Rumah yang selesa, tabung pendidikan anak atau apa saja yang anda ingini. Jalan paling baik untuk mencapai keinginan anda ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan.
Tidak ada syarat tertentu untuk membuat matlamat tersebut tetapi diberikan di sini panduan mudah untuk membantu anda menentukan matlamat sendiri.
..
Langkah 1 Libatkan seluruh ahli keluarga. Ketika menentukan matlamat kewangan, paling baik kalau dapat melibatkan seluruh ahli keluarga. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat anda.
..
Langkah 2 Buat matlamat yang S.M.A.R.T. Matlamat mestilah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, relevant, time related – SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit saya menjelang Januari 2005 dengan bayaran bulanan sebanyak RM150”.
..
Langkah 3 Senaraikan keutamaan matlamat anda. Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan di segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat dan memberi tumpuan terhadap mencapai matlamat tersebut.
..
Langkah 4 Perancangan dan tindakan. Tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Misalannya, jika anda merancang untuk meningkatkan tabungan bulanan anda sebanyak RM100 atau hendak membawa bekal ke tempat kerja, pastikan anda melakukannya.
Langkah 5 Pantau perkembangan anda. Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Berikan ruang untuk pengubahsuaian atau perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda.
..
Langkah 6 Tabah. Buat takrif semula matlamat kewangan atau perancangan anda sekiranya perancangan asal tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jangan sekali-kali berputus asa.
..
Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan
Ingatlah, seperti kata bijak pandai "Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal; tetapi mereka gagal untuk merancang." Gunakan “Lembaran penentu matlamat kewangan” ini sebagai langkah awal. Selamat berjaya.

No comments:
Post a Comment