Wednesday, November 04, 2009

Hobi Jadi Sumber Pendapatan

.
Cukupkah jika sekadar ada minat yang mendalam dan semangat juang yang tinggi untuk menyernpurnakan impiannya itu?
.
Mampukah hobi itu dikomersialkan dan bagaimana untuk mengekal perniagaan itu?
.
Ikuti pandangan pakar perunding kewangan dan beberapa orang yang memulakan perniagaan bermula dari hobi. Menurut Perunding Kewangan, Sunthara Segar, setiap individu yang ingin memulakan bisnes berasaskan hobi periu memahami ruang lingkup perniagaan yang akan mereka ceburi itu.
.
Perkara utama yang perlu mereka lakukan adalah membaca buku berkaitan perniagaan dahulu, bagaimana menguruskan perniagaan dari peringkat mula sampai ke akhir iaitu tahap di mana bisnes boleh dijual kepada pihak ketiga dengan keuntungan berlipat ganda.
.
Sekiranya mereka berhasrat ingin mengkomersialkan perniagaan berasaskan hobi itu, mereka tidak seharusnya memandang enteng soal kewangan bisnes. Setiap bisnes mempunyai dua jenis punca rezeki.
.
Yang pertama dari keuntungan harian atau bulanan. Yang keduanya dari niiai jualan semula di satu masa nanti. Nilai jualan hilah yang bakai menjadikan wanita bersara awal jika dia mahu.
.
Persoalannya adakah dalam keadaan ekonomi yang suram ini memberi rnanfaai kepada mereka untuk memulakan satu bisnes yang baru?
.
Keputusan memulakan bisnes ini sememangnya akan memberi manfaat dari segi kepuasan peribadi tetapi dari segi praktikal mereka periu membuat kajian tentang dua perkara berikut.
.
Pertama jika memulakan bisnes sekarang apakah pasaran bersedia menerimanya. Kedua. kalau mereka memulakan bisnes itu larnbat iaitu menanti sehingga ekonomi RM1000, tidak salah untuk terus memulakan perniagaan sebab risiko hangus modal pun kecil sahaja.
.
Walau bagaimanapun, setiap peniaga perlu menguasai teknik pemasaran sama ada secara internet (online) ataupun offline secara tradisi. Sebagai makluman, saluran pemasaran yang aktif akan membawa kepada hasil jualan yang mantap dan ia juga akan memastikan aliran tunai perniagaan sentiasa sihat. Hal ini dapat diperoleh sekiranya mereka mengawal perniagaan dengan ketat.
.
Pengetahuan menguruskan aliran wang keluar-masuk juga perlu diketahui. Wajib bagi mereka menyimpan rekod kewangan harian secara manual yang dicatatkan di atas sekeping kertas atau perisian. Rekod ini mustahak untuk disimpan dengan teliti. la akan berguna kepada mereka apabila hendak memohon pinjaman untuk membesarkan perniagaan.
.
Sememangnya peluang untuk memulakan perniagaan berasaskan hobi ini begitu luas dan hanya dibatasi oleh imaginasi dan minda sahaja. Sebagai contoh, baru-baru ini syarikat televisyen tempatan telah menyiarkan kisah perniagaan kuih lapis Sarawak yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Berkat kegigihan pengusahanya, perniagaan itu kini berjaya membawa keuntungan hingga setengah juta.
.
Walau bagaimanapun, bukan semua perniagaan berasaskan hobi itu berjalan dengan mudah. Ada beberapa rintangan dan halangan yang perlu dihadapi oleh pengusaha itu sendiri. Misalnya tiada pasaran, bekalan tidak mencukupi, masalah kewangan dan sebagainya. Ada kalanya masalah-masalah begini membuatkan pengusaha patah hati dan tidak dapat bertahan untuk meneruskan perniagaannya.
.
Apa yang perlu mereka lakukan jika berhadapan dengan masalah begini?
.
Jawapannya bergantung kepada kekuatan personaliti dan minda mereka. Selalunya usahawan mempunyai sikap tidak mengalah yang tinggi. Jadi tanya pendapat usahawan lain dahulu.
.
Boleh juga berunding dengan pihak bank untuk mendapat suntikan kewangan. Membaca buku- buku motivasi seperti kisah kejayaan orang-orang yang telah berjaya juga membantu. Namun, elakkan mendengar berita-berita suram mengenai bisnes ini. Jika tidak berjaya, cuba pula dengan kaedah lain.
.
Dalami Ilmu berkaitan Hobi
.
Jika boleh daftarkan diri dan ikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab hobi berkaitan dan berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda. Internet memberi ruang informasi yang paling cepat dan padat. Justeru, cari mengenai hobi itu di dalam internet, membaca secara percuma di perpustakaan atau membeli di kedai buku.
.
Jika anda seorang yang rajin berjalan, cuba melawat "flea market" kerana di situ ada gerai-gerai yang menjual produk berasaskan hobi. Antara perniagaan berasaskan hobi yang boleh mereka usahakan adalah penjagaan bayi, kanak-kanak ataupun program perkembangan kanak-kanak, fotografi seperti fotografi laut, tanaman pokok bonsai, ukiran-ukiran seperti lilin dan kayu dan merakam video pendek.
.
Pasti ketika ini anda sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan dengan hobi yang ada. Anda juga mula berfikir pasti hobi andalah yang paling sesuai untuk dijual di pasaran pengguna.
.
Tunggu dulu!
Anda perlu tahu apakah pasaran tersebut. Sebab jika ada pasaran tentu ada permintaan untuk produk. Masalahnya ialah adakah usahawan tahu apa sebenarnya produk yang didambakan pasaran tersebut. Jadi apa saja hobi yang mempunyai pasaran yang lapar ialah hobi yang paling sesuai.
.
Satu ingatan kecil dari saya ialah bila hobi dijadikan bisnes ada kemungkinan unsur "keseronokan" akan hilang kerana mengurus bisnes memang ada tekanan. Jadi pandai-pandailah buat keputusan.

1 comment:

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.