Tuesday, September 30, 2014

Arnab baka popular



Bentuk badannya yang comel dan bulu yang bersih serta jinak antara faktor ramai orang menjadikan arnab sebagai haiwan peliharaan.

Berdasarkan kepada ilmu zoologi, haiwan jinak tersebut sebenarnya mempunyai pelbagai spesies dan beberapa ciri istimewa yang wajar diketahui.

Sama seperti kucing sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan, menjaga dan menyusukan anak tetapi ia menjadi mangsa buruan oleh haiwan karnivor.

Antara ciri-ciri arnab ialah mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba dan juga deria pendengaran sensitif bagi membantu arnab mengesan musuh.

Arnab juga mampu bergerak pantas dengan cara melompat dan boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika dan gurun.

Terdapat beberapa spesies arnab tetapi yang paling popular di negara ini dan dijadikan haiwan peliharaan ialah Holland Lop, Netherland Dwarf dan Mini Rex.
Menurut seorang anggota Kelab Arnab Malaysia (MRC), yang juga pengkaji arnab, Shirrly Teo, 28, baka itu banyak dipelihara di rumah dan ada yang menjadikannya sebagai perniagaan yang menguntungkan.

“Tiga baka ini paling laris di pasaran berbanding spesies Jersey Wooly, Dwarf Hotot, Dutch, English Anggora, English Lop dan American Fuzzy Lop. Harganya berbeza kerana semakin cantik bulunya maka lagi tinggi nilainya," katanya.

Beliau ditemui pada satu pertandingan arnab di ibu ngara baru-baru ini.
Tiga baka itu memang diimport dari Amerika Syarikat yang kebanyakannya dibeli secara dalam talian.

“Biasanya kos penghantaran melebihi RM6,000 untuk enam ekor arnab yang bermutu tinggi, selain itu mereka yang membelinya perlu mendapatkan Sijil Sah Kesihatan dari negara itu selain permit untuk urusan import eksport," katanya.

Shirrly berkata, penjual haiwan ini biasanya menawarkan harga antara RM350 hingga RM3,000 bagi baka Holland Lop dan antara RM200 hingga RM5,000 bagi baka Netherland Draf.

“Pembeli akan menilai arnab dari segi bulunya sama ada tebal atau nipis, saiznya sama ada kecil atau besar serta bentuk mukanya yang comel. Namun begitu setiap baka ada keistimewaannya yang tersendiri," katanya.

Makanan arnab yang diimport dari Amerika Syarikat adalah yang terbaik bagi pembesaran dan kesihatan haiwan itu seperti Timothy Hay dan pelet kerana mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan arnab.

“Kita tidak digalak memberi makanan seperti sayuran dan air yang tidak bersih kerana boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan kurap, haiwan ini juga sensitif kepada cuaca yang panas dan memerlukan pengudaraan yang baik di dalam sangkarnya," katanya.

Kini Shirrly mempunyai 150 ekor arnab sebagai perniagaan sampingannya.
“Jika dihitung memang perniagaan ini tidak mendatangkan untung yang besar namun apa yang penting adalah minat untuk membela haiwan ini," katanya yang juga anggota Persatuan Pencinta Arnab Selangor (Pecinta).

Penggemar arnab, Jeyanthi Nadesen, 33, mempunyai seekor arnab seberat lapan kilogram yang dinamakan sebagai Opapa dari baka English Lop dan dibeli dengan harga ribuan ringgit.

“Kos untuk menjaga Opapa ialah RM200 sebulan. Saya tidak kisah menghabiskan wang kerana Opapa adalah baka induk untuk semua arnab yang saya jual di Kota Damansara," katanya.

Jeyanthi berkata, walaupun Opapa bersaiz besar namun binatang peliharaannya itu amat manja dan tidak pernah menggigitnya walaupun lapar.
Bagi Zubaidi Hasyim, 45, yang menamakan arnabnya Kak Tun, akan membersihkan sangkar empat hari sekali bagi memastikan haiwan peliharaannya itu hidup selesa dan tidak dihinggapi sebarang penyakit.

“Anak saya yang menamakannya sebagai Kak Tun kerana begitu gemar dengan kecomelan melalui iklan di televisyen. Saya juga mempunyai 150 ekor lagi arnab yang saya namakan seperti Melur, , Aduka dan Taruna," katanya lagi.

Pertandingan itu menarik penyertaan lebih 206 ekor arnab oleh pemiliknya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand bagi mencari arnab yang paling cantik.

Juaranya ialah Monster dari spesies Holland Lop, milik Sally Koh, 25, dari Malaysia, dengan menerima hadiah berupa makanan dan keperluan arnab bernilai RM3,000. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140929/ag_02/Arnab-baka-popular#ixzz3EtucYkuu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.