Setiap kali mereka keluar bersama-sama keluarga, rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja, pasti mereka meminta pesanan minuman berais, seperti milo ais, teh 'O' ais, nescafe ais dan sebagainya.
Ruangan inovasi kali ini, menampilkan mesin membuat ais kiub. Mesin ini dapat memudahkan dan menjimatkan masa pengguna terutamanya dari kalangan peniaga yang memerlukan ais dalam kuantiti yang banyak dan masa yang pantas.
Mesin membuat ais kiub atau disebut juga ice maker adalah mesin membuat ais batu secara automatik.
Mesin ini sangat sesuai digunakan untuk restoran, kafeteria, rumah dan sebagainya.
Ini kerana ais batu yang dihasilkan berbentuk seperti kotak-kotak kecil.
Pengguna hanya perlu memasukkan sahaja ais ke dalam gelas tanpa bersusah payah lagi memecahkan blok ais dan sebagainya.
Mesin membuat ais kiub ini sangat membantu para peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mempercepatkan proses ais kiub dalam waktu yang singkat dengan kuantiti yang banyak.
Dengan kawalan secara automatik dan kuasa 230V / 50Hz , mesin ini mampu menampung 20kg ais kiub dalam sesuatu masa.
Penghasilan mesin ini adalah atas permintaan pelanggan yang meminta kami membuat satu mesin khas untuk memudahkan mereka dalam proses pengeluaran ais kiub.
Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan Zull Design Autotronic (ZDA) akan cuba menepati kehendak mereka.
Bagi menghasilkan mesin yang memenuhi spesifikasi pelanggan perbincangan antara dua pihak amat penting dan dapat membantu.
Dengan itu mesin yang mereka tempah memenuhi keperluan dan kos berpatutan. Tanpa perbincangan, dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.
Di samping itu, perbincangan juga bertujuan untuk membincangkan reka bentuk mesin yang diinginkan mengikut kesesuaian tempat mereka.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130715/ag_02/Mesin-membuat-kiub-ais#ixzz2ZCkghwVr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment