Wednesday, May 28, 2008

Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Jutawan

Salam sejahtera.
Topik hari ini ialah "Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jutawan" dengan menyenaraikan tujuh peraturan yang diikuti dan diamalkan oleh seseorang yang telah menjadi jutawan.
..
1 Menjadikan wang yang diperolehi sebagai sesuatu yang perlu disimpan dan dilaburkan. Sebaik sahaja anda menerima gaji ataupun 'durian runtuh' (misalnya harta peninggalan atau bonus), fikirkan berapa banyak yang boleh anda kesampingkan sebagai simpanan.
..
2 Pertimbang sesetengah risko apabila melabur. Apabila anda bermain selamat dalam pelaburan, anda akan selamat (tetapi rendah) juga pulangannya. Para jutawan telah keluar dari zon selesa dengan memulakan perniagaan yang mana mereka harap boleh memberikan hasil - dengan tiada jaminan. Tetapi hanya dengan mengambil risiko yang terkiralah telah memberikan pulangan yang lumayan kemudiannya.
..
3 Gaya hidup ringkas. Sesetengah para jutawan menetap di dalam rumah yang sama yang mereka miliki bagi tempoh 30-40 tahun yang lalu. Atau tinggal di dalam rumah yang diwarisi. Anda juga boleh mengambil iktibar daripada cara para jutawan menjalani kehidupan: bukannya berpesta setiap malam, tidak juga mereka membeli setiap model baru kereta yang dikeluarkan. Sebaliknya, anda akan dapati para jutawan ini bekerja di meja mereka dari 8.00 pagi dan mempunyai hanya dua buah kereta di dalam garaj.
..
4 Mempunyai matlamat yang jelas. Dengan menjadi seorang yang spesifik, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat anda. Misalnya, katalah matlamat anda adalah untuk mempunyai rumah sendiri apabila berusia 35 atau 40 tahun. Ia mungkin sebuah unit kondominium atau rumah banglo tiga bilik- ia akan bergantung kepada pendapatan anda dan bagaimana anda menyimpan selama bertahun-tahun. Mempunyai satu matlamat akan membantu anda memberi fokus terhadap usaha anda sebaiknya.
..
5 Memilih hutang baik berbanding hutang tidak baik. Ambil pinjaman hanya apabila lebihan pinjaman tersebut boleh digunakan untuk membolehkan anda mendapat lebih banyak wang. Contohnya, peermohonan pinjaman dengan bank untuk mengembangkan bisnes yang berpotensi.
..
6 Kongsi kebajikan anda. Nampaknya satu formula matematik berkesan di sini : Lebih banyak yang anda beri, lebih banyak kebaikan kembali kepada anda.
..
7 Ajar anak kecil untuk mengendalikan wang sebaiknya. Nampaknya kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" memang ada kebenarannya.

No comments: