Saturday, November 01, 2008

Berenang Ke Laut Biru

Persaingan Perniagaan Tidak Lagi Relevan, Peluang Cipta Pasaran Baru.

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju yang dicari. Bercakap tentang perniagaan dan konsep menentukannya pada ketika ini ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy (BOS) iaitu konsep yang pertama kali diperkenalkan oleh W. Chan Kim dan Renee Muaborge yang tiba-tiba menjadi popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.
.
Buku yang berjudul Blue Ocean Strategy ini berusaha menjelaskan cara-cara menciptakan ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing tidak lagi relevan. Buku ini berusaha menunjukkan jalan, bahawa satu-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing.

Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran di antara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru. Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak, akibatnya keuntungan dan pertumbuhan pun berkurang. Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi, menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan. Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainannya sama sekali baru. Dalam buku Change! Rhenald Kasali memperkatakan, pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.
.
Prinsip
Blue ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudra Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta Bos, buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu :
.
Pertama, ‘How to Reconstruct Market Boundaries,’

Kedua, ‘Focus On The Big Picture Not The Number,’

Ketiga, ‘Reach Beyond Existing Demand,’

Keempat, ‘Get The Strategic Sequence Right,’

Kelima, ‘Overcome Key Organizational Hurdles,’ dan

Keenam, ‘Build Execution Into Strategy.’

.

Untuk lebih mempermudah makna definisi di atas, tiga contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australia (Casella Wine) menciptakan produk anggur yang terkenal dengan jenama Yellow Tail (Si ekor kuning) dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika Syarikat dengan terbukti berjaya. Apa kaedah yang diguna pakai si Ekor Kuning ini?

.

Dengan BOS dia mampu:

Menciptakan / memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkarbonat menjadi peminum anggur, juga dalam acara-acara tidak formal, anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.

.

Berkembang
Malah harganya murah dan rasanya trendy, juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang, ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat, kerana itu pasarannya menjadi semakin berkembang.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, Yello Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai (the fun and social drink) di AS dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.

.

Pada tahun 203, Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yangdijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal itu. Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melaksanakan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate,’ ‘Reduce,’ Raise,’ dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut.

.

‘Kerangka Utama’ BOS bertumpu pada empat kerangka dasar iaitu to eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMINATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘takes for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut.

.

REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri, RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau value yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.

.

Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan keadaan bisnes ada yang sekadar mampu bertahan, jangan membaca buku ini. Namun, jika anda ingin melakukan perubahan, menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelalnggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru, bacalah buku BOS ini.

.

Kim dan Mauborgne telah memetakan “satu jalur baru dan berani untuk memenangi masa depan”. Mereka menawarkan enam prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudra biru dengan sukses.

.

BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan, ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan.

.

Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru. Mengalihkan cara pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand!

.

BOS mencabar kos industri. Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan baru dalam pasaran. Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru..

.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dari memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Saya akan tawarkan ebook Blue Ocean Strategy khas kepada anda yang berminat melaksanakan strategi perniagaan dan mencapai kejayaan sebagai mana yang disarankan dalam buku yang menarik ini. Sila emailkan di nizamsky@gmail.com

1 comment:

Unknown said...

ANDA MEMILIKI PENAWARAN PINJAMAN URGENT APLIKAT SEKARANG.
     (Franklinsloans37@gmail.com)

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kereta
pinjaman, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, usaha
modal, dsb .. Atau adakah anda telah menolak pinjaman oleh bank atau a
institusi kewangan untuk sebarang sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman
kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah rendah dan berpatutan
Kadar faedah 4%. jika Berminat dengan pinjaman? Hubungi kami hari ini di
(Franklinsloans37@gmail.com) dan dapatkan pinjaman anda hari ini.
Adakah anda memerlukan pinjaman segera atau bantuan kewangan lain?

Kami menawarkan semua jenis pinjaman pada kadar dua peratus (4%). e-mel kami sekarang
melalui: Franklinsloans37@gmail.com dengan maklumat berikut

nama penuh
tarikh lahir::
negara:
pekerjaan:
jumlah pinjaman:
tempoh pinjaman:
tujuan pinjaman:
pendapatan bulanan:

E-mel kepada kami sekarang melalui (Franklinsloans37@gmail.com)
WhatsApp: +19292227880
Salam
Mr.Williams Henry Franklin.
Ketua Pengiklan
WILLIAMS LOANS LTD.aaa