Monday, September 28, 2009

Sukan Futsal

.
Futsal
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.
.
Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.
.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
.
Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali.
.
Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
.
Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.
.
Sejarah
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa.
.
Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.
.
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.
.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
.
Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. -Three Sixty Events
.
Nanti perkembangan projek ini dari masa ke semasa. Sekian, wassalam.

Di mana tahap kewangan anda?

Oleh Irfan Khairi
.
Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan "Yo!" kepada "Irfan on Air". Irfan on Air berkonsep seperti blog andabaca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening!
.
Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip ataupun soalan bersama saya :)
.
Semalam di Radio24, program "Irfan on Air" (Setiap hari Khamis2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.
.
Berikut adalah 4 tahap tersebut...
.
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
.
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wangsimpanan yang ada.
.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan depan, makan bulan depan ;)
.
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidakselamat ini...
.
#2: Kewangan Selamat
.
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
.
6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada ditahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
.
#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan
.
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada ditahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak!
.
Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!
.
Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...
.
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).
.
#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich
.
Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kitanak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
.
Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di "Irfan on Air". Sekiranya anda ikuti, saya juga kongsikan teknik dan strategi bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4.
.
Insyaallah saya akan kongsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita...
.
Soalan cepu gangsa pada hari ini...
.
Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

Sunday, September 27, 2009

Produk Hidayah Cookies tambat hati pelanggan

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
.
.
SELAIN kuih raya moden, sambutan Aidilfitri pastinya kurang meriah tanpa kehadiran kuih tradisional yang masih mendapat sambutan baik pelbagai golongan masyarakat.
.
Kuih tradisional seperti semperit, dodol, kuih bangkit dan baulu pasti akan menjadi hidangan wajib bagi menjamu tetamu yang datang bertandang ke rumah.
.
Penerimaan berterusan kuih tradisional tersebut adalah mungkin disebabkan oleh rasanya yang sedap dan ia boleh disimpan untuk jangka masa lama.
.
Mengambil contoh dodol, kuih itu kini tidak hanya dimakan ketika musim perayaan sebaliknya permintaan terhadap produk makanan itu terus meningkat walaupun pada hari-hari biasa.
.
Malah, hari ini kita dapat melihat dodol semakin mudah untuk diperolehi dari kedai-kedai dan juga pasar raya-pasar raya utama.
.
Sambutan baik itu terhadap kuih tradisional telah mendorong Sarimah Jantan, 45, untuk menjalankan perniagaan produk tersebut secara komersial.
.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru tadika pada tahun 1990, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
.
“Setelah berhenti, saya cuba melibatkan di dalam bidang jahitan dan alhamdulillah saya menerima pendapatan sekitar RM300 hingga RM1,000 sebulan.
.
“Disebabkan menjahit memerlukan komitmen dan tenaga yang tinggi, saya akhirnya memilih untuk menjual produk makanan bermula tahun 2000,’’ katanya ketika ditemui di kedainya di Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam, baru baru ini.
.
Ketika itu, beliau menjalankan perusahaan membuat kerepek, roti, kek dan dodol di rumahnya yang terletak di Seksyen 24, Shah Alam.
.
Sambutan baik yang diterima mendorong beliau membina kilang memproses di Seksyen 36 dan operasi di sana telah dimulakan pada tahun 2003.
.
Dengan kos sebanyak RM30,000, beliau telah membina bangunan kilang, membeli peralatan dan ketuhar serta menubuhkan syarikat di bawah penjenamaan Hidayah Cookies.
.
Bermula tahun 2004, operasi perniagaannya terus berkembang melalu penerimaan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.
.
Dana itu digunakan untuk membeli beberapa buah lagi ketuhar, peralatan lain seperti meja dan juga peti dingin beku.
.
“Bagi memperkembangkan produk makanan ini, saya cuba pula menghasilkan piza dan juga biskut coklat cip,’’ jelasnya.
.
Beliau memberitahu, biskut tersebut serta dodol merupakan antara produk yang mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun.
.
Malah, dodol yang dihasilkan syarikatnya juga pernah beberapa kali menerima penganugerahan pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2008 dan 2009 serta program Hari Selangor Ria.
.
Penganugerahan tersebut diterima berdasarkan kualiti terbaik kuih dodolnya yang tidak keras, tidak begitu manis, tidak melekat dan tahan lama.
.
Apa yang menarik, dari segi pembungkusan, syarikatnya telah mendapat bantuan Sirim Berhad untuk mereka bentuk kotak dan label yang menarik.
.
Untuk mengekalkan kualiti dodolnya, beliau mempunyai petua dan cara tersendiri ketika menyediakan makanan tersebut. Antaranya adalah seperti menggunakan air bertapis serta memasak mengikut langkah yang teratur dan sempurna.
.
Selain itu, faktor kebersihan dan penggunaan teknologi moden juga memainkan peranan penting ketika proses pembuatan.
.
Bagi produk biskut coklat cip, ramai pelanggan menggemarinya kerana rasanya yang sedap dan rangup.
.
Untuk musim perayaan tahun ini sahaja, syarikatnya telah mengeluarkan lebih 40 guni biskut coklat cip dengan setiap satu daripadanya mempunyai berat 25 kilogram (kg).
.
Beliau turut bercadang untuk menghasilkan beberapa lagi jenis biskut seperti oat, nestum dan badam pada masa hadapan.
.
Bagi menarik perhatian pelanggan, pihaknya juga ada menyediakan hamper dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan.
.
Dari segi pemasaran , beliau banyak menyertai kempen promosi pengusaha industri kecil dan sederhana yang dijalankan oleh pelbagai jabatan kerajaan.
.
Antaranya adalah seperti pasar tani di sekitar Shah Alam, Serdang, Bandar Kinrara dan Putrajaya serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).
.
Beliau turut mengambil pendekatan dengan menjual produk-produknya ke sekolah-sekolah di sekitar Selangor, memasuki pasar raya besar terkenal serta menerima tempahan daripada pemborong dari seluruh semenanjung.
.
Selain Jabatan Pertanian, beliau turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa kewujudannya.
.
Dalam memastikan perniagaan beliau berjaya dan berjalan lancar, pelbagai cabaran telah beliau ditempuhi seperti pernah ditipu dan bekerja tidak tentu masa.
.
“Walaupun saya mempunyai 12 orang pekerja untuk membantu menguruskan perniagaan, namun saya tetap perlu turun padang memantau keadaan tempat pemprosesan pada masa-masa tertentu,’’ katanya.
.
Sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan tersebut, ibu kepada empat orang anak itu mendapat dorongan serta bantuan daripada suami dan juga adik beradiknya.
.
Untuk perancangan pada masa hadapan, beliau bercadang memperluaskan pasaran produknya ke Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.
.
Maklumat mengenai kesemua produk syarikat Hidayah Cookies boleh diperolehi daripada laman blog hidayahcookies.blogspot.com atau hubungi talian 03-33632720. -utusan online

Jangan mencari terlalu "sempurna"

Jika kamu memancing ikan......

Setelah ikan itu terlekat di mata kail......

Hendaklah kamu mengambil ikan itu......

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu
sahaja.......

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup......


Begitulah juga......



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu......

dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati
kamu......


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu
teguh......

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......

Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula......

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......



Begitulah juga......



Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa......

Anggaplah dia manusia biasa......

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan

MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
kamu merasa terlalu
kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi......

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain......

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ......

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi......
Kamu akan MENYESAL ......



Begitulah juga......



Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ......

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu......

MENYAYANGIMU .... MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....

Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang
lain......

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......



Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia
bukanlah faktor utama
KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan
KESILAPAN orang yang kita
sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR dengan apa yang
kita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
...itu lebih BERMAKNA !


"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan
berganti, namun yang
berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"



http://zailina88.blogspot.com/

Saturday, September 26, 2009

Sejarah Futsal

.
Sukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk Brazil.
.
Dalam masa yang sama ketika era tersebut bandar Rio De Jenero sangat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum.
.
Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota Brazil. Masyarakat di kota tersebut masih lagi bermain bolasepak di mana sahaja tempat yang sesuai. Dan pada kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan.
.
Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bolasepak didalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan.
.
Daripada itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeda sedikit berbanding dengan bolasepak di padang. Dan akhirnya mereka menggelar permainan cara itu dengan panggilan ‘FUTSAL’ yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).
.
Bisfish Enterprise akan bekerjasama dengan Three Sixty Events bakal menganjurkan kejohanan futsal terbuka pada awal bulan januari 2010 nanti. Blog Usahawan Bistari akan menjadi media rasmi dan kejohananan ini mensasarkan untuk mencari 32 pasukan bertanding dalam pformat terbuka yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur.
.
Perkembangannya akan dikemas kini dari masa ke semasa dan janji kami adalah ia akan menjadi satu event yang gempak!

Thursday, September 24, 2009

Dari seorang buruh kepada jutawan keropok

MENGENANGKAN kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.
.
Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.
..
Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.
.
Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
.
“Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.
.
Selepas berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib, 40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan lekor secara kecil-kecilan.
.
Walaupun pernah ada kata-kata sinis dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.
.
Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.
.
Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung dan bandar Kuala Terengganu.
.
Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal untuk membuka kedai menjual makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor Bharu, Johor pada 2001.
.
Bagaimanapun, perniagaan berkenaan diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori.
.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.
.
Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.
.
Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan awal Januari lalu.
.
Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.
.
Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan.
.
Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.
.
Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropoknya selain turun ke padang bertemu pelanggan.
.
Selain itu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan keropok, beliau membuka pusat memproses yang berkemampuan menghasilkan satu tan keropok lekor dan kering setiap hari.
.
Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok.
.
Malah, beliau sanggup menggunakan beberapa kereta mewah miliknya seperti Mitsubishi Evolution, BMW dan pacuan empat roda mengangkut isi ikan yang siap diproses dari pusat memproses sebelum dihantar ke kedainya.
.
Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan.
.
“Semuanya ini hasil daripada hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih saya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
.
“ Walaupun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepada saya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” katanya.
.
Ternyata, pelawat yang datang ke Terengganu menjadikan kedai Pak Embong sebagai destinasi persinggahan yang pasti untuk membeli keropok kering dan lekor.
.
“Kebiasaannya bas rombongan menjadikan kedai kami ini sebagai pelengkap lawatan mereka bagi mendapatkan keropok yang enak sebagai santapan pulang ke negeri mereka.
.
“Dengan harga munasabah dan dengan slogan 'Rasa Dulu Baru Beli' membuatkan pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli,” katanya.
.
BIODATA
Nama: Taib Muda
Umur: 53 Tahun
Asal: Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
Jawatan: Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri: Suri@Ngah Taib

Tuesday, September 22, 2009

Membina Kekayaan Adalah Satu Formula

Bagi kebanyakan orang, konsep mencapai kekayaan adalah sesuatu yang asing. Kita memandang kepada orang kaya dengan perasaan takut tetapi memujanya pada masa yang sama dengan perasaan iri hati, kadang-kadang dengan perasaan cemburu. Kita berpendapat kekayaan sebagai sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Sesuatu yang berlaku kerana nasib atau hanya untuk mereka yang sangat pintar.
.
Kita semua tahu bahawa memiliki sejumlah wang yang banyak bukannya satu isu tetapi apa yang kita lakukan dengan wang tersebut yang diambil kira. Hakikatnya ialah kita semua ingin menjadi kaya. Dan kita semua boleh menjadi kaya. Tetapi bukan semua orang yang menginginkannya.
.
Ini kerana anda perlu berfikir di luar kotak. Ia memerlukan yang anda memperlakukan wang anda secara berbeza berbanding dengan orang biasa selalu lakukan.

.
Bagaimana orang biasa selalu memperlakukan wang mereka?
.
Kita membelanjakan keseluruhan gaji gaji ke atas sesuatu yang tidak boleh menghasilkan lebih banyak wang kepada kita. Untuk mendapatkan lebih banyak wang, kita perlu menunggu gaji yang berikutnya. Kita juga selalunya menukarkan masa kita dengan seseorang bagi mendapatkan wang daripada mereka bagi mempastikan kita memperolehi upah. Realiti yang sebenar ialah : Membina kekayaan bukanlah misteri, ia satu formula.

.
Untuk membina kekayaan, anda memerlukan sedikit wang. Dan selalunya, ia sememangnya datang kepada kita dalam bentuk pendapatan daripada gaji. Untuk mencapai kekayaan, kita perlu memberikan tumpuan kepada apa yang kita lakukan dengan pendapatan tersebut.
.
Kita perlu tumpukan kepada perbelanjaan-perbelanjaan kita. Ini kerana wang yang kita keluarkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan tersebut akan sama ada membina kekayaan (aset) atau membina hutang (liabiliti).

.
Kekayaan adalah pengalaman yang mana memiliki lebih banyak aset berbanding liabiliti. Dan formula untuk membina kekayaan memerlukan anda memilih untuk membina lebih banyak aset berbanding liabiliti.
.
Sekarang, kita semua mempunyai perbelanjaan wajib yang mana perlu dibelanjakan daripada pendapatan kita. Selepas segala perbelanjaan ini dibayar, kita berdepan dengan pilihan apa yang perlu dibuat dengan bakinya :

.
-kita boleh membelanjakannya
-kita boleh membina hutang dengannya atau
-kita boleh membina kekayaan daripadanya
.
Kitalah yang menetukan apakah pilihan yang terbaik.yang paling penting, lakukan sahaja!

Monday, September 21, 2009

Think like an entrepreneur

The origin of the word is entreprendre, French for "to undertake." Notice that this word emphasizes an attempt to act, and not the outcome of that action: You undertake something, and the implication is that what matters is that you have started on a journey and accepted that it's an open-ended one.
.
Someone who needs an extremely high level of security might be challenged by an entrepreneurial lifestyle, yet a lot of people who don't think of themselves as embracing risk become entrepreneurs.

.
The key is that although a successful entrepreneur takes risks, those risks are measured. Though entrepreneurs frequently go out on limbs, the ones that make it generally test that limb first to make sure it has a good chance of bearing their weight.
.
Entrepreneurship can be applied to virtually any field or profession. No matter what products and services are currently on the market in your area of expertise, there are always opportunities to improve them and to better serve the customers who buy them. That said, if you're a true entrepreneur, you likely possess the following key characteristics:
.
You are driven to succeed. You're so motivated to achieve your goals that you are prepared to overcome obstacles that would likely discourage or stop others.
.
You are a self-starter and go-getter. Rather than waiting for someone to issue instructions, you take initiative. And you can be innovative — you constantly think "out of the box" when attempting to meet challenges.
.
You routinely see opportunities where others see problems. Rather than feeling defeated when you encounter roadblocks to your goals, you feel energized. Challenges spur rather than deter you.
.
You take control of your own destiny and bear responsibility for your own actions. The buck truly stops with you when it comes to dealing with the results-both positive and negative — of decisions you make or actions you take.
.
You are willing to give up the security blanket of corporate life. You don't mind working without the safety net of a regular paycheck or the benefits and social structure that an established employer provides.
.
You thrive on change. In the entrepreneurial world, change is a given. But rather than fearing it, you welcome it and enjoy the excitement of the ride.
.
You understand the importance of making a profit. You know that all of your best intentions and actions are for naught if you aren't actually making a profit — that is, bringing in more money by selling a product or service than it costs you to provide it.

Thursday, September 17, 2009

Tip Seorang Usahawan Berjaya

Seorang usahawan melihat satu peluang, kumpulkan satu pasukan dan bina satu perniagaan yang mendapat untung daripada peluang tersebut.
..
Seorang usahawan yang bijak dan berjaya tidak mendapat bayaran untuk diri sendiri sehinggalah pasukan mereka boleh melakukan apa yang perlu dilakukan sebagai satu pasukan.
.
Setiap kali, kita melihat senario di mana sebahagian besar para pekerja dan orang yang bekerja sendiri mendapat bayaran ke atas apa yang mereka boleh lakukan sebagai individu.
..
Usahawan tidak mendapat bayaran sehinggalah pasukannya benar-benar berjaya terutamanya dalam menjana pendapatan. Lebih berjaya anda boleh memimpin satu pasukan yang terdiri daripada individu yang bijak dan berkelayakan tanpa perlu untuk bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan tersebut, lebih baik dan lebih besar usahawan yang boleh ada capai.
..
Terdapat empat skil utama seseorang mesti ada atau pelajari dalam perjalanan menuju kejayaan dalam bidang yang diceburi. Skil-skil tersebut ialah menjual, perakaunan, melabur dan kepimpinan. Pada pendapat jutawan dan usahawan yang berjaya, kebolehan untuk menjual ialah yang paling penting daripada keempat-empatnya.
..
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana atau ingin mengetahui rahsia seseorang usahawan berjaya walaupun bermula dengan kecil pada peringkat permulaan. Rahsianya adalah terletak kepada penuasan atau leverage.
.
Penuasan bermaksud keupayaan untuk melakukan sesuatu yang lebih dengan usaha yang minimum. Ia ada di mana-mana sahaja jika kita membuka mata dan minda.
..
Penuasan adalah kuasa. Orang yang tidak menggunakan atau tanpa penuasan biasanya akan bekerja dengan mereka yang mempunyai penuasan. Antara bentuk penuasan yang sering digunakan oleh usahawan dan jutawan yang berjaya ialah :
..
  • OPT (Masa Orang Lain)
  • OPM (Wang Orang Lain)
  • Kesihatan
  • Masa
  • Pendidikan
  • Perhubungan
  • Alatan
  • Masa lapang
..
Untuk menjadi seorang usahawan dan seterusnya jutawan yang berjaya, carilah penuasan paling baik dan sesuai untuk anda. Biasanya sering kali kita diberitahu, segalanya bermula dengan minda anda.
.
Penuasan terhadap minda ialah "Apa yang anda fikir benar adalah realiti anda."

Wednesday, September 16, 2009

Skil seorang usahawan


Terdapat empat skil utama seseorang usahawan mesti ada atau pelajari. Skil tersebut ialah menjual, perakaunan, melabur dan kepimpinan. Pada pendapat saya, keupayaan untuk menjual ialah yang paling penting daripada keempat-empatnya.

Remaja dan keusahawanan

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
.
LIMPAHAN kemakmuran ekonomi negara berhasil meningkatkan taraf hidup serta kuasa beli rakyat. Hal ini seterusnya mewujudkan banyak peluang perniagaan dan keusahawanan ke arah memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
.
Namun persoalannya sejauh mana keterlibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi negara mahupun global dalam penghasilan produk atau perkhidmatan serta rangkaian pengedarannya?
.
Kini, umat Islam masih lagi menjadi umat pengguna terhadap barangan yang dikeluarkan oleh orang lain atau negara luar, terutamanya dari Barat.
.
Justeru, umat Islam khasnya remaja Muslim seharusnya mengorak langkah untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan agar barangan keperluan umat Islam dapat dihasilkan sendiri di samping hak pengguna Islam akan sentiasa terbela.
.
Keusahawanan menurut perspektif Islam
.
Hadis riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: “Sembilan daripada 10 rezeki datang daripada perniagaan”.
.
Hadis ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan dan perniagaan sememangnya merupakan pintu rezeki yang utama.
.
Keusahawanan dan perniagaan dalam Islam mengambil kira tujuan hidup seorang Muslim iaitu berusaha ke arah mendapat keredaan Allah melalui kegiatan perniagaan yang berpandukan kepada syariah dan etika perniagaan yang digariskan.
.
Seseorang usahawan Muslim itu tidak hanya bermatlamat untuk mendapat keuntungan semata-mata. Sebaliknya, perusahaan atau perniagaannya itu merupakan alat baginya ke arah menambah amal kebaikannya secara individu, membawa kesejahteraan kepada umat secara keseluruhannya, serta menjadi medium usaha dakwah melalui muamalah seharian yang dijalankan.
.
Keusahawanan dalam bidang khusus membantu memenuhi tuntutan fardu kifayah di kalangan masyarakat, contohnya mereka yang mengusahakan ladang penternakan dapat memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat setempat.
.
Keusahawanan dalam industri asas tani serta pemprosesan makanan halal juga menjadi semakin penting dalam usaha negara mendepani krisis bekalan makanan global yang kian meruncing.
.
Takrif kejayaan usahawan Muslim
.
Takrif kejayaan bagi seseorang usahawan Muslim tidak hanya diukur daripada keuntungan bersih atau aliran tunai yang dimiliki, tetapi juga meliputi nilai takwa dan ihsan yang dimiliki.
.
Sifat takwa seseorang usahawan Muslim itu menjadikannya berhati-hati dalam menjalankan perniagaannya agar tidak melanggari batas syarak yang ditetapkan. Perkara halal haram dipatuhi manakala perkara syubhah pula dirujukkan kepada ulama yang arif demi mendapatkan panduan.
.
Takwa yang dimiliki juga melahirkan sifat jujur dan amanah serta tidak melakukan penipuan demi mendapatkan keuntungan. Apatah lagi riba dan rasuah amat dijauhi kerana amat jelas bahawa perkara-perkara tersebut dilarang oleh Islam.
.
Sifat ihsan seseorang usahawan Muslim itu pula menjadikannya rasa belas kasihan terhadap golongan yang kurang berkemampuan seperti fakir miskin. Amalan bersedekah terhadap golongan tersebut dimanifestasikan dalam pelbagai cara yang mampu dilaksanakan, seperti menambahkan timbangan, mengurangkan harga dan sebagainya.
.
Sifat ihsan juga menjadikan seseorang Muslim itu tidak berasa kikir dengan kekayaan yang dimiliki. Sebahagian harta yang dimiliki dikembalikan semula kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti zakat, sedekah dan lain-lain.
.
Usahawan Muslim yang sejati juga mampu bersaing secara sihat serta menjauhi perasaan hasad dengki atau dendam. Kegiatan sabotaj terhadap pesaing seperti penyebaran fitnah, penggunaan ilmu hitam atau pengupahan samseng perlulah dijauhi kerana ia adalah amat tidak adil terhadap pesaing dan mengakibatkan penzaliman terhadap mereka.
.
Penganiayaan yang dilakukan boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam rezeki yang diperoleh. Secara luarannya mungkin kita berjaya mengumpul harta kekayaan, namun secara dalamannya mungkin hidup kita sentiasa dalam keadaan tertekan dan sulit walaupun dengan harta yang melimpah ruah.
.
Justeru usahawan Muslim perlu memastikan bahawa mereka sentiasa mematuhi etika perniagaan yang berlandaskan hukum syarak agar rezeki kekayaan yang dicapai mempunyai keberkatannya serta membawa diri semakin dekat dengan Allah Yang Maha Pengasih.
.
Keusahawanan sebagai kerjayaSememangnya tidak ramai di kalangan remaja yang baru menamatkan pengajian memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Kekurangan modal, minat, pengalaman mahupun sumber merupakan antara faktor utama remaja cenderung untuk bekerja makan gaji berbanding menjadi seorang usahawan atau peniaga.
.
Namun dalam jangka panjang, bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan andainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.
.
Rezeki Allah ada di mana-mana dan tugas kita sebagai hamba Allah adalah dengan berusaha secara gigih tanpa mengenal putus asa di samping sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki yang halal lagi berkat.
.
Kini pihak kerajaan dan swasta giat menawarkan bantuan modal, kepakaran, latihan dan subsidi kepada mereka yang berminat untuk bergiat secara serius dalam bidang usahawan atau perniagaan yang ingin diterokai.
.
Apabila keusahawanan dan perniagaan dijadikan salah satu kerjaya pilihan di kalangan remaja, maka hal ini turut membantu mengurangkan kebergantungan graduan terhadap pasaran kerjaya yang semakin mencabar.
.
Malahan melalui organisasi keusahawanan yang ditubuhkan, remaja juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat.
.
Kekayaan yang diperoleh melalui aktiviti keusahawanan dan perniagaan tersebut seterusnya dapat disumbangkan ke arah kebajikan dan sosial masyarakat sama ada dalam bentuk zakat, sedekah, biasiswa pengajian atau wakaf.
.
Justeru remaja perlu didedahkan dengan ilmu serta pengalaman kegiatan keusahawanan sejak usia persekolahan agar timbul minat serta keberanian untuk meneroka bidang keusahawanan setelah tamat pengajian kelak.
.
Kesimpulan
.
Remaja sebagai golongan muda yang mempunyai upaya fizikal dan mental yang hebat, seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
.
Dengan usaha yang gigih serta etika perniagaan yang berlandaskan Islam, remaja mampu muncul sebagai usahawan Muslim berjaya yang dapat meningkatkan taraf ekonomi umat secara keseluruhannya.
.
Keusahawanan dan perniagaan bukan hanya berperanan sebagai alat dalam mendapatkan keuntungan dunia semata-mata tetapi juga dalam menyediakan bekalan amal soleh di akhirat kelak. -Utusan online

Tuesday, September 15, 2009

Apakah dia usahawan

Keusahawanan adalah satu pendekatan terhadap pengurusan yang mana boleh didefinasikan seperti berikut:
.
"Mengambil peluang tanpa mengambil kira kepada sumber-sumber yang dikawal pada masa sekarang"
.
Para usahawan belajar untuk menggunakan sumber-sumber orang lain dengan sebaiknya.
.
Tiga bahagian dalam bisnes
.
Terdapat tiga bahagian untuk menjadikan satu peluang bisnes berjalan lancar dan berjaya. Satu ialah mencari orang yang sesuai. Dua ialah mencari peluang yang sesusai. Dan tiga ialah mencari wangnya.
.
Jarang sekali ketiga-tiga bahagian ini datang bersama-sama pada satu masa. Kadang-kadang anda ada orangnya tetapi anda tidak mempunyai peluang bisnes ataupun modal. Kadang-kadang anda mempunyai wang / modal tetapi tidak ada peluang atau orangnya.
.
Tugas yang paling penting bagi seorang usahawan ialah dengan menyambar satu bahagian dan kemudian mula untuk mencantumkan dua bahagian yang lain secepat mungkin. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
.
Tetapi, jika anda sudah ada satu bahagian, sekurang-kurangnya anda sudah mulakannya.

Waiz Kashifi puas ceburi pertanian

Oleh MERAN ABU BAKAR
.
MEMPUNYAI pendapatan tetap sebagai juruteknik di bahagian pembangunan dan kajian Power Train, Proton selama 17 tahun belum dapat memberi kepuasan kepada Waiz Kashifi Abdul Rauf, 34 tahun.
.
Jiwa lelaki ini nampaknya lebih cenderung ke arah pertanian, mendorongnya berhenti kerja.
.
Namun demikian, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang automotif tidak dipersia-siakan apabila dia membawa ilmu tersebut ke dalam bidang pertanian.
.
''Dengan penggunaan teknologi seperti yang terdapat dalam sistem automotif, bdang pertanian dapat dipertingkatkan,'' katanya bersemangat semasa ditemui di kebun kajiannya di Tabika Kemas, Seksyen 17, Shah Alam yang dijadikannya tempat latihan para belia dalam bidang pertanian.
.
Waiz Kashifi yang mengakui mempunyai sedikit pengetahuan dalam asas pertanian ketika itu sanggup mencuri masa mempelajari tentang pertanian ketika dihantar berkursus di luar negara oleh syarikatnya bekerja waktu itu.
.
''Apabila dihantar bertugas di luar negara seperti Australia, Sweden dan sebagainya, saya akan mengambil cuti untuk melawat ladang-ladang pertanian di sana.
.
''Saya tertarik dengan teknologi yang mereka gunakan dan ingin mempelajari agar disesuaikan dengan negara kita,'' katanya yang pernah ke Jepun pada 2004 untuk mempelajari bidang biologi.
.
Di kebun, kajian ini yang hanya sebesar sekangkang kera atau pun sebesar kawasan tepi rumah teres biasa, Waiz Kashifi dilihat sibuk mengajar seramai kira-kira 20 orang belia daripada seluruh negara mengenai kaedah penanaman yang dapat memberikan hasil yang di luar jangkaan.
.
Lebih menarik ialah melihat sepohon pokok cili merah yang setinggi 12 kaki dan menjulang tingginya.
.
Pokok cili yang lebat berbuah ini menjadi tarikan sesiapa sahaja yang ke situ. Jika ingin memetik buahnya, terpaksalah anda berdiri di atas kerusi.
.
Selain cili tinggi itu, terdapat banyak lagi tanaman seperti cili api, rock melon, tomato, kobis, peria, limau nipis, limau kasturi, mangga, cili benggala dan pokok sayur kambas yang telah berusia lapan bulan namun masih berbuah lebat.
.
Menurutnya lagi, di kebun itu, belia yang datang belajar di situ akan diajar cara membuat baja, penggunaan enzim, penguraian mikro, kaedah tanaman cara sihat dan sebagainya.
.
''Pada masa ini terdapat seramai 60 orang pelajar daripada sekitar Selangor yang belajar di sini. Selain belia, ramai juga warga emas yang belajar di sini.
.
''Di sini kami mengamalkan sikap hak bersama yang mana masalah akan dikongsi bersama. Contohnya ladang adalah milik belia sementara saya mengajar mereka daripada segi teknikal.
''Selain itu adalah penting mempelajari keperluan pokok dan kita yang menanam boleh menentukan atau merancang hasil yang diingini seperti sebatang pokok cili boleh berbuah sehingga empat kilogram. Sebab itu di sini ada pokok paling tinggi dan paling rendah kerana kita boleh menentukannya.
.
''Di sini juga saya merawat pokok-pokok sakit yang dihantar oleh pelanggan seperti pokok anggur, cili dan sebagainya. Setelah pokok-pokok itu subur, pemiliknya akan datang mengambilnya semula,'' katanya yang banyak mendapat jemputan mengajar di seluruh negara termasuk daripada institusi pengajian tinggi awam.
.
Katanya lagi, apa yang dilakukannya ini adalah untuk membantu belia dalam bidang pertanian agar mereka memperoleh pendapatan lumayan.
.
Cuma apa yang diharapkan agar usaha mereka ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. -Utusan Online

Monday, September 14, 2009

Pilih Satu Antara 2 Arnab

Confucius pernah berkata "A man who clases two rabbits catches none."
.
Anda perlu fokus kepada kerja yang anda ingin anda lakukan atau matlamat yang ingin anda capai.
.
Sering kita mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea... berpuluh-puluh idea cara nak buat duit di Internet. Kesemua membuat dirinya teruja!
.
Tetapi, masalahnya ialah tidak fokus!

.
Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan Internet tersebut terlaksana.
.
Kadangkala, kami juga terjerat dalam keadaan ini. Terlalu banyak idea untuk dilaksanakan, sehingga satu pun tidak menjadi kerana tidak memberi fokus.
.
Jadi, benarlah kata Confucius, "Kalau kejar dua arnab, percayalah satu pun tak dapat!".

Sunday, September 13, 2009

Harta Kekayaan

.
Kecenderungan manusia terhadap pemilikan harta-kekayaan di dunia ini adalah suatu fitrah. Ertinya manusia yang hidup ini dengan instinct atau nalurinya berusaha keras untuk menggapai kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini.
..
Salah satu caranya, dengan memiliki harta-kekayaan ini, seseorang akan dipandang mulia dan terhormat oleh manusia lainnya. Dengan harta-kekayaannya itu, seseorang bebas bergerak ke mana sahaja dan apa saja dapat dikerjakannya tanpa hambatan atau masalah apa pun.
..
Memang Allah SWT menyuruh kita berlumba-lumba mencari rezeki sebanyak-banyaknya, memperkaya diri kita masing-masing. Namun Allah SWT memberi petunjuk bagi hambanya yang telah harta-kekayaan dengan batasan-batasan yag menusiawi.
..
Ertinya harta-kekayaan yang dimiliki oleh seseorang manusia, pada hakikatnya adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada kepada seorang hambaNya sebagai pemilikan harta-kekayaan tersebut dengan ketentuan batasan yang telah diatur oleh allah SWT sendiri, seperti firman-Nya dalam Al Quran Al Karim surah Al Munafiqun ayat 9, bahawa orang-orang yang telah beriman akan sangat merugi, jika dengan harta-kekayaan itu beserta anak-anaknya semua, menjadi penyebab melemahnya untuk berzikir (ingat) kepada Allah SWT.
..
Banyak orang melupakan, bahawa dari seseorang miskin yang sangat menderita kerana kemiskinannya, akan tetapi dengan usaha dan daya-upaya yang kemudiannya orang tersebut menjadi kayaraya, bahkan menjadi seorang ahli perniagaan. Akibat kealpaan itu, sampai ia lupa pula, bahawa kekayaan itu adalah pemberian Allah SWT dan merupakan suatu rahmat Allah yang harus disyukuri.
..
Kemiskinan dan harta kekayaan adalah dua hal yang senantiasa merupakan hiasan kehidupan manusia. Allah SWT menguji manusia ini dengan kemiskinan, apakah manusia dengan kemiskinanannya itu akan menjadi kufur terhadap Allah SWT ataukah manusia dengan penuh kesabaran, berusaha mencari rezeki yang memang telah disediakan Allah SWT.
..
Ujian Allah, juga terhadap orang kaya raya atau ahli perniagaan. Sampai dimana kewajipannya terhadap kaum dhu’afa telah ditunaikannya. Apakah zakat telah diselesaikan sesuai dengan petunjuk Syari’at. Di samping itu infaq dan sedekah masih dirasakan berat sekali untuk dilaksanakan?
..
Allah SWT memperingatkan kepada orang-orang kaya dan ahli perinagaan di dalam al Quran al Karim surat Al Taghabun ayat 15 bahawa sesungguhnya harta-kekayaan, anak-pinak kita, adalah adalah merupakan fitnah dan Allah SWT memiliki pahala yang maha Agung. Ertinya, janganlah manusia ini ditipu dengan harta yang melimpah-ruah kerana harta-kekayaan itu semuanya akan ditinggalkannya, apabila ajal telah tiba.
..
Rasulullah , Nabi kita Muhammad SAW dalam suatu Hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari memeperingatkan supaya kita jangan dipermainkan oleh emas dan perak harta-kekayaan) kerana dapat mencelakan kita semua.
..
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah menegaskan lagi bahawa harta-kekayaan yang kita miliki adalah apa-apa yang telah kita makan, pakaian yang kita pakai dan sedekah yang telah kita berikan.
..
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan suatu hadis, bahawa Rasulullah SAW mengancam orang-orang yang mengumpul harta kekayaan, dengan kebinasaan, kecuali dari harta kekayaan itu dikhususkan untuk dana kepentingan / kesejahteraan umat dan hak semacam ini jarang sekali terjadi.
..
Ayat-ayat al Quran al Karim serta hadis-hadis Rasulullah AW tersebut di atas, mengingatkan kita supaya sedar diri. Selalu ingat (zikir) kepada Allah SWT bahawa dari harta-kekayaan kita itu terkandung hak kaum dhu’afa, di mana juga Allah SWT melarang kita sebagai hamba-Nya, bersifat bakhil.
..
Keluarkanlah hak Allah dari harta-kekayaan kita berupa zakat, infaq dan sedekah, demi mensucikan semua harta-kekayaan dari noda-noda hitam yang mencelakakan diri peribadi dan keluarga, bahkan keturunan kita (cucu dan cicit-cicit). - Mingguan Wasilah

Saturday, September 12, 2009

How to Achieve Wealth and Success

By Brian Tracy
.
Everyone I talk to wants to be wealthy. Most are savvy, hardworking and willing to do whatever it takes to achieve their financial goals.
.
What's the one thing that holds most smart people back?
.
What's the one thing that limits the earning potential?
.
It's not starting a business. And it's not delivering your product or service. The one thing that keeps most people from being successful and wealthy is knowing how to close the sale. No sale, no income, no business.
.
No matter how smart you are, how good your product or service is, or how long you've been in business—if you can't close the sale, you won't ever achieve the level of wealth and success you deserve.
.
Whether you're just getting started or you're a seasoned business owner, I'm sure you've felt the frustration of losing a sale you deserved, and increasing your income.
.
And during this current recession, with sales shrinking or at best stagnating for most businesses, there is only one sure way to keep profits rolling in.
.
When I first started out in business, I know that I lost a lot of sales I deserved due to a whole host of common objections. Simply because I didn't know how to close the sale, all too many of my customers would walk away without getting the product or service they needed and I'd lose the profit I could have earned.
.
Even worse, I'd lose the potential profits I could have earned from getting the customer on board and helping them for years to come. Imagine you've cooked a delicious meal, but then you couldn't get anyone to eat it.
.
That would never happen in my house, but that is what happens to all to many business owners. They have a great product or service and they can't get enough people to use it and buy it. There is one simple truth about selling and without it you could struggle forever to be successful.
.
The simple truth about selling is that your prospects, your potential customers, are better at convincing themselves to buy than you are. Once you understand this simple strategy and start using it, you'll close many more sales and start achieving your financial success.
.
To your success,
.
Brian Tracy