Kita semua akan dapat merasa keadaan tidak selesa untuk meninggalkan pekerjaan sekarang dan melakukan sesuatu yang gila dan seronok serta berisiko dalam hidup kita. "Sesuatu yang gila" itu sering ditafsirkan sebagai menceburi bidang keusahawanan.
..
Saya akan berikan tip yang berguna melalui senarai perlu dibuat untuk anda yang telah mengambil keputusan nekad untuk mengikuti jalan ini.

1 Nilaikan berapa banyak simpanan yang anda ada. Memandangkan kebanyakan sumber modal pemilik perniagaan ialah daripada simpanan peribadi mereka, kita andaikan anda juga begitu. Duduk dan tuliskan berapa banyak wang simpanan yang anda ada. Lihat bukan sahaja terhadap akaun simpanan anda di bank tetapi juga pegangan di dalam amanah saham atau mungkin saham-saham yang dimiliki. Adakah semua ini cukup untuk bahagian anda sebahagian modal permulaan bisnes anda.

Jika tidak, mungkin anda fikir yang anda akan memperolehi pendapatan daripada perniagaan apabila beroperasi kelak dan seterusnya boleh menambah jumlah modal yang diperlukan. Saya membangkitkan perkara ini kerana bisnes mungkin atau mungkin tidak berkembang maju sebagaimana yang dijangka dalam tempoh yang diharapkan. Adalah lebih baik untuk mempastikan yang anda secara peribadi mempunyai simpanan mencukupi bagi memenuhi keperluan modal malahaa sebelum anda memulakan operasi perniagaan anda.
..
2 Terus kekalkan dengan pekerjaan sekarang-buat masa ini. Jangan harapkan untuk memperolehi gaji daripada bisnes anda pada hari pertama ia dimulakan. Ia mungkin mengambil masa sebelum bisnes berkembang maju dan sehingga saat itu, anda perlu mempastikan bahawa anda masih mempunyai pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga. Jika tidak, anda akan terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada.

Memandangkan anda biasanya akan menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi, bincang siapa di antara anda yang akan mengambil tugas dan peranan aktif di dalam operasi harian perniagaan tersebut. Individu tersebut mungkin akan menjalankan perniagaan sepenuh masa sekarang dengan gaji permulaan yang minimum (Asalkan beliau mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan seharian beliau). Kemudian apabila perniagaan tersebut maju dan berkembang, anda mungkin melihat kepada keperluan untuk fokus kepada bisnes - itulah masanya untuk melepaskan pekerjaan yang dipegang sekarang.
..
3 Mulakan secara kecilan. Semasa perniagaan masih dalam tahap permulaan, pastikan kos yang anda tanggung adalah kecil dan seminimum mungkin. Pertimbangkan untuk mempunyai pejabat di dalam rumah untuk menjimatkan sewa pejabat. Ambil pekerja yang benar-benar diperlukan sahaja. Berbanding membeli van penghantaran dan kederaan pengangkutan yang baru, dapatkan kenderaan secondhand yang baik atau gunakan kenderaan anda sendiri. 'Outsource' sesetengah kerja seperti perakaunan untuk merendahkan kos overhead.

4 Lakukan segalanya dengan betul dari awal lagi. Jadikan dana peribadi dan bisnes terpisah. Pastikan anda mempunyai kesemua permit dan kertas kerja yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan anda. Bayar lesen perniagaan dan cukai dengan tepat dan pada tempoh masa yang ditetapkan bagi mengel;akaan denda. Jika tidak, denda dan penalti akan 'memakan' modal perniagaan anda.
..
5 Jangan abaikan sikap menjaga kesihatan kewangan peribadi anda. Teruskan menyimpan sebahagian daripada gaji anda. Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan kasar adalah permulaan baik tetapi lagi tinggi lagi bagus. Sasarkan untuk mempunyai dana kecemasan meliputi sekurang-kurangnya enam bulan nilai perbelanjaan peribadi. Jika bisnes anda gagal, anda akan mempunyai dana untuk digunakan sehinggalah anda bersedia untuk langkah seterusnya.

6 Kembangkan hanya selepas berfikir sedalamnya. Adalah mengujakan untuk membuka cawangan lain secepat mungkin jika yang pertama telah menunjukkan kejayaan. Sesetengah orang juga mula membeli peralatan baru dan aset tetap yang lain semasa tahun pertama walaupun pada masa bisnes tidak dapat menampung pembelian sebegini lagi. Sebelum melaksanakan sebarang langkan pengembangan untuk bisnes, kaji aliran tunai anda dan kos yang terlibat. Buat satu keputusan bijak berasaskan kedudukan kewangan anda.

7 Dapatkan seorang mentor. Adalah bagus untuk bertanya seseorang tentang nasihat perniagaan, tentunya usahawan yang berjaya, agar anda tidak melakukan kesilapan besar. Dapatkan seorang mentor yyang anda boleh percayai dan jumpalah beliau secara kerap. Menyertai persatuan perniagaan juga akan banyak membantu anda dari segi mempelajari sesuatu daripada orang lain dan mengembangkan jaringan anda.

Pesanan nizamsurf: Pastikan anda memulakan perniagaan sendiri berdasarkan sesuatu yang anda BENAR-BENAR mahu dan minat, dan bukannya untuk sekadar melarikan diri daripada kebosanan bekerja di pejabat sekarang. Selamat maju jaya!

No comments:
Post a Comment