Wednesday, October 21, 2009

Tip Perniagaan Runcit

.
Sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan runcit, pastikan:
.
Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama. Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
.
Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal. Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.
.
Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda. Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan. Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisiplin serta penuh komitmen. Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati. Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.

.
Anda perlu prihatin terhadap kos.

Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
.
Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama.
Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain. Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan bajet anda. Apabila menyewa, rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda.
..
Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebut harga dan Iain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.

.
• Rancanglah perkara-perkara di luar jangkaan anda. Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh bertaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk meng-hadapinya.
.
• Ambil insurans untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsuranskan.

.
• Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandar raya dan isu-isu pasar malam.

.
• Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.

.
• Dalam perniagaan, berhati- hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank. Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

.
• Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda. Amalkan etika perniagaan yang baik. la akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan memudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.

No comments: