Saturday, November 01, 2008

Kisah Si Penjual Bunga Plastik

Li Ka-Shing miliki 260 ribu pekerja di 57 buah Negara

Berniaga jem, biskut atau ais krim potong sekalipun, jika dilakukan dengan penuh tekun beserta semangat yang luar biasa kejayaan pasti dicapai.
.
Ramai tokoh usahawan dunia sudah membuktikansemangat berniaga ini.
.
Walaupun ada sesetengah orang mengandaikan ada yang bernasib baik, rezeki yang menyebelahi mereka itu pastilah diperolehi dengan sesuatu usaha, bukannya disebabkan pepatah ‘bulan jatuh ke riba.’

Li Ka-shing menjulang namanya sebagai Pengerusi Cheung kong(Holdings) Limited dan Hutcison Whampoa Limited. Cheung Kong (Holdings) Limited adalah flagship kepada Cheung Kong Group. Di Hong Kong sahaja, kumpulan syarikat termasuk lapan buah syarikat tersenarai dalam satu permodalan pasaran, jika digabungkan bersama bernilai kira-kira RM342.10 billion pada 30 April 2008. Hutchison Whampoa Limited merupakan Fortune Global dengan 500 buah syarikat.

Cheung Kong Group kini memiliki operasi perniagaan di 57 negara di dunia dan mempunyai seramai 260 ribu pekerja. Namun, perjuangan masa kecil Li Ka-shing tidak mudah. Membesar dalam keluarga miskin. Dia dan keluarga diperlekehkan kerana hidup menumpang. Li pernah merasa kepahitan hidup kerana dirinya bukan’orang besar.’

Berkat keyakinan yang pasti dalam dirinya telah mengubah nasib hidup. Ia bukan sekadar angan-angan, sebaliknya reality yang sesetengah orang sukar untuk mempercayainya. Suntikan semangat serta kerja keras, membuktikan bahawa dirinya mampu meraih kejayaan luar biasa. Kepantasannya menangkap peluang menjadi bukti visi yang dikejar Li.

Li Ka-shing tokoh perniagaan terkaya keturunan Cina. Dia juga memasuki carta orang terkaya majalah Forbes Amerika tahun 2007 di tangga ke-9 dengan kekayaan dianggarkan mencapai RM102 billion.

Dalam merintis kejayaan dia sering dikaitkan sebagai orang yang beruntung. Kerana penglibatannya dalam perniagaan hanya sebagai penjual bunga plastic adalah sesuatu yang biasa dan remeh.

Namun, dengan pandangan dan semangatnya, Li melihat peluang satu peluang besar jika dibawa ke Negara barat. Bermula dari situlah perniagaan yang dianggap remeh dan kurang menguntungkan itu berubah drastik dan menjulangkan namanya.

Terpaksa
Li Ka-shing sebenarnya bermula kehidupan dengan keadaan terpaksa. Dia datang dari keluarga miskin dan pelarian perang dengan meninggalkan China ke Hong Kong dan tinggal bersama keluarga. Kerana dianggap remeh oleh keluarga pakciknya,anak kelahiran Chaozhou, China yang lahir pada 29 Julai 1928 ini bertekad untuk mengubah nasib diri dan tidak mahu mengharapkan bantuan orang.

Tekad itu menjadi kenyataan setelah ayah Li meninggal dunia. Sebagai anak sulung, Li kemudian memikul tanggung jawab dengan menjadi tulang belakang keluarga. Padahal, saat itu Li baru menginjak usia 15 tahun. Pada usia yang sangat muda, Li kemudian mendapat pekerjaan sebagai buruh di sebuah kilang plastik.

Semangat yang tidak mudah luntur dan keinginan untuk bekerja keras mengubah nasib, Li terpaksa bekerja 16 jam sehari. Pada tahun 50-an, Li memberanikan diri membuka perniagaan sendiri. Dengan meminjam modal, Li mengusahakan perniagaan plastik dengan nama Cheung kong Industries.

Walaupun perkembangannya perlahan, Li tetap yakin, berkat keazaman sambil mengamati trend keperluan orang ramai ketika itu, Li berjaya mendapat pulangan lumayan dalam perniagaan bunga plastik yang dieksport ke barat.

Dari syarikat plastik, sayap perniagaan Li makin berkembang. Perubahan dimulakan dengan bidang hartanah hingga merangkumi perniagaan telekomunikasi. Syarikatnya bukan sahaja makin besar bahkan kemudian disenaraikan di bursa Hong Kong Stock Exchange pada tahun 1972. Li juga telah menguasai Hutchison Whampoa pada tahun 1975 dan Hong Kong Electric Holdings Limited pada 1985.

Hidup tanpa pelajaran menjadi pengalaman getir ketika zaman kecilnya. Kerana itu, Li mendirikan The Li Ka Shing Foundation, sebuah yayasan social yang digerakkan untuk kegunaan pelbagai bidang, terutama pendidikan. Memberikan dana sebesar RM36.6 juta untuk pembangunan pendidikan tinggi di Universiti Pengurusan Singapura. Li juga mendirikan Shantou University China. Sehingga kini telah meluluskan ribuan graduan yang bekerja di pelbagai bidang serta membantu dana pendidikan untuk University Hong kong.

Tokoh perniagaan ini gemar bermain golf dan suka membaca. Seorang yang berjimat cermat tetapi dermawan. Ramai usahawan Hong Kong menjadikan sejarah keluarga Li sebagai membangkitkan ekonomi masyarakat tempatan. Jika sehari berbelanja di Hong kong agak sukar tanpa memperkayakan keluarga Li. Mrmbuktikan banyaknya perniagaan yang berkaitan dengan keluarga mereka.

Li’s Hongkong Electric merupakan satu daripada dua kuasa elektrik terbesar kegunaan di pusat Bandar Hong Kong, manakala Cheung Kong adalah salah sebuah syarikat pemaju Hong Kong terbesar untuk projek pembinaan kediaman.
Li mengawal rangkaian pasararaya ParknShop iaitu pasar raya yang terbesar dan menjadi sebuah syarikat sel telefon yang terbesar di Hong kong. Anak lelakinya Richard Li menguasai PCCWW Ltd.

Hutchison Whampoa telah membelanjakan secarakasar RM79 billion sejak tahun 2000 untuk (3G) mobile telecoms yang kebanyakannya di Eropah.
Li percaya bahawa dalam masyarakat yang adil hanya boleh dicapai jika setiap individu telah bersedia dan sanggup lakukan apa yang ingin dicapai.

Sering Ambil Keputusan Berani
Di Hong Kong, Li juga dikenali sebgai “Badang” kerana keberaniannya membuat perjanjian dan keputusan. Tapi semuanya tetap berpihak kepada Li.

Kecekalan dan keberaniannya dalam membuat sesuatu keputusan membawa tuah kepada hidupnya untuk mendapat perhatian syarikat dan negara luar berprofil tinggi. Billionair Hong Kong ini Berjaya merapatkan tarafnya sebagai seorang pakar masa hadapan dengan membawa pertumbuhan Hutchison Essar di bawah pengawasan orang India kepada Vodafone Group Ltd. Dengan nilai RM35 billion.

Li Ka-shing memiliki syarikat perkapalan terbesar Hutchison Whampoa ltd. Dan firma pelaburan Chong Kong Holdings, Timur Jauh terbesar. Li juga merupakan seorang anggota lembaga pengarah China International Trust dan Perbadanan pelaburan (CITIC).

CITIC memiliki kepentingan untuk menguasai AsiaSat. AsiaSa, merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1988, beroperasi di beberapa komunikasi satelit-satelit di Timur Jauh yang dibeli daripada pengeluar-pengeluar AS seperti Hughes.

AsiaSat ditandatangani dengan satu perjanjian eksklusif bersama Li untuk dia melaksanakan perkhidmatan televisyen STAR – iaitu 54 saluran kabel premium /televisyen satelit. Sabagai tambahan kepada siaran-siaran TV langsung STAR, satelit-satelit AsiaSat juga sering menjalankan ‘lalu lintas’ komunikasi untuk unit-unit askar China.

Li tidak seperti kebanyakan taikun Hong kong yang membina kekayaan di tanah bekas jajahan British yang berkembang daripada satu pusat perkilangan untuk satu pusat kewangan. Dia membawa kejayaan anak tempatan menjadi seorang pemain global dengan menjadi pemegangan kuasa besar Eropah, Kanada, Australia dan tempat lain di Asia, termasuk China.

Puncak kejayaan Li adalah melalui perjanjian penjualan perniagaan sel telefon Orange Hutchison Whampoa di Eropah kepada Mannesmann ketika telecoms melambung tinggi pada tahun 1999 dengan perolehan keuntungan RM48.23 billion. Dikenali sebagai dealmaker. Li juga telah menjual 20 peratus perniagaan pelabuhan Hutchison kepada saingannya iautu Singapura PSA Corp.

No comments: