Adalah penting untuk memahami faktor yang memotivasikan anda berkehendakkan kepada membina bisnes sendiri. Memanglah senang untuk menyatakannya kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga dan rakan-rakan, tujuan murni anda itu tetapi sebagai panduan dan untuk lebih jelas lagi, tanya diri anda sendiri soalan-soalan berikut :
.. - Kenapa aku ingin memiliki satu bisnes sendiri?
- Seteruk manakah aku ingin memiliki satu perniagaan sendiri?
- Pada tahap manakah aku ingin mainkan peranan?
- Pada tahap manakah aku sanggup mengembangkan diri untuk bermain dengannya?
- Adakah aku sanggup meluangkan masa mempelajari tentang kejayaan usahawan lain dan bisnes mereka?
- Adakah aku takut gagal?
- Bolehkah aku tukarkan perasaan takutkan kegagalan kepada satu kekuatan yang membantu dan mendorong kejayaan bisnes ini nanti?
- Bolehkah aku belajar daripada kesilapan?
- Bolehkah aku membina satu pasukan atau adakah aku suka bekerja sendirian?
- Sanggupkah aku membayar harganya?
- Sanggupkah aku menunggu untuk mendapat ganjaran kemudian?
- Sanggupkah aku melengahkan ganjaran kewangan sehinggalah bisnes berjaya atau adakah aku perlukan gaji?
..
- Apakah dia kejayaan terbesar dalam hidup anda setakat ini?
- Apakah kegagalan terbesar anda?
- Berapa kalikah anda bekerja tanpa sebarang upah?
- Sanggupkah anda bekerja untuk syarikat ini walaupun tidak dibayar?
- Adakah keluaga dan rakan anda memberi sokongan moral kepada usaha anda di dalam bidang ini?
- Adakah anda sanggup mempelajari segala selok belok bidang keusahawanan?
Jika selepas menjawab kesemua soalan-soalan ini dan anda masih bersemangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang usahawan, anda mungkin telah memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang beraya. Tahniah atas pencarian kebebasan kewangan!
No comments:
Post a Comment