Monday, November 23, 2009

Rahsia Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Wang

Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat.

Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila disuruh melakukan sesuatu yang tidak diminati. Sudah tentulah hasilnya tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak selesai.

Oleh itu tidak hairanlah jika anda dapat ramai orang sering bertukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.

Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak perubahan yang berlaku.

Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya dalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati.

Bagaimana Menukar Hobi Dan Kemahiran Menjadi Wang?

Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tiada pengalaman.

Walau bagaimanapun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit.

Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.

Jadikan Hobi Dan Kemahiran Sebagai Punca Pendaptan Dengan Menulis.

Contohnya :

  • Jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.

  • Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.

  • Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.

  • Jika anda seorang mekanik, anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.

  • Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan yang dibukukan, mengadakan kertas kerja dan kursus.

  • Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah.

  • Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.


Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud di dalam diri sendiri. Rahsianya… Menjadikan Hobi & Minat Sebagai Peluang Perniagaan.


Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu, anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan.

Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.

Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin.

Menjadi lebih kreatif supaya dapat mencari lebih banyak peluang menjana wang.

Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

No comments: