Thursday, April 02, 2009

Kisah Inspirasi Jutawan - J. Paul Getty

J.PAUL GETTYJ. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masuk perkhidmatan diplomatik.
.
Setelah keluar universiti dia tertarik dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.
.
Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang lain dan kadang kala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu.
.
Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.
.
Nasib baik?
.
Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa telaga itu akan menghasilkan minyak?
.
Dia tidak tahu walaupun dia telah mengumpulkan data-data.
.
"Semua perkara mempunyai unsur nasibnya.", dia berkata, dan "Anda harus berani hidup bersama nasib anda.".
.
Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini:
.
Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba.
.
Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

No comments: