Tuesday, September 30, 2014

Arnab baka popular



Bentuk badannya yang comel dan bulu yang bersih serta jinak antara faktor ramai orang menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan.

Berdasarkan kepada ilmu zoologi, haiwan jinak tersebut sebenarnya mempunyai pelbagai spesies dan beberapa ciri istimewa yang wajar diketahui.

Sama seperti kucing sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan, menjaga dan menyusukan anak tetapi ia menjadi mangsa buruan oleh haiwan karnivor.

Antara ciri-ciri arnab ialah mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba dan juga deria pendengaran sensitif bagi membantu arnab mengesan musuh.

Arnab juga mampu bergerak pantas dengan cara melompat dan boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika dan gurun.

Terdapat beberapa spesies arnab tetapi yang paling popular di negara ini dan dijadikan haiwan peliharaan ialah Holland Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex.
Menurut seorang anggota Kelab Arnab Malaysia (MRC), yang juga pengkaji arnab, Shirrly Teo, 28, baka itu banyak dipelihara di rumah dan ada yang menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan.

“Tiga baka ini paling laris di pasaran berbanding spesies Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya maka lagi tinggi nilainya," katanya.

Beliau ditemui pada satu pertandingan arnab di ibu ngara baru-baru ini.
Tiga baka itu memang diimport dari Amerika Syarikat yang kebanyakannya dibeli secara dalam talian.

“Biasanya kos penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi, selain itu mereka yang membelinya perlu mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara itu selain permit untuk urusan import eksport," katanya.

Shirrly berkata, penjual haiwan ini biasanya menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 bagi baka Holland Lop dan antara RM200 hingga RM5,000 bagi baka Netherland Draf.

“Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya sama ada tebal atau nipis, saiznya sama ada kecil atau besar serta bentuk mukanya yang comel. Namun begitu setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri," katanya.

Makanan arnab yang diimport dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu seperti Timothy Hay dan pelet kerana mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan arnab.

“Kita tidak digalak memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap, haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik di dalam sangkarnya," katanya.

Kini Shirrly mempunyai 150 ekor arnab sebagai perniagaan sampingannya.
“Jika dihitung memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar namun apa yang penting adalah minat untuk membela haiwan ini," katanya yang juga anggota Persatuan Pencinta Arnab Selangor (Pecinta).

Penggemar arnab, Jeyanthi Nadesen, 33, mempunyai seekor arnab seberat lapan kilogram yang dinamakan sebagai Opapa dari baka English Lop dan dibeli dengan harga ribuan ringgit.

“Kos untuk menjaga Opapa ialah RM200 sebulan. Saya tidak kisah menghabiskan wang kerana Opapa adalah baka induk untuk semua arnab yang saya jual di Kota Damansara," katanya.

Jeyanthi berkata, walaupun Opapa bersaiz besar namun binatang peliharaannya itu amat manja dan tidak pernah menggigitnya walaupun lapar.
Bagi Zubaidi Hasyim, 45, yang menamakan arnabnya Kak Tun, akan membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan haiwan peliharaannya itu hidup selesa dan tidak dihinggapi sebarang penyakit.

“Anak saya yang menamakannya sebagai Kak Tun kerana begitu gemar dengan kecomelan melalui iklan di televisyen. Saya juga mempunyai 150 ekor lagi arnab yang saya namakan seperti Melur, , Aduka dan Taruna," katanya lagi.

Pertandingan itu menarik penyertaan lebih 206 ekor arnab oleh pemiliknya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand bagi mencari arnab yang paling cantik.

Juaranya ialah Monster dari spesies Holland Lop, milik Sally Koh, 25, dari Malaysia, dengan menerima hadiah berupa makanan dan keperluan arnab bernilai RM3,000. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140929/ag_02/Arnab-baka-popular#ixzz3EtucYkuu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, September 22, 2014

Cypreme-Penawar Alternatif Moden Penyakit Kencing Manis



Ada 2 keadaan bagaimana kencing manis terjadi:

1. Pankreas gagal berfungsi baik kerana asid banyak.
2. Insulin gagal berfungsi dengan baik untuk membuka pintu-pintu sel untuk gula memberikan tenaga, kerana itu anda mungkin hadapi keletihan cepat.

Jadi...


Bagaimana Cypreme berfungsi?

1. Cypreme mencuci pankreas dan meneutralkannya. Jadi, apabila pankreas yang berasid dineutralkan, insulin dapat dikeluarkan dengan baik oleh pankreas.
2. Cypreme mencuci darah dan menurunkan kadar gula.

