.
Maklumlah, ketika Malaysia sedang diasak kegawatan ekonomi ini, timbul khabar khabar yang mengatakan bahawa bank akan meningkatkan kadar faedah (BLR)!
.
Oleh itu jika anda ada mempunyai duit lebih sekarang, bayarlah hutang anda secepat mungkin. Ini termasuklah hutang bank, kad kredit dan juga perabot untuk menjamin hidup yang lebih baik dan tidak stress.
.
Untuk membayar hutang ini, ada 2 cara. Cara pasif dan cara aktif.
.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG PASIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah pasif berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
.
1 PERIKSA rekod perbelanjaan anda sepanjang 6 bulan lepas. Lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat strok! :)
.
2 KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
.
3 TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)
.
4 BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
.
5 TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
.
6 SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda.
Contohnya:
.
1) Hutang perabot RM2000
2) Hutang kad kredit RM5,000
3) Hutang kereta RM50,000
4) Hutang rumah RM100,000
.
7 Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.
.
8 Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
.
9 Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.
.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.
.
10 Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua.
Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
.
Gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
STRATEGI BEBAS HUTANG AKTIF
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
.
Berbeza dengan cara pasif, strategi aktif lebih ringkas dan mudah.
.
Anda perlu melipatgandakan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% dan gunakan kesemua wang lebihan ini untuk membayar hutang anda mengikut turutan.
.
Antara sumber pendapatan tambahan ini adalah, royalti dari penulisan atau lagu yang digubah, buat kerja freelance ataupun pendapatan dari perniagaan internet anda sendiri.
.
Yup! Perniagaan internet tidak semestinya dilakukan full-time. Saya telah beberapa tahun melakukannya secara part time di samping tugasan seharian sebagai mahasiswa. Jika saya boleh, anda pasti lagi boleh! :)
.
Selamat Membasmi Hutang!
.
Sabri SaifulSham,
SaifulSham Consultants,
www.SaifulSham.com
.
p/s: Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham berkemungkinan besar yang terakhir tahun ini, akan diadakan pada Sabtu ini 8 Nov. Masih ada 8 tempat kosong lagi. Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, ini seminar yang mempunyai "track record" sebagai mempunyai peratusan peserta berjaya tertinggi!
No comments:
Post a Comment