Terdapat banyak cara seseorang boleh menjadi kaya dan setiap satunya mempunyai harganya yang tersendiri.
.1. Anda boleh menjadi kaya dengan berkahwin dengan seseorang kerana hartanya.
.2. Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi penjenayah, menipu dan melanggar undang-undang negara.
.3. Anda boleh menjadi kaya dengan mewarisi harta keluarga anda yang kaya.
.4. Anda boleh menjadi kaya dengan memenangi loteri.
.5. Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi bintang filem terkenal, penyanyi terkenal, bintang sukan dunia atau seseorang yang terbaik dalam profesionnya.
.6. Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi seseorang yang tamak haloba.
.7. Anda boleh menjadi kaya dengan bersikap kedekut atau 'haji bakhil'
.8. Anda boleh menjadi kaya dengan menjadi seseorang yang bijak dalam menguruskan kewangan anda.
.Pilihan di tangan anda tetapi sebagai orang biasa saya cadangkan kepada anda dan diri saya sendiri supaya memilih pilihan yang kelapan kerana peluang untuk mengikuti cara yang lain-lain itu agak rendah peratusannya.
.Mulakan langkah anda sekarang dan matlamat anda untuk menjadi kaya dan mencapai kebebasan kewangan terbentang luas. Ambil langkah, aplikasikannya dan lakukan sahaja!
No comments:
Post a Comment