Laksa yang lebih sinonim untuk sajian di rumah meraikan tetamu atau di warung dengan harga sekitar RM2, kini berubah di tangan pemilik rangkaian restoran Laksa Shack, Anita Ali yang juga Pengarah Urusan Syarikat Sierra Cycle Sdn Bhd. Seawal 10 pagi hingga 10 malam siapa sahaja boleh menjamah laksa.
Bukan satu menu laksa tetapi menyediakan sembilan jenis laksa dalam mangkuk besar yang setiap satunyya berharga RM9.90. Dengan konsep dekorasi, cara penyediaan, pelayan restoran yang memuaskan, pasti ramai yang mengandaikan pemiliknya bukan Melayu.
Bekerja Keras
Usaha dan konsep perniagaan yang diperkenalkan Anita Ali mendapat permintaan daripada negara China, Australia, Dubai, India serta Singapura untuk membuka cawangan Laksa Shack di luar negara. Namun bagi Anita, tumpuannya kini adalah untuk memenuhi dan kukuhkan Laksa Shack dalam pasaran tempatan. Selepas dua hingga tahun akan datang baru beralih kepada pasaran luar setelah benar-benar bersedia dengan kualiti dan kemampuan ke pasaran luar yang perlu mengikut piawaian produk makanan yang ditetapkan.
..
Bagaimanapun graduan UiTM dalam bidang logistik ini merancang untuk memulakan perniagaan di luar negara di Singapura dan langkah seterusanya ke Indonesia dan Australia melaui perniagaan francais. Lebih membanggakan Anita apabila orang Australia juga sudah pandai makan laksa. Laksa Shack kini mempunyai 20 cawangan di lokasi-lokasi strategik antaranya KLCC, Mid Valley, Bangsar dan terkini gah berada di The Pavilion, Bukit bintang.
...
Untuk pengubahsuaian setiap cawangan baru, RM4 juta hingga RM6 juta diperiuntukkan khususnya pada cawangan The Pavillion, Carrefor Subang Jaya, jusco Bukit Tinggi, Klang untuk menpati imej yang ditonjolkan serta membawa jenama Laksa Shack kepada pasaran komersil dan setanding konsep rangkaian restoran antarabangsa yang lain.
...
Pada penghujung tahun ini dijangkakan cawangannya akan bertambah sebnayak 50 buah dan juga sebagai perniagaan francais. kini pihaknya dalam proses memilih calon-calon francaisor yang bernar-benar layak bukan sahaja bersandarkan kepada kemampuan modal tetapi komitmen dalam menjadi seorang usahawan yang kreatif mencari keuntungan perniagaan.
..
Kata Anita, pada tahun 2006, perniagaannya memperolehi pulangan RM15 juta. jumlah itu juga telah meningkat lebih daripada 80 peratus pada tahun lepas. Bagaimanapun kejayaan dan sambutan yang diterima pada setiap cawangannya terutama laksa asam, laksa johor dan laksa sarawak yang dianggap 'bestseller' mendorong peningkatan jualan.
....
Dengan memiliki 400 orang pekerja dan bakal siap dengan kilang barunya di Shah Alam, Anita yakin perniagaannya mampu berkembang dan mensasarkan jualan RM40 juta pada tahun 2008. Sasaran jualan itu juga termasuk dengan perancangan menambahkan menu lain selain laksa berkuah dan dalam masa yang sama merancang memperkenalkan mesin pembuat laksa yang khusus dengan laksa yang mempunyai empat hingga lima perasa dan mobile kitchen.
...
Mobile kitchen mempunyai konsep ambil dan bawa pulang di bawah konsep francais. Jualan boleh dilakukan dengan lori kecil yang diubahsuaia sama ada untuk katering atau pelanggan di kalangan pekerja pejabat. kini pihak Anita masih giat melakukan prototype untuk tujuan tersebut.
...
Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya
Melihat kepada pencapaiannya hari ini, Anita akui pengalaman banyak mengajarnya untuk sentiasa maju dalam perniagaan. Cabaran yang diterima dijadikan kekuatan untuk bangkit dan membuktikan kemampuannya. Bagi Anita, peluang yang datang dianggap tidak akan datang yang kedua atau ketiga, itulah resepi kejayaannya agar menghargai sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment