Jika ditanya kepada para usahawan ke manakah mereka mahu menjualkan produk dan hasil pengeluaran mereka, mereka akan katakan bahawa mereka akan menjualnya sama ada di pasar, di pekan, di kawasan perumahan, di pasar malam, di tepi jalan, di rumah sendiri, atau menjaja dari rumah ke rumah dengan van atau motosikal.
Ada juga yang mengatakan mereka akan menjual melalui agen, pemborong, pembekal atau penjual lain atau menjual sendiri. Jawapan-jawapan di atas merangkumi kepada tiga aspek penting : pasar, pasaran dan pengedaran.
..
Sebagai usahawan, mereka perlu memahami perbezaan di antara pasar (pembeli), pasaran (permintaan, pembelian) dan pengedaran (bagaimana produk itu sampai ke tempat pembeli untuk memudahkan urusan perdagangan). Dalam pendekatan pemasaran, konsep pasar dimaksudkan dengan adanya golongan pembeli atau potensi pembeli yang ingin dan sanggup membeli (berbelanja) sesuatu produk yang ingin mereka guna atau pakai.
..
Maksud “pasar” ini ada kaitan dengan aspek permintaan, iaitu pengguna atau pembeli “minta” membeli sesuatu produk (yang ada nilai) daripada usahawan yang sanggup menjualnya pada yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak : si usahawan dan si pembeli. Oleh yang sebab demikian, konsep “pasar” yang hanya dikaitkan dengan tempat menjual di satu-satu kawasan dianggap tidak lagi begitu tepat. Konsep “pasar” dalam pendekatan pemasaran dimaksudkan dengan adanya pembeli atau potensi pembeli (permintaan).
.. Dalam bisnes, apa yang paling merunsingkan usahawan ialah bagaimana mereka hendak menghabiskan jualan produk mereka dalam jagka masa yang tertentu? Apabila ada permintaan produk atau perkhidmatan daripada pihak pembeli atau pengguna, produk itu dikatakan ada “pasaran”, ada “permintaan” ataupun ada “permintaan pasaran”. Tahap permintaan ini boleh diukur dari jumlah kuantiti jualan dan permintaan produk itu. Permintaan itu boleh bertahan dengan selama mungkin atau berterusan.
....
Dalam perniagaan kecil, sama ada permintaan produk atau perkhidmatan boleh meningkat, bertahan dan berterusan atau sebaliknya, ia kebiasaannya bergantung kepada beberapa sebab atau faktor:
Setelah seorang usahawan telah mengetahui dan benar-benar memahami konsep pasar dan pemasaran dalam bisnes, kini masanya untuk memilih kaedah pemasaran yang paling sesuai dan berpotensi untuk mempastikan kejayaan usaha niaga yang dimulakannya. Kaedah yang terbaik akan dibincangkan dalan pos saya yang akan datang.

- Kegunaan produk (boleh menghilangkan penyakit misalnya)
- Kualiti produk (bungkusan, warna, material, perkhidmatan)
- Harga yang “adil” di sisi pembeli
- Sistem pengedaran (cepat dan boleh didapati di mana-mana)
- Promosi dan pengiklanan (maklumat yang jelas dan tepat)
- Penawaran produk (mencukupi)
- Sifat usahawan (jujur, hubungan pelanggan, proaktif)
Setelah seorang usahawan telah mengetahui dan benar-benar memahami konsep pasar dan pemasaran dalam bisnes, kini masanya untuk memilih kaedah pemasaran yang paling sesuai dan berpotensi untuk mempastikan kejayaan usaha niaga yang dimulakannya. Kaedah yang terbaik akan dibincangkan dalan pos saya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment