...
Nama saya Nizam. Ikhlas saya katakan tujuan saya wujudkan blog ini adalah untuk berkongsi cerita, tip dan panduan kewangan serta mengajak anda semua bersama-sama saya mengharungi perjalanan yang boleh dikira mencabar namun ganjaran di sebaliknya adalah berbaloi dan paling dicita-citakan semua iaitu menjadi seorang jutawan dan seterusnya mencapai kebebasan kewangan. ..
..Saya percaya ramai di luar sana termasuklah diri saya sendiri menanam azam dan impian untuk merealisasikannya namun mungkin masih lagi ragu-ragu dan kurang yakin samada boleh dicapai ataupun tidak.
..
Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Gunakan kelebihan yang ada sebaiknya dan cuba atasi kelemahan semaksimum mungkin. Ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan selama ini akan diaplikasikan kini, begitu juga dengan hasil kajian serta pemerhatian secara langsung dan tidak langsung akan dikongsi bersama di Usahawan Bistari ini. ..
.. Sekiranya terdapat buku-buku atau bahan ilmiah yang berguna, akan diwar-warkan serta dibincangkan di laman ini. Dengan gelanggang maya telah dibuka dengan rasminya hari ini, anda akan perhatikan mulai sekarang segala perkembangan dan kemajuan dalam usaha mencapai matlamat ini dari masa ke semasa dan berapa lamakah tempoh yang diambil. ..
.. Kepada yang berminat, bolehlah membuat pilihan iaitu ramuan dan formula manakah yang paling sesuai untuk anda bergelar jutawan. Segala cadangan dan maklum balas daripada anda amatlah diharap dan dialu-alukan.
..
Terima kasih atas perhatian dan semoga laman ini akan berjaya mencapai misinya kelak iaitu "Mencapai Kebebasan Kewangan Untuk Semua Melalui Kebijaksanaan."
No comments:
Post a Comment