamsurf: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.
..
Tabiat #5: Bayar bil kredit kad pada masanya
“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23
..
Nizamsurf: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.
..
Tabiat #6: Ajar anak anda sendiri
“Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan.”--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42
..
Nizamsurf: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.
..
Tabiat #7: Lepak di gerai “teh tarik” daripada di restoran yang mahal
“Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. --Sofiana, pelajar. Umur: 18
..
Nizamsurf: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.
..
Tabiat #8: Kurangkan penggunaan elektrik
“Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan.”--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47
..
Nizamsuf: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.
..
Tabiat #9: Rancang pembelian barangan dapur
“Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan.”--Dina, penjual bunga. Umur: 33
..
Nizamsurf: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.
..
Tabiat #10: Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian
“Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan.”--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28
..
Nizamsurf: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.
..
Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Tuesday, June 03, 2008

Perancangan Kewangan, Apa tu?

Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu?
..
Jika tidak, apa sebenarnya?
..
Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.
..
Apa yang termasuk dalam Perancangan Kewangan?
..
Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan:

..
Pengurusan Aliran Tunai
Ia membabitkan proses menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
....
Belanjawan.
Menghapuskan hutang.
Membuat tabungan.
..
Perancangan Pelaburan

Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.
..
Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?
..
Perancangan Insurans
Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.
..
Perancangan Cukai
Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.
..
Perancangan Persaraan

Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

Perancangan Harta
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.
..
Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.

Tuesday, May 20, 2008

Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan

Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini. Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.
Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi diberikan di sini panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.
..
Langkah 1
Libatkan seluruh ahli keluarga. Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
..
Langkah 2 Buat matlamat yang S.M.A.R.T. Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.
..
Langkah 3 Senaraikan keutamaan matlamat anda. Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
..
Langkah 4 Perancangan dan tindakan. Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.

Langkah 5 Pantau perkembangan anda. Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
..
Langkah 6 Tabah. Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.

..
Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan
Ingatlah, seperti kata bijak pandai "Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal; tetapi mereka gagal untuk merancang." Gunakan “Lembaran penentu matlamat kewangan” ini sebagai langkah awal. Selamat berjaya.

Monday, May 19, 2008

Mengira Nilai Bersih Aset Anda

Hari ini saya akan terangkan cara-cara mengenal pasti nilai bersih aset anda. Untuk mengiranya, anda perlu memahami dua komponen penting dalam pengiraan nilai bersih iaitu aset dan liabiliti:
..
Apakah itu aset dan liabiliti?
..
Secara ringkasnya, aset ialah sesuatu yang anda miliki, sementara liabiliti pula ialah sesuatu yang anda tanggung.
..
Memahami Aset
Aset boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aset pelaburan dan aset bukan pelaburan. Aset pelaburan ialah aset-aset yang menjana aliran tunai seperti dividen, keuntungan modal, sewaan dan pendapatan. Contoh-contoh aset pelaburan termasuklah akaun simpanan, simpanan tetap, saham, unit amanah, KWSP, pelaburan hartanah dan juga perniagaan anda.
..
Aset bukan pelaburan pula ialah aset yang tidak menjana aliran tunai. Contoh-contoh aset dalam kategori ini termasuklah rumah yang yang anda duduki, rumah percutian dan juga kereta anda. Walaupun aset-aset ini ‘perlu-dimiliki’ oleh setiap keluarga, malangnya ia tidak membantu menjana wang atau aliran tunai untuk anda.
..
Memahami Liabiliti
Seperti yang telah dinyatakan, liabiliti merupakan sesuatu yang anda tanggung. Ini merangkumi bil-bil yang belum dilangsaikan seperti kad kredit, pinjaman kereta dan pinjaman perumahan. Liabiliti boleh mengurangkan pendapatan anda dengan banyaknya. Untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlulah melangsaikan segala hutang anda secepat mungkin.
..
Sekiranya anda masih berhutang, anda terpaksa membayar faedah hutang tersebut. Lebih lama anda mengekalkan liabiliti anda, semakin berkuranganlah simpanan anda. Ini terjadi apabila anda gagal untuk menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding caj faedah yang perlu dibayar.
..
Memahami Nilai Bersih (Net Worth)
Nilai bersih ialah baki aset yang anda ada setelah melangsaikan kesemua liabiliti anda. Bagi pihak bank, nilai bersih anda ialah perbezaan diantara jumlah aset dan jumlah liabiliti. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kebebasan kewangan, anda perlu memilik aset pelaburan yang mencukupi untuk menjana aliran tunai yang diperlukan bagi menyara keperluan harian dan gaya hidup anda.
..
Maka, nilai bersih anda dalam konteks kebebasan kewangan ialah perbezaan di antara aset pelaburan dan jumlah liabiliti anda.

