Showing posts with label Resipi Kejayaan Bisnes MLM. Show all posts
Showing posts with label Resipi Kejayaan Bisnes MLM. Show all posts

Tuesday, October 07, 2008

Definisi Pemasaran Berperingkat (MLM)


Multi-Level Marketing atau network marketing iaitu pemasaran berperingkat merupakan satu sistem di mana satu syarikat induk mengedarkan produk dan perkhidmatannya melalui satu jaringan ahli perniagaan yang berdikari, bukan sahaja di negara ini tetapi ke seluruh dunia....

Ahli perniagaan berdikari atau usahawan ini kemudian menaja orang lain untuk membantu mereka mengedar produk atau perkhidmatan. Proses orang membantu orang lain ini mungkin diteruskan melalui satu atau lebih tahap pendapatan....

Sebagai seorang ‘networker,’ anda akan memperolehi wang dalam dua cara:...

1. Anda mengedar produk atau perkhidmatan yang anda uruskan kepada rakan dan pelanggan yang dirujuk kepada anda.....

2. Anda mengajak rakan-rakan dan orang lain yang anda temui untuk meneroka satu peluang untuk sama-sama mengedar produk atau perkhidmatan anda. Tahap di mana anda melibatkan diri adalah samada salah satu ataupun kedua-dua aktiviti ini bergantung sepenuhnya kepada kehendak peribadi....

Sesetengah orang menumpukan kepada mengedarkan produk dan perkhidmatan mereka ini semata-mata. Ia hanya terhad kepada usaha mereka seorang sahaja.

...

....

Terdapat juga orang lain yang bukan sahaja memasarkan produk MLM, tetapi juga belajar bagaimana untuk menaja dan membina satu organisasi yang besar . Orang yang tetap dengan menaja berupaya “mengganda” dalam diri sendiri dengan banyak dengan cara membantu orang lain berjaya.....

Kesan penggandaan inilah merupakan keajaiban MLM. Sehari ada 24 jam tetapi dengan mempelajari bagaiman untuk menaja orang lain, anda boleh menyalin usaha anda dan pada masa yang sama menambah ke atas pendapatan anda, namun anda tidak perlu membayar gaji pekerja. Malahan anda boleh memperolehi pendapatan semasa anda tidur!






Saturday, October 04, 2008

Strategi Jutawan Multilevel Marketing (MLM)

Network Marketing atau Pemasaran Berperingkat merupakan satu lagi bisnes yang boleh dipertimbangkan oleh bakal usahawan sebagai platform mencapai taraf jutawan. Jika anda mencari-cari peluang bisnes dalam bidang MLM (Pemasaran Berperingkat), berikut saya senaraikan lapan kunci utama yang perlu dipertimbangkan.
...
Pertama Dapatkan bisnes MLM yang mempunyai produk berkualiti dengan reputasi yang baik. Jangan sekali-kali membazirkan masa cuba menjual sesuatu yang tidak mempunyai kriteria ini. Produk berkualiti merupakan permulaan awal untuk kejayaan bisnes anda. Tiada bisnes yang berjaya dibina hanya dengan menawarkan kualiti produk yang biasa-biasa sahaja.
...
Kedua Dapatkan syarikat yang menawarkan harga yang berpatutan berbanding dengan pesaingnya. Ingat, tiada siapa yang mahu membayar lebih terhadap produk atau perkhidmatan kalau mereka boleh dapatkan sesuatu yang lebih baik atau sama di tempat lain dengan lebih murah. Jadi, bandingkan harga dengan sebaiknya.
....
Ketiga Minta Jaminan Wang Dikembalikan. Perkara ketiga ialah mendapatkan 100 peratus jaminan wang dikembalikan tanpa syarat. Dengan lain perkataan, produk tersebut mestilah terlalu bagus dan pihak syarikat mesti menyokong yang mereka sanggup untuk memberikan 100 peratus pulangan semula wang ke atas apa sahaja yang mereka jual terutama apabila pelanggan tidak berpuas hati.
...
Itu juga merupakan permulaan yang baik untuk memulakan dan mengembangkan sebarang bisnes.
....
Keempat Menyimpan Inventortori atau Stok Yang Minimum. Carilah peluang bisnes MLM yang memerlukan simpanan stok yang minima atau tiada langsung dalam penyimpanan stok mereka. Anda patut mampu mulakan bisnes MLM dengan modal yang paling minima. Biasanya tidak lebih daripada RM100.
........
Kelima Rekod Simpanan Yang Baik Merupakan kriteria yang kelima di mana pihak syarikat mestilah menyediakan penghantaran yang cekap dan simpanan rekod kewangan yang teratur. Satu bisenes MLM yang baik ialah berupaya menghantar produk dalam masa 24 atau 48 jam kepada untuk dijual, atau kepada para pelanggan. Mereka juga mengambil berat rekod-rekod dan memberikan penyata kewangan yang tepat setiap bulan kepada ahlinya.
...
Keenam Dapatkan Sokongan Padu Daripada Organisasi. Ini merupakan perkara yang paling penting, jika pun mungkin yang terpenting berbanding perkara lain. Carilah sokongan daripada pihak syarikat yang boleh menawarkan latihan, yang akan memberikan anda seminar terhadap pengetahuan produk, yang boleh memberi motivasi dan juga mampu memberi anda peluang untuk membangunkan personaliti dan pembangunan bisnes anda.
...
Ramai orang yang memulakan syarikat MLM menjadi sangat berjaya memlalui bisnes mereka kerana latihan yang diperolehi daripada syarikat induk. Jika syarikat tidak mempunyai sistem latihan, cari syarikat yang ada.
...
Ketujuh Kejujuran Adalah Polisi Terbaik. Pastikan syarikat induk mempunyai reputasi yang cemerlang di dalam pasaran. Ingat, ia adalah syarikat yang boleh anda banggakan. Anda tidak patutnya membuat alasan atau mengelak daripada memperkenalkan syarikat yang diwakili.
...
Kelapan Produk Mesti Mudah Dibeli. Membawa kepada langganan semula dan bisnes ulangan. Anda patut cuba menjual produk kepada orang ramai yang boleh digunakan dengan kerap, jadi jika mereka puas hati dengannya, mereka akan terus memesannya lagi dan lagi dan lagi. Sekali anda telah mendapat seorang pelanggan, kadang-kala ia bertahan sehingga bertahun lamanya.
...
Untuk Praktis: Pertama, carilah produk yang anda benar-benar sukakan, gunakan dan berpuas hati secara peribadi. Anda boleh jual kepada orang lain jika anda benar-benar suakakannya. Malahan anda akan benar-benar suka menjualnya tanpa paksaan.
....
Kedua, cari produk yang mempunyai sesuatu yang yang baru atau isteimewa yang menjadikan ia berbeza dan lebih baik daripada apa yang telah sedia ada di pasaran. Sebab utama kenapa produk gagal ialah kerana ia tidak cukup hebat dan berbeza daripada persaingnya.
... Seorang pelanggan yang berpuas hati adalah 10x lebih mudah untuk menjual sesuatu berbanding kepada seorang pelanggan yang baru. Satu rujukan daripada pelanggan yang berpuas hati adalah 15x lebih senang untuk dijual berbanding melakukan satu 'cold call'.