Berminat?
Pm saya segera.
Boleh juga sms/whatsapp ke 019 7589774 Nizam

Saturday, September 13, 2014

Kaya dalam masa singkat

Baharuddin Mohamed's photo.

Nak kaya dalam masa 60 hari je....tak percaya, cuba baca cerita ni sampai habis

Minggu lepas saya ke perlis, saya bertemu seorang usahawan tani. Kerjanya bercucuk tanam, katanya dengan tanah kita boleh buat duit. Saya mula tertarik dengar dia bercerita bila dia menjual jagung dan mendapat hasil jualan RM350 ribu semasa pesta MAHA yang lepas. Saya korek rehsianya.
Dia menanam jagung dan menjual jagung. Dia menanam ikut musim. Jagung dijaga dari mula tanam hingga tuai hanya 60 hari. Rahsianya kita perlu tahu bila mahu kita tanam , dan bila masa menuai. kalau lambat sikit jagung tak dapat dijual. Se ekar kita dapat 21 ribu pokok jagung.
Jagung manis perlukan air yang cukup. Modal untuk sepokok jagung adalah 0.45 sen. Bermakna jika kita menjual sebiji Seringgit, bermakna kita untung 0.65 sen sebiji. Seekar untung bersihnya adalah RM11,962.50. Kalau 5 ekar atau 10 ekar mungkin anda sudah boleh mengiranya.
Sahabat saya mempunyai 150 ekar tanah yang di sewa dengan kerajaan negeri. untuk tanaman jagung. Jagung di tanam secara berperingkat untuk masa menuainya tidak serentak.
Anda graduan ? anda masih tidak bekerja ? Boleh agaknya anda mencuba nasib menjai bos untuk diri anda sendiri. Jika anda tidak boleh mendapat sebanyak untung seperti saya nyatakan diatas.
Sekarang untuk membuatkan anda percaya cakap saya, cuba anda kira bila anda menjual jagung bakar dengan harga biasa di kampung saya RM2.00-RM2.50 sebiji. tentu banyak untungnya kan. untungnya berganda jika anda menjualnya sendiri.
Belajarlah berniaga dari kecil-kecil, tanamlah sedikit di belakang rumah dan tanah terbiar. usahalah sendiri. Insyaallah anda boleh berjaya.

Nasihat Kalau Nak Tanam Jagung
=====================
1. Jangan sesekali gunakan gunakan benih dari hasil tenaman yang lepas. Perlu mendapatkan benih yang berkualiti.
2. Rendam biji benih sebelum menanamnya. masukkan 2 atau 3 biji dalam lubang.
3. 10 KG benih untuk se ekar tanah
4. Air perlu cukup
5. Masa menuai perlu sesuai, jika nak target nak jual MAHA atau event besar. Perlu tepat waktu menanam.
6. lebih baik rancang jagung pada permulaan dalam musim hujan
7. Perlu dibaja, guna baja gemuk dan baja buah 15:15:15
Siapa yang berusaha, merekalah yang mendapat untungnya.
share dan like untuk banyak lagi perkongsi bisnes
Coach Bahar

Friday, September 12, 2014

Ladang ternak orang muda



TENTU ramai yang bersikap skeptikal apabila mendengar cerita orang muda terbabit dalam bidang ternakan. Malah mungkin ada yang akan anggap itu sebagai tidak relevan, lebih-lebih lagi ladang yang diusahakan itu berhampiran kesibukan kota raya metropolitan. Namun, jika usaha dan kemahuan itu semua bukan sesuatu yang mustahil.

Hal tersebut dibuktikan oleh Pengarah Urusan Wawasan Anak Bumi Sdn. Bhd., Datuk Asmawi Kassim dengan membuka sebuah lagi ladang di Batu 10, Cheras, Selangor.

Pembukaan ladang tersebut merupakan kerjasama Asmawi bersama blog hiburan terkenal, www.rotikaya.com yang selangkah memajukan perniagaan di bidang ternakan.

Diterajui sendiri oleh Asmawi dan dua lagi rakan kongsi iaitu Shahrizan Salleh dan Nor Hamzie Md. Hambali, pembukaan ladang tersebut merupakan hasil promosi daripada kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) yang ditubuhkan sebelumnya.

Menurut Nor Hamzie, dia telah lama berminat dalam bidang ternakan, namun tidak berpeluang berikutan kurangnya ilmu berkaitan.

Namun setelah empat bulan menyertai kelab GTR, Nor Hamzie telah ditawarkan untuk membuka ladang ternakan jika berminat oleh Asmawi dan tanpa berfikir panjang persetujuan terus dimeterai.

Bagaimana pun, kekangan kawasan yang sesuai menjadi penghalang pada peringkat awalnya sehinggalah mereka bertemu dengan Shahrizan Salleh yang menawarkan tanah bapanya di Batu 10 Cheras, Selangor untuk digunakan.
“Kami memerlukan masa satu hingga dua bulan untuk menyediakan kemudahan di ladang baharu tersebut.

“Kami amat beruntung kerana bapa Shahrizan pernah memelihara kambing sebelum ini. Kandang yang ada masih boleh digunakan.

“Setelah kerja-kerja pembersihan dan pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dilakukan akhirnya, tertubuhlah ladang baharu yang dikenali sebagai Rotikaya Farm," katanya.

Biarpun tidak memiliki latar belakang dalam bidang ternakan, ia tidak menjadi penghalang Nor Hamzie dan Shahrizan untuk berkecimpung bidang tersebut.
Bahkan, minat yang mendalam tersebut jelas kelihatan apabila mereka berdua turut merancang untuk mempelbagaikan ternakan di ladang tersebut.

Kini, antara ternakan yang terdapat di Rotikaya Farm adalah kambing dan pelbagai ikan air tawar seperti tilapia merah, rohu, lampam patin dan haruan.
Dalam masa terdekat mereka akan menambah haiwan ternakan lain seperti itik dan juga ayam kampung malah turut berhasrat membesarkan kandang menambah bilangan rusa yang sedia ada.

Jelas Shahrizan, bapanya pernah mengusahakan ladang tersebut ketika masih sihat, namun setelah jatuh sakit beberapa tahu lalu, segala terbengkalai dan dia tidak mampu meneruskan perusahaan tersebut kerana tidak berpengalaman.

Ladang yang boleh memuatkan 280 hingga 300 ekor kambing dalam satu-satu masa itu mudah untuk dicapai pelanggan kerana berhampiran Kuala Lumpur, iaitu hanya 20 minit memandu dari pusat bandar raya.

Untuk sebarang tempahan kambing, Rotikaya Farm juga boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook di alamat www.facebook.com/rotikaya atau boleh terus menghubungi mereka di talian 011-23118293 (Nor Hamzie) dan 011- 23118292 (Shahrizan).

Selain menjual daging kambing segar, Rotikaya Farm turut menawarkan perkhidmatan penghantaran daging segar tersebut ke sekolah dan pusat tahfiz sekitar Lembah Klang untuk tujuan sumbangan derma dan sedekah.

Malah, pelanggan mereka boleh memilih sekolah atau pusat tahfiz mereka sendiri untuk tujuan tersebut.

Selain membekalkan daging segar dan kambing hidup, mereka juga menyediakan perkhidmatan masakan berasaskan kambing terutamanya menu kambing golek yang menjadi kegemaran orang ramai masa kini.

Biarpun baru berjinak-jinak, namun perusahaan mereka kini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan terutamanya tempahan menerusi perkhidmatan atas talian dan media sosial.

Jelas kedua-dua anak muda tersebut, golongan belia yang berminat dengan bidang ternakan ruminan mampu pergi jauh sekiranya diberi penerangan, peluang dan sedikit bantuan oleh pihak-pihak yang berwajib sebagai galakan dan juga dorongan.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140901/ag_01/Ladang-ternak-orang-muda#ixzz3D5ZBwetG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, September 10, 2014

Bisnes Burger Bakar



Fenomena burger bakar!

Semakin hari semakin menjadi-jadi. Pelanggan sanggup berbelanja berpuluh ringgit untuk seketul burger!

Bagaimana nak jana RM15,000 sebulan, kini didedahkan!

Tawaran Pakej Umrah 2014




Saya mewakili syarikat Mumtaz Travel ingin mewar-warkan pakej umrah 2014 bagi tarikh yang tertera.



WARGAKERJA MUMTAZ TRAVEL

 
Memperkenalkan wargakerja Mumtaz Travel
Macam Comel Je Macam Cantik Je Macam Kenal Je
Ye,Inilah Kami..Tiada Yang Rahsia
p/s: pastinya anda pernah melihat kami…

Untuk maklumat lanjut :
  • MUMTAZ TRAVEL SDN. BHD
  • No 20-01 Jalan Kolam Air Satu,
  • Nong Chik Heights
  • 80100 Johor Bahru, Johor

Tel : 07-2072717 Fax : 07-2072718
Buat sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya sekarang bagi urusan pendaftaran, tempahan dan sebagainya dan segala urusan rasmi adalah dengan wakil syarikat yang sah. 
Talian 019-7589774 (Nizam) atau emailkan ke nizamsky@gmail.com
Boleh juga layari blog baru saya ini di sini: Pasport Global


Tuesday, September 02, 2014

Biztalk MARDI lahir usahawan belia

SEBAHAGIAN peserta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan berjaya.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menggiatkan program dalam menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani (MOA) untuk melahirkan sebanyak 1000 agropreneur muda.

Bagi menjayakan hasrat tersebut satu program khas yang dikenali sebagai Biztalk Pakej Perniagaan Usahawan Muda 2014 telah dianjurkan oleh Program Agropreneur Muda MARDI dengan kerjasama Unit Agropreneur Muda (UAM) MOA.

Program tersebut dilaksanakan adalah bertujuan melahirkan usahawan muda bagi menjadikan sektor pertanian sebagai sektor moden dan dinamik selain menjanjikan pendapatan yang tinggi serta lumayan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman, kementerian menyasarkan 1000 usahawan tani setahun menerusi sembilan agensi dan tiga jabatan di bawah kementerian tersebut.

Ujarnya, setiap agensi dan jabatan tersebut pula perlu melahirkan 100 usahawan tani.

“Sehingga kini, sebanyak 2,484 belia telah didaftarkan di bawah UAM dan daripada jumlah tersebut seramai 1,029 peserta telah diberi latihan mengikut bidang masing-masing.

“Namun begitu, penglibatan golongan muda ketika ini masih rendah iaitu sekitar 14 peratus," katanya ketika merasmikan program Biztalk 2014: Pakej Perniagaan Agropreneur Muda di ibu pejabat MARDI, di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya lagi, ekoran pelancaran UAM, institut tersebut telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Program Agropreneur Muda (PAM) MARDI.

“Secara umumnya, PAM berperanan menyediakan pakej projek yang meliputi fasa latihan, fasa pelaksanaan dan fasa pemasaran termasuklah khidmat nasihat sokongan dan teknikal, bimbingan serta pemantauan kepada usahawan tani muda yang mendaftar sebagai ahli UAM," katanya.

PAM merangkumi pengeluaran tanaman (fertigasi dan tanaman cendawan), penternakan (lembu, kambing dan ayam), industri asas tani (pemprosesan makanan) serta penyediaan perkhidmatan yang merangkumi semua cabang aktiviti pertanian.

Program Biztalk tersebut membawakan seramai enam orang usahawan bimbingan MARDI yang telah berjaya dan memiliki pakej-pakej perniagaan untuk dikongsikan bersama peserta.

Selain berkongsi pengalaman, enam usahawan tersebut turut berfungsi sebagai mentor dengan bekerjasama dengan PAM untuk menganjurkan lebih banyak modul pakej keusahawan yang serasi dengan kehendak generasi muda.

Enam usahawan tersebut adalah Food Artist, pakej burger Abang Burn, Myma Frozen Product, pakej ayam percik dan satay sejuk beku, D, Zann Rich Resources, pakej pes kepak ayam panggang, Kambest, pakej produk berasaskan kambing, Melawati Kebab, pakej berasaskan kebab dan terakhir, Triple I-Ranch, pakej ternakan dan pertanian.

Program Biztalk anjuran MARDI itu bukan sahaja bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan, tetapi membuka ruang dialog pada usahawan bersama pembiaya iaitu AgroBank dan juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Selain itu, peserta turut diberi kelebihan untuk mendapatkan pinjaman daripada kedua-dua agensi tersebut untuk menyertai pakej-pakej yang disediakan oleh enam usahawan tersebut.

Dalam pada itu, MARDI turut mewujudkan tabung khas sebanyak RM1 juta iaitu setiap peserta yang terpilih akan menerima geran sebanyak RM10 ribu dengan permulaan RM5,000 sebagai pinjaman dan baki RM5,000 dalam bentuk in kind.

Menerusi program tersebut, diharapkan bakal memberikan impak yang positif kepada sektor pertanian serta mencapai matlamat membangunkan persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap pertanian dan industri asas tani.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140901/ag_03/Biztalk-MARDI-lahir-usahawan-belia#ixzz3C9VoBAif
© Utusan Melayu (M) Bhd