Sunday, May 04, 2008

Risiko dan Ganjaran Sebagai Pelabur

Ada satu prinsip asas yang perlu anda ingat sebelum melaksanakan pelan kewangan. Prinsip itu ialah:
...
"Lebih tinggi pulangan daripada sesuatu pelaburan, lebih tinggi risikonya."
......
Ini merupakan prinsip penting pelaburan, keseimbangan antara risiko dan ganjaran berkait langsung dengan setiap keputusan pelaburan yang dibuat. Apabila membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan, anda sentiasa menghadapi risiko kerugian. Cuma, tahap risiko itu berbeza-beza antara satu produk dengan produk yang lain.
....
Amnya, produk yang menjanjikan pulangan paling banyak (seperti niaga hadapan, opsyen dan saham yang harga meningkat dengan cepat) merupakan pelaburan yang paling berisiko - jadi, makin banyak risiko yang anda ambil dengan pelaburan-pelaburan jenis ini, semakin besar kemungkinannya ganjaran yang bakal diterima juga besar. Tetapi, kemungkinan besar pula anda boleh hilang wang pelaburan anda. Begitulah sebaliknya dengan produk kewangan yang dianggap “selamat” seperti simpanan di bank dan bon yang memberi pulangan kecil dan mantap.
..
Kemungkinan wang anda hangus kecil sekali kerana pelaburan seperti ini mempunyai risiko rendah. Tetapi pulangannya juga rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan perseimbangan antara risiko dan ganjaran.
....
Sebenarnya risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Dalam lain perkatan berapa banyak risiko yang anda sanggup terima. Risiko bermakna, mengambil sesuatu langkah yang tidak pasti iaitu tiada jaminan hasil langkah yang diambil itu akan memihak kepada anda.
..
Ketahanan menghadapi risiko diukur melalui penerimaan anda terhadap hasil daripada sesuatu pelaburan. Sama ada anda boleh mengambil risiko dan sampai ke tahap mana ketahanan anda, bergantung kepada kedudukan kewangan anda (ini merangkumi nilai bersih, pendapatan dan jangkaan hasil pendapatan pada masa hadapan), personaliti dan matlamat kewangan anda.
....
Hampir semua buku yang mengajar kita mengenai pelaburan pasti memasukkan kuiz profil risiko pelabur untuk membantu kita memastikan daya ketahanan terhadap risiko. Jawab ujian ini dan ketahuilah profil pelaburan anda: sama ada konservatif, sederhana atau agresif. Pelabur yang agresif akan mengambil risiko besar untuk mendapat keuntungan besar. Pelabur konservatif akan mencari pelaburan selamat dan berpuas hati dengan pelaburan yang membawa pendapatan mantap. Pelabur sederhana pula berada di tengah-tengah: dia mengambil sikap berhati-hati tetapi bersedia mengambil sedikit risiko untuk mendapat pulangan lebih baik.
....
Nak tahu ketahanan anda menghadapi risiko, tanya diri sendiri fasal tidur. Bolehkah anda melaburkan semua wang dalam sesuatu aset dan tetap dapat tidur nyenyak?
..
Jika tak boleh, bermakna pelaburan tersebut bukan untuk anda.

Wednesday, April 30, 2008

Formula Bagaimana Untuk Keluar Daripada Beban Hutang

Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang. Saya yakin anda telah membaca dan mendengar banyak statistik dan cerita mengenainya di media massa dan sebagainya. Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik (good debt).
..
Hutang tidak baik ialah hutang yang menjadikan anda miskin, seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan – ini semua adalah dipanggil hutang pengguna. Anda perlu keluarkan wang dari poket / pendapatan anda untuk membayarnya. Hutang baik ialah hutang yang anda perolehi di mana sebenarnya ia bekerja untuk anda. Contoh terbaik ialah pinjaman perumahan bagi hartanah yang anda sewakan di mana ia memberikan aliran tunai positif setiap bulan. Hutang baik ialah wang yang anda pinjam untuk membeli asset yang boleh memasukkan wang ke dalam poket anda.
..
Tetap Dengan Formula
Ini adalah formula terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Anda akan dapati bahawa jika anda ikut formula ini anda akan bebas daripada hutang lebih cepat daripada yang anda bayangkan. Sebahagian besar orang ramai mendapati mereka bebas hutang tidak baik dalam masa 5 ke 10 tahun. Kunci utama di sini ialah kekal dengan formula ini. Anda tidak akan berjaya jika anda berkata, "Saya cuma tingggalkan ia sebulan," kemudian dua dan kemudian tiga. Jika anda kekal dengan formula ini, ia kemudiannya akan menjadi satu tabiat yang anda akan ikuti sepanjang hayat. Berikut adalah formulanya:
..
Langkah 1 : Berhenti mengumpul hutang tidak baik.
Apa sahaja yang anda beli melalui kad kredit perlu dibayar dalam jumlah penuh pada setiap hujung bulan. Tiada pengecualian dan alasan tentang ini.
..
Langkah 2 : Sediakan satu senarai kesemua hutang pengguna (hutang tidak baik) anda.
Ini termasuk semua kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, pinjaman pembaikan rumah dan lain-lain hutang tidak baik yang telah anda buat selama ni. Malahan pinjaman perumahan bagi tempat tinggal sekarang pun perlu dimasukkan dalam senarai ini.
..
Langkah 3 : Disebelah setiap item yang disenaraikan, buatkan 3 kolum:
-Jumlah yang dipinjam
-Bayaran bulanan yang minimum
-Bilangan bulan bagi tempoh bayaran
..
Langkah 4 : Berdasarkan betul-betul di atas Bilangan Bulan, mula letakkan kedudukan setiap satu hutang berkenaan.
Letakkan ‘1’ di sebelah bilangan bulan yang paling rendah, no.’2’ di sebelah kedua paling rendah dan teruskan kepada bilangan bulan yang paling tinggi. Ini adalah susunan yang akan anda selesaikan bagi jumlah pelbagai hutang anda.
..
Pastikan Yang "Pertama Anda Menang!"
Sebab mengapa anda perlu mulakan dengan hutang yang bilangannya bulan paling rendah ialah anda mahu pastikan yang pertama anda “menang” atau berjaya di dalam proses ini secepat mungkin. Bila mana anda telah selesai membayar kad kredit (atau hutang lain), anda akan mula melihat sinar cahaya di hujung terowong.
..
Langkah 5 : Usahakan untuk dapatkan tambahan RM600 ke RM800 setiap bulan.
Jika anda benar-benar serius untuk keluar dari bebanan hutang dan lebih penting mencapai kebebasan kewangan, cara untuk menjana wang tambahan ini tidaklah sesukar mana. Secara spontannya, jika anda tidak dapat menjana menjana pendapatan tambahan sebayak itu maka peluang anda untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan adalah tipis.
..
Langkah 6 : Bayar jumlah minimum pada setiap hutang yang telah anda senaraikan KECUALI pada yang anda telah tandakan dengan “1”.
Pada hutang ni, untuk dilangsaikan, bayar jumlah minimum yang dituntut dan ditambah dengan jumlah tambahan RM600 ke RM800. Terus lakukan ini setiap bulan sehingga hutang pertama anda langsai. Seterusnya, keluarkan hutang pertama tersebut daripada senarai anda.
...
Langkah 7 : Tahniah kepada diri sendiri!
..
Langkah 8 : Bayar jumlah minimum hutang anda yang wajib pada setiap bulan KECUALI terhadap hutang yang anda telah tandakan sebagai “2”. Pada hutang ni, bayar jumlah minimum yang dikehendaki, TAMBAH keseluruhan jumlah yang telah anda bayar pada hutang #1. Sebagai contoh, jika pada hutang #1 jumlah minimum anda adalah RM160 dan anda tambahkan tambahan RM600 maka anda telah membayar satu jumlah sebanyak RM780 setiap bulan. Pada hutang #2, jika jumlah minimum yang dikehendaki ialah RM200, anda sekarang akan bayar sebanyak RM200+RM760 atau jumlahnya ialah RM960 setiap bulan.
..
Setelah satu hutang telah langsai, maka kemudian ambil jumlah yang telah anda bayar ke atas hutang tersebut dan tambah ia ke atas hutang anda seterusnya bagi mendapatkan bayaran bulanan yang baru. Anda akan kagum dengan bagaimana cepatnya jumlah ini bertambah dan juga betapa cepatnya kad kredit, pinjaman kereta dan lain- lain dapat diselesaikan. Teruskan proses ini sehingga kesemua hutang tidak baik di dalam senarai anda dapat dilangsaikan.
..
Langkah 9 : Pada saat ini jumlah bulanan yang anda bayar ke atas hutang terakhir anda menjadi agak besar.
Teruskan membayar jumlah tersebut setiap bulan sehingga selesai. Kecuali sekarang – berbanding membayar kepada pemiutang anda membayarnya kepada diri sendiri untuk hanya satu jenis pembelian : Aset yang memberikan anda aliran tunai positif setiap bulan. Anda akan keluar daripada Rat Race (perangkap hutang) lebih cepat daripada yang anda pernah bayangkan!

Saturday, April 26, 2008

Berbanding Membeli Produk..Beli Sahamnya

Tip # 5 daripada 9 :

....
Seseorang dan ramai lagi pernah bertanya kepada saya kenapa mereka tidak pernah kaya. Mereka selalu merasakan bahawa telah memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan namun tidak pernah maju ke hadapan dari segi kewangan. Jawapannya adalah mudah. Saya beritahu kepada mereka untuk berhenti membeli produk yang dijual syarikat berkenaan dan mula memebeli syarikat itu sendiri!
....
Soal selidik terbaru mendedahkan bahawa 27-30% pendapatan yang diperolehi oleh orang-orang kaya pergi ke dalam akaun pelaburan dan simpanan. Itu bukannya hasil daripada menjadi kaya, itu adalah kenapa mereka menjadi kaya.
Ia juga memerlukan komitmen dan pengorbanan daripada diri anda sebenarnya.
..
Apabila keazaman dan kesungguhansakitan untuk keluar daripada ikatan daripada perhambaan kewangan adalah lebih kuat daripada kesakitan untuk menugbah tabiat berbelanja anda, anda akan menjadi seorang yang kaya kelak. Samada berubah atau kekal hidup sebagimana sekarang.

Wednesday, February 27, 2008

Sebelum Anda Melabur...

Langkah Pertama sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk :
....
- Membeli kereta
- Membeli rumah
- Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi
- Pergi bercuti
- Merancang persaraan yang selesa untuk masa hadapan

Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk:

- Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan
- Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
- Meningkatkan nilai asset bersih anda
- Gabungan mana-mana daripada yang di atas
....
Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai. Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.

Langkah Dua : Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
....
Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
....
- Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
- Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendal laburkan?
- Adakah pelaburan yang dirancang besesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
- Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
- Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah annda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
- Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
- Berapa lamakah tempoh pelaburan anda?
(sebagai contoh, 5 tahun, 1 tahun, dsbnya)
- Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkanpelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?
- Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?
Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda.

Langkan 3 – Tahu strategi dan konsep melabur
..
Pempelbagaian
Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian – iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatility dalam sesuatu kelas asset atau industry. Jenis pleaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbani oleh perolehan pelaburan lain.
..
Nilai masa wang
Masa ialah asset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebakan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperolehi faedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda perolehi daripada pelaburan anda. Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.
..
Impak Inflasi dan Cukai
Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masaa hadapan. Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperolehi pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi.
..
Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.