Tuesday, September 02, 2014

Biztalk MARDI lahir usahawan belia

SEBAHAGIAN peserta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan berjaya.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menggiatkan program dalam menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani (MOA) untuk melahirkan sebanyak 1000 agropreneur muda.

Bagi menjayakan hasrat tersebut satu program khas yang dikenali sebagai Biztalk Pakej Perniagaan Usahawan Muda 2014 telah dianjurkan oleh Program Agropreneur Muda MARDI dengan kerjasama Unit Agropreneur Muda (UAM) MOA.

Program tersebut dilaksanakan adalah bertujuan melahirkan usahawan muda bagi menjadikan sektor pertanian sebagai sektor moden dan dinamik selain menjanjikan pendapatan yang tinggi serta lumayan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman, kementerian menyasarkan 1000 usahawan tani setahun menerusi sembilan agensi dan tiga jabatan di bawah kementerian tersebut.

Ujarnya, setiap agensi dan jabatan tersebut pula perlu melahirkan 100 usahawan tani.

“Sehingga kini, sebanyak 2,484 belia telah didaftarkan di bawah UAM dan daripada jumlah tersebut seramai 1,029 peserta telah diberi latihan mengikut bidang masing-masing.

“Namun begitu, penglibatan golongan muda ketika ini masih rendah iaitu sekitar 14 peratus," katanya ketika merasmikan program Biztalk 2014: Pakej Perniagaan Agropreneur Muda di ibu pejabat MARDI, di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya lagi, ekoran pelancaran UAM, institut tersebut telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Program Agropreneur Muda (PAM) MARDI.

“Secara umumnya, PAM berperanan menyediakan pakej projek yang meliputi fasa latihan, fasa pelaksanaan dan fasa pemasaran termasuklah khidmat nasihat sokongan dan teknikal, bimbingan serta pemantauan kepada usahawan tani muda yang mendaftar sebagai ahli UAM," katanya.

PAM merangkumi pengeluaran tanaman (fertigasi dan tanaman cendawan), penternakan (lembu, kambing dan ayam), industri asas tani (pemprosesan makanan) serta penyediaan perkhidmatan yang merangkumi semua cabang aktiviti pertanian.

Program Biztalk tersebut membawakan seramai enam orang usahawan bimbingan MARDI yang telah berjaya dan memiliki pakej-pakej perniagaan untuk dikongsikan bersama peserta.

Selain berkongsi pengalaman, enam usahawan tersebut turut berfungsi sebagai mentor dengan bekerjasama dengan PAM untuk menganjurkan lebih banyak modul pakej keusahawan yang serasi dengan kehendak generasi muda.

Enam usahawan tersebut adalah Food Artist, pakej burger Abang Burn, Myma Frozen Product, pakej ayam percik dan satay sejuk beku, D, Zann Rich Resources, pakej pes kepak ayam panggang, Kambest, pakej produk berasaskan kambing, Melawati Kebab, pakej berasaskan kebab dan terakhir, Triple I-Ranch, pakej ternakan dan pertanian.

Program Biztalk anjuran MARDI itu bukan sahaja bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan, tetapi membuka ruang dialog pada usahawan bersama pembiaya iaitu AgroBank dan juga Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Selain itu, peserta turut diberi kelebihan untuk mendapatkan pinjaman daripada kedua-dua agensi tersebut untuk menyertai pakej-pakej yang disediakan oleh enam usahawan tersebut.

Dalam pada itu, MARDI turut mewujudkan tabung khas sebanyak RM1 juta iaitu setiap peserta yang terpilih akan menerima geran sebanyak RM10 ribu dengan permulaan RM5,000 sebagai pinjaman dan baki RM5,000 dalam bentuk in kind.

Menerusi program tersebut, diharapkan bakal memberikan impak yang positif kepada sektor pertanian serta mencapai matlamat membangunkan persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap pertanian dan industri asas tani.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140901/ag_03/Biztalk-MARDI-lahir-usahawan-belia#ixzz3C9VoBAif
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

puteri said...

Jangan terkejut dengan apa yang bakal anda baca di ---http://toneexcel.biz/?id=419131

Jana duit hanya dengan guna handphone!!!

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.