Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Kebolehan berunding atau negotiation skill adalah satu lagi kebolehan yang perlu ada dalam menjalankan perniagaan. Dalam menjalankan perniagaan, anda tidak akan dapat lari dari berunding (negotiate) mungkin dengan pelanggan, pembekal, pengilang, rakan kongsi, pekerja, banker dan sebagainya…
Salah tanggap yang paling besar dalam negotiation skill adalah, seseorang yang hebat dalam negotiating adalah yang bijak berbicara dan dapat memaksimakan pulangan diri sendiri- dalam erti kata lain, menang dalam apa jua perundingan.
Sebenarnya, dalam berunding, tujuan anda bukanlah untuk memaksimakan pulangan anda. Tetapi, KUNCINYA adalah untuk mencipta keadaan win-win. Di mana, anda mendapat apa yang anda inginkan, serta, pihak sebelah lagi juga mendapat apa yang mereka inginkan.
Dari mata kasar, sememangnya anda dilihat sebagai “pemenang” sekiranya anda dapat meraih keuntungan bagi pihak anda yang maksima melalui sebarang perundingan. Sebenarnya, keadaan ini amat bahaya oleh kerana untuk kemajuan perniagaan anda, anda perlu mempunyai network yang kuat untuk jangka masa panjang. Sekiranya kemenangan hanya berpihak kepada anda dalam sebarang perundingan, ini akan membuat pihak satu lagi sukar berkerjasama dengan anda pada masa hadapan.
Dengan mencipta keadaan win-win dalam perundingan, pihak satu lagi akan turut bergembira dengan apa jua transaction dan membina satu jambatan kepercayaan dengan anda- satu pelaburan jangka masa panjang untuk perniagaan anda!
Pernah terfikir mengapa media massa & penyiaran sering menghubungi saya? Jawapannya adalah kebolehan berunding- di mana saya amat menghormati permintaan dan kepakaran mereka, dan mereka juga menghormati permintaan dan kepakaran saya. Win-win situation!
No comments:
Post a Comment